Docstoc

kertas kerja memulakan projek perikanan komersial

Document Sample
kertas kerja memulakan projek perikanan komersial Powered By Docstoc
					KERTAS KERJA
MEMBEKAL BAHAN MENTAH PERIKANAN

S.L HEBAT ENTERPRISE
BLOK 1, LOT B, TAMAN REGENCY PENAMPANG

1.2 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN SEBAGAI GARIS PANDUAN UNTUK MENGURUS PERNIAGAAN. Rancangan perniagaan ini menghuraikan langkah-langkah yang akan diambil oleh saya serta memberi garis panduan tentang langkah tersebut dilaksanakan. Rancangan perniagaan ini merupakan satu pelan yang mesti diikuti oleh semua anggota dalam organisasi.

MENILAI DAN MENGKAJI PRESTASI PERNIAGAAN. Rancangan perniagaan ini membolehkan saya membuat penilaian tentang kejayaan atau kegagalan projek saya. Rancangan perniagaan ini juga membantu saya mengetahui kekuatan, kelemahan dan potensi perniagaan yang telah saya ceburi. Berdasarkan kajian dan penilaian yang dibuat dari semasa ke semasa, saya dapat meningkatkan prestasi dan bersedia untuk mengelak daripada melakukan kesilapan.Saya juga boleh meminimumkan pembaziran, penyelewengan dan kerugian. MEMUDAHKAN KAWALAN. Apabila perniagaan ini dirancang mengikut jadual, kawalan lebih mudah dapat saya lakukan. Kawalan yamg teratur dan cekap akan menjadikan perniagaan ini lebih lancar dan tersusun. Jika menyimpang daripada rancangan asal, siasatan dan analisis dapat saya lakukan dan tindakan pembetulan boleh dibuat. MEMAKSIMUMKAN SUMBER UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI. Sumber organisasi dapat saya gunakan secara optimum supaya setiap sumber dapat memberi sunbangan yang maksimum kepada organisasi ini. Penjadualan kerja juga disediakan untuk mengelakkan pembaziran masa dan sumber melalui perancangan ini.

2. LATAR BELAKANG PROJEK:

2.1 PENGENALAN: LOKASI PROJEK: BLOK 1, LOT B, TAMAN REGENCY PENAMPANG

3.0 RINGKASAN EKSEKUTIF Perniagaan ini menjalankan penghasilan dan membekalkan produk makanan ikan. S.L Hebat Enterprise memfokuskan penghasilan produk yang berkualiti, khas untuk pengguna dan sekaligus dapat menyumbang dan meningkatkan ekonomi negara. Matlamat jangka pendek ( 3 hingga 12 bulan ) bagi perniagaan ini adalah untuk membuat bekalan jangka panjang agar permintaan pengguna dapat dipenuhi dan harga dapat dikawal sepenuhnya. Selain itu kami berharap kepada orang ramai agar mereka tahu tentang kewujudan perniagaan serta ingin mengembangkan dan memajukan perniagaan agar sentiasa membeli produk yang ditawarkan. Matlamat jangka panjang ( 3 hingga 5 tahun ) adalah untuk menjadi sebuah perniagaan yang dikenali ramai di seluruh Malaysia serta menguasai pasaran pada tahun kelima operasinya. Perniagaan ini akan dimulakan pada 11 September 2008, dengan status perniagaan milikan tunggal. S.L Hebat Enterprise bercadang untuk mengubah status yang sedia ada kepada status syarikat sendirian berhad dalam masa 6 tahun operasinya. Seiring dengan status pemilikan syarikat yang menjurus kepada konsep keislaman yang sentiasa mengutamakan kebersihan serta produk yang halal dan berkhasiat. Tujuan perusahaan S.L Hebat Enterprise ditubuhkan adalah untuk : i) Memenuhi permintaan pelanggan kepada produk perikanan dan permakanan yang berkualiti ii) Memulakan pasaran melalui pasar raya besar mulai pertengahan tahun 2008. iii) Meluaskan pasaran di seluruh Malaysia mulai tahun 2010. S.L Hebat Enterprise akan memulakan operasi beralamatkan di BLOK 1, LOT B, TAMAN REGENCY PENAMPANG. Sasaran pasaran tertumpu kepada individuindividu yang inginkan produk yang lebih berkhasiat. Pengguna yang menjadi pilihan terdiri daripada surirumah, chef-chef di restoran besar, peniaga di restoran biasa dan sebagainya. S.L Hebat Enterprise mempunyai daya dan kreativiti tersendiri untuk menambah mutu produk sedia ada. Semua produk yang dihasilkan adalah dijamin halal, bersih dan berkualiti di mana bahan-bahan makanan diperolehi terus melalui sumber yang dipercayai dan diyakini. S.L Hebat Enterprise akan menjalankan pelbagai strategi dan promosi bagi memastikan pelaksanaan rancangan perniagaan berjalan lancar. Setiap ahli organisasi syarikat akan berusaha gigih serta sentiasa mengubah strategi yang paling optimum keberkesanannya mengikut perubahan persekitaran dan isu semasa bagi menjamin pulangan atas pelaburan yang dibuat.

4.0 ANALISIS INDUSTRI

Perniagaan yang menawarkan produk yang sama akan dikategorikan dalam satu industri. Satu kefahaman yang mantap tentang persekitaran perniagaan secara keseluruhan Objektif analisis industri adalah untuk membantu membuat keputusan tentang perlunya menceburi perniagaan dalam industri perniagaan. 4.1 PRODUK TANDINGAN Produk S.L Hebat Enterprise amat menepati kehendak pelanggan. Hal ini adalah kerana pelanggan yang mahukan produk yang berkualiti tinggi dan dijamin. Semua produk yang dihasilkan adalah dijamin halal, bersih dan berkualiti di mana bahan-bahan makanan ikan diproses sendiri tanpa campuran organ-organ dalaman binatang. Perniagaan S.L Hebat Enterprise mempunyai beberapa kekuatan dan boleh meningkatkan syer pasaran .Antara kekuatan perniagaan S.L Hebat Enterprise ialah produk yang berkualiti, harga yang ditawarkan adalah berpatutan selaras dengan objektif perniagaan dan mutu iklan yang dihasilkan juga menarik. Tidak dilupakan ialah mengadakan promosi. S.L Hebat Enterprise menggunakan dengan sebaik-baiknya setiap kekuatan yang dimiliki ini dengan tujuan menarik perhatian pelanggan untuk memilih produk daripada S.L Hebat Enterprise. 4.6 HARGA S.L Hebat Enterprise menetapkan strategi harga dengan mengenakan harga berpatutan kerana harga yang rendah akan menarik pengguna untuk membeli produk ikan keli Effish Enterprise.

5.0 DESKRIPSI PERNIAGAAN Anggaran harga seunit setiap produk : BIL KETERANGAN KUANTITI (KG) 100 500 200 100 200 200 2500 HARGA SIMPANAN (RM) SEBUTHARGA (RM)

1 2 3 4 5 6 7

IKAN KERAPU IKAN SUSU IKAN TAUFU IKAN TOMAN SOTONG ISI KETAM UDANG

6. LATARBELAKANG SYARIKAT

6.1 PROFIL SYARIKAT: NAMA PERNIAGAAN: S.L HEBAT ENTERPRISE ALAMAT: BLOK 1, LOT B, TAMAN REGENCY PENAMPANG BENTUK PERNIAGAAN: PENTERNAKAN & MEMBEKAL ALAT-ALAT PERTANIAN & KONTRAKTOR BINAAN KEGIATAN UTAMA: PENTERNAKAN DAN PERTANIAN TARIHK MULA PERNIAGAAN: 11 SEPTEMBER 2008 NO. PENDAFTARAN PERNIAGAAN: S 616479 MODAL PERMULAAN: RM 20,000.00 NAMA PEMILIK: MOHD SAFAR BIN AWANG JAD@PAUL LATAR BELAKANG PEMILIK/PENGUSAHA: NAMA: MOHD SAFAR BIN AWANG JAD@PAUL ALAMAT: NO.TELEFON: KETURUNAN: TEMPAT LAHIR: KELULUSAN AKADEMIK: PENGALAMAN: KEMAHIRAN:

7.0 RANCANGAN PEMASARAN

Dalam aspek ini, akan dinyatakan strategi pemasaran yang akan digunakan untuk memasarkan produk. Maklumat yang dinyatakan ialah ialah target jualan, sasaran pasaran, strategi pemasaran dan anggaran perbelanjaan pemasaran. 7.1 TARGET JUALAN Unsur-unsur yang dijelaskan dalam target jualan ialah produk yang ditawarkan, sasaran pasaran, saiz pasaran. 7.1.1 Produk Yang Ditawarkan :S.L Hebat Enterprise merupakan perniagaan yang berasaskan perikanan segar. Kualiti setiap produk yang adalah cukup berkualiti dan ini akan lebih membuatkan pelanggan berpuas hati dan yakin terhadap produk yang dikeluarkan.

7.1.2 Sasaran Pasaran Kawasan pasaran yang dipilih adalah di sekitar negeri sabah kerana kawasan pasaran ini mempunyai banyak tarikan penguna yang gemar akan produk halal dan segar setelah dibuat statistik. Pengguna yang menjadi pilihan S.L Hebat Enterprise terdiri daripada suri rumah, chef-chef di restoran besar, peniaga di restoran biasa dan sebagainya.

7.1.3 Saiz Pasaran Saiz pasaran merujuk kepada jumlah pembeli yang berpotensi dalam satu- satu kawasan dagangan yang disasarkan.. Ini boleh dinyatakan seperti berikut : Bilangan pemborong = 30 Dengan Andaian Pasaran = 15%

*Jika setiap Pemborong membelanjakan RM 1000.00/= maka 30 orang pemborong x RM 1000.00 = RM 30 000

7.2 STRATEGI PEMASARAN

7.2.1 Strategi Produk Pembungkusan dibuat melalui tempahan. Produk ikan keli yang dihasilkan diyakini halal, bersih, dan berkualiti. 7.2.2 Strategi Harga S.L Hebat Enterprise akan meletakkan harga yang berpatutan dalam pasaran. Pelanggan akan berpuas hati terhadap harga yang ditetapkan bersusaian dengan produk yang dihasilkan. S.L Hebat Enterprise juga menjalankan perniagaan secara belian kredit bagi memudahkan urusniaga bersama pembekal. 7.2.3 Strategi Promosi Objektif strategi promosi ialah untuk memaklumkan kepada pelanggan tentang kewujudan perniagaan perkhidmatan pengiklanan S.L Hebat Enterprise. Proses ini penting kerana S.L Hebat Enterprise merupakan perniagaan yang baru mula bertapak untuk menembusi pasaran. Selain itu strategi promosi membantu dalam mendapatkan pelanggan tetap S.L Hebat Enterprise.

Strategi proses yang dibuat oleh S.L Hebat Enterprise ialah : i) Internet – mewujudkan laman web ii) Kad perniagaan iii) Papan tanda perniagaan

7.3 PERJAWATAN DALAM RANCANGAN PEMASARAN

BIL 1

JAWATAN PENGURUS

TUGASAN Mengurus hal-hal syarikat, mencari pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada.

2

KERANI

Membantu menerima tempahan, membuat dan menjawab panggilan serta hal-hal pengkeranian asas Memastikan produk dihantar dan tiba pada masanya

3

PEKERJA AM

Membantu kerja-kerja muat turun barang dan menghantar bekalan kepada pengguna jika diperlukan

Nota : Tarikh bayaran gaji dilakukan pada setiap 27 hari bulan. KWSP ( 13% ) dan PERKESO ( 2%) dipotong mengikut Akta Pekerja 1955. Cuti tahunan 14 hari setahun. Cuti sakit mengikut cuti yang diberi oleh doktor. Bonus mengikut prestasi syarikat

7.4 ANGGARAN PERBELANJAAN PEMASARAN Aset Bukan Semasa BIL JENIS HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)

Jumlah keseluruhan

Perbelanjaan Bulanan BIL 1 2 3 4 6 Gaji Potongan KWSP Minyak Petrol Elektrik Air Jumlah Keseluruhan PERKARA KADAR (RM) JUMLAH (RM)

8.0 RANCANGAN ORGANISASI Rancangan organisasi perlu dijelaskan dalam sesuatu perniagaan. Bagi rancangan perniagaan yang saya lakukan, maklumat rancangan organisasi ialah matlamat starategi organisasi, struktur dan rancangan organisasi, perjawatan dalam rancangan organisasi, peralatan pejabat, dan anggaran perbelanjaan organisasi. 8.1 MATLAMAT STRATEGI ORGANISASI 8.1.1 Matlamat dan strategi 1. MEMBERI PELUANG KEPADA ORANG RAMAI UNTUK MENCUBA PRODUK YANG BERKHASIAT. Meningkatkan mutu produk. Mempamerkan dan memperkenalkan produk melalui promosi. Memastikan kualiti produk sentiasa baik dari semasa ke semasa. 2. MEMENUHI KEHENDAK PENGGUNA. Memberi pengetahuan mengenai produk melalui media mahupun iklan. Sentiasa ingin mengambil tahu masalah yang dihadapi pengguna dan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut. 3. CUBA MENANDINGI PESAING YANG SEDIA ADA. Mencari kelemahan pesaing dan cuba untuk mengatasinya. Menghasilkan produk yang mempunyai keistimewaan tersendiri yang tiada pada pesaing.

4. MELUASKAN PASARAN DI SELURUH MALAYSIA. Meningkatkan produk sedia ada. Membina nama baik perniagaan dan perkenalkan di seluruh Malaysia. 9.0 RANCANGAN KEWANGAN Rancangan kewangan perlu dijelaskan dalam sesuatu perniagaan. Bagi rancangan perniagaan yang saya lakukan, maklumat rancangan organisasi ialah jadual kos pelaksanaan projek, jadual sumber pembiayaan projek, jadual susut nilai aset bukan semasa, jadual bayaran balik pinjaman, jadual sewa beli aset aset bukan semasa.

9.1 KOS PERLAKSANAAN PROJEK BIL PERKARA KADAR (RM) JUMLAH (RM)


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:4973
posted:8/24/2009
language:Malay
pages:10
Description: kertas kerja memulakan projek perikanan komersial