Docstoc

kerja 9 jam aje

Document Sample
kerja 9 jam aje Powered By Docstoc
					http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1112&pub=Utus
an_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara
akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan,
kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan
dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh
percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan
di sekolah.Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang
dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu."NUTP berpendapat sistem bekerja
sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan
sekolah.

"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk
mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad
untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di
sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam
sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan
1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan."Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru
di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.

"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian
Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu
tugas mereka di sekolah," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara
tersebut.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:75
posted:11/13/2011
language:English
pages:2