Rancangan pengajaran harian by Aishah_Fauzi

VIEWS: 374 PAGES: 2

									Rancangan pengajaran harian.

Mata Pelajaran      : Bahasa Melayu

Tahun               : 2 Amanah ( Kelas Literasi )

Bil.Murid           : 15 Orang

Tema                : Persekitaran Saya

Tajuk               : Benda-benda yang pernah saya lihat.

Tarikh              : 06 Oktober 2011

Masa                :11.15 pagi - 12.15 tengah hari.

Objektif            : Pada akhir pelajaran murid dapat:

                    1) Menyebut, mencerakin, mengeja, membaca 5 perkataan suku kata
                       terbuka kv + kv dengan sebutan yang betul.
                    2) Mengecam 5 perkatan suku kata terbuka kv + kv dengan betul.
                    3) Membina dan menulis 5 suku kata terbuka kv +kv dengan betul.

Fokus Utama

1.0 Membaca dan memahami perkataan.

1.1 Membaca dan memahami yang mengandungi suku kata terbuka kv + kv

Fokus Sampingan

2.0 Membina dan menulis perkataan .

2.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka kv + kv.

Sistem Bahasa        :Mendengar, bertutur,membaca dan menulis.

Tatabahasa           : Frasa dan ayat mudah

Kosa Kata            : Tanggungjawab, kerjasama dan berkeyakinan
Pengisian Kurikulum             :

Ilmu                     : Kajian Tempatan dan Pendidikan Moral

Nilai                    : Bertanggungjawab , bekerjasama dan keberanian.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir       :Menghubungkaitkan, dan penjanaan idea.

Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal,verbal-linguistik dan imaginasi.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid sudah mengetahui tentang benda-benda yang berada
dipersekitaran mereka.

Bahan Bantu Mengajar: Petikan ,slaid, Kad ayat dan gambar tunggal.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :

        i) Set induksi: Mencungkil idea melalui permainan Kotak Beracun

        ii) Aktiviti :

        1.Menyebut dan mencerakinkan perkataan yang mengandungi

           kata terbuka kv +kv berdasarkan

        2.Mengeja dan membaca perkataan kv+kv pada kad perkataan bergrid.Aktiviti

          Dijalankan secara individu, berpasangan dan berkumpulan.

        3.Membaca frasa dan ayat yang ada perkataan suku kata terbuka.

        4.Latihan menulis perkataan suku kata terbuka dengan bimbingan guru.

        5.Latihan pengukuhan melalui aktiviti melengkap suku kata menjadi perkataan.

        iii) Penutup : Nyanyian , kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran.

								
To top