Ayah tak beli buku lagi

Document Sample
Ayah tak beli buku lagi Powered By Docstoc
					                                  MEMOIR SEORANG GURU

Cerita 2.Ayah tak beli buku



          Minggu ini adalah minggu yang ketiga awal persekolahan tahun 2008.Ini bermakna
murid-murid telah diajar satu atau dua topik atau sub topik baru.Biasanya di awal tahun semua
murid mempunyai buku baru dan mencukupi untuk semua subjek.Tahun ini aku diberi subjek
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun empat.

            Banyak juga nota bertulis dan bercetak aku sediakan untuk murid-murid 4
Bijak.Subjek ini menarik kerana banyak bahan yang boleh kita dapat dari internet.Seperti biasa
bila tiba waktu menyalin nota atau menampal lembaran kerja, aku dapati Syida tiada buku.

Minggu pertama.

 “Syida,mana buku kamu?” soalku.
Dengan pantas dia menjawab, “ayah tak beli lagi cikgu,”pendek dan ringkas sahaja.
“Kalau macam tu…kamu salin dulu dalam kertas ni,balik nanti beli buku dan salin semula apa
yang kita catat hari ini,”arahku pada Syida sambil menghulur sekeping kertas A4 padanya.
Lantas Syida mengambil kertas itu lalu menyalin nota yang telah aku catat di papan hitam.

Syida yang aku kenali memang rajin ,Cuma agak lambat sedikit dalam bidang akademik.Selepas
menyalin semua nota semua murid menghantar buku di atas meja guru termasuk Syida.Namun
aku menyuruhnya membawa pulang catatan itu untuk disalin dalam buku.Syida akur.

Minggu kedua

“Siapa bertugas hari ini?” soalku kepada kelas 4 Bijak.
“Saya cikgu.”jawab Izzat sambil mengangkat tangan. “Izzat,ambil buku ini dan bagi semula
kepada rakan-rakan kamu.”kataku sambil menunjukkan buku-buku tulis yang ada diatas
mejaku.Pantas sahaja Izzat menjalankan tugasnya.
“Hari ini cikgu akan edarkan lembaran kerja yang bertajuk Portfolio Diriku.”aku beritahu
kepada murid-murid lantas mengedar lembaran kepada murid mengikut kumpulan.
“Cikgu nak kamu lengkapkan perkara-perkara yang terkandung dalam senarai yang telah cikgu
sediakan.”arahku.”Faham ke tidak.”soalku lagi.
“Faham ,cikgu!”jawab semua murid.Mataku mencari Syida dengan harapan agar dia ada buku
seperti yang aku minta minggu lepas.

Tetapi aku hampa.Syida menunduk pura-pura mencari buku bawah meja.Itulah reaksi semua
murid jika tidak membawa buku.
“Tak bawa buku juga Syida!”sergahku membuat Syida terkejut.”Mana buku?”soalku lagi
dengan nada yang agak keras.
“Ayah tak beli buku lagi,cikgu”jawab Syida perlahan.
“Tak kan sebuah buku pun ayah kamu tak boleh beli.Enam puluh sen je.Cakaplah dengan ayah
cikgu nak buku juga.Susah sangat ke?”aku mula nak berleter.

“Sebenarnya ….ayah tak ada kat rumah cikgu,saya tak cakap lagi dengan ayah.”beritahu Syida.
“Ayah kamu ke mana?” soalku
“Ayah duduk dengan mak baru.”jelasnya. “Ha!mak baru? Ayah kamu kawin dua ke?”aku
menyoalnya.
“Dah lama cikgu.Sekarang dia jarang balik rumah.”terang syida jujur padaku.
“Ehm..tak apalah…siapkan kerja yang cikgu bagi hari ini juga ,lepas tu hantar pada
cikgu,”kataku pada Syida.Dalam hatiku memang dah geram.Tetapi aku sabar juga.Bukan salah
Syida,salah bapanya.

          Malam itu aku menyelongkar kotak buku tulis anakku yang digunakan pada tahun
lepas.Mana-mana buku yang baru ditulis dua tiga helai aku kumpul dan koyakkan helaian yang
bertulis.Kemudian aku padam nama anakku dan tulis nama Syida.

Minggu ketiga

Masuk saja kelas 4 Bijak aku memanggil Syida.
“Nah!ambil buku anak cikgu.Boleh guna lagi.Sayang cikgu nak buang.Buat buku nota
Sivik,”kataku sambil menghulur beberapa buah buku lagi.
Dengan gembira Syida mengambil buku-buku itu.”Terima kasih cikgu! Buku yang lebih ni saya
nak buat buku pelajaran lain boleh tak cikgu?”soal Syida.
“Boleh,itu pun kalau cikgu matapelajaran lain tak marah.” Kataku.

         Selepas kelas aku membuat reflesi ……..berapa ramai lagikah anak-anak yang senasib
dengan Syida.Bapa sibuk kawin lain ,mengulit isteri baru tetapi keperluan anak diabaikan.
Bagiku tak salah kalau seorang bapa nak kawin lebih dari seorang tetapi ikutlah kemampuan
diri.Jangan amanah yang telah sedia ada diabaikan tetapi sibuk atau sengaja nak pikul batu.

         Selepas kes Syida aku akan pastikan buku-buku anakku yang boleh digunakan
disimpan .Bukan tak boleh beli yang baru kepada Syida.Kalau aku beli yang baru seoalah-olah
aku menggalakkan orang seperti bapa Syida lupa tanggungjawab sebagai seorang bapa.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2
posted:11/10/2011
language:Malay
pages:2