kamus dewan m

Document Sample
kamus dewan m Powered By Docstoc
					m I huruf ke-13 abjad Rumi.
m II kep meter.
M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi.
ma Pr semua; saya ~ kita; dia ~ mereka.
MA kep Master of Arts (Sarjana Sastera).
maab Ar ark tempat kembali.
maaf 1. kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang drpd
      hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dsb),
      ampun: Omar meminta ~ drpd bapanya; memberi ~ mengampuni;
      2. = maafkanlah ampunilah: ~ sahajalah budak itu, dia masih
      belum tahu apa-apa; minta ~ minta diampuni;
      bermaaf-maafan saling memberi ampun: Ros mengesat air
      matanya setelah ~ dgn Jamilah;
      memaafi memberi ampun (maaf) kpd, mengampuni: sekali dua
      dia boleh dimaafi;
      memaafkan mengampunkan kesalahan (kesilapan dll), tidak
      menganggap salah dll lagi: sudilah kiranya engkau ~ kesalahanku
      lahir batin, dunia akhirat;
      permaafan perihal bermaaf-maafan;
      pemaaf 1. orang yg rela memberi maaf (memaafkan); 2. bersifat
      suka memaafi atau memaafkan: dia seorang dermawan yg
      merendah diri, khusyuk, dan ~.
maahad Ar tempat atau pusat pembelajaran agama Islam: aku berminat
      utk belajar di ~ itu, tetapi terpaksa menghadapi satu ujian
      kelayakan utk belajar di situ; ~ tahfiz pusat pengajian utk
      menghafal dan mengkaji al-Quran.
maakul Ar masuk akal (fikiran), berdasarkan akal (fikiran), logik,
      munasabah: tiap-tiap orang yg menentang cadangan itu
      mempunyai alasan yg ~ dan kuat pula.
maakulat Ar ilmu pengetahuan berkenaan sesuatu yg ghaib (dgn
      berdasarkan akal fikiran), metafizik.
maalaf Ar ark tempat utk mengisi makanan kuda dll, palung.
maal hijrah Ar majlis yg diadakan sempena mengingati dan mengambil
      pengajaran drpd peristiwa hijrah Rasulullah (diadakan pd bulan
      Muharam).
MABBIM akronim bagi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-
      Malaysia.
mabir; tabir-~;      tabir.
MABM kep Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu.
mabrur Ar diterima Allah: haji ~.
mabuk 1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana
      meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi
      isterinya kerana pulang ke rumah dlm keadaan ~; 2. ki sangat
      suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka
      Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan
      ayahnya itu;
      ~ agak-agak (kira-kira) suka duduk berangan-angan sahaja (satu
      kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak
      kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt
      gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka
      berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak
      dapat berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat
      darah; b) pengsan kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c)
      mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah
      orang; ~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempat-
      tempat yg tinggi, pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya,
      pening dsb, biasanya pd sebelah pagi, yg dialami pd peringkat
      awal kehamilan; ~ kecubung a) pening kepala kerana memakan
      biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain;
      ~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab
      jatuh cinta dll; ~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm
      pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung
      kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang; ~ udara
      pening kerana naik kapal terbang;
      ~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt
      orang ~ gadung prb sangat pucat;
      dimabuk diganggu atau terganggu oleh sesuatu (fikiran dll):
      kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai
      kelihatan mundur;
      ~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu
      dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib
      berasa sangat sedih kerana memikirkan nasibnya;
      dimabuki diganggu oleh: selama tujuh tahun darwis itu ~ sakit
      cinta;
      memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~;
      kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt
      orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya;
      pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau
      dadah;
      pemabuk (orang yg) selalu mabuk.
mabung sj ikan laut, Rastrelliger kanagurta.
mabur Jk lari,terbang.
Mac bulan ketiga dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari.
macam 1. keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa: kain ini ada dua
      ~; 2. laksana, seperti, umpama: ~ rusa masuk kampung; 3. cara,
      kaedah: walau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dgn orang
      tuanya; apa ~ a) = ~ apa (mana) bagaimana; b) apa pendapatmu?
        semacam 1. sebangsa, sejenis: 2. sebagai, serupa, seperti: adakah
        orang ~ saya menaruh khianat di dlm hati;
        bermacam berbagai(-bagai);
        bermacam-macam, macam-macam berbagai-bagai, berjenis-
        jenis, berupa-rupa;
        mempermacam-macamkan memperbuat dll bermacam-macam.
macan Jw harimau; ~ loreng harimau belang; ~ tutul harimau akar;
        memacani mempertakuti, menakut-nakutkan;
        macanan, macan-macanan sj permainan anak-anak.
macang bp embacang.
macat       macet.
macet Jk 1. tidak lancar, sendat, serat: satu kali lagi hendak dilepaskan
        tembakan tapi pistolnya ~; 2. ki terhenti, kandas, terbengkalai:
        kalau kita ditangkap, usaha kita akan ~;
        kemacetan hal (keadaan) macet: impian manusia utk keluar drpd
        ~ hidup yg dirasakan terbelenggu oleh tradisi.
Machiavellianisme (machiavéllianisme) fahaman (prinsip) politik yg
        menekankan     ciri   orang   yg   suka    mengambil   kesempatan
        (oportunis), bersifat licik, dan pandai menipu.
macho        maco.
macis       mancis.
maco bp tampak sifat kelelakiannya sama ada dr segi penampilan,
        perawakan dsb.
macuk sj permainan judi Cina (dimainkan di atas meja oleh empat orang
        pemain dgn menggunakan balak-balak kecil).
mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang;
        maddah.
mada 1. Mn tidak ada perasaan, tebal telinga; 2. bp bodoh.
MADA akronim bagi Muda Agricultural Development Authority
      (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda).
madah I 1. kata yg terutamanya digunakan utk puji-pujian: Ramlah
      tersipu-sipu mendengar ~ Tuan Penghulu itu; 2. sl perkataan;
      berpanjang ~ berkata (menghuraikan dll) dgn panjang lebar;
      pendek ~ pendek kata, pendeknya;
      bermadah 1. bersyair dll dgn memuji-muji, memuji-muji: saya ~
      spt pujangga, dia membisu sahaja; 2. berkata: senang manusia
      berkata apa yg disukainya tanpa memikirkan akibat atau
      padahnya, senang mereka ~;
      memadahkan mengucapkan, mengatakan: madahkan juga barang
      hajat tuan.
madah II Pn menjemput orang (utk majlis perkahwinan).
madali sl sj alat bunyi-bunyian.
madam nyonya.
madang selalu, kerap.
madani Ar maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn
      masyarakat, generasi dsb): usaha utk membentuk masyarakat ~
      dgn menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan; kurikulum itu
      juga terarah kpd pembinaan masyarakat ~.
madar Mn ark        mada.
madat I 1. candu yg belum dimasak; minum ~ menghisap madat; rumah
      ~ tempat orang membeli dan menghisap madat; 2. segala jenis
      dadah (spt ganja, morfin, heroin, candu, dsb) yg disalahgunakan
      oleh penagihnya;
      bermadat menghisap madat;
      pemadatan 1. perihal menghisap madat; 2. Jk biasa melakukan
      sesuatu yg tidak sopan (kurang baik dll);
      pemadat orang yg biasa (ketagih) menghisap madat: orang yg ~
      itu semuanya kurus kering.
madat II sl 1. menara tempat orang berkawal; 2. dinding atau tembok yg
      letaknya di menara dll dan diberi berlubang-lubang (digunakan utk
      menembak).
maddah Ar tanda bunyi panjang pd tulisan Arab;  mad.
maddi Id kebendaan (yg berupa benda): hukum~.
madgad kepingan besi, plastik, dsb yg dipasang menutupi roda basikal,
      motosikal, dll utk mencegah percikan lumpur, air, dll;
      bermadgad mempunyai (memakai, dilengkapi dgn) madgad:
      basikal tua tidak ~ yg tersandar di tiang tengah diheretnya keluar
      halaman.
madrasah Ar 1. tempat belajar (terutama bkn agama Islam), sekolah,
      perguruan; ~ jamiah sekolah (perguruan) tinggi, universiti; 2.
      surau, langgar.
madu I 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga,
      manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis
      lagi senyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~
      senyuman yg manis benar;
      ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik
      asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb
      jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana
      biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~ , di dlm bagai
      hempedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg
      lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg
      keluar drpd mulut orang yg elok rupanya.
madu II 1. wanita lain yg menjadi isteri kpd suami sendiri, 2. ki saingan
      dlm percintaan;
      bermadu mempunyai madu (bkn isteri yg suaminya beristeri lagi):
      di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dlm adat; dia
      minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya;
      memadu       memadukan:    Usinah     yg   tidak   mahu     dimadu,
      diceraikannya;
      memadui 1. menjadi madu kpd, bermadu dgn; 2. memberi
      bermadu (suami terhadap isterinya);
      memadukan menjadikan sbg madu:              isterinya tidak rela
      dimadukan;
      mempermadukan menjadikan (membiarkan) bermadu dgn:
      seboleh-bolehnya, jangan sampai Ramlah dipermadukan;
      permaduan 1. perihal bermadu: masa dlm tangan mandur besar
      dahulu, enam orang madu saya, dlm ~ itulah saya abang ambil; 2.
      perihal beristeri lebih drpd satu pd satu ketika (laki-laki),
      poligami: ~ dianggap kolot sekarang ini.
madu III; ~ mancung Id perhubungan dua sisi yg merupakan sudut.
madukara 1. sl lebah; 2. = kain ~ sj kain sutera yg disulam dgn benang
      emas.
maesan (maésan)     mesan.
mafela skarf yg dililitkan pd leher utk mengurangkan kesejukan.
mafhum Ar 1. sudah mengerti (maklum, tahu), sudah faham: ~lah
      baginda akan surat Yang Dipertuan itu; 2. pengertian;
      memafhumi mengerti, mengetahui, memahami.
mafia pertubuhan haram yg menjalankan kegiatan jenayah dan
      keganasan.
mafsadah Ar kerosakan, kebinasaan, kehancuran: menolak ~ haruslah
      didahulukan drpd mengambil maslahah.
magal sj tumbuhan (pokok), Sarcocephalus hirsutus.
magang I orang yg bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih
      belum menerima gaji): dia mula-mula bekerja sbg ~ .
magang II 1. terlampau masak (buah-buahan), ranum; 2. hampir masam
      kerana mengalami perubahan kimia (bkn nira, tapai dsb);
      memagang membuat (memproses) sesuatu supaya jadi magang,
      menapai (tapai dll);
      pemagangan perihal memagang.
magasawih sj tumbuhan (pokok) dlm famili Sonneratiaceae, berembang
      bukit, magas dan tagahas (Sabah), sawih (Sarawak), Duabanga
      spp.
magazin 1. sj kotak berisi peluru yg digunakan pd senjata api: pihak
      polis telah merampas senapang itu bersama dgn dua ~ pelurunya;
      2. tempat mengisi kartrij filem dlm kamera.
magel Jk 1. belum masak benar (buah-buahan), mengkal; 2. ki belum
      sempurna pengetahuan, belum begitu pandai.
magenta (magénta) (warna) ungu kemerah-merahan, merah tua, merah
      lembayung.
MAGERAN akronim bagi Majlis Gerakan Negara.
magersari Jw 1. orang yg berumah dlm kawasan rumah orang lain; 2.
      ark orang yg membantu orang-orang yg berpindah dr satu tempat
      ke tempat yg lain.
maghfirat Ar ampun, maaf.
maghrib Ar 1. tempat arah matahari terbenam, barat: lalu dilempar oleh
      Selampit sebelah badannya ke masyrik dan sebelah badannya ke
      ~; 2. = waktu ~ waktu terbenam matahari sehingga hilang cahaya
      merah di ufuk barat; sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu
      maghrib.
maghribi Ar dr sebelah barat, termasuk sebelah barat (Moroko dll).
maghrur Ar sombong, angkuh.
magi IB ilmu ghaib.
maging; binatang ~ binatang (spt harimau, anjing, beruang, dsb) yg
      memakan daging, karnivor.
magis luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg
      tersembunyi, ghaib: kisah kehidupan di angkasa raya dgn
      kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja
      itu juga mempunyai kuasa ~.
maglub Ar ark kalah, takluk.
magma batuan lebur (panas) yg terdapat di bawah kerak bumi yg apabila
      menyejuk menjadi batuan igneus.
magnalium (Kim) aloi aluminium dan magnesium.
magnesium (magnésium) (Kim) sj unsur logam yg ringan, mulur,
      berwarna putih keperakan, dan terbakar dgn cahaya putih
      berkilauan dan digunakan dlm membuat aloi ringan;
      ~ hidroksida sebatian magnesium dan air; ~ klorida sebatian
      magnesium dan klorin; ~ oksida sebatian magnesium dan oksigen.
magnet (magnét) sj besi yg mempunyai daya menarik logam-logam lain, besi
      berani, semberani;
      ~ kekal (Fiz) sj magnet yg kekal bermagnet walaupun medan
      magnet yg menghasilkannya itu sudah tiada; ~ ladam magnet yg
      berbentuk ladam; ~ sementara (Fiz) bahan yg bertindak sbg
      magnet hanya apabila bahan itu berada dlm medan magnet;
      bermagnet mempunyai (ciri) magnet: kunci ~;
      memagnetkan menjadikan (sbg) magnet;
      termagnet telah menjadi magnet;
      magnetan, kemagnetan perihal magnet; pemagnetan proses
      memagnetkan sesuatu.
magnetik (magnétik) mempunyai sifat magnet.
magnetisme      (magnétisme)    (sains   tentang)   fenomena   dan   sifat
      kemagnetan.
magnetit (magnétit) bijih besi yg magnetik.
magneto (magnéto) (Kej) sj dinamo yg mengeluarkan api dlm sistem
      pencucuhan sesuatu enjin pembakaran dalam.
magnetometer (magnétométer) (Fiz) alat utk mengukur keamatan dan
      arah medan magnet.
magnetosfera (magnétosféra) (Ast) kawasan di sekeliling planet yg
      dipengaruhi oleh medan magnet planet berkenaan.
magnetron (magnétron) alat yg menghasilkan gelombang mikro apabila
      dibekali voltan tinggi.
magnitud besarnya, pentingnya, atau banyaknya sesuatu.
magnolia sj pokok dr genus Magnolia yg bunganya besar, berwarna
      putih, kuning atau merah jambu, wangi dan kelihatan spt berlilin.
magun dipasang tetap pd perahu (spt kajang, tingkap, bilik, kurungan di
      buritan perahu tempat jurumudi, dll): tingkap ~; ~ angin tingkap
      pd perahu utk memasukkan udara atau cahaya; kajang ~ kajang yg
      sentiasa dipasang pd perahu.
mah I singkatan bagi maha; ~raja maharaja.
mah II (Sunda) kata utk menguatkan perkataan atau ayat di depannya,
      bukankah.
maha yg teramat, sangat, amat: M~ Besar; M~ Esa; M~ Berkuasa; M~
      Mengetahui; M~ Mulia; M~ Suci.
maha- awalan asing besar, tertinggi, mis mahaguru dan mahasiswa.
MAHA akronim bagi Malaysian Agri-Horticultural Association
      (Persatuan Pertanian dan Perkebunan Malaysia); pertunjukan ~
      pertunjukan hasil pertanian dan perkebunan serta pekerjaan
      tangan.
mahabbah Ar kasih sayang, percintaan.
mahadewa (mahadéwa) 1. sl Betara Siwa; 2. dewa yg tertinggi.
mahadewi (mahadéwi) 1. Betari Surga; 2. ki sebutan utk puteri atau
      permaisuri.
Mahadper Id kep Mahkamah Angkatan Darat dlm Perang.
Mahaduta ark duta besar;
      permahadutaan ark kedutaan besar.
mahaguru 1. guru yg tertinggi pangkatnya di perguruan tinggi atau
      universiti, profesor; 2. ketua sesuatu kumpulan silat.
mahahakim hakim besar.
mahajana I ark orang besar (orang yg terkenal dll).
mahajana II orang ramai (umum).
mahakarya karya agung yg dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dll)
      pd sesuatu zaman, karya terbaik yg gemilang atau karya yg dicipta
      drpd daya intelek dan daya kreativiti yg tinggi.
maha kuasa sangat berkuasa (tidak ada bandingannya);
      kemahakuasaan perihal (keadaan, sifat) maha kuasa: orang-
      orang yg percaya akan ~ Allah.
mahal 1. tinggi harganya, lwn murah: kain jenis itu memang ~; 2. susah
      hendak mendapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada: dlm negeri
      Melaka terlalulah ~ orang yg tahu menulis dan mengarang
      barang suatu;
      ~ dibeli, sukar dicari = ~ tak dapat dibeli, murah tak dapat
      diminta prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh;
      memahalkan 1. membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga;
      2. meletakkan harga yg terlalu tinggi (lebih drpd sepatutnya),
      menghargai lebih drpd sepatutnya;
      kemahalan 1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barang-
      barang mahal; 2. bp terlalu mahal; tunjangan ~ Id tambahan kpd
      gaji disebabkan harga barang-barang mahal;
      pemahal     yg    menyebabkan          jadi   mahal:   Ramlah   tidak
      mempedulikan keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga
      dirinya.
mahamenteri sl ketua menteri (tetapi di bawah bendahara).
mahameru (mahaméru) sl gunung tempat tinggal segala dewa.
mahang sj tumbuhan (pokok kecil), Macaranga spp.; jenis-jenisnya: ~
      api, ~ bayan, ~ bulan, ~ putih, dll.
mahaputera Id gelaran yg diberi kpd warganegara yg sangat besar
      jasanya terhadap negara.
mahar Ar = ~ kahwin mas kahwin (yg diberi kpd pengantin perempuan);
      membayar ~ memberi mas kahwin.
maharaja 1. raja besar; 2. sl gelaran atau sebutan bagi orang besar:
      Bendahara Seri M~; nikah M~ Boma prb nikah tanpa belanja;
      kemaharajaan perihal maharaja: semua negara Asia Pasifik
      pernah berada di bawah pengaruh besar ~ itu.
maharajalela (maharajaléla) sl (gelaran yg diberi kpd) kepala menteri
      yg tugasnya memenggal kepala orang yg bersalah kpd raja;
      bermaharajalela, bersimaharajalela, merajalela 1. berbuat
      sesuka hati (sewenang-wenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2.
      berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~
      setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus
      berlaku, kekejaman ~;
      kemaharajalelaan perihal bermaharajalela; merajalela.
maharana sl perang besar.
maharani sl raja perempuan, ratu, permaisuri.
maharesi, maharishi sl pendeta yg suci.
maharupa sl terlalu cantik (indah).
mahasiswa pelajar (penuntut) di universiti;
      kemahasiswaan hal yg berkaitan dgn mahasiswa: apakah yg
      menghalang siswi turut aktif dlm kerja ~ ini?
mahasiswi mahasiswa perempuan.
mahasitua bp panggilan utk mahasiswa yg sudah berumur (biasanya
      bagi yg mengikuti kursus sarjana muda).
mahatma jiwa besar (gelaran yg diberi kpd mendiang Gandhi sbg
      pemimpin India).
mahatur = paduka ~ sl gelaran yg diberi kpd salah seorang drpd isteri
      raja Jawa zaman dahulu.
mahbub Ar yg dikasihi (lelaki).
mahbubah, mahbubat Ar yg dikasihi (perempuan).
mahdi Ar pemimpin, penunjuk jalan; al ~ = imam ~ pemimpin yg akan
      muncul utk membersihkan dunia ini drpd dajal (ketika hampir
      kiamat).
maherat (mahérat) ark hilang, menghilangkan diri;     mairat.
mahesa (mahésa) sl kerbau (juga dipakai utk nama orang).
maheswara                                   mahadewa.
mahfuz Ar yg sudah dihafazkan, tersemat dlm hati (ingatan); loh al ~;
      lohmahfuz.
mahing Mn ark bau yg sangat busuk.
mahir terlatih utk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar, pandai: orang
      Cina itu masih belum ~ berbahasa Melayu;
      memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak
      sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian tertentu,
      spt   kreativiti   atau   kemahiran    menggunakan        komputer;
      penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah
      bahasa;
     memahirkan melatih seseorang supaya cekap, mempelajari dgn
     sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd
     latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar;
     kemahiran      kecekapan,      kepandaian:   ~     Fernando   tentang
     pelayaran telah diketahui oleh mereka;
     berkemahiran mempunyai kemahiran, mahir: dan tentu ramai
     calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya.
mahjung sj permainan judi orang Cina.
mahjur orang yg tidak dibolehkan oleh syarak membahagi-bahagikan
     hartanya kerana bodoh, muflis, sifat boros (mubazir), atau tidak
     berakal.
mahkamah tempat membicarakan kes undang-undang, dewan atau
     majlis pengadilan;
     ~ agung Id pengadilan yg tertinggi; ~ juvenil mahkamah yg
     mempunyai bidang kuasa ke atas pesalah juvenil dan kanak-kanak
     di   bawah    kawalan    ibu    bapa;   ~ perusahaan      badan   yg
     menyelesaikan pertikaian buruh; ~ rendah (majistret, sesyen)
     mahkamah yg di bawah kuasa atau diadili oleh majistret; ~ syariah
     mahkamah yg mengadili hal-hal yg bersangkutan dgn hukum
     Islam; ~ tentera mahkamah yg mengadili perkara tentera; ~ tinggi
     mahkamah yg mengadili perkara yg besar-besar spt pembunuhan
     dll (diadili oleh Hakim Besar).
mahkota 1. tajuk kebesaran raja: dikenakan ~ di hulu baginda; 2. ki
     (orang) yg memerintah, raja; ~ alam raja yg memerintah sekalian
     alam; ~ negeri raja yg memerintah sesebuah negeri; putera
     (tengku) ~ anak raja yg bakal menggantikan ayahandanya; wakil ~
     wakil raja; 3. gelaran utk orang besar-besar: Datuk Raja M~; 4.
     perhiasan kepala spt yg biasa dipakai oleh pengantin perempuan
      (pemenang peraduan ratu cantik dsb); 5. ki jantung hati, kekasih: ~
      hatiku;
      bermahkota memakai mahkota, menjadi raja yg memerintah;
      raja-raja yg ~ raja-raja yg memerintah;
      memahkotai      meletakkan      mahkota   (pd   kepala   raja)   sbg
      menobatkan baginda menjadi raja, mengenakan mahkota pd (orang
      yg naik takhta menjadi raja);
      pemahkotaan perihal (perbuatan, upacara, dsb) memahkotai
      (orang yg naik takhta menjadi raja).
mahligai istana tempat kediaman raja (permaisuri atau putera-puteri
      raja).
Mah Meri penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Senoi
      yg juga dikenali sbg orang laut, yg kebanyakannya tinggal di
      pesisir pantai Selangor khususnya di Pulau Carey.
mahmud Ar terpuji.
mahmudah Ar terpuji; sifat ~ sifat terpuji.
mahna Ph telekung.
mahogani sj pokok tropika yg kayunya keras berwarna coklat kemerah-
      merahan, biasanya digunakan utk membuat perabot.
mahram Ar orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi
      (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yg rapat,
      hubungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb).
mahsul = hasil ~ hasil sesebuah negeri (yg dieksport).
Mahsuri = padi ~ sj padi yg benihnya merupakan campuran drpd padi
      Kedah dan padi Taiwa         padi.
mahsyar Ar tempat berhimpun di akhirat setelah tiupan sangkakala
      apabila semua manusia dibangkitkan dr kubur; hari ~ hari manusia
      berhimpun pd hari akhirat; padang ~ padang tempat manusia
      berhimpun pd hari akhirat.
mahu 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan
      itu dipegang oleh seorang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b)
      terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp
      maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini?
      semahunya,      semahu-mahu,     semahu-mahunya        sekehendak
      (sesuka) hati, sewenang-wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan
      dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja;
      mahupun meskipun, walaupun;
      memahu-mahu, memahukan 1. memaksa-maksa supaya mahu; 2.
      menghendakkan, mahu kpd;
      memahui, mengemahui menghendaki, menuntut (supaya);
      kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~
      mereka;
      berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara
      bebas.
mahubi sj tumbuhan (pokok renek), kelat menahun, medang melukut,
      menahun, nahun, nanas burung, sial menahun, Pternandra
      echinata.
mai I; puki ~ bk perkataan yg sangat kasar pengertiannya (digunakan
      sewaktu memaki).
mai II Kd, Pn mari;
      pi ~ pergi dan datang, lalu-lalang; pi ~, pi ~ duk tang tu ki tidak
      berubah keadaannya.
main I 1. sesuatu yg dilakukan utk bersenang-senang atau bersuka-suka
      (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): ~ bola; ~ gasing;
      ~ guli; ~ jongkang-jongket; ~ tenis; 2. = bermain berbuat sesuatu
      utk menyukakan atau menyenangkan hati (dgn menggunakan alat-
      alat tertentu atau tidak): jangan ~ di tengah hujan nanti demam; 3.
      bp melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tidak bersungguh-sungguh,
sewenang-wenang): dia kini telah pandai ~-~ sabar; 4. berjudi: ~
judi; ~ tikam ekor; 5. mempertunjukkan wayang (sandiwara dll);
6. Id bp bekerja (utk mencari nafkah); 7. sl kebijaksanaan (dlm
mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat: tiada mengapa,
lihatkan juga oleh saudaraku ~ si Tuah dgn seterusnya;
~ angin selalu berubah (berputar belit) percakapannya; ~ gila
berkelakuan (berbuat sesuatu) tidak senonoh atau kurang sopan; ~
kasar bp bertindak atau bercakap kasar; ~ kayu = ~ muda bp
bersuka-sukaan (berseronok-seronok) dgn perempuan; ~ kayu tiga
berpura-pura berbuat baik dgn tujuan berbuat jahat; ~ mata a)
mengerling-ngerling (menjelingkan) mata; b) memberi isyarat dgn
mata; ~ pantai sj perayaan memuja pantai; ~ perempuan bermukah
dgn perempuan; ~ rebutan berebut hadiah yg digantungkan pd
tiang yg dilicinkan; ~ siku (sikut) a) menyinggung dgn siku; b)
menipu dll ke sana sini; ~ sunglap a) main silap mata; b)
mengenakan tipu muslihat (kpd), memperdaya; ~ tangan memukul
dgn tangan; ~ tempel bp meminta pertolongan kpd orang yg
berkuasa; ~ undi a) main loteri; b) ark main dadu; bukan ~
sungguh, sangat;
bermain 1. melakukan sesuatu utk bersenang-senang atau
bersuka-suka: Amin belajar, ~ , bekerja dan berehat dgn
berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn,
berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri
Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan mengganggu
(fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu
sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-
henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk
melelapkan matanya;
~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara
dan gaya; ~ tangan menggunakan ketangkasan tangan; ~ tangan
panjang memegang-megang (meraba-raba) perempuan;
~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air
basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau
pekerjaan ada akibatnya;
bermain-main 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil
melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguh-
sungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak
sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja;
memainkan 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku
bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan
nyanyian dgn bunyi-bunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan
alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4.
menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun
lepas; 5. melakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga
Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam;
6. memegang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak
ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil
bahagian dlm;
mempermainkan, memain-mainkan 1. = bermain-main dgn,
menggunakan sesuatu utk bermain-main (sbg permainan): ia
tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar
mengkuang; datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dr
misai, dimain-mainkannya; 2. memperlakukan utk bersenang-
senang (mencari untung dll): jangan ~ anak gadis orang; mereka
dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; 3. memainkan
(sandiwara, wayang, dll): Dalang Surung Rana pun berhenti di
bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; 4. memperolok-
olokkan, mempersendakan, menyindir-nyindir, mengeji-ngeji:
maka banyaklah tingkah lakunya yg jenaka dipermainkan oleh
orang kampung akan dia; awak banyak dosa, awak selalu ~
Islam;
mainan, main-mainan 1. benda yg digunakan (oleh kanak-kanak)
utk bermain: anaknya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg kelihatan
spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka
dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~; 3. sesuatu
yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan:
politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajarlah
dibantu dgn ilmu;
permain sl teman bermain, orang yg menyukakan hati orang lain
(dlm istana dll): kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai
istana hamba; maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari,
maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama;
permainan 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk
bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan
bermain (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak;
~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-
sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukkan (wayang,
sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu
kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk
berseronok-seronok sahaja (bukan dijadikan isteri): sesudah
ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang
perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg
dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama
kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit
oleh bomoh (memakai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn
jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan
      panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara
      biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada
      ketikanya susah;
      sepermainan sama-sama bermain: kami ~ semasa kecil;
      pemain 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama
      dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan
      diterima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar
      judi.
main II; burung ~ angin sj burung, burung laki padi, Cisticola juncidis
      malaya.
mairat Ar, bp pergi, mati; merat, maherat.
mait Ar mayat.
maja = ~ batu (ingus) sj tumbuhan (pokok), bel, bila, Aegle marmelos.
majahil; tandil ~;   tandil.
majakani sj buah keras digunakan sbg ubat dan utk menghitamkan gigi.
majakaya tidak bersambung (tiang dll).
majakeling sj buah keras yg digunakan sbg ubat.
majal 1. tidak tajam (pisau,pedang, dll), tumpul: kamu sendiri yg
      membuat tumpul dan ~ pedang yg tajam ini; 2. ki benak (fikiran,
      akal): otaknya beku dan ~; 3. Kd jemu, bosan.
majalah terbitan berkala yg mengandungi makalah, fiksyen, gambar
      foto, dll;
      ~ bergambar majalah yg sebahagian besarnya diisi dgn gambar, ~
      ilmiah majalah yg mengandungi makalah yg bersifat ilmiah.
      permajalahan hal yg berkaitan dgn majalah: Simposium Dunia
      P~ Melayu 2003.
majamuju       jemuju.
majapahit 1. sj tumbuhan (pokok), maja batu, maja gelepung, maja
      gedang, maja lumut, Aegle marmelos; 2. sj tumbuhan (pokok
        renek), akar cambai (cangi ular), akar julung bukit, akar serai,
        tinjau binti, Apama corymbosa.
majaz, majazi Ar hanya sbg kiasan dll (bukan sebenarnya).
majer                  majir.
majera      mejera.
majezub Ar sasar kerana terlalu banyak memikirkan sesuatu (suluk dll).
majikan orang yg mengambil satu atau lebih pekerja, induk semang:
        pekerja perusahaan itu tidak mendapat perhatian langsung drpd
        ~nya; kaum ~ pihak yg mengambil pekerja;
        bermajikankan mempunyai seseorang, sesebuah syarikat atau
        sesebuah badan sbg majikan: dia berasa beruntung kerana dapat
        ~ orang yg baik hati dan bertimbang rasa.
majir Jk tidak dapat beranak, mandul; majer.
majistret (majistrét) pegawai awam yg menjadi hakim di mahkamah
        majistret rendah, hakim rendah; ~ pekeliling hakim rendah yg
        bergerak dr satu tempat ke satu tempat .
majlis I 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa
        mentadbir, membuat peraturan dan menasihat: M~ Perbandaran;
        M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian:
        dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan)
        perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~
        ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll)
        persidangan (perjumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau
        ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa
        mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang.
majlis II 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik,
        rapi.
majmuk terdiri atau terbentuk drpd beberapa bahagian dsb tetapi
        merupakan kesatuan;
      cahaya ~ Id cahaya yg berasal atau terjadi drpd beberapa cahaya
      lain; kalimat ~ = ayat ~ (Lin) kalimat yg mengandungi (terdiri
      drpd) dua atau tiga kalimat lain; kata ~ (Lin) gabungan dua atau
      tiga perkataan yg mempunyai satu pengertian; masyarakat ~
      masyarakat yg terdiri drpd beberapa kaum (suku bangsa) atau
      bangsa; minyak ~ sj minyak wangi (merupakan campuran drpd
      beberapa jenis minyak wangi lain);
      memajmukkan menjadikan majmuk, menggabungkan dua atau
      beberapa kata dsb supaya menjadi bentuk majmuk;
      kemajmukan sifat atau keadaan majmuk, kepelbagaian yg
      terdapat dlm sesuatu (gabungan, kesatuan, dll): ~ imej budaya
      Malaysia sebelum 1969 telah bertukar kpd budaya Malaysia yg
      berteraskan kebudayaan Melayu; ~ masyarakat negara Malaysia;
      pemajmukan perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan,
      penghasilan atau penciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau
      beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb
      menjadi satu kesatuan: penggabungan perkataan yg membawa
      satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata
      majmuk.
majnun Ar tidak siuman, gila; junun.
majoriti 1. sebahagian atau sebilangan terbesar; 2. kelebihan undi atau
      kerusi yg diperoleh oleh calon atau parti mengatasi bilangan undi
      calon atau parti yg lain.
majra    mejera.
maju 1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke
      hadapan (tentera dll): guru menyuruh murid-murid yg bertutur itu
      supaya ~ sedikit; tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; 2.
      bertambah baik keadaannya (dlm pelajaran, perniagaan, dll):
      perusahaan Pak Ali kelihatannya ~; bagaimana hendak ~ kalau
engkau malas belajar; 3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf
hidupnya, dll): negeri-negeri yg telah ~ spt Jepun patut membantu
negeri-negeri lain di Asia yg masih mundur; 4. Id lulus (dlm
peperiksaan, ujian): siapa bilang aku ~ dlm ujian itu? ~ mundur
bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur;
memajukan 1. menyorong (menolak, menggerakkan) ke hadapan:
tolong majukan sedikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup,
ekonomi, dll), memperluas, memperkembangkan (perdagangan,
perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji
hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah
diambil utk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; 3.
menjadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan:
ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun
1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk
dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah
dipersetujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu
dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan
oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat
supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan;
kemajuan perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa
sepuluh tahun ini dapat dibanggakan;
~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt
kemajuan ekonomi); ~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek
kerohanian (spt etika, moral, dsb);
pemajuan perihal atau perbuatan memajukan;
pemaju orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan,
mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb); ~ perumahan
orang atau syarikat yg membina rumah kediaman, rumah kedai,
dsb di sesuatu kawasan utk dijual kpd orang ramai.
majuh gelojoh, lahap, rakus.
majun I ubat tradisional (dibuat drpd herba dan rempah ratus) yg
      dibentuk bulat-bulat dan dimakan utk menyihatkan badan.
majun II sj kain yg digunakan utk mencuci mesin dsb.
majung Mn serat yg digunakan sbg penyumbat celah-celah papan dll.
Majusi kaum yg menyembah api;
      memajusikan menjadikan seseorang Majusi: ibu bapalah yg
      bertanggungjawab utk meyahudikan, mengkristiankan atau ~
      anak mereka.
mak I 1. singkatan bagi emak; sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup
      besar dan dewasa utk menjadi seorang ibu; 2. panggilan atau
      sebutan utk orang perempuan yg lebih tua (yg ada hubungan
      kekeluargaan atau yg kerana umurnya patut dipanggil ibu):
      ~ andam a) perempuan yg mengandam (memepat serta mencukur
      rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya
      menghias pengantin perempuan; ~ angkat = ~ pungut Id
      perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt
      memelihara anaknya sendiri, ibu angkat; ~ bonda perempuan tua
      yg berlagak spt orang muda; ~ bongsu (cu, su, usu) adik
      perempuan kpd ibu atau kpd bapa yg bongsu; ~ buyung a)
      perempuan yg suka bercerita (terutama kpd kanak-kanak); b)
      sebutan kpd perempuan hamil; c) barua, muncikari, jaruman,
      pinang muda; ~ cik (kecil) a) mak muda, bibi; b) panggilan kpd
      perempuan (yg bukan berkeluarga dgn kita) yg sudah separuh
      umur; ~ kopek (tetek) inang pengasuh; ~ labu perempuan yg
      sedang mengandung ~ long emak saudara yg sulung; ~ mek Kd
      isteri; ~ mentua ibu kpd isteri atau suami; ~ muda (da, uda) a) adik
      perempuan ibu atau bapa, mak kecil; b) isteri yg muda; ~ nam
      singkatan dr sebutan mak andam; ~ ngah (tengah) saudara
      perempuan ibu atau bapa yg tengah; ~ nyah bp panggilan kpd
      golongan pondan; ~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa; ~
      tiri ibu tiri; ~ tua (wa) a) saudara perempuan ibu atau bapa yg
      lebih tua; b) isteri bapa yg tua; emak.
mak II Mn mamak.
maka 1. sl lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai utk memulakan ayat): ~ fakir
      namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-
      raja; apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~
      pemuda itu pun keluarlah dr tempat bersembunyinya; 2. = ~ itu,
      ~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu: kerana terlalu susah
      hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; 3. bahawa: itulah
      sebabnya ~ dia gagal dlm peperiksaan itu; 4. = ~ nya dgn sebab
      itu: dgn bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora
      itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang.
makalah rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yg
      disiarkan dlm majalah, surat khabar, dll;
      pemakalah orang yg menulis (menyediakan, membentangkan dsb)
      makalah.
makam I ark tempat kediaman: maka baginda pun berangkatlah lalu
      sampai kpd suatu ~ bernama Pedada;
      bermakam mempunyai tempat kediaman, bersemayam.
makam II 1. kubur (digunakan utk orang yg dihormati spt nabi, para
      wali, keluarga diraja, dsb): pd hari Jumaat yg lalu, Sultan pergi
      menziarahi ~ ayahandanya; 2. = permakaman perkuburan: mayat
      askar-askar yg terkorban dlm serangan hendap itu dikebumikan
      di ~ pahlawan; M~ Nabi Ibrahim bekas tapak kaki Nabi Ibrahim
      berhampiran dgn Kaabah, iaitu salah satu tempat yg doa
      pengunjungnya mustajab;
     memakamkan menanam mayat, mengebumikan, menguburkan:
     istiadat ~ jenazah Sultan;
     pemakaman perihal memakamkan, penguburan: ~ Tok Engku
     telah dijalankan dgn penuh istiadat.
makan 1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan,
     melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu
     menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih; 2. =
     ~ nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3.
     rezeki: bagaimana hendak mencari ~ kalau kesihatanku selalu
     terganggu; 4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll)
     masa, wang, dll: pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit
     ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan; kereta saya banyak ~
     minyak; 5. melukai atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut:
     ditikamnya, tetapi tidak ~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek
     dll): brek basikal ini tak ~; 7. dapat masuk (barang yg dimasukkan
     ke lubang dll), masuknya: paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm
     papan itu; 8. mengikut (nasihat dll), menerima (pengaruh,
     pujukan, dll): inilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat; sedikit pun
     tidak ~ dlm hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya; 9.
     ki menggelapi (wang dll), mengambil secara haram (wang):
     Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit;
     ~ ampun sl minta ampun; ~ angin a) bersiar-siar utk mendapat
     angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll); b)
     mendapat angin (kapal, layar, dll); ~ angkat suka dipuji-puji; ~
     arwah kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati); ~
     bawang ki marah; ~ benak menarik keuntungan yg besar; ~
     beradap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta
     dgn lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~
     berdamai makan bersama-sama pertama kali (bkn pengantin); ~
besar a) jamuan makan beramai-ramai dgn berbagai-bagai jenis
hidangan makanan, minuman dsb; b) jamuan makan bersama-sama
ahli keluarga pd petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina; ~
budi menerima kebaikan (pertolongan dll) orang lain; ~ bunga
mengambil keuntungan (faedah) drpd apa yg dipinjamkan; ~ butir
Kl dlm keadaan motobot dsb tersangat sarat dgn muatan (hingga
air mencecah papan teratas): duduk baik-baik kerana bot ini ~
butir. Nanti tenggelam; ~ cekak sanggup melawan (mengatasi dll);
~ dalam (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau
pengalaman; ~ (menghisap) darah a) mengambil untung yg besar
drpd orang lain (spt mengenakan bunga yg sangat tinggi sewaktu
meminjamkan wang dll); b) sebal hati, bersedih; ~ dawai (kawat,
kerawat, tali) sangat miskin; ~ di punca kain Kl hidup melarat; ~
diri kesihatan terganggu (kerana sedih dll); ~ duit (emas) a)
menerima wang suap; b) membelanjakan wang kerajaan (majikan
dll) utk keperluan sendiri; ~ gaji (upah) bekerja pd orang utk
mendapat gaji (upah); ~ gambar fotogenik; (banyak, kenyang) ~
garam mempunyai banyak pengalaman dlm hidup; ~ hak
melanggar hak orang; ~ hati (berulam jantung) dukacita yg amat
sangat (akibat gagal dlm percintaan dll); ~ kawan (teman) sendiri
menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan sendiri; ~
kerawat sangat miskin; ~ keringat orang menikmati kesenangan
hidup dgn memeras tenaga orang; ~ kuli bekerja sbg kuli; ~ luar a)
makan di kedai, warung, restoran dsb (bukan di rumah); b) ki
mengadakan hubungan seks bukan dgn suami atau isteri sendiri; ~
malam (pagi, siang) makan pd waktu malam (pagi, siang) hari; ~
nasi dgn garam sangat miskin; ~ nasi kawah makan beramai-
ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll); ~ nikmat sl
makan makanan yg lazat-lazat; ~ pelewar dlm keadaan motobot
dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali menimba air dlm
botnya kerana air sudah ~ pelewar; ~ pencen hidup dgn mendapat
wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara); ~ puluk Id makan
dgn tangan; ~ ransom makan beramai-ramai; ~ riba meminjamkan
wang dgn bunga yg tinggi; ~ sahur makan sebelum masuk waktu
imsak dlm bulan Ramadan; ~ suap (sogok) menerima suap
(rasuah); ~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan
kerana ingkar akan sumpah, terkutuk; ~ tanah a) jatuh tersungkur
di tanah; b) sangat miskin; ~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b)
mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka; ~
tanggung hidup di bawah jagaan orang lain; ~ tidur hidup dgn
tidak membuat apa-apa pekerjaan; ~ tuan mengenai tuannya
sendiri (senjata dll); ~ tulang menyuruh orang supaya bekerja
kuat;
~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg
karib (spt sahabat, suami, dll); ~ upas berulam racun prb hidup
dlm kesusahan; sudah ~ bismillah prb tidak menurut aturan,
terbalik; telah habis maka dimakan prb berhemat cermatlah dlm
semua perkara; tempat ~ jangan diberaki prb jangan membuat
sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan
(pertolongan dll); tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg
berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya);
memakan 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~
sarapan pagi; 2. memerlukan atau menghabiskan (waktu, belanja,
dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu
ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3.
merosakkan, membinasakan, memusnahkan: rumah itu dimakan
api; pisau itu dimakan karat; 4. mematikan (dlm permainan catur
dll): hampir dimakannya raja saya;
dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya
(pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (digunakan) wang dll;
dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua;
memakani memakan dgn banyaknya, acapkali memakan: ia asyik
~ buah-buahan yg dibawanya sendiri dr rumah;
memakankan 1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu
dimakan; 2. memakan utk;
termakan 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~
karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit
sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3.
ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya
perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg
didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi;
~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain,
kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm
hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal
masuk akal, boleh diterima oleh fikiran;
makanan apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki:
segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah;
~ berzat makanan yg mempunyai zat (vitamin, protein, dll); ~ laut
makanan atau hidangan yg bahan utamanya ialah hidup-hidupan
laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran
~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt
keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan; ~ ruji
makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~
segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat;
makan-makanan bermacam-macam jenis makanan;
kemakanan habis dimakan: jagalah baik-baik pedang itu, supaya
tidak ~ karat;
      pemakanan 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau
      ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll:
      masalah salah ~ dan kekurangan vitamin masih lagi berleluasa di
      dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2.
      perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh
      manusia melalui proses ~ dan peminuman;
      pemakan 1. orang (binatang dll) yg memakan: binatang ini
      termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh
      makanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn
      orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~;
      ~ bawang ki orang yg pemarah; ~ gaji orang yg makan gaji; ~
      upah orang yg mengambil upah.
makar I Ar 1. tipu daya, akal muslihat, kecurangan: perlulah sekarang
      dicari lain akal dan ~; 2. perbuatan dll dgn maksud menyerang
      (menyakiti, membunuh) orang dll.
makar II bangkar (buah-buahan), keras.
makar III Kd kelakar.
makara I patung kepala binatang buas (yg terdapat pd candi dll zaman
      dahulu).
makara II nama kelompok bintang, bintang sartan; mengkara.
makaroni sj bahan makanan drpd tepung gandum, berbentuk pembuluh
      (biasanya dipotong pendek-pendek) yg dikeringkan, dan dimasak
      utk dijadikan makanan.
makas sl keras; keras ~                  mangkas I.
Makau nama sebuah pulau di selatan negeri China;
      benang ~ benang emas atau perak; sambal ~ Kd sambal yg
      dimakan dgn timun; wayang ~ wayang Cina.
makau-po C, bp perempuan lacur (drpd bangsa Cina).
makaw sj burung yg rupa bentuknya spt burung nuri (tetapi lebih besar),
      Ara spp.;
      ~ biru kuning sj burung, Ara arauna; ~ kuning merah sj burung,
      Ara macaw; ~ merah biru sj burung, Ara chloroptera.
makbud Ar; Allah almakbud Allah yg disembah.
makbul 1. diterima (permintaan, doa, dll), tercapai (maksud dll),
      berhasil: semua permintaannya sudah pun ~ ; 2. mustajab (ubat,
      jampi, dll), manjur, mujarab: maka jampi pawang itu tiada~;
      memakbulkan menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan,
      menyampaikan (maksud dll), memperkenankan: permintaannya
      itu dimakbulkan oleh Kongres;
      termakbul diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai
      (maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah;
      kemakbulan perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu
      diikuti.
makdan Ar lombong; ~ emas lombong emas.
makelar IB orang yg menjadi perantara dlm perdagangan (menjualkan
      barang-barang atau mencarikan pembeli utk orang lain), broker.
makemono (makémono) (Jepun) (S.Lukis) lukisan skrol Jepun yg
      digantung melintang.
makhdum Ar ark tuan (biasanya gelaran utk ahli agama).
makhfi Ar sl yg tersembunyi, rahsia.
makhluk Ar segala yg dijadikan Tuhan (spt manusia, binatang, dll):
      manusia adalah ~ pilihan Tuhan; ~ halus makhluk spt jin dan
      syaitan yg hidup dlm alam ghaib.
makhraj Ar tempat keluar bunyi huruf (alif hingga ya) spt di halkum,
      lidah, bibir dsb.
maki kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, orang, dll):
      mereka bersorak-sorak mencetuskan ~ dan marah terhadap
      majikan yg tidak berperikemanusiaan;
      ~ hamun = caci ~ kata-kata yg sangat kasar dan keji; mencaci
      (mencuci) ~ mengucapkan kata-kata yg kasar dan keji (utk
      menghina, memarahi, dll);
      memaki, memaki-maki mengeluarkan kata yg keji-keji (kpd): ia
      marah lalu ~ isterinya;
      makian kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll),
      maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan
      sumpah seranah itu.
makin 1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~
      meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi.
maklaf Ar ark tempat utk mengisi makanan kuda dll, palung.
maklum 1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui:
      kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yg
      terakhir utk tahun ini; 2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah
      barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin; ~ balas
      maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal
      selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan,
      keputusan, dsb);
      memaklumi memahami, mengetahui: aku harap kamu semua
      telah ~ perkara ini;
      memaklumkan 1. membuat maklum, menjadikan maklum,
      memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan: ia datang hendak
      ~ hal-ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas
      kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll),
      menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll):
      mereka ~ perang dgn Belanda;
     termaklum sudah dimaklumi, sudah diketahui;
     makluman apa-apa yg dimaklumkan, pemberitahuan;
     pemakluman pengumuman, pengisytiharan, penyataan;
     pemaklum     orang    yg     memaklumkan    sesuatu,   orang   yg
     memberikan makluman.
maklumat 1. makluman, pemberitahuan, pengumuman: ~ akan
     diberikan di dlm risalah; 2. keterangan, butir-butir: ~-~ mengenai
     angkatan perang telah sampai ke Yedo dr Okinawa; 3.
     pengetahuan: utk ~ ahli-ahli saham syarikat, mesyuarat agung
     tahunan ditangguhkan;
     memaklumatkan memberitahukan, memaklumkan.
maklun Id, bp upah membuat pakaian dll.
makmal tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu
     yg berhubung dgn ilmu sains (fizik, kimia, dll), laboratorium; ~
     bahasa bilik yg dilengkapkan dgn perakam pita dsb utk
     pembelajaran bahasa asing.
makmum Ar 1. pengikut imam dlm sembahyang: sembahyang jemaah
     itu ialah sembahyang yg mempunyai perhubungan antara ~ dgn
     imam; 2. bp menurut, mengikut: dia hendak ~ sahaja.
makmur 1. mempunyai hasil yg banyak (daerah, negeri, dll),
     mempunyai penduduk yg banyak dan cukup kehidupannya: negeri
     Jepun adalah negeri yg paling ~ di Asia pd masa ini; 2. bp hidup
     mewah (serba cukup dll), tidak kekurangan apa pun: nampaknya
     engkau ~ sekarang;
     persemakmuran persekutuan negara-negara yg pernah dijajah
     oleh British, iaitu Komanwel;
     memakmurkan memajukan supaya makmur: ia diberi tugas utk ~
     daerah yg mundur itu;
      kemakmuran perihal makmur (mewah, serba cukup, sejahtera,
      dll): ~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pd kerajinan
      penduduk-penduduk negeri itu;
      pemakmuran perihal (perbuatan, tindakan dsb) memakmurkan:
      sumbangan ini amat membantu utk membina ~ budaya ummah.
makna erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~
      sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu;
      ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi
      tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna
      harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik
      atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan
      antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg
      terdapat di dlm kamus;
      bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang
      mempunyai (mengandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan,
      bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami;
      dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi
      setelah beberapa kali dikecewakan;
      memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll;
      pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm
      bahasa Melayu Indonesia masih ada sistem tanda yg berhubung
      dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg
      pernah ada sebelumnya.
MAKNA akronim bagi Majlis Kanser Nasional.
maknawi Ar 1. berhubung dgn makna, mengikut ertinya; 2. penting,
      kepentingan.
maknga Kl, Tr cuai, lalai.
makramat Ar kehormatan, kebaikan hati.
makrifat Ar 1. ilmu mengenali sesuatu; 2. (dlm ilmu tasawuf) ilmu
      mengenali hal kerohanian pd peringkat yg tertinggi atau sempurna;
      bermakrifat 1. (dlm ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang
      sesuatu, bertafakur; 2. mengetahui benar-benar: bolehkah hamba ~
      bahawa hamba akan mati bersama-sama dgn ibu hamba?
makrifatullah Ar ilmu mengenali Allah: bahasa, karya kesusasteraan
      dan alam semesta semuanya merupakan tanda keagungan Allah
      dan jalan utk ~.
makro meliputi skop (hal, faktor dsb) yg umum atau menyeluruh:
      kerajaan pusat melihat keperluan dan masalah pembangunan pd
      peringkat ~, manakala kerajaan negeri pula peringkat mikro;
      bandingkan perubahan sosial pd tahap ~ dan mikro.
makro- awalan asing besar, banyak, menyeluruh, mis makroekonomi.
makrobiotik sistem pemakanan yg bersumberkan biji-bijian penuh dan
      sayur-sayuran yg ditanam tanpa menggunakan bahan kimia.
makroekonomi (makroékonomi) kajian aspek-aspek ekonomi (spt
      pengangguran, pendapatan, dll) secara menyeluruh.
makrofit (Bio) tumbuhan akuatik yg terdapat di dlm sungai, kolam atau
      laut, mis kiambang dan keladi bunting.
makromastia (Ubat) keadaan apabila buah dada menjadi terlalu besar.
makromelia (makromélia) (Ubat) keadaan apabila anggota tubuh
      (tangan atau kaki) menjadi lebih besar drpd normal.
makropodia (Ubat) keadaan apabila kaki menjadi sangat besar.
makroprosopia (Ubat) keadaan apabila muka menjadi terlalu besar.
makropsia (Ubat) keadaan pd seseorang apabila objek kelihatan lebih
      besar drpd saiznya yg sebenar.
makrorinia (Ubat) keadaan apabila hidung menjadi terlalu besar.
makroskopi pemeriksaan sesuatu objek dgn mata kasar.
makruf Ar 1. ketahuan, terkenal, masyhur; 2. perbuatan baik: amar ~;
      kemakrufan kebaikan: politik yg sihat akan melahirkan segala
      kebaikan ~; keadaan berhijrah drpd kemaksiatan, kemungkaran,
      dan kefasikan kpd ketaatan dan ~.
makruh Ar perkara yg dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan
      mendapat pahala: melambat-lambatkan berbuka puasa adalah ~
      hukumnya;
      memakruhkan menyebabkan sesuatu (perbuatan, tindakan)
      menjadi makruh: maka dimakruhkan suami mengambil harta yg
      dijadikan tebus diri isteri.
maksi pakaian (gaun) yg labuhnya hingga ke pergelangan kaki (atau ke
      paras lantai).
maksiat perbuatan yg melanggar perintah Allah, perbuatan yg berdosa
      (yg keji);
      bermaksiat melakukan maksiat: orang yg ~ akan menerima
      padahnya;
      kemaksiatan pelbagai perbuatan (hal dsb) yg bersifat maksiat,
      segala-gala (perbuatan dll) yg berdosa: ternyata baginya
      kepincangan dan ~ yg dilakukan oleh manusia, dapat disaksikan
      di mana-mana sahaja.
maksila (Bio) rahang atas.
maksilitis (Ubat) radang pd rahang atas.
maksima     maksimum.
maksimal IB sebanyak-banyaknya, setinggi-tingginya: tulisan ilmiah yg
      sangat teknikal, yg objektivitas dan abstraksi mencapai titik ~nya.
maksimum jumlah yg sebanyak-banyaknya, paras dsb yg setinggi-
      tingginya: dgn ~nya pengeluaran ekonomi, maka lebih banyaklah
      barang-barang yg boleh dibahagi-bahagikan antara rakyat;
      memaksimumkan menjadikan sebanyak-banyaknya (setinggi-
      tingginya): ~ pengeluaran kelapa sawit; ~ kadar pertumbuhan
      ekonomi;
      pemaksimuman perihal (usaha, proses, dsb) memaksimumkan
      sesuatu: matlamat pengeluaran eksport akan digerakkan dgn
      mengambil ingatan tentang ~ pendapatan petani dan bukan
      semestinya ~ pendapatan negara.
maksud 1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak
      berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti
      yg tersimpul dlm sesuatu ayat (perbuatan dll): apakah ~
      perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil;
      bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berkehendak, berniat (hendak):
      kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2.
      mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~
      demikian;
      memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan
      hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak)
      menyampaikan atau menyatakan (sbg maksud): Ali masih samar-
      samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu;
      apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~
      pendekatan formalistik juga;
      termaksud dikehendaki, dimaksudkan.
maksum Ar terpelihara atau bebas drpd dosa, tidak tercela, tidak
      berdosa.
maksyuk Ar yg mengasyikkan, yg dikasihi (tercinta), buah hati.
maktab 1. tempat belajar (menulis dll), sekolah; 2. tempat tulis-menulis,
      pejabat; 3. sekolah atau institusi utk ilmu khas (spt ilmu
      perguruan, pertanian, teknik, dll), kolej: ~ perguruan bahasa; ~
      pertanian; ~ teknik; 4. institusi pendidikan tinggi; M~ Turus
      Angkatan Tentera pusat latihan utk pegawai tinggi tentera.
maktub kitab suci;
      memaktubkan menulis (dlm sesuatu), mencatatkan, merakamkan:
      hasil drpd laporan Suruhanjaya Reid yg telah ditubuhkan utk
      mengurus Perlembagaan Malaya, pembentukan sebuah parlimen
      negara telah dimaktubkan dlm perlembagaan;
      termaktub tertulis, tercatat: perkara ini ~ di dlm Perlembagaan
      Persekutuan;
      pemaktuban perihal memaktubkan sesuatu: ~ dasar utk
      menggalakkan pelaburan modal asing.
makwe bp teman wanita bagi seseorang lelaki.
makyung sj drama tari (yg mempersembahkan cerita dgn tarian dan
      nyanyian).
makzul Ar meletakkan jawatan, turun dr takhta (raja);
      memakzulkan memecat drpd jawatan, menurunkan drpd takhta.
mal I 1. bahagian pangkal (dr mata lembing, pedang, dll), ganja (keris);
      2. bahagian atas atau kepala tiang (kaki meja dll).
mal II Ar harta benda, khazanah; baitul~ tempat menyimpan segala harta
      benda, perbendaharaan.
mala I = termala ark layu (bunga): hari pagi bunga nan kembang,
      bunga yg merah ~ dahulu.
mala II Mn air bangkai yg sangat busuk, danur; harum semerbak
      mengandung ~ prb orang yg dipuji-puji kerana jasanya tetapi
      jasanya itu diperolehnya dgn jalan yg tidak baik.
mala III (Sanskrit) sl kotor, cacat, cemar, hina, noda.
malabera sj tumbuhan (pokok) dlm famili Loganiaceae, Fagraea
      crenulata; ~ bukit sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rubiaceae,
      mempedal babi, Mussaendopsis beccariana.
mala fide (mala fidé) (Latin) (Udg) berkaitan dgn sesuatu tindakan atau
      keputusan yg berdasarkan niat yg buruk.
malagangai sj tumbuhan (pokok) dlm famili Lauraceae, Eusideroxylon
      malagangai.
malah I = malahan 1. bahkan, kian (bertambah), makin (bertambah):
      bukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja utk menolong
      engkau; hujan yg kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat
      sekarang; 2. padahal, sedangkan: jangankan hendak pergi, ~
      bergerak dr tempat duduknya pun tidak.
malah II Mn 1. lah: kalau disewa kereta, rugi ~ awak; 2. marilah: ~ kita
      ke pasar; 3. kalau, asalkan; ~ begitu kalau begitu.
malahan      malah I.
malai I untaian bunga drpd emas atau intan dll yg dipakai utk menghiasi
      kepala (tombak dll);
      bermalai mempunyai atau ada malai: dulapan bantal susun
      bertampuk emas permata dan ada yg bertelepok bunga ~ emas; ~
      spt sehari bulan;
      bermalaikan mempunyai malai drpd: cogan alamat yg ~ emas
      berpermata dikarang;
      memalai ark 1. menghiasi dgn malai; 2. spt malai.
malai II Br 1. sebutan kpd orang yg berketurunan Arab; 2. timang-
      timangan utk orang yg disayangi.
malaik ark    malak.
malaikat Ar sj makhluk yg diciptakan Allah drpd nur (cahaya), sifat dan
      tabiatnya sentiasa tunduk dan patuh kpd Allah dan tidak pernah
      melanggar perintah-Nya;
      kemalaikatan berkaitan dgn malaikat, yg menunjukkan sifat-sifat
      (dsb) malaikat: manusia mempunyai tiga unsur utama – ~,
      kehaiwanan, dan kesyaitanan.
malaikatulmaut Ar malaikat yg mengambil nyawa manusia (Izrail).
malai-malai sj tumbuhan (pokok).
malaise IB keadaan yg serba susah (terutama dr segi perdagangan),
      meleset; zaman ~ zaman serba susah (dlm perdagangan dll),
      zaman meleset.
malak Ar malaikat.
malakamo Mn; buah si ~ sj buah yg sama ada dimakan atau tidak akan
      mendatangkan kesusahan (sbg perumpamaan sahaja); bagai
      makan buah si ~, dimakan mati ibu, tak dimakan mati bapak prb
      dlm keadaan serba salah (sama ada dibuat atau tidak, pekerjaan itu
      tetap akan mendatangkan bencana).
malakut Ar 1. = alam ~ alam atau tempat malaikat dan roh; 2. kerajaan.
malam I = ~ hari waktu mulai dr matahari masuk sampai matahari terbit,
      lwn siang: ~ ini engkau jangan pergi ke mana-mana; jangan main
      di tanah lagi, hari sudah ~;
      ~ buta = ~ boleh Kl, Tr malam yg sangat gelap (gelap-gelita); ~
      dansa Id pesta tari-menari (pd malam hari); ~ gembira perjumpaan
      yg diadakan pd malam hari utk bersuka ria; ~ ini = ~ sekarang pd
      malam hari nanti (nanti malam); ~ Minggu (Isnin) malam
      menjelang hari Minggu (Isnin); ~ panjang malam minggu; ~ ria
      pesta yg diadakan pd waktu malam (utk bersuka ria); spt siang dgn
      ~ sangat jauh perbezaannya;
      malam-malam sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau
      hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini?
      semalam 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di
      rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang
      Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari sebelum hari ini,
      kelmarin: ~ kami pergi berkelah ke Port Dickson; 4. malam
      sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di
      panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam;
      ~ di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut prb hendaklah
      kita menurut adat istiadat negeri yg kita tumpangi;
      semalam-malaman, semalaman sepanjang malam, semalam
      suntuk: maka belayarlah juga ~ itu; semalaman itu kami tidak
      tidur;
      bermalam 1. tidur, menginap: mahu tidak mahu kami terpaksa ~
      di pondok kecil itu; 2. sudah disimpan semalam (bkn masakan),
      sudah basi atau tidak sedap lagi dimakan: aku berasa hendak
      muntah sesudah makan lauk yg sudah ~ itu;
      bermalaman tidur bersama, berseketiduran;
      memalami Mn berjaga-jaga kerana menunggu orang sakit dll;
      memalamkan, mempermalamkan menyimpan sesuatu (ubat dll)
      utk satu malam, membiarkan bermalam;
      kemalaman hari menjadi malam (ketika masih dlm perjalanan
      dll): saya ~ hajat hati nak tumpang berteduh;
      pemalaman, permalaman ark tempat (rumah dll) bermalam,
      penginapan.
malam II Jw ark lilin (utk membatik).
malan 1. mabuk pinang; 2. berasa kurang selesa (kerana agak mabuk,
      sedih, bingung, dll).
malang 1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah
      terlihatlah beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak
      beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. =
      malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~ nya kebanyakan orang
      yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor;
      ~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang
      yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan
      hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui
      sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib
      buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh
      dicari-cari;
      memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk
      kampung itu, dia sangat dimalangi;
      kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang
      engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2.
      tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada
      antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu;
      mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar
      kereta, jatuh dr pohon, dll).
malangbang ark sl sj perahu (kapal).
malangkamo       malakamo.
malangkan sj tumbuhan (pokok), bulangkan, katang, Cynometra
      polyandra.
malap 1. tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram, suram,
      pudar (cahaya): api itu sekejap marak dan sekejap ~; cahaya ~
      menerangi bilik; 2. hampir padam (api); 3. ki tidak aktif (segar
      dsb), tidak begitu berupaya utk maju (berkembang dsb);
      memalapkan 1.menjadikan malap, memudarkan: Amir ~ lampu
      keretanya;     2.   ki   dimusnahkan:   namun     kemajuan     dan
      kegemilangan ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan
      penjajah Barat;
      kemalapan 1. keadaan malap atau muram, keadaan pudar (bkn
      cahaya); 2. ki perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang,
      dsb): ~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka
      memiliki sarjana atau Ph.D;
      pemalap = ~ lampu peranti utk mengubah-ubah darjah terangnya
      cahaya lampu elektrik.
malapari sj tumbuhan (pokok), mempari, pari-pari, Pongamia pinnata.
malapetaka       berbagai-bagai   kesusahan    (bencana,      kecelakaan,
      kesengsaraan, dsb): orang di kampung itu sedang menghadapi
      satu ~ besar akibat air sungai yg semakin naik.
malar 1. tetap, tidak berubah, terus-menerus: kulit mengawal suhu
      badan manusia supaya ~ walaupun suhu alam di kelilingnya
      berubah; ~ hijau sentiasa berdaun (hijau) sepanjang tahun (bkn
      tumbuh-tumbuhan yg tertentu); 2. = malar-malar lebih-lebih lagi,
      malahan;
      memalarkan membuat supaya tetap dan tidak berubah: suhunya
      dimalarkan;
      kemalaran perihal malar;
      pemalar kuantiti yg tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol
      tertentu (bergantung pd bidang ilmu yg diperkatakan).
malaria sj penyakit yg disebabkan oleh parasit protozoa dlm sel darah
      merah, yg dibawa oleh gigitan nyamuk tiruk, dan dicirikan dgn
      serangan demam dan seram sejuk yg berulang-ulang, demam kura.
malas I 1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin:
      aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2.
      tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang,
      jangan ~ bertanya;
      bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun,
      duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah
      pohon itu ~;
      memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya;
      kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya;
      pemalas orang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi
      penjudi.
malas II; burung ~ sj burung, a) burung segan, Caprimulgus indicus; b)
      burung kubur, Caprimulgus macrurus.
malau sj damar atau pelekat yg digunakan utk mengetatkan keris,
                                  embalau I.
malaun Ar yg terkutuk atau dilaknati.
malaut sj tumbuhan (pokok), Hopea ferrea.
Malayalam bahasa dlm keluarga bahasa Dravidia, yg hampir sama dgn
      bahasa Tamil, dituturkan oleh kaum yg tinggal atau berasal dr
      barat daya India, dan merupakan bahasa rasmi Kerala.
Malayali Malayalam.
Malaysia negara yg terletak di Asia Tenggara yg ibu negaranya Kuala
      Lumpur, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya bahasa Melayu,
      dan agama rasminya agama Islam;
      memalaysiakan menyesuaikan atau menjadikan sesuatu supaya
      bercirikan Malaysia: pakaian tradisi Cina yg telah dimalaysiakan
      bersesuaian dgn suasana tempatan;
      kemalaysiaan berhubung dgn atau bersifat Malaysia (sbg sebuah
      negara     seluruhnya):   banyak   ciri   dan   cita-citanya   lebih
      melambangkan ciri dan cita-cita ~;
      pemalaysiaan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bercirikan
      Malaysia: penyusunan semula masyarakat adalah satu proses ~
      semua sektor kehidupan rakyat Malaysia.
malbar sj tumbuhan (pokok renek), bunga kisar, kembang lubo,
      Abutilon indicum; ~ hutan sj tumbuhan (herba), sepulut, selasih
      hutan, Hyptis suaveolens.
maleh → malih.
maleman Jw perayaan pd malam tarikh yg ganjil atau gasal (selepas 20
      hari bulan) dlm bulan puasa.
malformasi (Bio) pembentukan organ secara tidak normal semasa
      perkembangan fetus.
malignan (Ubat) cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan
      maut (bkn tumor atau ketumbuhan): ketumbuhan pd rahimnya
      ialah sj ketumbuhan yg ~, dan dia mati akibat ketumbuhan itu.
malih Jw bertukar (rupa, corak, dll), berubah.
malik I Ar yg memiliki, raja, tuan: Raja Syarif raja yg soleh / Bangsa
      Hasyim sedia terpilih / Berkat syafaat Tuhan yg ~ / Pangkat yg
      mulia sudah terpilih.
malik II sj tumbuhan (pokok), Litsea glutinosa.
Malik malaikat yg menjaga pintu neraka.
Malik al-Mulk (Malikul Mulk) Ar Pemilik Mutlak Segala Kekuasaan
      (satu drpd 99 nama Allah).
Maliki; mazhab ~ satu drpd empat mazhab yg teraku dlm agama Islam
      (didirikan oleh Imam Malik bin Anas).
malikuljabbar Ar raja yg Maha Berkuasa, Allah.
malim 1. guru agama (Islam), orang yg alim, ulama; 2. petunjuk jalan,
      pemimpin; 3. = ~ angin = ~ kapal jurumudi; 4. pawang;
      pemaliman operasi (khidmat, tugas dsb) mengemudikan kapal
      masuk ke pelabuhan atau keluar dr pelabuhan yg dilakukan oleh
      malim: pengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo,
      kontena dan ~.
mali-mali; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), memali, toi, Leea
      angulata.
maling I Jw 1. = pemaling pencuri (terutama yg mencuri pd waktu
      malam): gerak-gerinya spt orang ~; 2. mencuri;
      ~ curi hal curi-mencuri; ~ dapat (Palembang) ark menemui
      sesuatu serta memilikinya;
      kemalingan dimasuki oleh pencuri, kecurian.
maling II; pintu ~;     pintu.
Malinja = padi ~                                           padi.
malis pucat (warna), tidak begitu keras (bau).
malnutrisi (Bio) kekurangan makanan seimbang pd individu atau
      populasi.
maltase (Bio) enzim yg memangkinkan penukaran maltosa kpd glukosa
      dan terdapat dlm usus kecil.
maltosa (Bio) sj gula yg disediakan secara hidrolisis kanji oleh enzim
      diastase dan digunakan sbg pemanis.
maltosuria (Ubat) kewujudan maltosa dlm air kencing.
malu I 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat
      sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~
      pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu,
      melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada
      mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk
      menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu
      menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak
      takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan
      pertanyaan ini;
      ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat;
      ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan,
      perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan
      mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing
      (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai
      menjadi jahat atau bodoh;
      semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata;
      malu-malu nampaknya sangat malu: masuklah, jangan ~; dgn
      sikap yg ~, dinyatakannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~
      bahasa berasa segan-segan (sewaktu berhadapan dgn orang yg
      dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu;
      memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2.
      menghormati, menakuti, menyegani: pd ketika itu segala anak
      raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan
      Melaka;
      memalukan 1. memberi malu, menyebabkan malu: akibatnya
      nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana
      sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk;
      termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~
      memanggil abang kpd Ramlan;
      kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg mendatangkan malu, rasa
      malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 2.
      mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya
      supaya kita tidak ~; 3. bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan);
      kemalu-maluan berasa sangat malu, tersipu-sipu: dia tunduk ~;
      pemalu (orang yg) mudah berasa malu.
malu II; si ~ = puteri ~ = malu-malu sj tumbuhan (pokok renek kecil,
      yg apabila tersentuh daunnya terkuncup), Mimosa pudica.
malun (mal.un) Ar       malaun.
malung 1. sj ikan laut, Congresox spp.; 2. sj ikan laut, Muraenesox spp.
malut I   malaut.
malut II; kalut-~                              kalut.
mama I bp ibu.
mama II     mamak.
mamah; memamah 1. menghancurkan makanan (dlm mulut) dgn gigi,
      mengunyah: Hashim ~ kacang goreng sambil memerhatikan anak-
      anaknya bermain; ~ biak memakan makanan kali keduanya
      (lembu       dll);   2.   ki   memusnahkan,       menghancurkan,
      menjahanamkan, merosakkan: pejabat itu musnah dimamah api;
      tekanan hidup yg pahit dan tempang ini ~ daging badannya;
      memamahkan 1. memamah (mengunyah) sesuatu utk; 2.
      memamah pd;
      mamahan sesuatu yg sudah dimamah;
      pemamah; ~ biak binatang yg memamah biak (lembu dll).
mamai 1. kurang terang ingatan atau fikiran (kerana terlalu tua, sakit
      teruk, dll), tidak sedarkan diri (mabuk, hilang ingatan, dll): saya
      diam, terkatup mulut, ~ ingatan dan hilang pandangan; 2. mimpi
      dan mengigau (dlm tidur);
      bermamai mengigau (dlm tidur), berkata-kata dlm tidur.
mamak 1. Mn saudara ibu yg laki-laki, bapa saudara: ibunya telah
      menggunakan harta pesaka kerabat utk menyekolahkannya, dgn
      keizinan Sutan Batuah, ~ Hanafi, abang ibunya; 2. sl sebutan oleh
      raja kpd pembesar-pembesar negeri (menteri dll): ~ menteri; ~
      bendahara; 3. ark mak kecil, mak tua; 4. bp panggilan kpd lelaki
      India yg beragama Islam (terutamanya yg terlibat dgn perniagaan
      makanan dsb); ~ nenek = nenek ~ Mn a) penghulu adat; b) orang
      tua-tua yg bijaksana.
mamalia (Bio) haiwan bertulang belakang, badannya berbulu,
      jantungnya terbahagi kpd empat kebuk, dan menyusui anaknya.
maman 1. sj tumbuhan (herba yg boleh dimakan), Cleome icosandra; 2.
      sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat pening), Gynandropsis
      gynandra; ~ pasir sj tumbuhan (herba), inai paya, Jussiaea
      linifolia.
mamanda bh mamak.
mamang I 1. kabur pandangannya (kerana hendak pengsan dll); 2.
      mamai, bingung, ketakutan: gopoh-~ tergopoh-gopoh benar,
      tergesa-gesa.
mamang II     maman.
mamang III Mn sj peribahasa (yg mengandungi nasihat).
mamang IV (Jw, Sunda) pak cik, paman.
mamar ark     mamang I.
mamas-mamas; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok), Sapium baccatum.
mambang I 1. sj hantu (yg bermacam-macam warnanya dan disebut
      mengikut tempatnya): ~ segera; 2. = ~ kuning = ~ petang warna
      kuning kemerah-merahan tatkala matahari hendak masuk (di
      sebelah barat); 3. ki perempuan (yg belum bersuami), anak gadis:
      dia belum lagi dapat memikat hati seorang ~ .
mambang II sj ikan laut, Lutjanus sanguineus.
mambar Kl tidak menarik, tidak cergas, lembap.
mambo sj rentak lagu (irama) Amerika Selatan.
mambu I Jk = berbau ~ berbau busuk.
mambu II, mambul sj tumbuhan (pokok kecil), sadu, Melia indica; ~
      jantan = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat daunnya dibuat
      ubat), jemerah, lemak pahit, merambu, sekebah, Millettia sericea;
      sepahit-pahit ~ kelatnya menjadi ubat prb sesuatu barang
      dianggap tidak berguna, ada kalanya boleh mendatangkan faedah.
mambung kering serta tidak berisi di dalamnya (buah-buahan, roti, dll),
      hampa (padi dll); mampung.
mami bp 1. ibu, emak; 2. emak saudara; 3. perempuan yg mengawasi
      dan menjadi perantara kpd perempuan lacur dsb.
mamik berubah rasanya (barang makanan), menjadi tidak sedap.
mamlakat Ar ark kerajaan, kedaulatan.
mamografi teknik menggunakan sinar-X utk memeriksa buah dada sbg
      langkah awal mengesan penyakit barah.
mampal Kd, Pn tumpul (pisau dll), dempak (bentuk sesuatu).
mampat I 1. tidak beronga-rongga, tidak gembur (tanah dll), padat,
      tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu
      ~;
      memampatkan membuat (menekan, mengasak, dsb) supaya padat
      atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu;
      termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm
      ruang kecil di sebelah atas kebuk;
      mampatan perihal mampat;
      kemampatan      perihal     (keadaan   dsb)   mampat,   kepadatan,
      ketumpatan;
      pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu;
      pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan
      udara ke dlm tangki dll.
mampat II Mn baik sekali, elok sekali, jempol.
mampir Jw berhenti sebentar, singgah: sepulang dr sawah, ia biasa ~
      dulu ke langgar utk sembahyang.
mampu 1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa
      yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada:
      awak orang ~;
      memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat
      kesimpulan berikut;
      kemampuan 1. kesanggupan (utk melakukan sesuatu), kebolehan,
      kekuatan: Malaysia akan memperkuat angkatan bersenjatanya
      sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan;
      berkemampuan       1.      mempunyai    kesanggupan     (kebolehan,
      kekuatan); 2. mempunyai kekayaan.
MAMPU akronim bagi Manpower and Administrative Modernization
      Planning Unit (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
      Tenaga Manusia).
mampung ringan serta berongga-
      mambung.
mampus bk mati.
mamun Kd, Pn 1. mengigau (dlm tidur); 2. agak nyanyuk, mamai.
mamung sj ikan laut, cupak, Caranx sexfasciatus.
man I sj ukuran berat (yg beratnya lebih kurang 80 paun atau 36.3
      kilogram).
man II singkatan bagi paman.
mana 1. = yg ~ kata yg digunakan utk menanyakan benda dlm satu
      kumpulan (kelompok): baju ~ yg hendak dibawa pergi?; ~ satu
      budak yg nakal itu? 2. perkataan yg digunakan utk menanyakan
      tempat: di ~ sampai, di situlah bermalam; di ~ ayahmu
      sekarang?; ke ~ engkau hendak pergi?; di ~ mungkin (perlu)
      kalau mungkin (perlu); di ~ -~ di segala tempat; ke ~-~ ke segala
      tempat; 3. perkataan yg digunakan utk menanyakan keadaan atau
      cara sesuatu; bagai~ = macam ~ spt apa keadaannya (caranya); 4.
      = ~ boleh = ~lah = manakan, manatah mana boleh, bagaimana:
      seorang ibu manakan jemu memelihara anaknya; manatah tuan
      dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak
      menanggungnya; ~lagi = ~ pula tambahan (lebih-lebih) lagi; di
      manakan bagaimana akan boleh (dapat), tidak mungkin, mustahil:
      kalau tidak bercuti ~ sempat saya buat pekerjaan itu; ~ tahu
      Dolah menolak, jikalau tiada kayu, ~ api itu bernyala; 5. sl barang
      apa, apa sahaja : ~ bicara bapa hamba tiadalah hamba lalui; 6.
      apa: bahasa ~ yg disebut raja ini; sebanyak ~ stok yg hendak
      diisikan di dlm kedai itu terpulanglah kpd pekedai; ~ pula lebih-
      lebih lagi, tambahan lagi, mana lagi; 7. yg tersebut (sebelumnya):
      kepandaian itu digunakan utk mengumpulkan wang, hal ~ sangat
      menyedihkan;
      ~ ... ~ ... baik.... mahupun...: ~ miskin ~ kaya datang semuanya; ~
      ... ~ ... sudah... pula; ~ panas ~ berdesak-desak bp sudahlah panas
      berdesak-desak pula;
      mana-mana 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak
      menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~
      dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa-siapa, barang siapa: ~
      yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya.
manah I bp kep amanah (amanat); harta ~ = mas ~ Mn a) harta benda
      (yg dipusakai drpd nenek moyang); b) persembahan yg diberikan
      kpd raja (sewaktu raja mengadakan majlis perkahwinan dll);
      bermanah mempunyai harta benda, banyak meninggalkan harta
      benda.
manah II sl perasaan (hati dll), perhatian.
manai pucat lesi (kerana kurang darah dll); pucat ~ sangat pucat.
manakala 1. apabila, bilamana: ia tersenyum ~ melihat anaknya sudah
      terlena; 2. tetapi: dia duduk di samping mayat ayahnya, ~ adiknya
      tidak putus-putus menangis; 3. sedangkan: ramai orang yg cedera
      dan hilang ~ beratus-ratus kehilangan rumah tangga dlm gempa
      bumi itu.
manakan bp kep kemanakan.
manalagi lebih-lebih lagi, mana pula, apalagi;   mana.
mana lagi; jeruk ~, jeruk si manalagi Id sj buah limau besar serta manis.
manas Br manik: beratus-ratus biji ~ disimpannya, mungkin akan
      dijadikan seutas kalung.
mana suka Id dgn sesuka hati (tidak dipaksa), dgn sukarela; jam ~
      waktu (dlm jadual waktu pelajaran) yg tidak ditentukan apa yg
      harus diajarkan; sokongan ~ sokongan yg diberikan dgn sukarela.
manat Mn ark tetap mengenai janji (persetujuan dlm mesyuarat).
manau sj tumbuhan (rotan besar), Calamus manan;
      laksana ~, seribu kali embat haram tak patah prb sesuatu yg
      sangat kuat dan teguh; spt maksud ~ = maksud bagai maksud ~ prb
      cita-cita yg tidak mungkin dicapai; spt mengilang ~ prb suatu
      masalah yg sangat sukar;
      memanau 1. membuat gawar-gawar drpd manau; 2. memukul dgn
      rotan, merotan.
mancanegara Id negara-negara asing.
mancawarna Id banyak warnanya, berwarna-              pancawarna.
manci Id kuali besi, panci.
mancis = ~ api gores api, korek api, geretan;
      memancisi menyalakan dgn mancis (rokok dll);
      memanciskan menggoreskan anak mancis supaya menyala.
mancit Mn tikus.
mancung I makin kecil ke hujung, lancip, runcing; hidung ~ hidung yg
      lancip; hidung tak ~ pipi tersorong-sorong prb suka ikut campur
      dlm urusan orang lain;
      kemancungan perihal mancung atau lancip (hidung).
mancung II seludang kelapa yg kering; perahu ~ sj perahu yg bentuknya
      spt seludang.
mancur; memancur; air ~ air terjun, jeram;      pancur.
manda I singkatan bagi mamanda.
manda II; mandi-~ berbagai-                          mandi.
manda III Jw mahu, tahan (menderita).
manda IV; kanda-~;      kanda.
mandah I daun atau kulit yg letaknya dlm lesung (sbg alas).
mandah II       manda III.
mandai sj tumbuhan (pokok).
Mandailing suku bangsa yg berasal dr Sumatera, Indonesia.
mandala I 1. kawasan atau lingkungan yg termasuk dlm bidang kuasa
      pihak berwajib (negara); 2. ruang lingkup sesuatu bidang ilmu,
      pengetahuan, dsb: sistem itu mengalami perubahan sikap yg
      mengurangkan ~ ketakpelbagaian; 3. sl bulatan, lingkungan,
      daerah.
mandala II (S.Lukis) simbol bulat yg melambangkan cakerawala yg
      terdapat dlm seni Buddha dan Hindu.
mandalika I ark sl gelaran atau jawatan kepala daerah (spt adipati atau
      gabenor).
mandalika II sj tumbuhan (pokok), Artocarpus rigida.
mandam = termandam 1. berasa pening kepala (kerana mabuk dll),
      mabuk; 2. terlalu asyik (dlm percintaan dll).
mandang I                      pandang.
mandang II Jk sj burung yg terdapat di paya-paya dll.
mandat 1. amanah yg diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan
      kpd wakil mereka (dlm mesyuarat dll utk mengemukakan
      pendapat, memajukan permintaan, dll): Perdana Menteri itu akan
      meminta ~ baru drpd rakyat; 2. kuasa yg diberikan oleh pihak yg
      lebih tinggi: Presiden telah memberikan ~ kpd Perdana Menteri
      utk membentuk kabinet baharu; 3. Id surat kuasa, surat perintah
      (membayar dll): ia masih menunggu ~ utk membayar gaji pekerja-
      pekerja; 4. kuasa yg diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang
      Bangsa-Bangsa Bersatu) kpd sesebuah negara utk mentadbir
      sesuatu wilayah dsb; 5. kuasa mentadbir sesebuah negara asing dll
      yg diamanahkan kpd sesuatu pihak berkuasa: rancangan itu
     menyeru supaya wilayah-wilayah Gaza dan Tebing Barat
     diletakkan di bawah ~ Bangsa-Bangsa Bersatu.
mandataris IB orang yg menerima mandat, penerima mandat.
mandatori mesti atau wajib dilaksanakan (dikuatkuasakan dsb): dia
     dituduh mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, (semakan 1983)
     yg membawa hukuman mati ~ jika sabit kesalahan;
     memandatorikan menjadikan mandatori: resolusi ketiga pula
     ialah ~ PSKP melalui peraturan perundangan;
     pemandatorian perihal (proses atau tindakan) memandatorikan: ~
     itu adalah sejajar dgn salah satu kenyataan dlm laporan
     Jawatankuasa Kabinet.
mandau sj pedang buatan Kalimantan.
mandeh (mandéh) Mn ibu, mak.
mandek Jk 1. berhenti, terhenti: keretanya ~ di situ; 2. tidak lancar
     perjalanannya, tidak dapat diteruskan (perundingan dll), terbantut,
     terbengkalai:   kekurangan      bahan     mentah     menyebabkan
     perusahaan itu ~.
mandi I 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan
     engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk
     bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di
     laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi
     (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~
     peluh; baginda sentiasa ~ air mata;orang kampung pd masa itu ~
     wang;
     ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat
     perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn
     kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) membasuh
     mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau
     hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~
bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga
dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau
dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia mendapat
jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh
bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk kedua-dua
pengantin sesudah selesai nikah dan berdamai-damai; ~ darah a)
berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku
perkelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid
mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas
luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb);
~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang
perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, melenggang perut;
~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan
menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda
bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh
mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak
basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua
pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar
upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm
bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini
bertentangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi
utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah
membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dikafan); ~ tian
upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk
bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh
badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan
badan dsb;
bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak
mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau
      membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh
      jalan;
      bermandikan penuh dgn;
      ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-benderang); ~ wang
      mempunyai wang yg banyak;
      memandikan 1. membersihkan tubuh seseorang (sesuatu) dgn air,
      memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2.
      mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan hambalah ~
      hamba; 3. mencelupkan (menyelamkan sesuatu ke dlm barang
      cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, mencurahkan
      (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang
      ibunya; dimandikan dgn air segeluk prb diberi pertolongan (puji-
      pujian) yg tidak bererti;
      mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn
      air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan;
      permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan,
      pembaptisan;
      pemandi orang yg memandikan: yg makruhnya, menyentuh tubuh
      badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si
      mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup.
mandi II; ~ abu sj ikan laut, kaci, mesikur, pinang, tebal bibir,
      Plectorhincus spp.
mandibel (Bio) 1. rahang bawah haiwan vertebrat; 2. bahagian mulut yg
      berpasangan pd serangga dan haiwan antropod yg digunakan utk
      menggigit dan menghancurkan makanan.
mandir; mundar-~;      mundar.
mandiri Jw berdiri sendiri; pemerintah ~ pemerintah yg berdiri sendiri;
      bermandiri dapat berdiri sendiri: kehidupan ini perjuangan terus-
      menerus utk ~;
      kemandirian perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri.
mandolin sj alat muzik yg berupa gitar kecil dan mempunyai empat
      pasang tali.
mandom Kd lembap, tidak cergas, bodoh.
mandu Mn ark pendirian, kaedah.
mandub Ar sunat.
manduk Kd tidak cergas, lembap.
mandul 1.tidak boleh beranak, majir: isterinya ~; 2. ki tidak produktif:
      benarkah sastera Malaysia ~?; bagai emak ~ baru beranak prb
      sangat gembira kerana mendapat sesuatu yg sangat diidam-
      idamkan;
      memandulkan menjadikan benda hidup mandul: kebanyakan
      orang lelaki tidak bersetuju kalau mereka dimandulkan;
      kemandulan perihal mandul (tidak boleh beranak);
      pemandulan perihal (proses, perbuatan) memandulkan benda
      hidup (manusia, binatang): ~ merupakan salah satu cara utk
      mengatasi masalah ledakan penduduk.
mandung I sl ayam, ayam jantan.
mandung II; kemenyan ~ jati sl kemenyan putih, sj dupa.
mandur orang yg mengawasi pekerja-pekerja; kepala pekerja-pekerja; ~
      jalan a) mandur yg mengurus orang-orang yg membuat atau
      membaiki jalan; b) bp orang yg berjalan ke sana ke mari,
      penganggur;
      memanduri mengawasi pekerja-pekerja: Mak Som ~ pelayan-
      pelayan di dapur.
manfaat 1. guna, faedah; kejadian itu tidak akan memberi ~ kpd sesiapa
      pun; 2. untung, laba;
      bermanfaat berguna, berfaedah: apa yg dilakukan mereka
      memang ~ bagi bangsa;
     memanfaatkan menggunakan sebaik-baiknya (utk atau dgn cara
     yg mendatangkan faedah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu),
     menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat
     ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa
     ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk
     membaca;
     kemanfaatan 1. guna, faedah, manfaat: setiap sesuatu yg
     mendatangkan ~ dgn kebaikan hendaklah dilindungi dan
     diusahakan; 2. kebaikan, kegunaan;
     pemanfaatan perihal atau perbuatan memanfaatkan: apa yg
     berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur
     sastera tradisi Islam itu dlm pelbagai unsur yg diserapkan secara
     berseni.
mangan I (man.gan) (Kim) sj unsur logam yg rapuh dan berwarna putih
     kekelabu-kelabuan.
mangan II Jw makan.
mangap Jw ternganga.
mangas sj tumbuhan (pokok), Memecylon acuminatum.
mangau; termangau, termangau-mangau ternganga, tercengang
     kehairanan: dia tersentak dan ~ apabila adiknya memanggil
     namanya;      mangu.
mangga I sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mempelam, Mangifera
     indica dll.
mangga II ibu kunci, pedal ayam;
     bermangga berkunci dgn mangga, dipasang mangga: kanak-
     kanak lelaki berusia 10 tahun datang dan membuka pintu pagar
     yg ~ itu;
     memangga mengenakan ibu kunci, mengunci: ia sedang ~ pintu
     biliknya.
mangga III; sakit ~ bengkak (yg biasanya bernanah) pd celah
      kelangkang, buah kelenjar yg bengkak.
mangga IV Jw, Sunda ark silakan.
manggak Kl sombong, besar hati, biadab, tidak sopan.
manggar 1. tangkai mayang kelapa; 2. Mn pangkal pelepah (kelapa dll);
      bunga ~ sj perhiasan drpd kertas berwarna-warni yg berupa spt
      manggar yg dipasangkan pd sebatang kayu (digunakan dlm
      upacara keraian spt perkahwinan, sambutan orang besar-besar,
      dsb).
manggis sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah,
      Garcinia mangostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah
      ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan
      sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya.
manggul = tanah ~ tanah tinggi, anak bukit.
manggut Jw mengangguk;       anggut.
mangir bedak yg diperbuat drpd tepung beras yg dicampurkan dgn
      bahan-bahan rempah tertentu, gunanya utk membersihkan,
      menghaluskan dan menguningkan kulit.
mangka bp maka; ~nya kerana itu.
mangkah        mangkar.
mangkar 1. keras (ubi yg direbus dll), bangkar; 2. mengkal (buah-
      buahan).
mangkara       makara I.
mangkas I keras; keras ~ sangat keras; makas.
mangkas II       bangkas.
mangkat bd meninggal (digunakan utk raja-raja), mati: maka marhum
      pun ~;
      kemangkatan bd perihal mangkat, kematian: anak raja itu pun
      diberitahu tentang ~ ayahandanya.
mangkel Jw ark berasa kesal, mendongkol.
mangkih; cangkih-~;      cangkih.
mangkin I makin.
mangkin II 1. (Kim) bahan (spt platinum, yis, dll) yg dapat mengubah
      kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak
      mengalami apa-apa perubahan; 2. ki faktor (unsur dsb) yg dapat
      mempercepat       atau    menyegerakan       berlakunya      sesuatu
      perkembangan dsb: gerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh
      menjadi ~ yg merapatkan perhubungan antara majikan dan
      institusi pelajaran bagi menerbitkan pekerjaan;
      memangkinkan 1. (Kim) mempercepat tindak balas kimia dgn
      menggunakan mangkin: enzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap
      asid glukonik; 2. ki mempercepat sesuatu tindakan (perubahan,
      proses, pembangunan dsb): begitu juga perkembangan ilmu ~
      pertumbuhan industri; langkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih
      banyak rumah kediaman;
      pemangkinan (Kim) pengubahan kadar tindak balas kimia dgn
      menggunakan mangkin;
      pemangkin faktor dsb yg mempercepat sesuatu tindakan (proses,
      perubahan dsb): kewujudan lebuh raya itu akan menjadi ~
      pembangunan ekonomi sesuatu kawasan.
mangkir bp tidak hadir (bekerja, bersekolah, dll), tidak datang.
mangku yg memangku (hanya dlm gelaran sahaja); Darjah M~ Negara
      pingat yg dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong.
mangkubumi sl bendahara, perdana menteri.
mangkuk 1. bekas yg dalam drpd tembikar dll tempat mengisi lauk-pauk
      (nasi dll); 2. cangkir, cawan: se~ kopi; 3. bk kata yg mempunyai
      maksud menghina atau mempermain seseorang, bodoh;
      ~ basuh tangan mangkuk bekas air basuh tangan; ~ gulai
      mangkuk utk mengisi gulai; ~ jorong mangkuk yg panjang bulat
      (utk mengisi air dll); ~ keda(h) sj mangkuk bertutup; ~ lonjak Kl
      mangkuk tingkat; ~ nasi mangkuk utk diisi nasi; ~ pengadun
      mangkuk tempat mengadun bahan-bahan masakan dll; ~ perak
      piala; ~ pijar sj mangkuk yg biasanya dibuat drpd porselin dan
      digunakan dlm makmal utk melakurkan bahan kimia pepejal; ~
      tandas sesuatu spt mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sbg
      tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas; ~ tingkat
      mangkuk drpd aluminium dll yg bertingkat-tingkat (utk bekas
      kuih, lauk-pauk, nasi, dll), rantang, mangkuk tepen, siya.
mangkung Jh sj tukul drpd kayu;
      memangkung memukul kuat-kuat; pangkung.
mangkus Mn manjur, mujarab, mustajab.
mangli Kd kalis, kebiasaan.
mangsa 1. binatang yg menjadi korban (makanan) binatang buas:
      harimau sedang menunggu ~nya; 2. ki orang atau barang yg
      menjadi korban kemalangan (kecurian, penipuan, kebakaran,
      peperangan, dll), sasaran perbuatan jahat: ibu tiriku menjadi ~
      kebakaran itu; mereka berdua ialah ~ Perang Dunia Kedua;
      memangsakan menjadikan seseorang (sesuatu) sbg mangsa,
      mengorbankan: kemusnahan alam sekitar ~ manusia;
      pemangsaan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebabkan
      seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa
      terdapat di kalangan sesetengah binatang;
      pemangsa binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk
      salah seekor binatang jenis ~.
mangsai I; kusut-~                  masai.
mangsai II; masak ~ a) terlalu masak; b) ki sudah banyak pengalaman.
mangsi 1. dakwat, tinta; 2. ark sj tepung hitam drpd arang (utk
      menghitamkan gigi); 3. Mn warna hitam (biru tua), tarum; ikan ~
      sotong.
mangu; termangu, termangu-mangu termenung-menung (kerana susah
      hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia
      kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu;
      ketermanguan keadaan termangu: dlm ~ itu, Mat Janin
      termenung sendiri; mangau.
mangut termenung (spt orang mengelamun), bingung.
manhaj Ar kaedah, cara: Islam berjaya membentuk suatu ~ hidup
      manusia drpd barbarisme kpd ketamadunan.
mani air dan benih yg terpancut keluar dr alat kelamin lelaki (haiwan
      jantan) ketika bersetubuh (mengawan) atau apabila mencapai
      puncak syahwat; pancaran ~ Id pengeluaran mani;
      permanian (Bio) proses memasukkan mani atau sperma ke dlm
      faraj atau salur pembiakan haiwan betina; ~ beradas perihal
      memasukkan mani ke dlm rahim dgn menggunakan radas tertentu.
mania (Psi) sebarang bentuk gangguan mental yg dicirikan dgn kelakuan
      ganas yg tidak terkawal.
manifestasi (maniféstasi) perbuatan (ucapan dll) yg memperlihatkan
      (menjadikan nyata) sesuatu;
      memanifestasikan melahirkan, memperlihatkan, menunjukkan,
      menjadikan nyata: hasrat ini dimanifestasikan oleh seorang
      penulis yg tidak dikenali pd tahun 1814; watak yg secara lebih
      giat ~ rasa kekecewaan; dlm solatnya dia sentiasa ~ dan selalu
      pula membaharui ikrarnya kpd al-Khaliq;
      termanifestasi terpancar: hal ini ~ dlm amalan umat Islam
      tentang konsep sekolah agama;
      pemanifestasian        perihal     (perbuatan,      tindakan    dsb)
      memanifestasikan: karya sastera merupakan salah satu sumber
      kekayaan budaya dan wadah ~ pemikiran dan produk perilaku
      masyarakat.
manifesto (manifésto) pengisytiharan kpd orang ramai tentang dasar
      (tujuan, dll) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya dll.
manik I 1. butir-butir kecil drpd kaca atau karang dll yg berlubang (dan
      boleh dicucuk utk dijadikan kalung, perhiasan, dll); 2. butir-butir
      kecil yg berwarna-warni, digunakan sbg hiasan pd biskut, kek, dll:
      setelah sejuk sapukan coklat cair dan taburkan ~ di atas kek;
      bagai ~ putus pengarang (tali) prb perihal air mata yg bercucuran;
      bermanik-manik 1. memakai kalung dll drpd manik; 2. berbutir-
      butir spt manik (peluh dll): di daun-daun masih kelihatan air ~ .
manik II sj tumbuhan (pokok kecil), Aglaia spp..
manikam 1. batu permata, intan; ratna mutu ~ bermacam-macam jenis
      intan permata; 2. ark mani;
      ~ sudah menjadi sekam prb tidak berguna (berharga) lagi; adapun
      ~ itu jika dijatuhkan ke dlm limbahan sekalipun, nescaya tiada
      akan hilang cahayanya prb orang yg berasal baik-baik itu walau
      miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada;
      mengembalikan ~ ke dlm cembulnya prb memikirkan kembali apa-
      apa yg telah diucapkan.
manik-manik; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), jangka, kayu tanduk,
      telinga rusa, Lasianthus maingayi.
manila I = bunga (kembang) ~ sj tumbuhan (pokok), kembang mentega,
      kembang susu, Tabernaemontana divaricata.
manila II; itik ~ sj itik, serati, Anas moschata.
manipol Id kep manifesto politik.
manipulasi 1. perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat dll)
      atau mengerjakan sesuatu (dgn tangan dll) dgn cekap: spt selalu
      Kurosawa menyegarkan filemnya dgn ~ visual dan bunyi yg
      menarik; setiap ~ bahasa dlm karya sastera hanya wajar
      dilakukan oleh orang yg telah lebih dulu menguasai bahasa; 2.
      segala tindakan dan selok-belok utk memperdayakan orang atau
      mempengaruhi perlakuan (pendirian dll) orang lain tanpa disedari
      orang itu; 3. sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg
      dilakukan    utk    faedah   sendiri:   ~   harga   mempengaruhi
      keberuntungan pengusaha industri kecil;
      memanipulasikan 1. mengerjakan atau membuat sesuatu (dgn
      menggunakan        tangan)   dgn   cekap,    mengendalikan   atau
      menggunakan sesuatu dgn cekap atau bijaksana: yg begitu
      dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik;
      masyarakat umum mengenali al-Jabar sbg ilmu yg membicarakan
      cara ~ simbol dgn hukum dan petua tertentu; 2. mengendalikan
      (menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana
      sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan: ahli-ahli politik mesti
      kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa
      politik dgn ~ agama; 3. melakukan sesuatu yg curang,
      menggunakan sesuatu utk berbuat curang atau tidak baik;
      pemanipulasi pihak (orang dsb) yg bijak memanipulasikan
      sesuatu (keadaan dsb).
manipulatif berkaitan dgn, melibatkan atau bersifat manipulasi: kursus
      itu memberikan penekanan pd proses berfikir dan kemahiran ~.
manira sl aku, kita.
manis I 1. rasa spt rasa gula atau madu: kuih ini ~ spt gula; 2. sangat
      menarik (muka, percakapan, perawakan, senyuman, dll), lemah
      lembut serta peramah: gadis itu tidak cantik tetapi ~; tutur
bahasanya ~; senyum ~; 3. cantik, elok, molek, mongel (gadis,
benda, dll): gadis itu memang ~; 4. panggilan utk gadis (wanita)
yg cantik manis: ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi; 5.
sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dll): jangan buat begitu,
nanti tak ~ dipandang orang; 6. ki dlm berbagai-bagai erti
bermaksud nyaman (senang, mewah, dll): bagaimana pula dapat
aku hidup ~ dgn orang yg demikian?
~ bangun Kl sedap dipandang mata, cantik, segak; ~-~ buah rasa
yg tidak berapa manis (kuih dll); ~ budi (bahasa) pandai berbudi
dan berbahasa, sopan-santun; ~ leting Kl, Tr tersangat manis; ~
madu rasa spt rasa madu; ~ muka muka yg periang (menarik hati);
~ mulut pandai berkata-kata;
~ spt gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ spt gula jawa prb
bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll);
habis ~ sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai
hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu
dibuang (atau ditinggalkan); lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan
dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan
yg   nampaknya     buruk    itu   jangan     lekas   ditolak   (harus
dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima
atau ditolak); rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka
prb jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan
menimbulkan dendam kesumat;
bermanis; ~ muka tersenyum utk menunjukkan rasa hormat,
mesra, disenangi dsb; ~ mulut bercakap dgn kata-kata manis;
bermanis-manis bercakap dgn kata-kata manis, bercakap dgn
lemah lembut;
memanis 1. menjadi manis; 2. = memanis-manis membuat
sesuatu supaya elok dilihat atau didengar;
      memaniskan menjadikan manis; lewat dimaniskan, masam, lewat
      diharumkan, busuk prb perihal orang yg mula-mula berkasih-
      kasihan tetapi kemudian selalu berselisih;
      mempermanis       membuat     supaya    bertambah    manis:     dia
      melembutkan suaranya ~ mukanya ketika menyatakan maksudnya
      itu;
      manisan, manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang
      lebah, dll) yg manis rasanya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu
      lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa;
      kemanisan 1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui
      orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan
      kembali jika ia pulih kembali; 3. keseronokan, kesukaan: ~ hidup
      bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu
      manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula;
      pemanisan perihal (proses, perbuatan dsb) memaniskan;
      pemanis 1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi
      manis atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-
      guna utk memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa
      kelihatan manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih
      ~; mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali.
manis II; akar ~ = akar kulit ~ sj tumbuhan (akar memanjat), tebu gajah,
      Albizzia myriophylla; akar kayu ~ sj tumbuhan (akar memanjat),
      akar cius, akar kepah, akar tebu gajah, Acacia penata; kayu ~ sj
      tumbuhan (pokok yg kulitnya manis), Cinnamomum zeylanicum.
manja I 1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya
      (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, maklumlah
      anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia
      berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya;
      bermanja berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya;
      bermanja-manja,             bermanja-manjaan      berjinak-jinakan,
      beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn
      Murad;
      memanja berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~;
      memanjakan, memanja-manjakan, mempermanjakan sangat
      melayani kehendaknya sehingga jadi manja: jururawat itu
      membetulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya
      semakin dimanja-manjakan;
      termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja;
      manjaan yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor
      binatang ~;
      kemanjaan perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan
      kemesraan;
      kemanja-manjaan dgn berlaku manja: ia menjawab ~ .
manja II (dlm kata majmuk) maja; majakani.
manjahil; tandil ~;     tandil.
manjakani      majakani.
manjang sj hantu yg menghisap darah.
manjangan      menjangan.
manjapada ark                              marcapada.
manjau ark = bermanjau bertandang (ke rumah gadis).
manjung I sj jamung atau suluh besar (utk menangkap ikan).
manjung II sl; manjungan sj perahu: maka segala dendang dan ~ pun
      belayarlah.
manjung III; permanjungan bilik di sisi rumah yg lantainya lebih
      tinggi, anjung.
manjur 1. dapat menyembuhkan dgn segera (ubat dll), mujarab,
      mustajab; 2. mempunyai kuasa atau daya yg kuat (doa, jampi, dll),
      sakti: manteranya ~; 3. boleh mematikan dgn segera, bisa: anjing
      itu mati kerana termakan racun yg ~ itu;
      kemanjuran perihal manjur (ubat, doa, jampi, dll): ubat dan
      suntikan itu tidak terjamin ~nya.
manometer (manométer) sj alat utk mengukur tekanan gas dan wap.
manor rumah besar dan tanah di desa, terutama yg dibina pd Zaman
      Pertengahan (di Eropah).
manoskopi (Fiz) kaedah mengukur ketumpatan gas.
mansang Sr 1. mari; 2. pergi; 3. semakin.
manset (mansét) 1. lengan baju tambahan yg keras pd pergelangan
      tangan; 2. Id kancing pd lengan baju tambahan.
mansiang Mn mensiang.
mansuh tidak berlaku lagi, batal, ditiadakan, terhapus;
      memansuhkan       menjadikan    tidak   berlaku     (sah   dll)   lagi,
      membatalkan, menghapuskan, meniadakan: perjanjian ini boleh
      dimansuhkan pd bila-bila masa pun;
      pemansuhan       perbuatan     (tindakan    dsb)      memansuhkan,
      pembatalan, penghapusan: ~ peperiksaan masuk ke sekolah
      menengah pd tahun 1964.
mantan dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang
      tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah
      penerbitan; dia adalah ~ guru besar sekolah itu.
mantap 1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak
      berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa
      kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan;
      memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan
      tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ istilah-
      istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya
      mereka;
      kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil),
      kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia
      ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyumbang ke arah ~
      demokrasi itu sendiri;
      pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses
      menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan
      pengayaan, sejajar dgn berkembangnya bahasa itu;
      pemantap sesuatu yg digunakan utk menetapkan (menstabilkan)
      letak sesuatu benda: palang ~ .
mantari Mn ark matahari.
mantel I sj baju labuh utk menyelubungi tubuh.
mantel II (Geo) bahagian yg terletak di antara kerak bumi dgn teras
      bumi.
mantera kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa
      ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; membaca ~
      mengucapkan mantera;
      bermantera telah dimanterai;
      memanterai mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~
      anaknya;
      memanterakan membaca mantera utk sesuatu supaya dapat
      menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll):
      maka Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu
      dimanterakannya sebuah buyung.
manti Mn ark menteri.
mantik Ar = ilmu ~ ilmu bahas akal, ilmu jalan fikiran tentang sebab dan
      kejadian yg terbit daripadanya.
mantu Jk menantu; abang ~ abang ipar.
mantuk Ar ark erti atau maksud yg sebenarnya.
manual 1. buku yg mengandungi panduan dan maklumat utk
      melaksanakan sesuatu; 2. dilakukan atau dikendalikan dgn tangan.
manuk ark burung, ayam; dada ~ dada burung.
manusia makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis
      yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia
      yg terbaik;
      memanusiakan menjadikan seseorang mempunyai sifat-sifat
      manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan
      menimbulkan keindahan dlm jiwa mereka;
      kemanusiaan     perihal   manusia,   sifat-sifat   manusia:   tetapi
      sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang
      dunia dan keduniaan.
manusiawi bersifat manusia (kemanusiaan): ciri-ciri hidup yg lebih
      mulia, abadi, dan sebati dgn sifat dan unsur ~.
manuskrip 1. naskhah tulisan tangan; 2. versi atau bahan (sesuatu karya)
      yg telah disediakan oleh penulis (editor dsb) utk dicetak dan
      diterbitkan dlm bentuk buku dll.
manyar burung tempua.
manyau Kd, Pn mengigau.
manzil, manzilah Ar rumah perhentian (utk bermalam dll).
map Id tempat (spt sampul) menyimpan surat dll, fail.
mapak Jk mengalu-alukan (tetamu), menyongsong, menjemput.
mapalus (Minahasa) Kd sj pertubuhan gotong-royong (antara anggota-
      anggotanya).
mapan 1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut
      tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya
      tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah
      kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali,
      dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~;
      hasil ciptaan pengarang yg sedia ~;
      memapankan       memantapkan,       mengukuhkan,      menstabilkan
      sesuatu: mereka harus berusaha utk ~ kedudukan ekonomi
      keluarga terlebih dahulu;
      kemapanan keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak
      boleh dipersoalkan sehingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~;
      pemapanan perihal (proses, perbuatan) memapankan sesuatu,
      pemantapan, pengukuhan, penstabilan.
mapel sj pokok drpd genus Acer yg daunnya berbucu lima, terdapat di
      Eropah, Amerika dan Asia, dan kayunya banyak digunakan dlm
      pembuatan perabot, lantai dll: kayu ~.
MAPEN (mapén) akronim bagi Majlis Perundingan Ekonomi Negara.
Maphilindo akronim bagi nama tiga buah negara, iaitu Malaysia,
      Filipina dan Indonesia.
maqam Ar kedudukan (tingkat, darjat atau taraf) yg tinggi atau mulia di
      sisi Allah: bagi kaum wanita, utk mendapat ~ solehah dan menjadi
      ahli syurga di akhirat adalah sangat mudah; semoga Allah akan
      mengangkat kamu ke ~ yg terpuji.
mar sl jaga atau awasi menteri (kata dlm permainan catur utk
      mengingatkan lawan bahawa menteri akan dimakan).
mara I sl bencana, bahaya, celaka, kesusahan: dijauhkan Allah drpd
      bahaya dan ~-Nya;
      ~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan
      jangan sekali-kali dicari-cari; ~ hinggap, ~ terbang enggang lalu
      ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu
      kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu;
      bermara sk berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan
      sekalian pergi, salah seorang ~ .
mara II bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu
      ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan;
      memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan;
      kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan;
      hulubalang telah berhimpun di Pedas utk menyekat ~ Raja
      Melewar.
mara III; saudara-~ semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat).
MARA akronim bagi Majlis Amanah Rakyat (perbadanan yg menolong
      bumiputera membangun atau maju dlm bidang perniagaan,
      perusahaan, pendidikan, dsb).
marabahaya bermacam-macam bencana atau bahaya;           mara.
Maragang Kimaragang.
marah I berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati,
      berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; perkataan
      yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd
      orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai
      Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik
      (bangkit, timbul) ~ menjadi marah;
      memarahi marah kpd, memberangi, menggusari: dia sendiri
      terasa salah kerana ~ adiknya; budak-budak yg bergayut itu telah
      dimarahi oleh konduktor bas tersebut;
      memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak
      mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan
      jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh mengemis setiap minggu
      itu ~nya benar;
      marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain
      kerana marah;
      kemarahan perihal marah, keberangan, kegusaran: perkara ini
      mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~,
      lemah segala sendi anggota;
      kemarah-marahan sangat marah;
      pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~
      dan pencemburu? 2. bersifat atau lekas marah; amarah.
marah II (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau
      anak puteri dgn laki-laki biasa.
marajali sj tumbuhan (pokok) dlm famili Trigoniaceae, mata pacak,
      merjali, Trigoniastrum hypoleucum.
marak 1. = semarak cahaya, seri; naik ~ a) mulai bercahaya (berseri); b)
      ki mulai masyhur; c) sedang cantik (gadis dll); 2. = memarak
      menyala: api itu sekejap ~ sekejap malap, mengikut tekanan udara
      yg turun naik dlm bilik itu; 3. ki sedang memuncak (perasaan,
      nafsu, keinginan, dll), berkobar: cita-cita ini datang sahaja
      padanya dan semakin ~;
      memarakkan        menjadikan       bernyala     (dgn   lebih   besar),
      menyalakan: api itu boleh dimarakkan dgn ditiup atau dikipas;
      kemarakan keadaan marak;           semarak I.
marakas sj alat muzik Amerika Selatan (yg digoncang-goncang).
marap Kl; semarap jarak dr siku ke buku lima.
marapulai Mn mempelai atau pengantin (laki-laki).
maras Jw cemas, ketakutan, sangat khuatir: janganlah ~ hatimu, akulah
      nenekmu.
maraton perlumbaan larian jarak jauh (lebih kurang 26 batu atau
      41.8420 kilometer).
marba      cacamarba.
marbut Ar penjaga dan pengurus masjid, siak.
MARDEC (mardéc) akronim bagi Malaysian Rubber Development
      Corporatian (Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia Berhad).
MARDI      akronim    bagi    Malaysian   Agricultural    Research    and
      Development Institute (Institut Penyelidikan dan Kemajuan
      Pertanian Malaysia).
marcapada sl dunia sekarang ini: orang Mukmin yg tidak terpengaruh
      dgn ~ yg penuh dgn tipu daya.
mardudah Ar tertolak (tidak dapat diterima).
marem Jw puas, senang, sentosa.
Maret Id bulan ketiga dlm tahun Masihi, Mac.
marga I sl binatang liar;    mergastua.
marga II 1. Id kelompok atau puak orang yg berasal drpd satu keturunan
      (di kalangan orang Batak); 2. bahagian daerah yg terdiri drpd
      beberapa buah dusun (Sumatera Selatan).
margin 1. jidar, garisan tepi; 2. tepi, bahagian tepi; 3. perbezaan antara
      dua jumlah dsb; ~ keuntungan banyaknya perbezaan antara kos
      pengeluaran dan hasil jualan yg diperoleh sbg keuntungan.
marginal kecil, tidak penting: usaha utk meningkatkan pendidikan
      keilmuan hanya bersifat ~.
marhaban Ar 1. selamat datang; 2. puji-pujian yg dilagukan utk
      memuji-muji Nabi (pd perayaan Maulidur Rasul dll).
marhaen (marhaén); kaum ~ rakyat jelata (spt petani, nelayan, dll).
marhaenis (marhaénis) orang yg memperjuangkan hak-hak marhaen.
marhalah Ar ukuran jarak yg panjangnya lebih kurang 28 batu atau
      45.06 kilometer.
marhum       Almarhum.
marhumah       Almarhumah.
mari I 1. (ke) sini: kerana engkaulah aku datang ke ~; bawa ~
      bungkusan itu; ke sana ke ~ ke sana ke sini; 2. perkataan utk
      mengajak orang berbuat sesuatu, ayuh, silakan: ~ kita pergi
      menjerat gajah, kerana musim ini gajah akan turun.
mari II; IB roti ~ sj kuih kering, biskut.
marigold sj tumbuhan taman drpd genus Tagetes yg bunganya berwarna
      kuning atau jingga.
marijuana ganja (bahan dadah).
marikan = kain ~ 1. sj kain buatan Amerika; 2. sj kain kipar, kain
      belacu.
Marikh planet yg keempat jauhnya dr matahari.
marimba (Muz) sj alat muzik seakan-akan xilofon yg berasal dr Afrika.
marin I bp kelmarin, semalam.
marin II 1. terdapat di atau berkaitan dgn laut; 2. berkaitan dgn
      perkapalan, pelayaran, dsb; 3. anggota pasukan tentera laut.
marina pangkalan khas tempat kapal layar, bot persiar dsb berlabuh dsb.
marit; morat-~;     morat I.
maritam Br pulasan.
maritim 1. berkaitan dgn perkapalan, pelayaran, dsb; 2. terletak di atau
      berdekatan dgn laut: 80% drpd perdagangan ASEAN bergantung
      pd pengangkutan ~.
marjerin bahan berwarna kekuningan yg rupanya spt mentega dan
      biasanya diperbuat drpd lemak sayur dan binatang yg diemulsi dgn
      susu, garam, vitamin, dsb.
marjoram tumbuhan herba berbau harum yg daunnya dapat digunakan
      sbg perisa dlm masakan, Origanum hortensis.
marka Pn gadis remaja.
markah 1. tanda, tanda pd tali penduga; garis ~ garis tanda; 2. angka yg
      diberikan pd mata pelajaran dlm peperiksaan dll (sbg ukuran bagi
      mutu jawaban kpd soalan): dia berazam hendak mendapat ~ yg
      tertinggi dlm ujian tawarikh nanti;
      memarkahi memeriksa dan memberi markah kpd (kertas jawaban
      peperiksaan dsb): kertas jawaban mereka tidak dikenali oleh
      orang-orang yg ~ kertas itu;
      pemarkahan perihal (cara dsb) memberi markah kpd sesuatu,
      penentuan atau pemberian markah: ~ ujian ini ialah 100%
      objektif;
      pemarkah pemeriksa atau penguji yg memberikan markah: ~
      tidak mempunyai ruang utk berlaku tidak adil; ujian berbentuk
      esei juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya
      agak sukar dan ~ cenderung utk menjadi subjektif.
markas pejabat ketua turus tentera dll, pejabat parti politik dll; ~ besar
      markas yg tertinggi, ibu pejabat;
      bermarkas 1. berpejabat: Polis Khas Hutan yg ~ di Kuala
      Kangsar; 2. ki diam, tinggal: saya ~ di sebuah kamar yg kecil.
market (markét) bp pasar.
markisah sj tumbuhan (pokok memanjat dan buahnya), buah susu,
      Passiflora laurifolia.
marlin sj ikan laut yg besar drpd genus Makaira atau Tetrapterus dgn
      rahang atasnya panjang dan runcing.
marmalad sj jem yg diperbuat drpd buah sitrus spt oren dan lemon,
      biasanya dimakan bersama roti dsb.
marmar = batu ~ sj bahan galian kalsium karbonat yg padat, yg
      diperoleh drpd batu kapur, batu pualam.
marmut sj binatang spt tikus yg agak besar (biasanya dipelihara orang),
      tikus belanda, Cavia cobaya.
marsekal Id marsyal.
marsose (marsosé) IB polis tentera.
marsupial binatang mamalia (spt kanggaru) yg mempunyai kantung
      tempat anaknya melengkapkan perkembangannya.
marsum sl surat.
marsyal 1. pegawai tertinggi dlm tentera, jeneral besar; ~ tentera darat
      pegawai tertinggi dlm tentera darat; 2. pegawai yg bertugas
      mengawal atau menyelia perjalanan sesuatu acara umum,
      terutamanya acara sukan spt perlumbaan kereta dsb: 40 orang ~
      perlumbaan dr Portugal akan membantu ~ tempatan apabila Litar
      F1 Sepang menganjurkan perlumbaan Grand Prix Malaysia
      Petronas 1999 pd 17 Oktober ini.
martabak sj makanan spt roti canai tetapi berlapis, dibubuh daging
      cencang, telur, rempah, bawang, dsb.
martabat kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat:
      dianugerahinya aku ~ yg amat besar;
      bermartabat mempunyai martabat: manusia yg bermaruah dan ~;
      memartabatkan menjadikan sesuatu bermartabat: banyak yg
      boleh dilakukan utk ~ sastera Melayu;
      kemartabatan perihal martabat: namun Ali Aziz tidaklah sempat
      menjatuhkan ~ tuan sbg satu-satunya wira sepanjang zaman;
      pemartabatan perihal (usaha dsb) memartabatkan: pd masa yg
      sama, pihak yg tidak sejalan dgn aspirasi perjuangan dan ~
      bahasa tentunya bersewenang-wenang dgn penggunaan bahasa
      asing;
      pemartabat pihak (orang atau golongan) yg memartabatkan: sbg
      pejuang dan ~ bahasa, kita harus bersedia berdepan dgn
      berbagai-bagai masalah.
martil pemukul, palu, tukul.
martini sj minuman keras.
martir IB orang yg mati teraniaya kerana mempertahankan agama
      (Roman Katolik).
maru sl sj hantu yg suka mengganggu orang.
maruah Ar 1. kehormatan (diri), harga diri: dia tidak menjaga ~nya;
      rakyat Malaysia bersatu padu dan teguh di belakang kerajaan dlm
      mempertahankan ~ tanah air; 2. sifat laki-laki, keberanian,
      kegagahan;
      bermaruah mempunyai maruah.
marut I; carut-~;    carut.
marut II; karut-~;    karut.
marwas sj alat muzik spt gendang (biasanya dimainkan bersama
      gambus).
Marxisme teori politik dan ekonomi Karl Marx yg memperjuangkan
      kesamaan taraf manusia (masyarakat tanpa kelas atau kasta) dan
      percaya bahawa kapitalisme akhirnya diambil alih oleh sosialisme.
marzipan sj pes yg diperbuat drpd badam tumbuk, putih telur dan gula,
      biasanya digunakan utk menghiasi kek dsb.
mas I 1. bp sj logam berwarna kuning yg mahal harganya; 2. sl sj mata
      wang; 3. Kl duit syiling yg bernilai 50 sen.
mas II Jw 1. panggilan yg ertinya hampir sama dgn tuan, encik; 2.
      panggilan mesra utk suami dll: silakan masuk ~.
MAS akronim bagi Malaysian Airlines System (Sistem Penerbangan
      Malaysia).
masa I 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus
      dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka
      waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting
      berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka
      waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian
      (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~
      kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~
      pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan
      hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan
      (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan
      karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman
      masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg
      telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan
      masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd
      keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~
      rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu
      lain;
      semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup
      hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~
      Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan;
      3. dr masa (zaman) yg diperkatakan, dr masa yg sama: hal-hal yg
      menarik perhatian~;
      semasa-masa sewaktu-waktu;
      pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau
      mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga
      boleh menyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki
      pelincir;
      pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu
      mesin, peranti dsb.
masa II = masakan mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau
      tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan perdagangan
      gelap; kalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima;
      ~ bodoh a) tidak mempedulikan apa-apa; b) terserah; bersikap ~
      bodoh tidak mempedulikan atau mengendahkan (hal orang lain
      dll).
masai I; kusut-~ sangat kusut; mangsai.
masai II Kd bengkak (bkn muka) kerana terlalu banyak tidur (terutama
      pd waktu siang).
masak 1. sudah tua dan boleh dimakan (buah-buahan dll), matang:
     jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat
     masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang
     makanan yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir
     pun tampillah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara
     membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg
     memasak makanan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kelakuan
     orang dll), sudah difikirkan (dipertimbangkan) dgn teliti, sudah
     diputuskan (sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba
     sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba;
     sebelum memberi keputusan, perkara itu harus difikirkan ~-~
     dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang
     ke Melaka;
     ~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai
     sopan-santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat
     yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng;
     makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~
     buah rumbia prb perihal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~
     di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat; ~
     malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah
     ditentukan tetapi kemudiannya berubah pula;
     semasak selama masa yg perlu supaya (buah-buahan, nasi yg
     ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama;
     bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau
     dibasuh tangan dgn air yg sudah ~;
     bermasak-masak sedang membuat lauk-pauk (kuih-muih dll);
     kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat
     makanan;
     bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan):
     kelihatan buah padi kuning spt emas ~;
     memasak, mempermasak sl membuat lauk-pauk (kuih-muih dll),
     mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan
     mencuci kain baju;
     ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~
     ubat membuat ubat;
     memasak-masak 1. membuat bermacam-macam kuih (lauk-pauk
     dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. =
     masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan
     (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas
     masak-memasak;
     memasakkan 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~
     suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan
     masak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim
     panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan,
     mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar
     itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu;
     masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau
     hari-hari dapat memakan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk
     aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg
     sebenarnya, buatan, olahan;
     pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) memasak;
     pemasak 1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat
     (perkakas) utk memasak; 3. Mn rempah-rempah.
masakan mana boleh;       masa II.
masakat    masyakah.
masalah 1. sesuatu yg memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan
     yg menimbulkan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia
      sekarang sedang menghadapi ~ kelebihan penduduk; banyak drpd
      pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2.
      (Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan
      penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh
      diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan
      perkiraan;
      bermasalah      mempunyai      (ada)    masalah,    mengandungi
      (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan
      mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari
      itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat;
      memasalahkan, mempermasalahkan menjadikan sbg masalah,
      memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia
      adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala
      korupsi secara keseluruhan;
      permasalahan sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah,
      (pelbagai) masalah, persoalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi
      membuka jalan kpd pembaca utk mengenali peristiwa dan menilai
      ~   di   sekeliling   kehidupan   mereka;     seminar   itu   akan
      menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita.
masalode (masalodé) sj kuih India yg dibuat drpd kacang dal dan bahan-
      bahan lain, bentuknya bulat dan agak leper.
masam 1. rasa spt rasa cuka, asam: kuman-kuman menjadikan susu itu
      ~; mukanya berkerut kerana memakan buah yg ~; 2. tidak jernih
      (muka) kerana marah dll, bersut, merengus, merengut: mukanya ~
      setelah dimarahi oleh bapanya;
      ~ catung sangat masam (berkenaan muka); ~ kucam masam
      sungguh; ~ pahit Kd terlalu masam.
      ~ bagai nikah tak suka prb berdukacita kerana diperlakukan tidak
      menurut kehendak hatinya;
      bermasam; ~ muka berkecil hati antara satu sama lain (kerana
      berkelahi dll), tidak bertegur sapa;
      memasam menjadi masam: susu ini mulai ~;
      memasamkan menjadikan masam: dia menjeling senyum setelah
      beberapa minit ~ mukanya;
      kemasaman keadaan masam: cuka mempunyai kadar ~ sehingga
      95%;
      kemasam-masaman, masam-masaman agak masam.
masamah Pn sj masakan daging.
masap ark; memasap mengeluarkan wap, menguap, meruap.
masbuk Ar 1. yg didahului, iaitu makmum yg tidak sempat membaca al-
      Fatihah pd rakaat pertama bersama imam semasa solat; 2. perihal
      bercampur dlm sesuatu kumpulan orang atau masyarakat,
      percampuran, pergaulan: semasa tinggal di kampung seorang diri,
      terpaksalah dia memasuki ~ tetangganya kerana tidak mahu
      kesunyian; ini disebabkan bapaku termasuk dlm ~ orang surau.
masdar Ar tempat terbit, sumber, punca: al-Quranlah yg dijadikan ~
      dan rujukan yg akhirnya mencipta bahasa Melayu moden.
maserba; binatang ~ binatang yg memakan serba jenis makanan (daun
      dan juga daging), omnivor.
mashaf (mas.haf) Ar jilid (naskhah) al-Quran yg bertulis tangan.
Mashumi Id akronim bagi Majlis Shura Muslimin Indonesia (salah satu
      parti politik di Indonesia).
masih I 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi
      tinggal lagi: beras ~ secupak lagi;
      semasih ark selama (masih, belum).
Masih II, al-Masih Nabi Isa.
Masihi Kristian; agama ~ agama Kristian; kurun (tahun) ~ (tahun) yg
      dihitung dr tarikh Nabi Isa dilahirkan.
masin rasa spt rasa garam, asin; ~ lidah (mulut) apa yg dikatakan
      semuanya terjadi (kejadian dll), perkataannya dituruti (diterima)
      orang; ~ perkataannya perkataannya dituruti (dikabulkan dll)
      orang; air ~ air laut; telur ~ telur yg telah diasinkan (dgn cara
      memeram dlm air garam);
      belum tahu di~ garam prb masih belum mempunyai pengalaman;
      garam kami tidak ~ padanya prb perkataan kami tidak
      dipedulikan;
      memasinkan menjadikan sesuatu masin: air laut yg melimpah itu
      telah ~ tanah yg terletak di sepanjang pantai itu;
      kemasinan perihal masin (air dll), rasa masin;
      pemasinan proses (perbuatan) memasinkan: ~ ikan-ikan itu
      mudah dilakukan.
masing-masing sendiri-sendiri, tiap-tiap orang: semuanya sibuk dgn
      pekerjaan ~.
masinis IB jurumesin (pd kepala kereta api dll).
masir berbutir-butir (spt pasir); salak ~ buah salak yg selaput bijinya
      berbutir-butir; kaca ~ sj kaca yg tidak licin (kesat seakan-akan
      berpasir).
masjid Ar bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat
      dan ibadah-ibadah lain.
Masjidilharam Ar masjid besar di Mekah.
mas kahwin pemberian wajib yg berupa wang (al-Quran dsb) oleh
      pengantin lelaki kpd pengantin perempuan semasa upacara akad
      nikah, mahar;
      bermaskahwinkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg
      mas kahwin: ada pula yg hanya ~ Surah al-Ikhlas dan ada juga
      membayar mas kahwin sebanyak 100 dinar.
maskanat Ar kemiskinan (yg merupakan jalan utk mencapai
      kesempurnaan batin).
maskapai IB syarikat perdagangan.
maskara bahan mekap utk menghitamkan dan mencantikkan bulu mata.
maskat I; baju ~ sj baju yg dipakai di luar.
maskat II; halwa ~ sj kuih spt dodol yg dibuat drpd campuran tepung
      gandum dan minyak sapi.
masker bahan (berbentuk krim, pupur, dsb) rawatan muka (utk mencuci
      dan menegangkan kulit).
maskot binatang (benda dll) yg dianggap atau digunakan sbg lambang
      bertuah: penyu dipilih sbg ~ rasmi Sukan SEA.
maskulin 1. berkaitan dgn ciri-ciri lelaki atau kelelakian;     2. (Lin)
      berkaitan dgn kata yg memiliki ciri yg dikaitkan dgn kelelakian.
maslahat Ar sesuatu yg berfaedah (berguna), usaha dsb yg
      mendatangkan faedah: dia sentiasa meletakkan kebenaran di
      hadapannya dan tidak mempermudah-mudahkan sesuatu ~ yg
      mengenai orang ramai; setiap langkah, peraturan dan undang-
      undang yg dapat melindungi dan mempertahankan perkara yg
      disebutkan tadi adalah ~;
      kemaslahatan kegunaan, faedah: hal yg salah dan bertentangan
      dgn ~ orang ramai; demi ~ dan kepentingan manusia.
maslin = cita ~ sj kain yg jarang lagi halus.
masnawi 1. sj sajak Parsi; 2. sesuatu bentuk puisi Melayu yg berasal
      drpd puisi Parsi (biasanya utk tujuan memuji-muji).
masoi sj tumbuhan (pokok), Massoia aromatica;      mesui.
masokisme (Psi) kecenderungan mendapat nikmat, kepuasan atau
      keseronokan, terutamanya nikmat syahwat, drpd kesakitan,
      penderitaan atau penghinaan diri sendiri.
massa 1. sekelompok benda yg banyak jumlahnya dan tidak teratur; 2.
      jumlah yg terlalu banyak: dr jambatan aku menoleh ke arah ~ yg
      spt semut banyaknya; ~ rakyat; 3. kumpulan orang ramai yg
      bersatu kerana dasar atau pegangan tertentu: rapat ~; 4. jumlah zat
      yg ada dlm sesuatu benda, jisim.
mastautin; bermastautin menetap (di), tinggal (di): keluarga mereka
      itu sudah turun-temurun ~ di negeri ini;
      permastautinan perihal bermastautin: ~ masyarakat Melayu;
      pemastautin orang yg bermastautin (di sesebuah negeri): pemain
      yg mempunyai status ~ tetap dianggap sbg bukan warganegara.
mastektomi (mastéktomi) (Ubat) pembuangan sebelah atau kedua-dua
      buah dada (biasanya dilakukan utk mengatasi serangan kanser yg
      parah).
MASTERA akronim bagi Majlis Sastera Asia Tenggara.
mastonkus (Ubat) tumor pd buah dada atau kelenjar susu.
mastuli sj kain sutera yg kasar dan kuat; jual sutera, beli ~ prb
      menggantikan sesuatu dgn yg lebih baik.
masuk 1. pergi ke dlm (bilik, rumah, tubuh badan, dll), datang ke dlm,
      lwn keluar: apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~
      hutan; lekas ~!; ia bebas ~ dan keluar; 2. terbenam (matahari,
      bulan, dll) ke dlm; 3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja
      (sekolah dll): mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; enam
      bulan kemudian dia ~ hospital; ~ sekolah a) pergi ke sekolah utk
      belajar; b) menjadi murid di sekolah; 4. menjadi ahli sesuatu
      pertubuhan (askar, agama, dll): maka segala orang negeri Fansuri
      itu pun ~ Islam; 5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dll):
      umurnya baru ~ enam tahun; perundingan itu sudah ~ hari yg
      ketujuh; ~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah mengeruh; 6.
      terbilang, terhitung, tergolong dlm, terkira (termuat) dlm: ia ~
orang yg berada; kain ini ~ dlm jenis kain yg baik juga; tarian ini
tidak ~ dlm acara pertunjukan malam terakhir; 7. ikut serta, turut
campur: Ali tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit; 8. yg
diperoleh (diterima, didapati): ada kerja ada ~ , tak ada kerja, tak
ada ~;
~ ajar mendengar atau menerima nasihat orang; ~ akal dapat
diterima oleh akal (fikiran), tidak mustahil; ~ angin sakit kerana
kesejukan (perut kembung dll); ~ Belanda Id menjadi warganegara
Belanda; ~ buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll); ~ campur
ikut serta, turut mengambil bahagian; ~ daun sudah mendapat
peluang yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil); ~ hati diterima
oleh hati, bersetuju; ~ Jawi Kd berkhatan; ~ kerja datang atau
hadir bekerja; ~ kira terhitung (tergolong) dlm; ~ kompeni Id
menjadi askar; ~ Melayu a) ark menganut agama Islam; b)
menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu; ~ mulut turut
memberi fikiran atau nasihat; ~ suluk mengasingkan diri (utk
mengamalkan suluk); ~ syaitan dirasuki syaitan; ~ tangan campur
tangan; ~ waktu sampai waktu (utk bersembahyang);
~ lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan;
~ sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar;
memasuki 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan
sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah,
dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima
orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini;
3. mengambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll):
beberapa hari lagi dia akan ~ peperiksaan; 4. menyertai sesuatu
pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri
(urusan orang lain);
      memasukkan 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan
      (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm
      tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm
      kesusasteraan kita; 2. menjadikan seseorang ahli sesuatu
      pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah
      itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam
      modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun;
      termasuk 1. sudak masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai;
      2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm
      kumpulan serangga;
      kemasukan 1. dimasuki (hantu, orang halus, dll), dirasuki (hantu
      dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala
      tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana
      ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai)
      sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis
      keselamatan;
      pemasukan perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan.
masup Jk masuk.
masuyit (Kim) mineral nadir yg mengandungi 74% uranium.
masya-Allah Ar 1. apa yg dikehendaki Allah; 2. sr kata utk menyatakan
      perasaan hairan dll.
masyaikh Ar ketua-ketua.
masyakah, masyakat Ar susah, sukar, kesusahan, kesukaran.
masyarakat 1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat
      dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah
      sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg
      tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~
      majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan
      etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai;
     sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia;
     2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~
     haiwan;
     bermasyarakat      merupakan      (hidup   sbg       satu)   masyarakat,
     menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~;
     memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga
     meresap ke dlm masyarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di
     kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau
     penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat
     langsung dlm usaha ~ bahasa melalui penerbitan; usaha ~ filem
     belum boleh dianggap berjaya setakat ini;
     kemasyarakatan       keadaan     masyarakat,     yg     berkaitan   dgn
     masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat
     puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusteraan terlalu memberatkan
     soal ~; ilmu ~ sosiologi;
     pemasyarakatan proses (usaha dsb) memasyarakatkan: tentu saja
     ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan
     dgn penerbitan kamus ini.
masyghul Ar 1. berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung,
     sedih: setelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka
     baginda pun terlalu ~ ; 2. kesal hati, sebal hati;
     memasyghulkan 1. menyedihkan (menyusahkan) hati: sekarang
     bapa angkat hamba itu menuntut janjinya, itulah yg ~ hamba; 2.
     berasa dukacita (sedih dll) bkn sesuatu;
     kemasyghulan 1. kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati: ~nya itu
     diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba
     menyembunyikannya; 2. menjadi (menderita) masyghul: ia masih
     sangat ~ .
masyhadat Ar tempat orang berkumpul, perjumpaan, pertemuan.
masyhur = termasyhur Ar 1. tersebar ke serata tempat (berita,
      peristiwa, dll), ketahuan ke tempat-tempat lain: maka khabar yg
      demikian itu pun termasyhurlah ke negeri-negeri yg lain; 2.
      terkenal, ternama: mereka gemar membaca buku-buku yg
      mengisahkan kehidupan seseorang yg ~ ; kami nikmati lukisan
      dan pahatan bermacam-macam seniman yg termasyhur;
      memasyhurkan 1. sl menyebarkan ke serata tempat (berita,
      peristiwa, ajaran, dll), menyiarkan: cuma sahaja dimasyhurkan
      khabar demikian supaya jangan orang tahu; 2. membuat supaya
      menjadi masyhur (terkenal, ternama): Persatuan Belia akan
      mementaskan semula drama yg telah ~ nama kampungnya ke
      serata tanah air;
      kemasyhuran perihal masyhur (terkenal): ~ Melaka sbg pusat
      perdagangan utama tersebar luas;
      pemasyhuran perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dll): ~
      kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
masyrik Ar timur, negeri atau daerah di sebelah timur; dr ~ sampai ke
      maghrib dr timur sampai ke barat (seluruh dunia).
mat I; ~ gian bp penagih dadah; ~ jenin orang yg suka berangan-angan;
      ~ salih sebutan utk orang Eropah (terutama orang Inggeris).
mat II kata yg menyatakan raja mati atau tidak dapat bergerak lagi (dlm
      permainan catur);
      mengemat mematikan atau mengepung raja hingga tidak bergerak
      lagi (dlm permainan catur).
mata I 1. alat utk melihat (pd manusia atau binatang), pancaindera utk
      melihat: ~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula terkejip-
      kejip; ~ hitam bahagian mata yg berwarna (di tengah-tengah); 2.
      bahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau, dll): pisau itu
      ~nya tumpul; ~ cangkul; ~ kapak; ~ tenggala (bajak); 3. sesuatu
yg menyerupai mata (spt lubang kecil, lubang jala, dll): ~ jarum;
4. sela antara dua senggat (pd kayu pembaris dll), sela antara dua
anak tangga: tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak
tangganya; 5. ki yg di tengah-tengah benar, pusat: ~ bisul; ~
alamat sasaran, tujuan; 6. tunas pd ubi (dahan dll); 7. punca,
sumber (air, pencarian, dll); 8. markah yg diperoleh (dlm
peperiksaan, pertandingan, dll): pasangan dr Malaysia telah
memenangi set pertama dgn ~ 15-10; 9. sl jenis-jenis (masakan,
hidangan, dll); beratus-ratus ~ gulai beratus-ratus jenis gulai;
~ air a) tempat air terbit dr tanah; b) bp kekasih; ~ anggaran Id
bahagian (pos) anggaran belanja; ~ angin arah yg ditunjukkan oleh
jarum kompas, arah angin datang (timur, barat, dll); ~ ayam sj
tumbuhan (pokok renek), Ardisia crispa; ~ batin perasaan dlm
hati, rasa hati; ~ bedil butir-butir pembidik pd laras bedil; ~
belanak pusat pusingan (lingkaran); ~ benda barang(-barang) yg
berharga    (spt   permata     dll);    ~    besar    sj    ikan    kap,
Amblyrhynchichthys truncatus; ~ bisul lubang bisul; ~ buku buku
jari dll; ~ bulan bentuk bulan yg tampak samar-samar; ~
cemperling mata yg merah warnanya; ~ cincin permata (intan,
berlian, dll) pd cincin; ~ dabus besi tajam yg digunakan dlm
permainan    dabus;    ~   dacing      garis-garis   pd    dacing   (utk
menunjukkan berat); ~ dagangan barang-barang dagangan; ~
duitan tamak akan wang; ~ duli buku lali; ~ gaji tangga gaji; ~
gawai ark pembantu; ~ gelap mengamuk kerana marah dll; ~
gergaji a) bahagian yg tajam dan bergirigi pd gergaji; b) Kl orang
yg bermuka-muka (dgn dua pihak); ~ gobek (gunting) bahagian yg
tajam pd gobek (gunting); ~ hati a) perasaan hati; b) sl wakil
peribadi, ganti diri; ~ hitam bahagian biji mata yg hitam; ~ huruf
tiap-tiap satu huruf; ~ ikan sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); ~
jahitan bahagian yg dijahit; ~ jala (jaring) lubang-lubang yg
terdapat pd jala (jaring); ~ jalan penunjuk jalan, peninjau; ~ kail
kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail; ~ kain corak kain;
~ kakap lubang kecil pd bahagian bawah perahu (digunakan utk
mengeluarkan air); ~ kaki tulang yg membonggol pd pergelangan
kaki (buku lali); ~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan
teropong dll); ~ kati (tahil) garis pd dacing yg menunjukkan kati
(tahil); ~ kayu a) tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu
(berwarna hitam); b) tidak tahu menulis atau membaca (buta
huruf); ~ kemung mata yg besar; ~ keranjang suka melihat
perempuan; ~ kerek bulatan pd kerek; ~ ketam besi tajam pd ketam
kayu; ~ kotak orang yg tidak tahu memilih mana yg baik dan mana
yg buruk; ~ kucing a) sj batu permata; b) sj damar yg jernih
warnanya; c) Id sj lampu berwarna pd peti radio; ~ kumpuan = ~
majmuk mata yg terdiri drpd beberapa mata yg kecil-kecil (spt
mata lalat dll); ~ lembu = ~ sapi = ~ kerbau telur yg digoreng
bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya); ~ lipas a) mata
yg tidak berwarna (pd kuda); b) mata yg suram; ~ lolong Kl mata
yg tersembul; ~ luka lubang atau liang luka;~ pajak ark
(Palembang) orang yg wajib membayar cukai; ~ panah bahagian
hujung anak panah (yg tajam); ~ pedoman jarum pedoman yg
menunjukkan mata angin, mata angin dlm pedoman; ~ pelajaran
jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll); ~
pena bahagian hujung pena yg digunakan utk menulis; ~
pencarian    (penghidupan)     pekerjaan    yg    dilakukan    utk
mendapatkan sara hidup; ~ perdagangan barang-barang dagangan;
~ petai ki mata yg tidak dapat melihat dgn betul; ~ petir pancaran
kilat yg diikuti oleh petir; ~ piano bahagian piano yg diketuk-
ketuk (utk mengeluarkan bunyi); ~ punai lubang yg bersegi enam
(pd anyaman dll); ~ rantai gelang-gelang pd rantai; ~ ringkas mata
serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis labah-labah dan kala
jengking; ~ sangkur benet, bayonet; ~ surat Id tulisan (huruf) pd
surat; ~ susu puting susu; ~ tangga sela antara dua anak tangga; ~
telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi; ~ tombak hujung tombak
yg tajam; ~ tunas tunas yg baru bercambah; (di) ~ umum (pd)
pandangan umum, di khalayak ramai; ~ wang a) wang yg bukan
wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit
wang yg digunakan di sesebuah negeri; ~ wang asing mata wang
negara lain selain mata wang negara itu sendiri, mis mata wang
asing bagi Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah; dgn ~ kepala
sendiri sendiri (melihat);
~ memandang apa hendak sakit, bahu memikul timpa perasaan =
berapa berat ~ memandang, berat lagi bahu memikul prb walau
bagaimana susah pun seseorang melihat kesusahan yg ditanggung
orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu;
~ tidur bantal berjaga prb perihal perempuan yg melakukan
kejahatan pd waktu suaminya percaya betul padanya; hilang di ~,
di hati jangan prb walaupun telah jauh tetapi janganlah melupakan
orang yg ditinggalkan; jadi ~ telinga prb orang yg jadi harapan
dan yg selalu memberi pertolongan; kerana ~ buta, kerana hati
mati prb perihal orang yg menurutkan hawa nafsunya akhirnya
mendapat kesusahan; silap ~ pecah kepala prb kalau kurang hemat
dlm sesuatu pekerjaan yg berbahaya tentu akan mendapat
kesusahan; tentang ~ dgn ~ prb berhadapan satu sama lain;
mata-mata 1. polis; 2. Id penyuluh;
~ gelap polis rahsia, penyuluh; ~ khas polis yg mempunyai tugas-
tugas tertentu (pd zaman darurat); ~ tentera polis tentera (utk
mengawasi tatatertib tentera);
      memata-matai 1. mengawasi secara diam-diam (gerak-geri
      seseorang dll), mengamat-amati: mereka disuruh mencari rahsia
      kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita; 2. Br membaiki siratan
      jala (jaring dll);
      termata-mata jelas sekali kelihatan.
mata II; semata-mata, semata 1. hanya, melulu: burung itu hidup ~
      bergantung pd ikan; 2. belaka, sama sekali: berjaya atau tidak
      pelajaran yg diajarkan terpulanglah kpd guru ~.
mata III ukuran berat utk candu.
mata IV sj tumbuhan (pokok dan buahnya), bidara, Nephelium
      malaiensa;
      ~ bisul = ~ itik sj tumbuhan (pokok renek), melukut, Urophyllum
      globram; ~ keli sj tumbuhan a) (pokok kecil), berbulu, bulu-bulu,
      membulu, pianggu jantan, Pellacalyx axillaris; b) (pokok renek),
      inai batu, kelam padang, Vaccinum malaccensis; ~ keli jantan sj
      tumbuhan (pokok), kemuning jantan hutan, Canthium confertum;
      ~ keli para sj tumbuhan (pokok renek), cemperai dadih, jintih
      putih, perincen, siamit, Urophyllum streptopodium; ~ ketam batu
      sj tumbuhan (pokok kecil), geronggong semut, Ouratea crocea; ~
      kucing sj tumbuhan (pokok dan buahnya), bidara, Nephelium
      malaiensa; ~ pelanduk sj tumbuhan, a) (pokok kecil), perah,
      periah, Ardisia elliptica; b) (pokok renek), jarum merah, kepayang
      air, sepati, Ixora anguta; ~ pelanduk gajah sj tumbuhan (pokok
      renek), Ardicia villosa; ~ ulat sj tumbuhan (pokok) dlm famili
      Celastraceae, perupuk, bajan (Sarawak), Kokoona spp..
mata V; ~ lalat sj ikan darat, Aplocheilus panchax.
mata VI; ~ mas sj burung Bucephala clangula; ~ merah sj burung,
      kuang bertam, ophura erythrophthalma.
matador orang yg tugasnya membunuh lembu dlm sukan perlawanan
      dgn lembu.
matahari I bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg
      mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan
      planet-planet lain beredar;
      ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~
      beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang;
      ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~
      masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat;
      sebelah ~ mati sebelah barat;
      ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak
      dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau
      membantah     pendapat        orang   yg   berkuasa   itu   akhirnya
      menyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ condong takut terturut
      jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan
      terpedaya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah
      (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar
      (lebih pandai dll); mentari, matari.
matahari II; bunga (kembang) ~ sj tumbuhan (pokok), Helianthus
      annuus; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Otophora imbricata.
matahari III; burung ~ sj burung, Pericrocotus solaris montanus.
mataliur ark IB, bp senapang mesin.
matan I Mn ark mata kayu, teras kayu.
matan II Ar 1. naskhah asli, teks (utk syarahan dll); 2. nas yg terdapat
      pd akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat.
matan III Kl hampir, dekat.
matang I 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun
      tembakau): buah ini sudah ~ ; 2. sudah hampir akan pecah (bkn
      bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna
      (fikirannya),   menunjukkan    kesempurnaan     atau   kedewasaan
      pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu;
      sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~ ; orang yg
      benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan
      tetap dll);
      mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadikan matang (fikiran
      dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah;
      kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak;
      3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya
      memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya;
      pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-
      kira enam minggu;
      pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematangkan: bahan ~
      dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang.
matang II     permatang.
matari    matahari.
matematik ilmu hisab.
mateng                matang I.
materai cap, mohor, tera, segel; ~ tempel cap yg dilekatkan pd surat
      tanda pembayaran dll;
      memateraikan 1. mengecap dgn materai; 2. meneguhkan (janji
      dll);
      termaterai dibubuh materai, tercap.
materi; mematerikan melekatkan dgn pateri;
      termateri 1. terlekat; 2. ki tersemat (dlm hati): gadis itu mengerti
      apa yg ~ di dlm sanubari kekasihnya;
      pemateri orang yg memateri.
materi (matéri) IB 1. benda, bahan; 2. apa yg dijadikan bahan (berfikir,
      berunding, dll).
material (matérial) barang-barang yg digunakan sbg bahan (utk
      sesuatu).
materialis (matérialis) 1. pengikut fahaman materialisme; 2. orang yg
      mementingkan kebendaan (wang, harta benda, dll).
materialisme (matérialisme) fahaman atau falsafah yg mempercayai
      bahawa hanya bendalah yg menyebabkan adanya dan terjadinya
      segala sesuatu dlm dunia ini.
materialistik     (matérialistik)   berkaitan   dgn   kebendaan,   bersifat
      kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan: bangsa
      Melayu semakin bersifat ~ sekarang ini, sedangkan sebelum ini,
      orang Melayu lebih bersifat spiritualistik; kita mesti menolong
      sesiapa sahaja dgn mengetepikan soal ~ itu sejauh yg mungkin.
materiil IB bersifat benda, berupa benda.
materniti untuk (kerana, semasa, berkaitan dgn) kehamilan atau
      kelahiran bayi; pakaian ~ pakaian (yg dipakai) semasa
      mengandung.
materos IB anak kapal, kelasi.
mati I 1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan
      jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~ ; 2. tidak
      pernah hidup (barang-barang spt batu dll), tidak bernyawa; 3. ki
      tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll), tidak dapat diubah lagi
      (harga, simpulan, dll), tidak mempunyai air lagi (perigi dll), tidak
      menyala lagi (api, lampu, dll), tidak bergerak atau berjalan lagi
      (mesin dll), tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan,
      dll), tidak ramai lagi (bandar dll), tidak digunakan lagi (bahasa
      dll), tidak bertiup lagi (angin dll), tidak dapat berasa lagi (kulit
      dll), tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): jalan itu ~;
      fikirannya ~ sebentar; percakapannya ~ di situ sahaja kerana
      seorang pengemis lain datang mengganggu; pintu itu tertutup ~;
lampu sudah ~; matahari ~; jam itu ~; parti itu sudah lama ~;
negeri yg sudah ~; bahasa Latin ialah bahasa ~; angin sudah ~;
kulit ~;
~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir
kering sebelum digulai: daging itu belum lagi digulai, baru ~ air
saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menyelesaikan masalah yg
dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau
pembunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (binatang); ~ angin
ki tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah,
tidak ada semangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup
selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk);
~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg
hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika
bersalin; ~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenarnya
tidak; ~ berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam,
ditembak, dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau
bangkainya; ~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati
spt katak dan tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah
dipotong tetapi belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati
dgn sia-sia; ~ kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt
terlalu tua dll); ~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~
lemas mati kerana tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air,
kena gas, dll); ~ mampus (modar) bp mati dgn serta-merta; ~
mawai ark mati menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-
tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~
raga menguatkan hati dgn mengetepikan segala keseronokan; ~
rasa tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana
asap, panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak
bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah
(kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana
membela agama dll);
~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan
bapa mestilah tolong-menolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk
katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yg
lemah; ~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat
belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu
menyembunyikan dan menghilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~
saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau
dgn budi baik; ~-~ berdakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan
janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak
akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk
melakukan sesuatu dan tidak akan mengumpat atau menyesal
kemudiannya; kita semua ~ tetapi kubur masing-masing prb lain
orang lain fikirannya; spt orang ~, jikalau tiada orang
mengangkat bilakan bergerak prb seseorang yg daif jika tiada
orang menolongnya akan susahlah ia;
mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya,
dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2.
tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok;
bermati-mati,         bermati-matian          bersungguh-sungguh
(mengerjakan sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap
tenaga: kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke
mari dgn tidak mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~
berjuang utk kemerdekaan;
bermatikan; ~ diri pura-pura mati;
mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut;
2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak bergerak,
dll): pengemis itu ~ langkahnya; setelah ~ enjin skuternya, dia
      pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan
      sebarang pembawah dgn angka yg sama;
      kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~
      dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg
      menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan
      bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung)
      kerana seseorang atau sesuatu yg mati: janganlah tersangat
      risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm
      pelayaran);
      kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~
      lakunya; 2. sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian;
      pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan,
      dll), pengukuh, pengetat (skru dll).
mati II; burung ~ anak a) sj burung, burung bibit, Cacomantis
      merulinus     threnodes;   b)    sj    burung,   burung   takuweh,
      Penthoceryxsonneratii malayanus; burung ~ sekawan sj burung,
      burung kawan, Anorrhinus galeritus carinatus.
MATIC akronim bagi Malaysian Travel Information Complex
      (Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia).
matlamat 1. sasaran, bulan-bulan; 2. ki sesuatu yg hendak dicapai,
      tujuan: kempen akan dijalankan sehingga ~ yg dikehendaki itu
      berjaya;
      bermatlamat mempunyai matlamat: tajuk ini ~ melahirkan
      manusia yg berkualiti;
      bermatlamatkan mempunyai sesuatu sbg matlamat: banyak juzuk
      dlm disiplin falsafah al-Farabi ~ politik.
matra Id ukuran tekanan irama (dlm muzik).
matriark wanita yg menjadi ketua dlm sesuatu keluarga atau suku kaum.
matriarki sistem masyarakat yg kaum wanitanya menjadi ketua
      keluarga, memegang sebahagian besar kuasa dan memiliki harta.
matriks persekitaran atau konteks tempat sesuatu (masyarakat,
      organisma, fahaman, dsb) berkembang: saya sendiri menyarankan
      sintesis yg bersifat rasional analitis dlm suatu ~ falsafah.
matrikulasi peringkat persediaan sebelum masuk ke universiti,
      peringkat prauniversiti: kursus ~ dan diploma dlm bidang sains;
      setelah tamat tempoh pengajian ~ di kolej tersebut, beliau
      melanjutkan pelajarannya ke Australia.
matrilineal (matrilinéal) (Ant) bkn hubungan kekeluargaan atau
      keturunan menerusi garis keturunan sebelah perempuan atau
      sebelah ibu.
matrilokal (Ant) berkaitan dgn, berdasarkan atau mengikut sistem atau
      pola perkahwinan masyarakat yg menetapkan bahawa pasangan yg
      berkahwin itu tinggal dgn keluarga isteri: sistem adat perpatih
      bercorak ~.
matron 1. ketua kpd jururawat di hospital; 2. wanita yg menjaga hal
      ehwal kesihatan, makanan dll di sekolah (atau institusi).
matu ukuran berat utk menentukan ketulenan emas; emas sepuluh ~
      emas yg tulen;
      mematukan menentukan jenis emas (tua atau muda);            mutu IV.
matur; paduka ~ sl gelaran utk isteri raja (dlm cerita-cerita Panji dll).
matyai Pl penyegan, pemalas.
mauduk Ar tajuk (ceramah, perbahasan, dll): ~ ini akan cuba didekati
      dgn penghuraian erti kaunseling dipandang dr sudut Islam.
maujud Ar segala yg wujud sama ada yg zahir atau tidak: segala yg
      diciptakan Allah adalah ~;
      kemaujudan perihal (keadaan) maujud;
      pemaujudan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu benar-benar
      ada: ~ ini sangat ketara pd kanak-kanak.
maujudat Ar (jamak bagi maujud) segala yg wujud sama ada yg zahir
      atau tidak.
maula Ar tuan.
maulai Ar tuan hamba, tuanku.
maulana Ar 1. tuan kita; 2. gelaran utk ulama besar: ~ Abu Bakar.
maulhayat Ar sl air yg kononnya boleh menyebabkan seseorang hidup
      selama-lamanya, air hidup.
maulid Ar 1. hari lahir (terutama hari lahir Nabi Muhammad SAW); 2.
      tempat lahir.
Maulidur Rasul Ar ulang tahun hari keputeraan Rasulullah SAW.
Maulud Ar perayaan utk menyambut hari lahir Nabi Muhammad SAW
      pd 12 Rabiulawal.
maun (binatang) yg memakan tumbuh-tumbuhan, herbivor.
maung I rasa atau bau yg memualkan; pahit ~ a) sangat pahit; b) ki
      berbagai-bagai kesusahan (penderitaan dll).
maung II (Sunda) harimau.
maura sj tumbuhan (pokok), Mastixia rostrata.
maut mati (terutama manusia): tiap-tiap yg bernyawa akan menemui ~;
      membawa ~ menyebabkan mati; mencari ~ mencari sebab utk
      mati; menemui ~ menemui ajal (mati);
      pemautan Id perihal jumlah orang yg mati, angka kematian.
mauz Ar pisang.
mawa Kd sj ungka, wakwak.
mawaddah Ar kasih sayang, terutamanya dlm hubungan antara suami
      isteri: rumah tangga mereka kembali aman dan damai dilimpahi ~
      oleh Allah ke atas mereka; keserasian juga penting dlm membina
      kebahagiaan rumah tangga yg berteraskan ~.
mawai I ark; mati ~ mati terlantar (di tanah).
mawai II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), calang paya, Croton griffithii.
mawar I sj bunga yg harum baunya (bermacam-macam warnanya),
      bunga ros; air ~ air yg harum baunya (drpd bunga mawar).
mawar II; tawar-~ sangat tawar, tawar hambar (tidak bergaram).
mawas I sj monyet besar dlm famili Pongidae, termasuk orang hutan
      dan cimpanzi.
mawas II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), karaes, mata ayam, rambai
      ayam rantau, tajam moleh, Baccaurea brevipes.
mawat Ar tanah terbiar yg tidak diketahui tuannya.
mawin; kahwin-~ berbagai-bagai jenis keramaian perkahwinan.
maya I 1. (sesuatu) yg kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada,
      bayangan, khayalan: merenggangkan diri drpd ~ keduniaan yg
      penuh tipu daya; 2. berkaitan dgn komputer dan Internet:
      universiti ~; litar ~.
maya II; bermaya; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih
      lesu seolah-olah tidak ~ lagi.
maya III sl apa: akan pekerjaan kami orang memegang negeri ~ peduli
      tuan?; padang ~ ini?
mayam I ukuran berat emas (sama dgn 1/16 bungkal).
mayam II; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Commelina spp.
maya-maya I Jw sangat jernih, terang.
maya-maya II sj tumbuhan (pokok), Homalanthus populneus.
mayang I bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm
      seludangnya;
      ~ mengurai rambut yg mengurai serta ikal; ikal ~ ikal spt mayang
      (rambut);
      ~ menolak seludang prb orang yg melupakan jasa orang yg
      memeliharanya sejak kecil; seludang menolak ~ prb memegah-
      megahkan diri.
mayang II; putu ~ sj penganan yg dibuat drpd tepung beras dan dikukus.
mayang III sj tumbuhan (pokok), Palaquium ridleyi; buluh ~ sj buluh.
mayang IV; perahu ~ = pemayang sj perahu yg digunakan utk
                                 payang I.
mayang V sj bintang (sunbulat atau bunyi sunbulat).
mayang VI memayang; menghiris atau memotong daun, bawang dsb
      tipis-tipis: dia seronok dapat menolong nenek mengupas dan ~
      bawang; beberapa orang kaum ibu sedang sibuk ~ daun pandan
      wangi utk dibuat bunga rampai;
      pemayang alat spt pisau dsb yg digunakan utk memayang sesuatu:
      ~ bawang.
mayapada               marcapada.
mayar    kelemayar I.
mayat tubuh orang yg telah meninggal: aku lihat ~-~ korban
      kemalangan itu sudah terlunjur di tepi jalan; pucat spt ~ pucat
      lesi; ~ hidup ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk
      sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah
      kpd keluarga, masyarakat dsb, bangkai bernyawa; b) orang yg
      terlantar sakit sehingga kurus kering tubuhnya; spt ~ ditegakkan
      prb kurus kering serta sangat pucat.
mayau        manyau.
mayones (mayonés) sos pekat berkrim yg mengandungi campuran telur,
      susu, dan minyak (biasanya dimakan dgn salad).
mayor Id 1. pangkat dlm tentera (antara kapten dan leftenan kolonel),
      mejar; 2. ark gelaran utk ketua orang-orang Cina (lebih tinggi drpd
      kapten Cina).
mayung sj ikan laut, Arius spp.
mayur I; sayur-~ berbagai-bagai jenis sayur.
mayur II Tr sangat licin (kepala dll).
mazbah Ar tempat sembelihan.
mazhab Ar 1. cabang ajaran Islam yg diikuti oleh umat Islam (iaitu
      mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki): di Mesir umpamanya
      pd masa dahulu, mahkamah Syariah semata-mata berpegang pd ~
      Hanafi; 2. aliran, fahaman, atau ajaran (spt dlm bidang ekonomi
      dll): ~ laissez-faire; 3. ark ajaran Kristian yg telah menyimpang
      drpd yg asli: ~ Protestan;
      bermazhab tergolong dlm, berpegang pd atau menganuti mazhab:
      rata-rata umat Islam Chechnya beraliran Sunni dan ~ Hanafi; dr
      segi agama, mereka ~ Syafii;
      kemazhaban hal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat
      taklid dan fanatik ~.
mazi Ar cecair jernih yg keluar drpd alat kelamin, biasanya terdahulu
      drpd mani, yg tidak mewajibkan seseorang mandi junub.
mazkur; termazkur Ar, sl tertulis, termaktub, tercatat.
mazlum Ar sl aniaya: banyaklah hamba Allah yg terbunuh dgn ~;
      termazlum teraniaya.
mazmumah Ar tercela, terkeji, terhina; sifat ~ sifat tercela, terkeji, atau
      terhina.
mazmur nyanyian utk memuji dan memuliakan Tuhan (drpd Kitab
      Zabur);
      bermazmur menyanyikan mazmur.
mazodinia (Ubat) rasa sakit pd buah dada.
mazurka (Muz) 1. tarian rancak orang Poland, biasanya ditarikan oleh
      empat atau lapan pasang penari: tarian ~; 2. muzik yg digubah utk
      mengiringi tarian 1. di atas: muzik ~.
MB 1. kep Menteri Besar; 2. Id kep Markas Besar.
MBA Master of Business Administration              (Sarjana Pentadbiran
      Perniagaan).
MBAD Id kep Markas Besar Angkatan Darat.
MBAL Id kep Markas Besar Angkatan Laut.
MBAU Id kep Markas Besar Angkatan Udara.
MBK kep Majlis Bersama Kebangsaan.
MBM kep Majlis Belia Malaysia.
MCA kep Malaysian Chinese Association (Persatuan Cina Malaysia).
MCS kep Malayan Civil Service (Perkhidmatan Awam Malaya).
Md simbol kimia bagi mendelevium.
Md. kep Muhammad.
mea Pl berasa pening.
meatus (méatus) (Bio) saluran semula jadi di dlm tubuh, spt salur dr
      telinga luar ke gegendang telinga.
mebel (mébel) IB bp perabot rumah (kerusi, meja, dll).
mecak Kl merajuk.
mecis (mécis) Id, bp gores api, mancis api.
medak bau ikan yg busuk (tetapi belum kuat benar); ~ kahang bau ikan
      yg terlalu busuk.
medal (médal) bintang kehormatan, pingat.
medali I IB 1. tanda jasa (penghargaan, penghormatan) yg dibuat drpd
      logam, pingat; 2. pingat yg mempunyai gambar orang soleh
      (Roman Katolik).
medali II sl sj alat bunyi-bunyian spt seruling.
medalion (médalion) sj barang perhiasan yg berbentuk bulat atau
      lonjong dll (dibuat drpd emas dll dan digantungkan pd kalung,
      jam, dll).
medan (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang,
      alun-alun; 2. kawasan yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena,
      kalangan, kawasan, lapangan, lingkungan;
      ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di
      kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan
      pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan
      di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad
      lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg
      tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat berlakunya
      sesuatu peperangan; ~ politik lapangan politik; ~ ramai orang
      ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai
      yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai.
medang sj tumbuhan (pokok), Pygeum parviflorum; ~ asam sj tumbuhan
      (pokok renek), pecah periuk jantan, Ixora pendula; ~ kapas = ~
      tahi ayam = ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), belonggok, bunga
      sebederas, gajus hutan, pokok gajah, Alseodaphne penducalaris; ~
      kelawar a) sj tumbuhan (pokok), sangah, Elaeocarpus robustas; b)
      sj tumbuhan (pokok), Pygeum polystachyum; ~ kunyit = ~ tanah =
      ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), Alseodaphne insigna; ~ melukut sj
      tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal kayu karkaras, kayu
      tangkat, otak udang, serapuh bukit, Norrisia malaccensis; ~ pasir
      sj   tumbuhan    (pokok),    akar    belalang   puak,   Pittosporum
      ferrugineum;    ~   payung    sj    tumbuhan    (pokok),   Actephila
      sesquipedalis; ~ serai sj tumbuhan (pokok), ludai bulan, muta
      riba, perepat bukit, redan, ridau, tasai, Mischocarpus lessertianus.
medarah sj tumbuhan (pokok), Ptychopyxis costata.
media (média) alat atau perantara komunikasi (perhubungan), spt radio,
      televisyen dan akhbar ;
      ~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau
      saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau
      saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt
      surat khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran
      komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elektron
      moden (spt radio, televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat
      komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg
      dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn
      cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am.
median (médian) I garisan yg merentang dr penjuru sesuatu rajah segi
      tiga ke tengah-tengah garisan yg bertentangan dengannya.
median (médian) II; huruf ~ IB huruf cetak yg sedang besarnya.
medil ark bedil.
medio (médio) pertengahan: ~ bulan Januari.
medit Jw kedekut, kikir, lokek.
meditasi (méditasi) perbuatan duduk dsb dgn menumpukan sepenuh
      fikiran (emosi) terhadap sesuatu dgn mendalam, perbuatan
      bertafakur;
      bermeditasi melakukan meditasi, bertafakur: dia ~ dr awal subuh
      hingga ke pagi.
medium (médium) 1. orang yg menjadi pengantara antara orang halus
      dgn manusia biasa, orang yg dimasuki oleh orang halus; 2. bahan
      atau sesuatu yg menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu
      kesan; 3. (Bio) bahan atau persekitaran yg menjadi tempat tinggal
      (tumbuh) sesuatu organisma;
      bermediumkan menggunakan sesuatu (bahasa) sbg medium: ~
      bahasa.
medok Jk 1. berlubang (spt bunga karang, roti, dll); 2. kotor, berdaki.
medu berasa spt hendak muntah, berasa tidak sedap perut.
meduk      medok.
mega (méga) I awan;
      ~ berangkat awan naik (meningkat); ~ berarak a) awan yg
      beriring-iring; b) sj ukiran; ~ mendung awan yg mengandungi
      hujan.
mega (méga) II terlalu besar atau hebat (bkn projek, pembangunan,
      jualan dsb): antara projek ~nya ialah Koridor Raya Multimedia;
      jualan ~.
mega- (méga) awalan asing 1. sangat besar, mis megalit; 2. sejuta, mis
      megawatt dan megavolt.
megabait (mégabait) (Komp) unit data yg bersamaan dgn 1 048 576 bait.
megafon (mégafon) alat berbentuk spt corong yg disambungkan pd
      mikrofon utk menguatkan dan menghalakan suara atau bunyi.
megah 1. kelihatan gagah (hebat dll), masyhur, mulia: namanya tidak
      se~ dahulu lagi; 2. bangga: aku turut mendengar dan berasa ~
      namaku disebut berulang kali;
      bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri,
      membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya;
      memegahkan        mendatangkan       (menimbulkan)   rasa   megah,
      membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba
      ~;
      memegah-megahkan              membangga-banggakan:   maka    tidak
      perlulah dimegah-megahkan jika apa yg diperolehnya merupakan
      pemberian orang sahaja;
      kemegahan 1. sesuatu yg dimegahkan, kemasyhuran, kemuliaan,
      kebanggaan; 2. perasaan megah: ~nya sbg pemilik peti televisyen
      yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung.
megahertz (mégahertz) unit frekuensi radio (satu megahertz bersamaan
      dgn sejuta kitar per saat).
megak ark angkuh, pongah.
megakitar (mégakitar) (Komp) satu juta pusingan sesaat.
megalit (mégalit) (Sej) batu besar, terutamanya yg didirikan sbg tugu pd
      zaman dahulu.
megalomania (mégalomania) (Psi) sj penyakit mental yg menyebabkan
      seseorang berkhayal dan menganggap dirinya begitu penting,
      kaya, berkuasa dsb.
megan (mégan) sj kuih spt dodol.
megap-megap Jw 1. mulut ternganga-nganga kerana susah bernafas,
      mengap-mengap, ngap-ngap; 2. ki dlm keadaan yg tenat sekali
      (waktu hendak mati dll).
megar Jw berkembang, mekar.
megat I sl gelaran utk orang bangsawan (bapanya orang kebanyakan
      tetapi ibunya drpd golongan raja).
megat II ligat, mejam.
megatan (mégatan) 1. satu juta tan; 2. kuasa letupan , terutamanya
      senjata nuklear yg bersamaan dgn kuasa satu juta tan TNT
      (trinitrotoluena).
megavolt (mégavolt) sejuta volt.
megawatt (mégawatt) sejuta watt.
megrek (megrék) = megrek-megrek Jk ark selalu sakit-sakit, merana.
megun; termegun duduk tercengang atau termenung (kerana risau,
      runsing, dll).
meh-meh (méh-méh) Jw hampir sama (rupa dll), mirip (kpd), seiras.
Mei (méi) bulan kelima dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari.
Mej. kep Mejar: ~ Arifin.
meja (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg
      berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~
      tulis;
      ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg
      menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para
      pesertanya mempunyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id
      pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan
      sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk
      meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd
      meja kopi, yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu; ~
      (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk
      meletakkan telefon atau lampu tidur.
mejam berpusing dgn ligat (gasing dll).
mejan penyakit rejan (berak darah); mejen.
mejan (méjan) (batu) nisan.
mejana ark            semejana.
mejar (méjar) nama pangkat dlm tentera (lebih tinggi drpd kapten dan di
      bawah leftenan-kolonel); ~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah
      di bawah leftenan jeneral dan di atas brigedier jeneral (dlm
      angkatan tentera).
mejelis bp canti                  majlis II.
mejen 1. penyakit rejan; 2. tidak dapat meletup (meletus); mejan.
mejera sl pejera.
mek (mék) Kl, Tr sebutan utk orang perempuan.
mekanik (mékanik) 1. orang yg mahir membaiki (atau menyenggara)
      jentera atau mesin; 2. tidak menggunakan fikiran, secara (gerakan)
      jentera, mekanis; 3. = ilmu ~ ilmu yg mengkaji segala yg
      berhubung dgn gerakan benda (gaya yg menyebabkan gerakan
      dll); ~ kuantum teori jirim dan sinaran elektromagnet yg
      menerangkan fenomena fizik pd peringkat atom dan subatom.
mekanika (mékanika) Id        mekanik.
mekanikal (mékanikal) 1. berhubung dgn jentera (mesin dll); 2. secara
      atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran).
mekanis    (mékanis)      (melakukan    sesuatu     dll) spt   mesin, tidak
      menggunakan fikiran.
mekanisasi (mékanisasi) penggunaan alat jentera dan mesin utk
      menggantikan tenaga manusia atau binatang dlm pelaksanaan
      sesuatu.
mekanisme (mékanisme) 1. bahagian dlm sesuatu jentera yg
      menggerakkannya;       2.   susunan    atau    jalinan   bahagian    yg
      bekerjasama spt bahagian-bahagian dlm jentera; 3. alat yg terdiri
      drpd mesin: komputer secara langsung menjadi ~ terpenting bagi
      membantu kerja-kerja percetakan; 4. cara (sistem, saluran, dsb)
      utk memungkinkan atau membuka jalan kpd pelaksanaan dsb:
      Usul al-Fiqh (pengasasan perundangan Islam) menyediakan ~ yg
      diperlukan    utk     mengubah,       menunda,     menambah         atau
      menguatkuasakan undang-undang.
mekanistik (mékanistik) bkn cara menjelaskan sesuatu spt kejadian
      semula jadi yg diandaikan sama spt perlakuan sesuatu mesin yg
      kompleks.
mekap (mékap) 1. alat solek (bedak, gincu, dsb); 2. perbuatan menghias
      diri dgn alat-alat solek; 3. penyusunan atau susunan bahan teks
      dan ilustrasi menurut halaman cetakan yg sebenar (dlm kerja
      penerbitan buku, majalah, dsb);
      bermekap bersolek: anak-anak yg masih kecil janganlah diajar ~;
      memekapkan mengenakan alat solek pd muka: apabila Mas
      datang ke studio dan dimekapkan, kami pasti dia akan kelihatan
      cantik.
mekar = memekar 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang
      dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak
        (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang
        (perasaan kasih sayang dsb);
        bermekaran ki berkembangan: setangkai cinta masih ~ dititis
        embun keyakinan;
        memekarkan menjadikan mekar, mengembangkan;
        kemekaran perihal atau keadaan mekar: kami kagum melihat ~
        bunga-bunga di pekarangan rumahnya itu;
        pemekaran proses memekarkan sesuatu, pengembangan.
mekatronik         (mékatronik)   teknologi   yg     menggabungkan    ilmu
        kejuruteraan mekanikal dgn elektronik utk membangunkan teknik
        pembuatan baru.
mekik      pekik.
mekis     mengkis.
mekmulung (mékmulung) Pn sj tarian (hampir sama dgn makyung atau
        menora).
mekonium (mékonium) (Ubat) tahi berlendir berwarna hitam kehijau-
        hijauan yg pertama kali keluar dr dubur bayi yg baru lahir.
mel (mél) I surat, bungkusan, dsb yg dihantar melalui pejabat pos;
        kapal (kereta api) ~ kapal (kereta api) yg membawa surat; ~
        elektronik e-mel; ~ suara (Komp) sistem elektronik utk
        menghantar dan menyimpan mesej telefon yg dapat didengar oleh
        penerimanya pd bila-bila masa yg sesuai kemudiannya; ~ udara a)
        sistem penghantaran surat, bungkusan dsb dgn kapal terbang; b)
        surat, bungkusan dsb yg dihantar dgn kapal terbang (biasanya ke
        destinasi yg jauh dan lebih cepat sampai).
mel (mél) II IB, bp memberitahu (nama dll), menyebutkan (nama dll).
melabuai sj tumbuhan (pokok besar), Dyera spp.
melada sj tumbuhan (pokok), Capparis micracantha; ~ pahit sj
        tumbuhan (pokok), embalau, lada pahit, Brucea amarissima.
meladi Kd berjalan ke sana ke mari (terutama gadis-gadis), merayau: dia
      suka ~.
melah = melahan bp malah, malahan.
melahu Pl berjalan dgn tidak ada tujuan.
melaka I sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Emblica officinalis; buah ~
      a) buah drpd pokok tersebut; b) sj kuih, onde-onde.
Melaka II negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 1650 km2 ,
      bandar Melaka sbg ibu negeri.
melak-melak Jk secara terang-terangan (ditipu dll).
melaman sj tumbuhan (pokok), bunan hutan, ketiak, Acronychia porteri.
melambang, melambing sl sj perahu yg dibuat drpd batang kayu.
melampai; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Engelhardtia mudiflora.
Melanau suku kaum peribumi di Sarawak yg tinggal di pesisiran pantai,
      muara dan anak Sungai Rejang, terutamanya di daerah Matu dan
      Daro, Dalat, Mukah, Bintulu dan Miri.
melanin (mélanin) (Bio) sj pigmen yg terdapat pd haiwan dan tumbuhan,
      yg menentukan warna kulit, mata, dan bulu (pd haiwan), dan
      ketiadaan pigmen ini pd haiwan menyebabkannya menjadi balar.
melanisme (Bio) keadaan kulit, rambut dll yg berwarna hitam atau gelap
      lebih drpd biasa, yg berpunca drpd kehadiran melanin yg
      berlebihan.
melankoli (mélankoli) keadaan murung, hiba;
      kemelankolian keadaan melankoli.
melankolia (mélankolia) (Ubat) penyakit mental yg ditandai oleh
      keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan.
melankolik, melankolis 1. berasa atau memperlihatkan perasaan sedih
      atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita,
      sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba,
      sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza
      akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan mengharukan (bkn cerita, sajak,
      dsb): dr segi nadanya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan
      condong ke arah ~.
melantai sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, belantai,
      melanti, kawang (Sabah), engkabang (Sarawak), Shorea spp.
melapari sj tumbuhan (pokok), mempari, Pongamia pinnata.
melar dapat berkembang (menjadi panjang atau besar), bengkar, mulur.
melarat I 1. miskin, sengsara; 2. rugi: aku tinggal ~ spt ini, jadi orang
      pesawah, pasak kampung;
      kemelaratan perihal melarat (miskin), kemiskinan, kesengsaraan:
      jika hendak tahu lagi perihal kemiskinan dan ~ bangsa kita,
      hendaklah anakku melawat serata Semenanjung.
melarat II     larat I.
melati bunga melur, Jasminum sambac (pubescens); ~ tongkeng sj
      tumbuhan (pokok memanjat), bunga tongkeng, Telosma cordata.
melaun       malaun.
melawis sl tumbuhan (pokok), ramin, Gonystylus bancanus.
Melayu nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung
      Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b)
      masuk Islam;
      memelayukan         menterjemahkan   ke   dlm    bahasa   Melayu,
      menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~
      istilah ilmiah;
      kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang
      Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan
      adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan;
      pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah.
Melayu-Proto penduduk asli Semenanjung Malaysia, yg tinggal berjiran
      dgn orang Melayu di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka
      dan Johor serta mempunyai banyak persamaan dgn orang Melayu
      dr segi adat resam dan kebudayaan.
melek (melék) 1. bp tidak tidur, jaga; 2. bp terbuka matanya, dapat
      melihat, celik;
      ~ huruf bp tahu membaca dan menulis, celik huruf; belum ~ bp
      belum tahu, belum mengerti, belum insaf.
melela (meléla) I; besi ~ besi yg tidak berpamur; pasir ~ pasir yg
      mengandungi zat besi (warnanya kebiru-biruan).
melela (meléla) II; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), Brachiaria mutica.
melempem Jw 1. belum kering benar, lembap; 2. ki tidak berbunyi
      (mercun dll), kendur, lembik.
meleng (méléng) Kl, Tr malu, segan.
melenggak Kd berehat.
melengken (meléngken) Id, bp melainkan.
meleset (melését) I tidak kena pd tempatnya, tidak tepat, salah: dia telah
      membuat ramalan yg ~.
meleset (melését) II serba susah (dlm perniagaan dll), mundur; zaman ~
      zaman serba susah (perdagangan dll);
      kemelesetan keadaan meleset, kemunduran (perdagangan dll).
melia Pl melarat, merebak (kudis dll).
melian 1. sj tumbuhan (pokok), Polyalthia hypoleuca; 2. = rumput ~ sj
      tumbuhan (pokok memanjat), akar ketuau, akar tuau, daun patuk
      tuau, lana, Thunbergia laurifolia.
melidah 1. sj tumbuhan (pokok), antan, kelat kerantan, kenanga hutan,
      pacal kuning, pokok kuning, Alangium ebenaceum; 2. sj tumbuhan
      (pokok), kahwa-kahwa, medang biawak, pian, salang rasa, tinjau
      laut, Alangium uniloculare.
melik (mélik) Jw hasrat (ingin) utk memiliki sesuatu, loba, tamak;
      kemelikan keinginan utk memiliki sesuatu, kelobaan.
melima sj tumbuhan (pokok), Gelonium glomerulatum.
meling kurang hati-hati, kurang hemat, lalai.
melinjo    belinjo.
melioner                   milyuner.
melirang    belerang.
melit Id sangat suka mengetahui segala-galanya (hingga membosankan),
      ingin tahu.
meliwis Jw belibis.
melodi (mélodi) 1. susunan seni kata berirama; 2. lagu, irama lagu;
      memelodikan           menggubah,              menyampaikan        atau
      mempersembahkan (lirik, puisi dsb) dlm bentuk melodi: dia ~
      puisi karya penyair-penyair terkenal tanah air.
melodrama     (mélodrama)     pementasan          atau   persembahan   drama
      (sandiwara dll) yg banyak menunjukkan ciri atau episod penuh
      sensasi (sentimental, romantik, merawan hati, dsb).
melodramatik        (mélodramatik)     bersifat      (bercorak)   melodrama,
      mengandungi banyak ciri melodrama: bentuk tragedi komedi dan
      drama tradisional yg sifatnya ~ turut berkembang dgn pesatnya.
melongo Jw tercengang (kehairanan), terlopong.
melor (mélor) Id sj kereta beroda dua.
meluh I Kd membajak sawah (pd peringkat permulaan), beluh.
meluh II Tr wap.
melukut I pecahan beras yg halus-halus, hujung beras, menir; spt ~ di
      tepi gantang prb a) tidak dapat menolong sebab dirinya sendiri
      susah; b) seseorang yg dipandang ringan oleh orang lain sebab
      tiada berkuasa.
melukut II 1. sj tumbuhan (pokok renek), cemperai dadis, lelimbu,
      lemak beruk, lemputih paya, mata itik, mata kerling, merembung
      jantan, pokok kekang, pulai, Urophyllum glabrum; 2. = akar ~ sj
      tumbuhan (pokok menumpang), Trichosporum lampongum.
melulu 1. membabi buta, terburu-buru, tidak berkira-kira terlebih
      dahulu: seorang pengkritik tidak harus membuat ulasan dgn ~; 2.
      Id semata-mata, hanya, tiada lain hanya.
melunak sj tumbuhan (pokok) dlm famili Tiliaceae, balung ayam, janda
      baik, kebal ayam, kepayang hantu, pinang baik, takalis (Sabah),
      baru (Sarawak), Pentace spp.
melupas sj tumbuhan (pokok), pasak beras-beras, pasak linga, pasak
      merah, Aglaia glabriflora.
melur sj tumbuhan (pokok renek dan bunga), melati, Jasminum sambac;
      ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok renek), pekan hutan, Jasminum
      bifarium; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok menjalar), akar elok,
      gelwat temengah, Pseuderanthemum teysmanni.
mem (mém) bp sebutan utk perempuan (Eropah) yg sudah berkahwin,
      nyonya.
memali 1. sj tumbuhan (pokok renek), mali berduri, toi, Leea angulata;
      2. = ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Ixora pendula.
memang (mémang) sesungguhnya, sebenarnya, sewajarnya, sudah
      sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu
      datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak
      beristeri lagi;
      sememangnya 1. sebenarnya, sesungguhnya: kami ~ berharap utk
      sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria
      dlm keadaan serupa itu.
memar rosak atau hancur di dlm tetapi tidak kelihatan dr luar (buah dll):
      jangan dilambung-lambung buah mempelam itu, nanti ~; luka ~
      luka di sebelah dlm (tidak pd kulit);
      mememarkan menyebabkan atau membuat supaya memar: daging
      yg dihiris dimemarkan dgn diketuk menggunakan anak lesung
      batu kemudian digoreng hingga sedikit garing.
memaya maya-maya (sj tumbuhan).
membacang        embacang.
membal Jk menganjal.
membangun sj tumbuhan (herba), hati-hati, Coleus amboinicus.
membatu 1. sj tumbuhan (pokok), batu, Chaetocarpus castaneicarpus;
      2. sj tumbuhan (pokok), damar laut, sengkawang, tengkawang
      (ijuk), Isoptera sumatrana; ~ merah sj tumbuhan (pokok), akit
      sulai, kelat lapis, mengkirai, tetimah (rengga), Ilex cymosa.
member (mémber) bp rakan, kawan baik: dgn ~ inilah Ishak berbual
      panjang.
memberang        berang-berang.
membiang sj ikan laut, Setipinna spp.
membran (mémbran) (Bio) selaput nipis yg berliang (sama ada semula
      jadi atau tiruan); ~ mukus lapisan tisu yg mengandungi kelenjar
      mukus, yg melapik saluran atau rongga tertentu dlm tubuh, mis
      rahim dan salur makanan, mukosa;
      bermembran mempunyai membran.
membulan sj tumbuhan, bulan-bulan.
membulu bulu-bulu.
membuluh sj tumbuhan (pokok), kekabu hutan, kekabu jawa,
      Zanthoxylum myriacanthum.
memedi Jw ark hantu.
memek (mémék) I; bermemek, bermemek-memek merengek, merepek.
memek (mémék) II kerut (muka orang hendak menangis);
      mememekkan mengerutkan (muka) kerana sesuatu perasaan spt
      sedih, geli dsb: ada yg ketawa dan ada yg ~ muka geli-geleman.
memek (mémék) III Kl payar, tawar (makanan).
memerang bp berang-berang, anjing air.
memo (mémo) singkatan bagi memorandum.
memoir (mémoir) 1. biografi (karya) yg berasaskan kenang-kenangan
      seseorang (tentang pengalaman dan peristiwa dlm hidupnya dsb):
      kebelakangan     ini,   beberapa   buah    buku   kenang-kenangan
      wartawan sasterawan veteran, dlm bentuk ~ telah juga
      diterbitkan.
memorabilia (mémorabilia) sesuatu yg sangat menarik dan patut
      dikenang, terutamanya berhubung dgn orang atau peristiwa yg
      masyhur.
memorandum (mémorandum) 1. dokumen yg merakamkan syarat-syarat
      perjanjian, pembentukan syarikat, dsb; ~ persefahaman suatu
      bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi,
      negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb)
      usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang; 2. nota
      ringkas tentang sesuatu perkara edaran dalaman (mis dlm pejabat).
memori (mémori) 1. kenangan, ingatan; 2. bp bahagian di dlm komputer
      yg menyimpan maklumat.
memorial (mémorial) 1. sesuatu yg dibina (didirikan dsb) utk
      memperingati seseorang tokoh atau sesuatu peristiwa bersejarah: ~
      Tun Abdul Razak; ~ P. Ramlee; ~ Pengisytiharan Kemerdekaan;
      2. bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat.
mempadang sj tumbuhan (pokok renek), kelampadang, Vaccinium
      malaccense.
mempan 1. dapat dilukai (oleh senjata dll), lut, boleh terbakar (oleh api):
      walaupun beberapa kali ditikam, tetapi tiada juga ~; 2. manjur,
      mujarab, mustajab (ubat); 3. ki dapat menerima nasihat (ajaran
      dll): Murad tidak ~ disindir.
mempari 1. sj tumbuhan (pokok), jadar, Milettia hemsleyana; 2. sj
      tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, malapari, pari-pari,
      marabahai (Sabah), Pongamia pinnata.
mempasir sj ikan laut, Scolopsis spp.
mempat sj tumbuhan (pokok), derum, Cratoxylon formosum.
mempaung sj tumbuhan (pokok), rambai hutan, Baccaurea lanceolata.
mempayang; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar lakum embun,
      iang-iang gajah, Vitis furcata.
mempedal      hempedal I.
mempelai pengantin; ~ laki-laki pengantin laki-laki; naik ~ menjadi
      mempelai.
mempelam sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mangga, Mangifera
      indica; ~ babi sj tumbuhan (pokok), Parinarium oblongifolium.
mempelas sj tumbuhan (pokok yg daunnya digunakan sbg pelicin), a)
      Tetracera scandens; b) Tetracera indica; empelas.
mempelasari = ~ hari sj tumbuhan (pokok), akar bagan, empelas
      (mempelas) hari, pulanari, Alyxia lucida; pulasari.
mempelu; ~ tanah sj tumbuhan (pokok), lempedu tanah, sebongkoh
      bukit, Nauclea junghuhnii.
mempenai sj tumbuhan (pokok renek), kayu suarah, kelereh, Homonoia
      riparia; cempenai.
mempening 1. sj tumbuhan (pokok), pening-pening, Quercus argentata;
      2. = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Quercus curtisii; 3. = ~ bangka
      sj tumbuhan (pokok), berangan padi, Quercus spicata.
memper (mémper) Jw serupa dgn, menyerupai, mirip.
mempes (mémpés) Kl berpusing.
mempinis sj ikan laut, Engraulis spp.
mempipit sj tumbuhan (pokok renek), Psychotria griffithii.
mempisang       sj   tumbuhan   (pokok   kecil),   merpadi,   Polyalthia
     canangioides; ~ hitam sj tumbuhan (pokok memanjat), pisang-
     pisang hitam, Oxymitra biglandulosa.
mempitis sj tumbuhan (pokok), Cratoxylon formosum.
mempoyan        empoyan II.
mempulur I; ~ rimba sj tumbuhan (pokok kecil), bungkal, randa hutan,
     Randia anisophylla; empulur II.
mempulur II isi atau bahagian yg lembut dlm batang tumbuh-tumbuhan
     jenis palma, spt kelapa, pinang, dll; empulur I.
mempunai sj tumbuhan (pokok renek), Xylopia caudata.
mempurung 1. sj ikan laut, Lycothrissa crocodilus; 2. sj ikan laut,
     Setipinna taty.
memputeri sj tumbuhan (pokok), berenam, Glochidion sericeum.
memutah sj tumbuhan (pokok yg akarnya dibuat ubat), Excoecaria
     agallocha.
mena; semena-mena; tidak ~ (dgn) tidak ada sebab yg berpatutan,
     sewenang-wenang, tidak tentu fasal: diceraikannya isteri itu dgn
     tidak ~.
menaga sj tumbuhan (pokok yg kulit dan daunnya boleh dibuat ubat),
     Calophyllum inophyllum.
menak; kemenakan anak saudar         kemanakan.
menak (ménak) (Sunda) orang yg terhormat (keturunan orang mulia),
     bangsawan.
menalu    bendalu.
menaluk Kl meraung, bertempik.
menampun bp minta ampun.
menang 1. berjaya (dlm perlawanan, peperangan, dll), berhasil
     mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan: barang siapa
     ~ dialah menjadi raja; 2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya
      mengalahkan musuh dll: berapa ~ orang itu berjudi? 3. lulus (dlm
      peperiksaan), beroleh hadiah (dlm pertandingan, peraduan, dll); 4.
      tidak kalah (kurang) drpd, lebih drpd;
      alah ~ tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm
      perlawanan (perbantahan dll); alah sabung (main), ~ sorak prb
      biarpun kalah, cakap besar juga;
      memenangi 1. beroleh menang (dlm perlawanan dll), berhasil atau
      berjaya mengalahkan: kanak-kanak yg lemah tidak akan
      berpeluang ~ permainan itu; 2. mendapat kejayaan atau hadiah
      dlm pertandingan (peraduan dll): novel karangannya telah ~
      Peraduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki
      mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat
      ~ hati perempuan itu;
      memenangkan 1. menyebabkan (menjadikan) menang: barang
      diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd segala
      musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak
      (menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~
      Masinah;
      kemenangan 1. perihal menang: satu keramaian yg besar telah
      diadakan di kota itu utk merayakan ~ tersebut; ~ percuma
      kemenangan yg diperoleh tanpa bertanding (kerana pihak lawan
      gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dll); 2.
      kelebihan, keunggulan: ~ moral;
      pemenang orang (pihak dll) yg menang.
menangin sj ikan laut, Elops machnata.
menantu isteri atau suami kpd anak sendiri: Mak Tijah keberatan utk
      menerima Karim sbg ~nya;
      bermenantu mempunyai menantu: tidak lama lagi dia akan ~
      pula;
      bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu, mengambil
      akan menantu: kalau kita ~ anak orang senang, banyak olahnya
      dan cerewetnya.
menara bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu
      kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg
      dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya;
      ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau
      kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah
      sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt
      universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan
      terbang    tempat    mengawal      lalu lintas udara, terutamanya
      perlepasan dan pendaratan kapal terbang.
menarung sj tumbuhan (pokok renek), mendarung, Trema orientalis; ~
      gajah     sj    tumbuhan      (pokok),    bebelak,   kesumba   bukit,
      Trichospermum kurzii.
menatu tukang dobi;       benatu.
mencak 1. kepandaian menggunakan senjata utk mempertahankan diri,
      pencak, silat; 2. = bermencak bermain pencak, bersilat;
      mencak-mencak bp mengamuk, marah benar;              pencak.
mencaluk      cencaluk.
mencanegara          mancanegara.
mencelat Jw terpelanting, terpental.
menceng (méncéng) Jk serong.
mencih-mencih Sl tinggal sedikit, hampir habis.
mencil                              pencil.
mencing penuh tepu, tegang (urat, tali, dll).
mencit 1. Mn tikus; 2. sj haiwan spt tikus, tetapi lebih kecil; ~ rumah,
      Mus musculus; ~ buluh Chiropochymys gliroides;
      ~ seekor penggada seratus prb berhadapan dgn musuh yg banyak;
      benci akan ~ rengkiang disunu prb sebab takut akan bahaya yg
      kecil dibuang keuntungan yg besar; mancit.
menclok (ménclok) Jk hinggap, mencok.
mencok (méncok) Jw hinggap, bertenggek.
mencong (méncong) Jk serong, tidak tepat.
mencrok (méncrok)      menclok.
mencupu sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kecupu, Garcinia
      prainiana.
menda bp benda, apa benda.
mendak 1. lumpur (pasir, habuk, dll) yg tenggelam ke dasar sungai dll,
      pepejal yg mendap ke bawah (dlm air dll): sungai itu membawa ~
      dgn banyaknya; 2. turun ke bawah dan bertimbun di dasar (spt
      pasir dll), mendap: butir-butir ini ~ berlapis-lapis; batu ~ batu yg
      terjadi drpd lapisan atau timbunan mendak;
      memendakkan membiarkan memendap (dlm air dll);
      mendakan pepejal yg tidak larut yg terhasil dlm sesuatu tindak
      balas kimia (yg berlangsung dlm larutan);
      pemendakan proses menjadi mendak.
mendali    medali I.
mendalu     bendalu.
mendam Jw mabuk; ~ berahi lupa daratan (kerana bercinta).
mendap turun ke bawah dan bertimbun di dasar, mendak;
      mendapan segala benda (spt lumpur, pasir, dll) yg mendap;
      pemendapan                            endap.
mendapa balai atau ruang (tempat bertemu dll), pendapa.
mendapur sj tumbuhan (pokok), geronggang semut, Ouratea crocea.
mendarah; ~ daun besar sj tumbuhan (pokok), acu, Knema hookeriana.
mendaruh sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, medang
     asam, medang kelipat, rambai hutan, Ptychopyxis spp.
mendarung sj tumbuhan, menarung; ~ akar sj tumbuhan (pokok renek),
     akar kani, akar meranang, akar toko takal, ara lumut, gurah
     peria(t), pauh-pauh pasir, parengat keting, tuku-taka, Croton
     caudatum.
mendat Kl duduk dgn merapatkan kepala ke lantai.
mendeleka (mendeléka) sj tumbuhan (pokok dan buah yg spt sukun),
     Artocarpus rigida.
mendelevium (mendélévium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.
mendelikai tembikai, semangka.
mendera; manis ~ manis dan bersopan-santun (perempuan), lemah-
     longlai.
mendera (mendéra) I pohon beringin.
mendera (mendéra) II      bendera.
menderung; ~ darat sj tumbuhan (rumpai), Cyperus malaccensis.
mendiang yg telah meninggal (digunakan utk orang bukan Islam): ~ Tun
     Tan Cheng Loke ialah pengasas MCA.
mendikai sj tumbuhan, tembikai, semangka.
mending 1. = mendingan lebih baik (perniagaan, penghasilan negeri,
     dll), lumayan, agak baik (penyakit), mulai sembuh: kalau jadi ~
     juga itu, setengah juta bersih buat kita; 2. mujur, nasib baik,
     untung: ~ dia tidak tergelincir; 3. lebih elok kalau: mengapa beli
     rokok, ~ beli gado-gado?
mendonan Jk orang yg datang dr negeri (tempat) lain, orang asing
     (dagang).
mendong (méndong) Jw sj tumbuhan (rumpai yg batangnya boleh dibuat
     tikar), Fimbristylis globulosa.
mendora I       menora.
mendora II Kl sj alat penangkap ikan (spt tuar tetapi lebih kecil).
mendreng (méndréng) IB menjual barang dgn bayaran beransur-ansur;
      mendrengan; barang ~ barang yg dibeli dgn bayaran beransur.
Mendriq (méndriq) penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku
      kaum Negrito, yg tinggal di kawasan pedalaman Kelantan.
mendu sj sandiwara yg berasal dr Pontianak.
mendung I 1. awan yg mengandungi hujan: ~ di hulu tanda akan hujan,
      terang di langit tanda akan panas; 2. redup (kerana dilindungi
      awan): hari ~; 3. ki muram (air muka), suram: ~ kelihatan air
      mukanya.
mendung II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Elaecarpus parvifolius.
menejar (menéjar) bp orang yg mengurus sesuatu perusahaan
      (perniagaan dll), pengurus.
menengar sl mendengar.
menereluh tidur.
menerung      menderung.
mengabung sj tumbuhan, berambung, medang gambung, Veronica
      javanica.
mengah; termengah-mengah tercungap-cungap, terengah-engah.
mengaju Kl merajuk.
mengangah Jw berbara, berapi-api.
mengap Jw ternganga, terbuka (mulut);
      mengap-mengap tercungap-cungap; hungap.
mengapa                             apa.
mengapur Kl mengigau.
mengelak Kl mengejar, memburu, menghambat.
mengelang Kl berselang(-seli).
mengendeh (mengéndéh) Pl berisi (penuh).
mengenyeh (mengényéh) Pl bergurau.
mengerawan                             merawan II.
mengerib bp maghrib.
mengerna sl 1. berbagai-bagai warna, indah berseri; 2. kekasih.
mengga Jk; semengga, semengga-mengga hanya itu sahaja, itulah
      sahaja; tidak ~ tiada kurang satu apa pun.
menggambung sj tumbuhan (pokok) dlm famili Compositae, medang
      lempung, medang gambung, tampung-tampung (Sabah), Vernonia
      arborea.
menggading = ~ besar sj tumbuhan (pokok), kayu hantu, Meliosma
      nitida.
menggala sl mendatangkan kebaikan, berbahagia.
menggerib bp maghrib.
mengguk Kl terkulai ke bawah (kepala).
menggusta ark buah manggis.
mengi    mengih.
mengiang Mn = ular ~ pelangi.
mengih sesak nafas, penyakit bengek.
mengirat ark mati, hilang; mairat.
mengkal I 1. belum masak benar (buah-buahan), setengah masak: dia
      membeli setandan pisang ~; 2. berasa keras dlm perut; 3. ki marah
      (dlm hati): mukanya kelihatan ~ bagai bulan dilindungi awan; ~
      hati sakit hati, marah dlm hati, mendongkol: mendengar perkataan
      itu agak ~ hatiku rasanya;
      bermengkal; ~ hati berasa kesal dlm hati, berasa marah dlm hati,
      mendongkol;
      memengkalkan; ~ hati menyebabkan mengkal (mendongkol) dlm
      hati;
      kemengkalan perihal mengkal (dlm hati), kejengkelan, kesebalan.
mengkal II 1. sj tumbuhan (pokok), mempelu tanah, Nauclea
      junghuhnii; 2. sj tumbuhan (pokok), a) mempayan, Nauclea
      maingayi; b) empoyan, mempoyan, Anthocephalus cadamba.
mengkala Kd apabila, apakala.
mengkali bp barangkali.
mengkam Kd senak perut.
mengkapas sj tumbuhan (anggerik), akar penubal, akar telinah kerbau
      bukit, Vanilla griffithii.
mengkar       mekar.
mengkara nama kumpulan bintang.
mengkaras sj tumbuhan (pokok), Aquilaria malaccensis.
mengkaring; ikan ~ sj ikan pelaga.
mengkarung bengkarung.
mengkawan       bengkawan.


mengkelan; termengkelan 1. tersangkut atau tersekat di kerongkong
      (barang yg ditelan): dia ~ dan tersedak beberapa kali; 2. ki berasa
      sebal hati.
mengkema Pr kamu semua.
mengkerang sj tumbuhan (pokok memanjat), Urceola brachysepala.
mengkerat, mengkeret Jk mengecut, menjadi kecil (pendek).
mengkerung sj ikan laut, Theraponidae.
mengking; cengking-~ menjerit-jerit atau berteriak-teriak (kerana takut
      dll).
mengkirai sj tumbuhan (pokok), membatu merah, Ilex cymosa; ~ lalap =
      ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Trema virgata.
mengkirik Jw tegak bulu roma (kerana ketakutan dll), seram.
mengkis = memengkis memanggil dgn maksud menentang, berteriak
      utk mengejek dll: maka maralah Panglima Hassan itu sambil
      memengkis menyuruh rapat.
mengkoyan sj tumbuhan (pokok), empoyan, mempoyan, Rhodamnia
      trinervia.
mengkuang sj tumbuhan (pokok yg daunnya boleh dibuat tikar dll),
      bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus;
      ~ bunga = ~ perah sj tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus
      aurantiacus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), pandan hutan,
      Pandanus houlletii; ~ laut = ~ duri sj tumbuhan (pokok),
      Pandanus tectorius; ~ tikus sj tumbuhan (pokok), pandan tikus,
      pokok selangseng, sendayan masing, Pandanus oratus.
mengkudu sj tumbuhan (pokok), Morinda spp.; ~ akar = ~ hutan = ~
      jantan sj tumbuhan (pokok renek), Morinda umbellata; ~ besar =
      ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Morinda citrifolia; ~ hutan = ~
      kecil sj tumbuhan (pokok renek), Morinda elliptica; ~ rimba sj
      tumbuhan (pokok renek), Rennellia speciosa; spt batang ~, dahulu
      buah drpd bunga prb menganggap sudah menguasai atau memiliki
      sesuatu perkara atau barang yg belum tentu dapat dikuasai atau
      diperoleh.
mengkula sj tumbuhan (pokok), bunga tanjung, Mimusops elengi.
mengkulang sj tumbuhan (pokok) dlm famili Sterculiaceae, jambu
      keluang, melima, kambang (Sabah), melabu (Sarawak), Heritiera
      spp.
mengkundur sj tumbuhan (pokok) dlm famili Datiscaceae, Tetrameles
      nudiflora.
mengok (méngok) bengot, herot;     mengot.
mengot (méngot) Jw tidak lurus, herot, serong.
mengsol (méngsol), mengsong (mengsong) Jk herot, serong.
mengung = termengung termenung, bingung.
meni (méni) sj cat merah.
meniaga Jk berniaga.
menidih mendidih.
menikai     tembikai.
menila I; itik (bebek) ~ sj itik.
menila II; sawo ~ ciku.
meninges (méningés) (Bio) tiga lapisan selaput yg membaluti otak dan
      saraf tunjang.
meningitis (méningitis) (Ubat) radang pd selaput meninges akibat
      jangkitan.
meninjau sj tumbuhan, belinjau.
menir I Jw beras yg pecah-pecah, melukut.
menir II IB, bp tuan.
meniran sj tumbuhan (herba), Phyllanthus niruri; kemeniran.
meniskus (méniskus) 1. (Fiz) permukaan cecair (dlm bekas) yg kelihatan
      berkeluk (cembung atau cekung) akibat tindakan daya pd
      permukaannya; 2. (Bio) rawan berbentuk sabit yg terdapat di
      antara tulang-tulang pd sendi (khususnya sendi lutut).
menjak ark                    semenjak.
menjana ark               semenjana.
menjangan Jw rusa.
menjarum; ~ merah sj tumbuhan (pokok), jejarum merah, Ixora
      concinna.
menjelai     enjelai.
menjelis                        majlis II.
menjulung; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), Gomphostemma
      crinitum.
MENLU akronim bagi Menteri Luar.
menong (ménong); gajah ~ a) sj binatang besar (dlm cerita-cerita); b) sj
      usungan utk pengantin (berbentuk ikan).
menopaus        (ménopaus) (Ubat) peringkat waktu apabila wanita
      mengalami keadaan putus haid (biasanya dlm lingkungan umur
      50).
menora sj sandiwara Siam.
menoragia (ménoragia) (Ubat) perdarahan yg terlalu banyak semasa
      haid.
menorea (ménoréa) (Ubat) perdarahan biasa semasa haid.
mensiang sj tumbuhan (rumpai), Cyperus procerus.
mensirah sj tumbuhan (pokok), Ilex cymosa; mesirah.
mensiu       mesiu.
mens rea (méns réa) (Udg) niat utk melakukan jenayah, pengetahuan
      bahawa sesuatu perbuatan yg akan dilakukan itu salah: berhubung
      dgn persoalan ~, peguam berhujah bahawa pendakwa perlu
      membuktikan tertuduh mempunyai ~ ketika melakukan kesalahan
      itu.
menstruasi (ménstruasi) (Ubat) keluarnya darah drpd rahim wanita yg
      tidak hamil (tetapi masih subur utk beranak), biasanya sekali
      sebulan, datang haid (datang bulan).
menta        meta I.
mentabung sj tumbuhan (rumput), rumput janggut (tongkat) ali,
      Panicum sarmentosum.
mentadak sj serangga, Tenodera aridifolia.
mentadu        sentadu.
mentah 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak
      betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum
      dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak
      biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau
      mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum
      diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk
      dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita
      bergantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah;
      eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal,
      fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda
      yg masih ~ ini akan terkorban oleh adat masyarakat;
      mentah-mentah 1. tidak dimasak atau direbus (barang-barang
      makanan dll): kebanyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi
      dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn
      begitu sahaja, bulat-bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak
      muda yg berkedudukan baik;
      kementahan perihal mentah.
mentak Jk barangkali, boleh jadi, mungkin.
mental I Jk 1. terpelanting, terpental; 2. tidak lut (oleh senjata, peluru,
      dll), kebal;     pental.
mental II (Sunda); tak ~ tidak ada gunanya, tidak mujarab (ubat dll).
mental (méntal) 1. berkaitan dgn atau melibatkan akal, pemikiran, atau
      proses intelektual; 2. bp tidak siuman, sakit otak, gila.
mentaliti (méntaliti) 1. keadaan atau kualiti kebolehan akal; 2. cara
      berfikir;
      bermentaliti mempunyai mentaliti (daya fikir): manusia ~ rendah.
mentalun = ~ batu sj tumbuhan (pokok), batalong, Terminalia pyrifolia.
mentang,     mentang-mentang,        sementang,      sementang-mentang,
      sementangkan (hanya) kerana ... maka ..., senyampang: ~ kita kuli
      begini, dia hendak berbuat sebarang sahaja.
mentangur         bentangur.
mentara     sementara.
mentari (Sas) matahari: senyuman dan gelak tawamu ibarat ~ yg
      sentiasa menyinari hidup kami; ~ kian condong ke ufuknya.
mentaruh sj tumbuhan (pokok), Excoecaria agallocha.
mentas; kayu ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), akar kekau, akar
      pesat bedak, akar sepakan, akar sesudu, jeluta jantan, kuku bening,
      Schefflera subulata.
mentaus; akar ~ sj tumbuhan, mentoh, meteh-meteh, Wrightia javanica;
      bentaus.
mentega (mentéga) I pepejal lemak berwarna kuning pucat yg diperbuat
      drpd krim, boleh dimakan dgn roti, digunakan dlm masakan, dsb;
      mementegai 1. menyapu mentega (ke atas roti dll); 2. bp memberi
      yg elok-elok (utk mengambil hati dll).
mentega (mentéga) II; buah ~ sj tumbuhan (pokok kecil), buah saklat,
      Diospyros discolor.
mentelah     sementelah.
menteng (ménténg) sj tumbuhan (pokok), buah kepundung, Baccaurea
      racemosa.
mentereng (mentéréng) 1. pakaian seragam (spt yg dipakai oleh tentera
      dll), uniform; 2. cantik, elok, bagus: keretanya diganti dgn yg
      lebih ~ ;
      kementerengan perihal mentereng, keelokan, kebagusan.
menteri 1. ahli politik drpd parti pemerintah yg mengetuai sesuatu
      jabatan kerajaan, ahli kabinet; M~ Besar ketua kerajaan bagi
      sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua M~ ketua kerajaan
      bagi sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana M~
      ketua jemaah menteri, ketua kabinet; 2. sl pegawai tinggi (spt
      penasihat raja dll): maka ialah raja yg mula-mula memperbuat
      bendahara yg memerintah segala ~ yg di bawah takhta
      kerajaannya; 3. = mantri Id pangkat atau jawatan tertentu; ~
      cacar tukang cungkil; ~ ukur juruukur; 4. nama buah catur (yg
      besar nilainya);
      ~ dalam negeri menteri yg mengurus hal-hal dlm negeri; ~ luar
      negeri menteri yg mengurus perhubungan dgn negeri-negeri asing;
      ~ muda timbalan menteri; ~ negara Id menteri yg tidak memegang
      kementerian tetapi diberi tugas yg penting;
      kementerian 1. jabatan kerajaan yg diketuai oleh menteri: K~
      Pendidikan; 2. bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri; 3.
      jawatan menteri.
mentibang sj lipan, sepah bulan.
mentigi sj tumbuhan (pokok kecil), Pemphis acidula.
mentika Mn ark mastika.
mentilau sj burung.
mentimah sj ikan laut, Trichiurus savala.
mentimun I sj tumbuhan (pokok menjalar dan buahnya), Cucumis
      sativus; ~ dendang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cabang
      tiga, cabang tiga, timun dendang lunjung, Trichosanthes celebica;
      spt ~ dgn durian prb perlawanan yg tidak berpadanan (spt orang
      yg lemah atau bodoh berlawan dgn orang yg berani atau pintar
      dll); timun.
mentimun II 1. sj ikan laut, a) Lutjanus decussatus; b) Lutjanus vitta; 2.
      sj ikan laut, Scolopsis bilineatus; timun-timun.
mentiung sj tumbuhan (pokok memanjat), darah belut.
mentok Jk terhantuk pd.
mentol (méntol) I = ~ lampu bebola drpd kaca yg di dalamnya terdapat
      filamen logam yg mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik
      melaluinya; ~ tungsten mentol yg filamennya dibuat drpd
      tungsten.
mentol (méntol) II (Kim) sj alkohol yg berbau cirian, berangin, dan
      digunakan utk membuat ubat-ubatan (terdapat dlm minyak pati spt
      permen, kapur barus, dll).
mentong (méntong) Jw makan nasi pd waktu petang (selepas makan
      tengah hari).
mentor    (méntor)    pembimbing      atau   penasihat    (yg   arif   dan
      berpengalaman) kpd seseorang.
mentora; ark balai ~ sj balai di istana (tempat tetamu dll).
mentua I ibu bapa, ibu atau bapa kpd isteri atau suami; ~-taya saudara
      kpd mentua;
      bermentuakan mempunyai atau menerima seseorang sbg mentua:
      dia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat ~ orang yg
      warak.
mentua II; ~ pelanduk sj burung, pipit batu, Motacilla cinerea.
mentulang 1. sj tumbuhan (pokok menjalar), Zizyphus kunstleri; 2. sj
      tumbuhan (pokok) dlm famili Alangiaceae, telur buaya, kondolon
      (Sabah), Alangium spp.
menu (ménu) 1.senarai masakan yg disajikan pd sesuatu hidangan atau
      yg boleh dipesan di restoran dsb; 2. (Komp) butiran dlm sesuatu
      atur cara komputer yg boleh dipilih (oleh pengguna) utk
      melaksanakan tindakan yg dinyatakan.
menuan Kl bertukang (biasanya emas atau perak).
menung; bermenung, bermenung-menung berfikir panjang, memikir
      dalam-dalam, tafakur: belum sempurna fikir kekanda dlm hal itu
      agaknya, bawalah dahulu ~;
      memenungkan memikirkan dalam-dalam: ibu yg kehilangan
      suaminya masih ~ bagaimana hendak menyara anak-anaknya;
      termenung, termenung-menung dlm keadaan bermenung:
      sejenak ia ~ memikirkan sesuatu;
       menungan, kemenungan tafakur, renungan;
       permenungan perbuatan bermenung: bilakah gerangan akan
       habis ~mu wahai orang muda?
       pemenung orang yg suka bermenung.
menunggal Kl satu sen satu (harga benda), satu duit satu.
menyakut Kl 1. sesuai, padan; 2. seronok atau sedap (dirasa, dipandang,
       dll).
menyal Tr tidak masak, mentah.
menyam Pl gatal (yg menjadi-jadi).
menyampang ark        senyampang.
menyan         kemenyan.
menyapung Kl mengeluarkan kata-kata keji, mencarut.
menyawak Jw biawak.
menyokok Kl menyorok, menyusup.
menyolok; ~ mata                                    colok II.
meong (méong) Jk 1. bunyi kucing; 2. kucing; memegang buntut ~ bp
       tidak mendapat apa-apa.
meor       mir.
mepeh (mépéh) Kl keadaan orang atau binatang yg hampir rebah kerana
       pening.
meper               peper.
mepet (mépét) Jk terhimpit.
mer (mér) Kl menghisap susu ibu (oleh kanak-kanak kecil).
mera Sr masakan atau makanan separuh masak.
meracun Pr tidak ada, tiada.
meraga sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rubiaceae, berombong, kurau,
       mengkeniab (Sabah), Pertusadina spp. dan Metadina spp.
meragi sj burung, Rostratula benghalensis.
merah sl 1. gelaran utk raja-raja kecil (penghulu); 2. (Padang) gelaran
      utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki-laki
      biasa, marah.
merah (mérah) I warna spt warna darah; ~-~ bahasa agak merah; ~
      darah merah spt darah; ~ jambu = ~ muda merah keputih-putihan;
      ~ kesumba merah tua; ~ lembayung merah bercampur ungu; ~
      marak = ~ menjahang = ~ menyala = ~ merang = ~ murup sangat
      merah; ~ muka kemalu-maluan; ~ padam merah spt bunga teratai
      (warna muka ketika marah); ~ pijar sangat panas sehingga
      membara (logam dll); ~ pulasan merah spt kulit buah pulasan
      masak; ~ saga warna merah spt biji saga; ~ telinga marah; ~ telur
      bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning-kuningan; ~ tua
      merah kehitam-hitaman; di luar ~, di dlm pahit prb janganlah
      percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi
      tipu daya yg busuk;
      bermerah; ~ muka ki bertengkar (berhujah dll) spt akan berkelahi;
      memerah     menjadi    merah:   panas   matahari   sudah   mulai
      mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~;
      memerahi membubuh warna merah pd, mewarnai merah: pipinya
      dimerahi dgn gincu, pinggangnya diikat ramping-ramping;
      memerahkan      menjadikan (menyebabkan) merah, membuat
      menjadi merah; ~ muka menjadikan muka merah (menyebabkan
      marah);
      kemerahan keadaan merah;
      kemerah-merahan berwarna agak merah, seakan-akan merah:
      lapisan yg ~;
      pemerah sesuatu (bahan dll) yg menjadikan sesuatu lain berwarna
      merah; ~ pipi bahan solek utk memerahkan pipi.
merah (mérah) II sj ikan laut;
      ~ bambangan = ~ pucat sj ikan laut, Lutjanus sanguineus; ~
      boreng = ~ coreng sj ikan laut, Lutjanus sebae; ~ cina a) sj ikan
      laut, Caesio pinjalu; b) sj ikan laut, Caesio erythropterus; ~ mata
      hitam sj ikan laut, Lutjanus malabaricus; ~ suman sj ikan laut,
      Pinjalo spp.
merajah; ~ satah sj tumbuhan (pokok renek), Sauropus parvifolius.
merajalela (merajaléla) 1. berbuat sekehendak hati; 2. menjangkit
      (penyakit);    maharajalela.
merak I sj burung besar, yg jantan bulunya berwarna-warni dan ekornya
      spt bentuk kipas apabila mengembang, Pavo muticus; ~ biru, Pavo
      cristatus; ~ pongsu sj burung kuang cermin, kuang pongsu,
      Polyplectron malacense.
merak II = bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya berwarna merah
      dan kuning), Caesalpinia pulcherrima; bunga ~ hutan sj
      tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, Ixora pendula.
merak III; ~ hati Jw manis lagi peramah.
merakah Sl bohong, tidak benar.
merakan sj tumbuhan (rumpai), Andropogon amboinicus.
meram masa sesuatu penyakit hendak menjadi.
merambai sj tumbuhan (pokok).
merambung 1. sj tumbuhan (pokok), ambung-ambung, Scaevola
      frutescens; 2. sj tumbuhan (pokok), medang gambung, Vernonia
      arborea; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Clerodendron deflexum.
meramung sj tumbuhan (pokok), geronggong semut, Ouratea crocea.
merana 1. menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-sakit,
      makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa
      menanggung susah (sedih dll): hati ~; hidupnya ~ akibat penyakit
      itu.
meranang; ajar ~ sj tumbuhan (pokok renek), guruh peria, Croton
        caudatum.
merang I; merah ~ merah sungguh.
merang II Jw tangkai padi yg sudah kering.
merangsi sj tumbuhan (pokok), sisik penyu, sisik puyuh, Carallia
        suffruticosa.
merangu sl sj alat bunyi-bunyian (yg ditiup).
meranti sj tumbuhan (pokok), Shorea albida; ~ baka = ~ paya = ~
        tenggelam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae,
        seraya buaya hantu (Sabah), Shorea uliginosa; ~ kepung sj
        tumbuhan (pokok), Shorea ovalis; ~ kuning sj tumbuhan (pokok)
        dlm famili Dipterocarpaceae, damar hitam, seraya kuning (Sabah),
        a) Shorea faguetiana; b) Shorea resinanigra; ~ langgung sj
        tumbuhan (pokok), Shorea lepidota; ~ merah sj tumbuhan
        (pokok), Shorea spp; ~ merah tua sj tumbuhan (pokok) dlm famili
        Dipterocarpaceae, nemesu, seraya, obah suluk (Sabah), Shorea
        spp.; ~ paang sj tumbuhan (pokok), Shorea bracteolata; ~ putih sj
        tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ sabut sj tumbuhan
        (pokok), keruing sudi, Vatica perakensis; ~ sarang punai sj
        tumbuhan (pokok), Shorea parvifolia; ~ temak sj tumbuhan
        (pokok), Shorea hypochra; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok),
        Shorea leprosula.
merapit sj tumbuhan, (pokok), cengah, Pygeum lanceolatum.
merarau Sr makan tengah hari.
merasi Mn = merarasi gugur daun semuanya (pohon).
merat                                               mairat.
merawal bendera kecil-kecil panjang, panji-panji;
        ~ memulang bukit, cerana menengah kota prb sudah jelas sekali
        seseorang hendak mengemukakan sesuatu permohonan; kita di
      pangkal ~ , dia di hujung ~ prb Mn tanggungan kita lebih berat
      drpd tanggungannya.
merawan I     awan.
merawan II sj tumbuhan (pokok), Hopea spp.; ~ jangkang sj tumbuhan
      (pokok), Hopea nervosa; ~ meranti sj tumbuhan (pokok), Hopea
      sulcata; ~ siput sj tumbuhan (pokok), Hopea sangal; ~ siput
      jantan sj tumbuhan (pokok), Hopea odorata; mengerawan.
merbah sj burung, Lanius cristatus;
      ~ abu, Hypsipetes flavala; ~ berjanggut = ~ beringin sj burung,
      Criniger ochraceus; ~ bersisik sj burung, Pycnonotus squamatus;
      ~ bidan sj burung, Trachycomus ochrocephalus; ~ ekor gading sj
      burung, Tersiphone paradisi affinis; ~ gila sj burung, murai gila,
      merbuk gila, Rhipidura javanica; ~ gila gunung sj burung,
      Rhipidura albicollis; ~ jambul sj burung, Spizixos canifrons; ~
      kapur sj burung, Pycnonotus goiavier; ~ kelabu sj burung,
      Pycnonotus cyaniventris ; ~ kunyit = ~ luris leher sj burung,
      Pycnonotus finlaysoni; ~ kunyit jambul hitam = ~ jambul hitam sj
      burung, Pycnonotus melanicterus; ~ rimba a) sj burung,
      Tephrodornis gularis; b) sj burung, Malacopteron magnirostre; ~
      sampah sj burung, Criniger bres; ~ sampah kuning sj burung,
      kelicap belukar, Macronus gularis; ~ tanduk sj burung,
      Pycnonotus melanoleucos; ~ telinga merah sj burung, burung
      cerlah, Pycnonotus jocosus.
merbahaya     marabahaya.
merbak    semerbak.
merbang Jh menggerbang (rambut yg ditiup angin dll).
merbatu = ~ layang sj tumbuhan (pokok), sauh hutan, songkok rimau,
      Parinarium corymbosum;
     ~ kecil sj tumbuhan, cendarah padi; ~ pasir sj tumbuhan, medang
     peni.
merbau sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, merbau ipil, ipil
     laut (Sabah), Intsia spp.;
     ~ kera sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, babi kurus,
     jering tupai, angar-angar (Sabah), Crudia spp.; ~ lalat sj tumbuhan
     (pokok) dlm famili Leguminosae, Sympetalandra borneensis.
merbuk sj burung;
     ~ aman sj burung, Geopelia striata; ~ balam sj burung, ketitir,
     tekukur jerum, Streptopelia chinensis; ~ gila sj burung, merbah
     gila, Rhipidura javanica.
merbulan sj tumbuhan (pokok), Endospermum malaccense.
merbuluh; ~ merah sj tumbuhan, (pokok), selimbar, selumar, Jackia
     ornata.
merbung; ~ jantan sj tumbuhan, geretak.
merca               murca.
mercak; ~-mercik ark memercik-mercik.
mercik; memercik      percik.
mercon Id mercun.
mercu 1. bahagian yg tertinggi, puncak; ~ gunung puncak gunung; 2.
     bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi (pd masjid dll),
     menara; ~ api = ~ suar rumah api: api lampu ~ suar telah terkelip-
     kelip di Pulau Pandan; ~ tanda sesuatu objek yg mudah dicam
     (spt bangunan, pokok, dll) sbg panduan menentukan lokasi sesuatu
     tempat.
mercun sj bunga api yg meletup apabila dibakar, petasan; ~ buluh
     senapang bambu, kpd saya jangan dituju prb janganlah saya
     digertak dgn barang sesuatu yg kosong.
mercup bp merecup;     recup.
merdangga sj gendang panjang.
merdeheka                    merdeka.
merdeka (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll),
      lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd
      yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok
      ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg
      dikongkong oleh undang-undang dan disiplin; ~ ayam bebas sama
      sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~
      akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik;
      memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan
      (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan
      Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-
      kapitalis kecil itu?
      kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah
      berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957;
      pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan,
      pembebasan;
      pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan
      dll).
merdesa (merdésa) sopan (lagi beradab), layak.
merdu enak atau sedap didengar (suara, nyanyian, dll): maka sangatlah
      ~ bunyi suara anakanda sekaliannya itu;
      kemerduan perihal merdu (suara dll): ada orang yg sedang
      menikmati ~ suaranya.
merduk ark harta benda atau barang-barang yg tidak berharga.
merebab (Muz) sj alat bunyi-bunyian bertali satu yg digesek, biasanya
      terdapat dlm masyarakat Iban di Sarawak.
merecik; memerecik       percik.
mereka (meréka) = ~ itu kata ganti diri ketiga (utk bilangan yg banyak),
      orang-orang itu.
merekah     rekah.
merela Kd gatal (perempuan), biang.
merelang 1. sj tumbuhan (pokok), kebayang, Irvingia malayana; 2. sj
      tumbuhan (pokok), bayam jantan, Pterispermum diversifolium; 3.
      sj tumbuhan (pokok), resak hitam, Vatica maingayi.
merelit Kd berkilat-kilat (pakaian dll).
merelop Kd waktu hampir akan malam, senja.
merem Jw menutup mata;
      memeremkan; ~ mata memejamkan mata.
meres (mérés) Jk paras, permukaan (batang yg ditakar).
mergastua sl binatang-binatang di hutan.
mergat enau, kabung.
merguk     berguk.
mergul sj binatang spt berang-berang.
meriah 1. riang gembira, suka ria: mereka merayakan kemenangan itu
      dgn sangat ~; suasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas
      tidak lama lagi akan menjelang; 2. besar-besaran, ramai: pesta
      main pantai tahun ini lebih ~ drpd tahun-tahun lalu; 3. dgn rasmi,
      dgn upacara (kebesaran, kemuliaan, dll): mereka pun mulai
      menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh perasaan;
      memeriahkan          menjadikan      meriah,    menggembirakan,
      meramaikan, dll: pesta itu dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian
      drpd berbagai-bagai bangsa;
      kemeriahan keriaan, kegembiraan, keramaian: hari ulang tahun
      keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan
      dgn penuh kemesraan dan ~.
meriam sj senjata api yg lebih besar drpd senapang;
      ~ buluh a) meriam yg larasnya panjang dan bulat; b) meriam
      mainan yg dibuat drpd buluh (dibubuhi karbida); ~ katak meriam
      yg kecil lagi pendek larasnya; ~ penangkis (kapal terbang) meriam
      utk menentang serangan kapal terbang.
merian    meroyan I.
meriang I berasa agak demam.
meriang II sj biawak, biawak air, Varanus salvator.
merica lada putih.
meridap Sb tidur atau lelap sekejap: dia jarang makan tengah hari
      kerana waktu itu digunakan utk ~.
meridian (Geog) garis khayalan yg merupakan bulatan yg membelah
      bumi dr kutub utara ke kutub selatan.
merih kerongkong, tenggorok, pembuluh nafas.
merik sj burung hantu.
merimin Kd bersinar-sinar, berkilat.
mering; kurus ~ sangat kurus, kurus kering.
meringgai sj tumbuhan, lemunggai.
meringin Kd bau wangi.
meringis Jw menggerenyotkan bibir (muka dll) utk menunjukkan marah
      dll, menyeringai.
merinin Kd cantik (drpd kebiasaannya).
merinyu 1. sl polis tentera; 2. = ~ polis nama pangkat (dlm pasukan
      polis) yg lebih rendah drpd penguasa polis, inspektor; 3. orang yg
      memeriksa utk memastikan peraturan, piawai, dsb tertentu
      dipatuhi, pemeriksa, inspektor; ~ makanan pemeriksa makanan.
meristem (Bio) tisu tumbuhan yg aktif membahagi dan terdapat pd
      bahagian pertumbuhan aktif spt hujung akar, pucuk, dan kambium.
merit (mérit) sifat, kualiti, perbuatan, dsb yg patut layak mendapat
      kepujian atau penghargaan: penekanan yg lebih diberi kpd ~
      individu; meyakinkan orang ramai terhadap ~ sesuatu program.
meritam Br sj buah yg rupanya spt rambutan.
meritokrasi     (méritokrasi)    sistem   sosial   yg   menyanjung      tinggi
      kedudukan seseorang kerana kebolehannya (bukan kerana
      keturunan atau kekayaan): organisasi yg mengamalkan ~.
merjagung; bunga ~ sj tumbuhan, jenjagung.
merjan sj manik (drpd batu karang merah) utk dibuat kalung atau dokoh
      dll.
merk (mérk) IB 1. cap perniagaan, nama perusahaan dll; 2. ki, bp nilai,
      mutu; jatuh (turun) ~ a) mendapat nama yg kurang baik; b) tidak
      gagah (megah) lagi;
      bermerk bertanda, bercap, dll: semua barang keluaran wajib ~ .
merkah       rekah.
merkosa dgn paksa, (memiliki dll
      perkosa.
merkubang sj tumbuhan (pokok), Mezzetia herveyana.
merkuri (Kim) sj unsur logam berwarna perak, berbentuk cair, dan
      biasanya digunakan utk membuat amalgam, katod, dll, raksa.
merlilin 1. sj tumbuhan (pokok); 2. sj burung.
merlimau      1.      sj   tumbuhan   (pokok),     limau-limau,     Gelonium
      glomerulatum;         2.   sj   tumbuhan     (pokok),       limau-limau,
      Phyllochlamys wallichii; 3. sj tumbuhan (pokok), pokok telur
      belangkas hutan, keranji bulan, Aglaia odoratissima; 4. sj
      tumbuhan (pokok), limau hantu, Atalantia spinosa.
merlip Pl bersinar, berkilat.
merombong sj tumbuhan, berombong.
merosot 1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll),
      jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm
      soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali;
      memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb),
      memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm
      pasaran saham;
      kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll),
      kejatuhan,    kemunduran:      apabila      berlaku   ~   dlm   bidang
      perusahaan,      maka     pengusaha      terpaksa     memberhentikan
      kebanyakan atau semua pekerjanya.
meroyan I gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon
      dlm badan yg menyebabkan seseorang ibu murung, bertindak
      ganas, dll.
meroyan II sj tumbuhan (pokok), kelat tanduk, jarum hutan, Ixora spp.;
      ~ batu sj tumbuhan, banton, Vitex coriacea; ~ punai tanah sj
      tumbuhan (pokok), Acrotrema costatum; akar ~ jantan = akar ~
      paya sj tumbuhan (pokok renek), akar berbuah, Dissochaeta
      celebica; akar ~ sambang sj tumbuhan (pokok menumpang), akar
      ketam.
merpadi     sj   tumbuhan     (pokok    kecil),     mempisang,    Polyalthia
      canangioides.
merpati sj burung, burung dara, Columba domestica; ~ mas sj burung,
      Caloenas nicobarica; ~ mahkota, Goura cristata;
      ~ dua sejoli ki sepasang orang yg sedang berkasih-kasihan; jinak-
      jinak ~ ki perempuan yg kelihatan senang diperdaya tetapi
      sebenarnya tidak.
merpaud (mérpaud) IB, bp jamak, lebih drpd satu, berbilang; belum ada
      ~nya ki belum beristeri (bersuami).
merpauh sj tumbuhan (pokok) dlm famili Anacardiaceae, periang,
      rengas (Sabah), pituh (Sarawak), Swintonia spp.
merpelai Mn pengantin laki-laki;       mempelai.
merpisang     mempisang.
merpitis    mempitis.
merpoi sj tumbuhan (pokok), gandang, Carallia brachiata.
merpuing merpoi.
mersawa sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, loh,
      medang sawa, rengkung, sanai, sepah, petri, terbak, pengiran
      (Sabah), Anisoptera spp.
mersik 1. kuat lagi nyaring (suara, bunyi, dll), lantang: jeritan ~ itu
      sudah tidak kedengaran lagi; 2. kering benar, tidak berair (sambal
      dll), garing (gorengan): bibirnya kering ~; 3. = kurus ~ sangat
      kurus, kurus kering: akan Sang Sura kecil tubuhnya, rencang ~.
mersinga sj tumbuhan (pokok), gandang, Carallia brachiata.
mersuji 1. sj ikan laut, a) Makaira herscheli; b) Makaira indica; c)
      Makaira mazara; 2. sj ikan laut, Xiphias gladius.
mertajam     sj   tumbuhan      (pokok    besar),   kelayu,   Erioglossum
      rubiginosum.
mertamu Jk pergi berjamu.
mertas sj tumbuhan (pokok) dlm famili Linaceae, besi-besi (Sabah),
      lituh (Sarawak), Ctenolophon parvifolius.
merton Kd martil, tukul besi.
mertua Jk mentua.
merubi bentuk hulu keris yg spt ubi.
merudum Pl berlari beramai-ramai.
meruik Pl bergerak.
merunggai lemunggai.
merus Jh; tanah ~ tanah runtuh.
mes (més) tempat para pegawai tentera beristirahat, makan, minum dsb:
      pertemuan itu berlangsung di ~ pegawai pd petang semalam.
mesabah Jh munasabah.
mesan (mésan) batu pd kubur (sbg tanda)      nisan.
mesara                  sara I.
Mesdaq (mésdaq) akronim bagi Malaysian Exchange of Securities
      Dealing and Automated Quotation (Bursa Urus Niaga Sekuriti dan
      Sebut Harga Automasi Malaysia).
mesej (méséj) 1. pesanan (berita, kata-kata singkat) yg hendak
      disampaikan kpd seseorang dsb: Don Norton mengingati ~ telefon
      yg telah diterimanya drpd pengurus itu; 2. sesuatu (gagasan,
      pengajaran, dll) yg hendak disampaikan dlm sesuatu karya sastera
      dll: ~nya jelas, mudah difahami dan perasaannya dipenuhi oleh
      nilai-nilai yg mulia; dlm kelucuan pemerihalan ini jelas kpd kita ~
      disebaliknya;
      bermesejkan mempunyai atau mengandungi sesuatu sbg mesej:
      rakaman    album-album      yg   ~    cinta     dan   kemanusiaan;
      memperbanyak iklan yg ~ patriotisme.
mesekam sj tumbuhan (pokok), cenarahan.
mesem (mésem) Jw tersenyum.
mesenteri (mésénteri) (Bio) selaput yg membebat usus kecil dan
      menghubungkannya ke dinding perut.
mesepat sj tumbuhan (pokok), Macaranga denticulata.
mesetar sj tumbuhan (pokok dan buahnya), manggis, Garcinia
      mangostana.
mesigit Jw masjid.
mesikur sj ikan laut, Diagramma spp.
mesin (mésin) alat atau perkakas yg menggunakan kuasa, spt elektrik
      dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat;
     ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk
     mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen
     melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian
     telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat,
     bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelaskan; ~
     gerudi   mesin   utk   mengorek    lubang;   ~   getah   alat   utk
     mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit
     (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~
     juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran
     wang simpanan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani
     pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran
     padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg
     merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan
     pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X
     menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~
     slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke
     dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip
     atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk
     menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk menayangkan filem; ~
     tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang;
     bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg
     sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~;
     memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr
     ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang;
     pemesinan perihal memesin.
mesingan (mésin.gan) sj senjata api yg dapat melepaskan tembakan
     banyak peluru secara berturut-turut dgn amat pantas.
mesiput sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium kadondon.
mesirah sj tumbuhan (pokok), Ilex cymosa.
mesiu = garam ~ ubat bedil, bahan peledak.
meski = ~pun sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya
      terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu
      baru kira-kira pukul delapan.
mesofit (mésofit) (Bio) tumbuhan yg hidup subur di kawasan yg
      kelembapannya sederhana.
mesokarpa (mésokarpa) (Bio) lapisan tengah buah, biasanya bernabu.
mesolitik (mésolitik) (Sej) (berkaitan dgn) peringkat pertengahan Zaman
      Batu, antara zaman paleolitik dan neolitik.
mesopaus (mésopaus) (Geog) lapisan atas mesosfera yg altitudnya kira-
      kira 80 - 85 km.
mesosfera (mésosféra) (Geog) lapisan atmosfera bumi yg terletak di
      antara 55 - 85 km di atas permukaan bumi.
mesra 1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu,
      bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu
      lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat
      atau karib benar (bersahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan
      perempuan     itu   kelihatan   berbual-bual   dgn   amat    ~nya;
      perhubungan yg ~; 3. muluk-muluk (janji dll), indah-indah, sedap
      (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya
      kedengaran lebih ramah dan ~ lagi;
      ~ alam tidak memudaratkan atau menjejaskan kualiti alam sekitar:
      kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami,
      dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir:
      komputer ~ pengguna;
      bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur)
      dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki
      dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2.
      bercengkerama, bercumbu-cumbu, berasmara: janganlah selalu
      sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak
      gadisnya itu;
      bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara
      satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~
      antara satu sama lain, bukannya utk bermusuh-musuhan dan
      benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk,
      merayu) ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan,
      bercengkerama;
      bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara
      satu sama lain, bermesraan: lalu wujudlah perasaan suka
      bekerjasama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula
      mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling
      memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, bercumbu-
      cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai
      muda-mudi utk ~;
      memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas
      senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu
      pula;
      memesrakan 1. memadukan (mencampurkan) sungguh-sungguh;
      2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan
      sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persahabatan, diri, dsb) lebih
      rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk
      ~ dirinya dgn Tuhan;
      termesra sudah berpadu benar;
      kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus
      kpd kemanjaan dan ~ .
mesta I    semesta.
mesta II Kl manggis.
mestal kain ikat kepala, serban.
mester (méstér) IB 1. guru; 2. ahli undang-undang.
mesteri tukang yg mahir.
mesti 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti;
      2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar:
      ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya
      dimajukan pertanyaan menurut ~ nya;
      semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak
      mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya:
      kepadanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~
      membawa kebahagiaan;
      memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan
      berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan;
      termesti dimestikan (diwajibkan);
      kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, kewajiban; 2. ketentuan,
      ketetapan.
mestika 1. sj batu sakti (terdapat dlm kepala ular dll), geliga, gemala; ~
      embun sl sj batu sakti yg boleh menghidupkan orang mati; 2.
      permata yg bernilai (intan dll); 3. ki yg termolek, yg tercantik;
      laksana ~ gamat prb utk mengatakan rupa atau kelakuan atau
      perkataan yg baik; 4. ki sesuatu yg disayangi (dikasihi); ~ hati
      kekasih.
mesui; kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kulitnya dibuat ubat, rempah-
      rempah, dll), Massoia aromatica; masoi.
mesum Jk 1. kotor, cemar (pakaian, badan): karya yg indah ini dinodai
      bahagian-bahagian ~; 2. ki tidak senonoh (perbuatan, kelakuan,
      dll), keji: perbuatan yg ~;
      kemesuman 1. perihal mesum, kekotoran, kekolotan; 2. perbuatan
      dll yg tidak senonoh: dlm sandiwara ini, ia mengecam kemewahan
      dan ~ kehidupan kaum yg memerintah pd masa itu.
mesut; kusut-~ sangat kusut.
mesyuarat perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai
      sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat; ~ agung perundingan
      besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll);
      bermesyuarat berunding, berapat, berbincang, berbicara: rakyat
      berhak berkumpul sama ada utk ~, bersuka ria atau bermuafakat;
      memesyuaratkan           sl        membincangkan,      merundingkan,
      membicarakan: baginda menyuruh panggil sekalian orang besar-
      besar ~ halnya itu;
      permesyuaratan           perihal      bermesyuarat,     perundingan,
      perbincangan, rapat: sistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri
      yg khusus yg lebih banyak menekankan sistem ~ yg lebih hampir
      kpd sistem demokrasi; musyawarah.
meta I sl mabuk, mengamuk, ganas, gila: adapun kenaikan Raja Suran
      itu gajah tunggal, lagi ~ , delapan hasta tingginya.
meta II Kl sombong, besar hati.
meta III Tr bebas, tidak sopan.
meta IV Pr diam, terdiam.
metabahasa (métabahasa) (Lin) bahasa atau sistem lambang yg
      digunakan utk menjelaskan suatu bahasa atau sistem lain.
metabolik (métabolik) berkaitan dgn metabolisme.
metabolisme (métabolisme) (Bio) proses kimia yg berlaku dlm semua
      sel hidup yg melibatkan pembinaan sebatian kompleks dan
      penguraiannya semula menjadi sebatian ringkas utk menghasilkan
      tenaga;
      memetabolismekan memproses makanan dsb secara metabolisme:
      jika ubat itu diberikan dlm dos yg tinggi, hati mungkin tidak
      mempunyai enzim yg cukup utk ~nya; keupayaan tubuh utk ~
      makanan dan menghasilkan tenaga.
metabolit (métabolit) (Bio) bahan yg terhasil drpd proses metabolisme.
metafizik (métafizik) falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala
      yg di luar alam biasa atau yg tidak kelihatan, maakulat.
metafizikal (métafizikal), metafizis (métafizis) bersifat metafizik,
      berkaitan dgn metafizik: jalinan antara aspek ~ yg dominan dgn
      aspek fizikal yg sekadar melengkapi; alam ~ yg tidak dapat
      dikesan melalui sebarang pancaindera manusia melainkan
      melalui akal semata-mata.
metafora (métafora) (Lin) pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu
      makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar
      perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan);
      memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg
      metafora.
metaforikal (métaforikal) bersifat (berupa) metafora: pembentukan
      ungkapan yg ~.
metah I sangat, sungguh; baru ~ baru sangat; putih ~ putih benar.
metah II    meta I.
metai ark sj tilam, lapik duduk, kasur.
metakarpus (métakarpus) (Bio) lima tulang yg terdapat di antara
      pergelangan tangan dgn jari.
metal (métal) logam.
metalik (métalik) cat berunsur logam yg berkilau: cat ~.
metalinguistik (métalinguistik) 1. kajian tentang metabahasa; 2. kajian
      bahasa yg merujuk kpd hubungan keseluruhan sistem linguistik
      dgn sistem tingkah laku manusia dlm budaya yg berkenaan.
metaloid (métaloid) (Kim) unsur kimia yg sifatnya antara sifat logam
      dan bukan logam (mis boron, silikon, arsenik, dll).
metalurgi (métalurgi) kajian tentang logam dan aloi, termasuk kaedah
      pengekstrakan, penulenan, struktur, dan sifatnya.
metamorfisme (métamorfisme) perubahan bentuk, tekstur, struktur,
      komposisi, dsb pd batuan akibat tekanan dan haba yg tinggi.
metamorfosis (métamorfosis) 1. (Bio) perubahan sepenuhnya bentuk
      fizikal dll yg berlaku dlm kitaran hidup sesuatu organisma (mis
      perubahan kepompong menjadi kupu-kupu); 2. ki perubahan besar
      atau sepenuhnya: utk mendapatkan yg baru, sesuatu itu perlu
      mengalami ~;
      bermetamorfosis mengalami metamorfosis.
metana (métana) (Kim) sj gas tidak berwarna, tidak berbau, dan mudah
      terbakar (terdapat di lombong arang batu, dan drpd pereputan
      bahan-bahan organik).
metanal (métanal) (Kim) formaldehid.
metanol (métanol) (Kim) sj alkohol yg sangat beracun, dan digunakan
      sbg pelarut dll.
metatarsus (métatarsus) (Bio) lima tulang yg terdapat di antara
      pergelangan kaki dgn jari kaki.
metatesis (métatésis) (Lin) perubahan tempat atau kedudukan huruf,
      suku kata, atau bunyi dlm sesuatu kata, mis gula menjadi lagu dan
      ikan menjadi kain.
metek (méték) Tr laci mesin jahit.
meteo (météo) Id; jawatan ~ jabatan yg menyiasat keadaan cuaca atau
      udara.
meteor (météor) (Ast) tahi bintang.
meteorit (météorit) (Ast) tahi bintang yg gugur ke bumi.
meteoroid (météoroid) (Ast) jasad kecil yg bergerak dlm sistem suria yg
      akan menjadi tahi bintang sekiranya memasuki atmosfera bumi.
meteorologi (météorologi) sains tentang atmosfera dan fenomenanya,
      terutamanya cuaca dan ramalan cuaca.
meter (méter) 1. ukuran panjang yg bersamaan dgn 39.37 inci; 2. =
        meteran Id alat utk mengukur atau merakamkan banyaknya air
        (tenaga elektrik dsb) yg telah mengalir melaluinya (iaitu yg telah
        digunakan); 3. = ~ laju alat yg dipasang di dlm kenderaan
        bermotor utk menunjukkan kelajuan pergerakannya; 4. alat (pd
        teksi) utk menunjukkan tambang yg harus dibayar; ~ lembapan
        (Hut) alat utk menyukat kandungan lembapan kayu secara
        langsung, sama ada dgn memasukkan elektrod ke dlm kayu atau
        meletakkannya pd permukaan kayu.
meterai lambang rasmi sesebuah organisasi yg dilekatkan pd dokumen,
        sijil, dsb sbg tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (utk
        raja-raja), segel, tera;
        ~ tempel Id cap yg ditampalkan sbg tanda penerimaan wang; ~
        upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dll);
        memeterai membubuh meterai pd (sesuatu), mengecap;
        termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~
        dlm hati terasa dlm hati;
        pemeteraian proses memeterai: perundingan EAEC yg dianjurkan
        oleh Malaysia sbg projek bersama dan ~ tiga dokumen.
metia      mutiara.
metil (métil) (Kim) sj radikal (-CH3) yg terdapat dlm banyak sebatian
        organik;
        ~ jingga sj sebatian pewarna yg digunakan sbg penunjuk asid-bes
        (berwarna merah dlm larutan berasid dan berwarna jingga dlm
        larutan beralkali); ~ merah sj sebatian pewarna yg digunakan sbg
        penunjuk asid-bes (berwarna merah dlm larutan berasid dan
        kuning dlm larutan beralkali).
metilena (métiléna) (Kim) sj radikal bebas yg sangat reaktif; ~ biru sj
      sebatian organik yg digunakan sbg bahan pewarna dan penunjuk
      dlm analisis volumetri.
metimun     mentimun.
metin Kl beluti-beluti yg meneguhkan dinding.
metode (métode) 1. cara melakukan sesuatu, sistem; 2. Id buku pelajaran
      (kaedah belajar).
metodik (métodik) ilmu mengenai cara atau metode (terutama dlm
      bidang akademik).
metodis (métodis) menurut metode (cara yg tertentu).
metodologi (métodologi) sistem yg merangkumi kaedah dan prinsip yg
      digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin, dsb.
metodos (métodos) metode.
metok (métok) Kl; gemuk ~ gemuk sangat.
metonimi (métonimi) (Lin) penggunaan nama sesuatu benda utk
      merujuk benda lain yg sifatnya ada hubungan logiknya, mis bulan
      sabit merujuk kpd Islam.
metrik (métrik) (sistem ukuran) yg menggunakan meter, gram, dan saat.
metro (métro) 1. sistem kereta api bawah tanah yg terdapat di beberapa
      bandar raya di Eropah spt Paris; 2. kereta api bawah tanah yg
      terdapat di beberapa bandar raya di Eropah spt Paris.
metrologi (métrologi) ilmu tentang sukatan (ukuran, takaran, dll).
metronom (métronom) (Muz) alat ukur tempo.
metropolis (métropolis) bandar raya utama bagi sesebuah negara atau
      kawasan.
metropolitan (métropolitan) 1. berkaitan dgn atau mempunyai ciri
      metropolis; 2. terdiri drpd bandar raya dan kawasan pinggir
      bandar.
mewa (méwa) Kl bingung, bodoh.
mewah (méwah) 1. segala-galanya banyak (makanan, harta, dll), serba
      berlebih, serba elok: kampung itu ~ dgn makanan; 2. sangat mahal
      dan memberi kepuasan serta keselesaan: kereta ~, makanan ~;
      hotel ~;
      barang-barang ~ barang-barang yg elok tetapi tidak mustahak
      benar; hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba
      banyak;
      bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan: saya tidak mampu
      datang ke sini utk bercuti dan ~;
      memewahkan menjadikan mewah: beliau tidak melakukan apa-
      apa utk ~ diri sejak menyertai politik;
      kemewahan perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~
      hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji
      sendiri.
mewek (méwék) Jk menangis.
mezanin (mézanin) tingkat (lantai) perantara, terutamanya antara tingkat
      bawah dgn tingkat pertama (biasanya berupa balkoni) dlm
      sesebuah bangunan.
mg kep miligram.
Mg simbol kimia bagi magnesium.
MHz simbol bagi megahertz.
mi I 1. sj bahan makanan yg rupanya spt laksa tetapi biasanya berwarna
      kuning (diperbuat drpd tepung gandum dll); ~ halus mihun; 2.
      masakan drpd mi; ~ goreng mi yg digoreng dgn perencah-
      perencahnya; ~ sup mi yg berkuahkan sup.
mi II nada yg ketiga pd skala major.
miak; ciak-~ bunyi spt bunyi anak ayam dll.
miana sj tumbuhan (pokok, akarnya dibuat ubat sakit perut dll), Coleus
      atropurpureus.
miang 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan
      menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~
      gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd
      bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena
      jelatang; b) ki suka memfitnah, penghasut; semiang kalam kecil
      (sedikit) sekali;
      habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ketakutan atau canggung
      kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~ ,
      bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu
      pekerjaan mendapat kesukaran sedangkan yg patut bersusah
      berdiam diri.
miap ark; tiap-~ tiap-tiap.
miatu Br begitu, spt itu.
MIC kep Malaysian Indian Congress (Kongres India Malaysia).
MIDA akronim bagi Malaysian Industrial Development Authority
      (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia).
midar Jw beredar, berkeliling.
MIDF kep Malaysian Industrial Development Finance (Syarikat
      Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad).
midi pakaian ( gaun, skirt, dsb) yg labuhnya sampai ke pertengahan
      betis.
midik; sidik-~ dgn teliti atau hati-hati sekali (memeriksa sesuatu).
mieloma (miéloma) (Ubat) tumor malignan pd sumsum tulang.
mielin (miélin) (Bio) sj bahan putih bak lemak yg melindungi sesetengah
      gentian saraf.
MIER (miér) akronim bagi Malaysian Institute of Economic Research
      (Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia).
migrain sakit kepala yg berdenyut-denyut, teruk dan berulangan
      datangnya (biasanya menyebabkan rasa sakit pd satu sisi atau
      bahagian kepala sahaja).
migran orang (atau haiwan) yg berpindah dr satu tempat (daerah,
      negara) ke tempat lain, penghijrah.
migrasi 1. perpindahan penduduk dr sebuah negara atau tempat ke
      negara atau tempat lain: ~ atau perpindahan ini berpunca antara
      lain kerana kegiatan ekonomi; 2. perpindahan (burung) dr satu
      tempat ke tempat lain apabila berlaku perubahan musim;
      bermigrasi melakukan migrasi: banyak kaum yg ~ ke Amerika
      Syarikat.
mihrab Ar bahagian masjid (surau, langgar, dll) yg menganjur ke kiblat
      (tempat imam memimpin sembahyang).
mihun 1. sj bahan makanan spt mi yg halus-halus (diperbuat drpd tepung
      beras); 2. masakan drpd mihun: ~ goreng; ~ sup.
miju = miju-miju sj tumbuhan (herba dan buahnya), Lens esculenta.
mik ark denyut nadi (pd pergelangan tangan).
mika I Pr kata ganti diri kedua, engkau, kamu.
mika II (Kim) sj galian spt kaca yg boleh digunakan sbg pembebat
      (elektrik), semendal, abrak.
Mikail malaikat yg tugasnya memberi rezeki.
mikin = semikin bp makin.
mikologi cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang kulat.
mikopatologi bidang patologi yg mengkaji penyakit yg disebabkan oleh
      kulat.
mikoriza (Bio) hubungan simbiosis antara kulat dgn akar tumbuhan
      peringkat tinggi.
mikosis (Ubat) penyakit yg disebabkan oleh kulat, mis kurap.
mikotoksin (Bio) toksin yg dihasilkan oleh kulat.
Mikraj Ar peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW naik ke langit.
mikro halus, kecil: secara ~;    neraca ~ Id dacing utk menimbang
      barang-barang yg sangat kecil.
mikro- awalan asing halus, kecil, mis mikrocip dan mikroorganisma.
mikrob organisma halus spt bakteria, virus, dan alga, yg biasanya hanya
      dapat dilihat dgn menggunakan mikroskop.
mikrobiologi cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang organisma
      seni.
mikrocip (Komp) kepingan silikon yg sangat kecil (dlm komputer) dan
      mengandungi litar elektronik yg boleh menyimpan sejumlah besar
      maklumat, data, dsb.
mikroekonomi (mikroékonomi) cabang ekonomi yg berkaitan dgn
      firma, komoditi, pengeluar, pengguna dsb tertentu serta hubungan
      ekonomi antara sektor-sektor yg berkenaan.
mikroelektronik (mikroéléktronik) cabang ilmu elektronik yg berkait
      dgn komponen dan pembinaan litar yg sangat halus.
mikrofilem filem utk mengambil gambar atau merakamkan bahan
      bertulis dlm saiz yg kecil: akhbar ini sebahagiannya terdapat dlm
      bentuk ~;
      memikrofilem(kan) merakamkan (menyimpan) bahan bertulis
      dlm bentuk mikrofilem.
mikrofis helaian filem foto yg dapat merakamkan data atau imej dlm
      saiz yg sangat kecil.
mikrofon alat utk mengubah gelombang bunyi menjadi gelombang
      elektrik bagi meninggikan tekanan bunyi spt dlm telefon, radio,
      dll, pembesar suara.
mikrogelombang (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn
      jarak gelombang antara 1-300 mm, digunakan terutamanya dlm
      perhubungan radio dan radar, memasak dsb, gelombang mikro.
mikrogram satu persejuta gram.
mikrograviti (Ast) graviti yg hampir sifar yg dialami oleh angkasawan
      di dlm kapal angkasa yg mengelilingi bumi.
mikrokomputer komputer yg kecil keupayaannya dan biasanya
      digunakan di rumah, sekolah, dsb.
mikrometer (mikrométer) 1. alat utk mengukur dgn tepat jarak,
      ketebalan dsb yg sangat kecil; 2. satu persejuta meter, mikron.
mikron ukuran panjang yg bersamaan dgn 0.000001 meter.
mikroorganisma (Bio) organisma halus (mis bakteria, virus, protozoa,
      dll) yg hanya dapat dilihat dgn mikroskop.
mikropemproses (mikropemprosés) (Komp) litar bersepadu tunggal yg
      berfungsi sbg unit pemprosesan pusat dlm mikrokomputer.
mikropsia (Ubat) kecacatan pelihatan yg menyebabkan sesuatu objek
      kelihatan lebih kecil drpd keadaannya yg sebenar.
mikrosaat satu persejuta saat.
mikrosatelit satelit kecil yg beratnya tidak melebihi 50 kg dan
      beroperasi dlm orbit rendah.
mikroskop alat yg menggunakan kanta utk menjadikan objek kecil
      kelihatan besar;
      ~ elektron mikroskop berkeupayaan tinggi yg menggunakan alur
      elektron utk menghasilkan imej yg diperbesar; ~ majmuk
      mikroskop yg mempunyai dua sistem kanta (kanta objek dan kanta
      mata); ~ ringkas mikroskop yg mempunyai sistem kanta tunggal.
mikroskopi penyelidikan yg dibuat dgn menggunakan mikroskop.
mikroskopik 1. berkaitan dgn (penggunaan) miskroskop; 2. terlalu kecil
      dan tidak dapat dilihat dgn mata kasar: ternyata bilangan
      kompleks dapat dgn baik menjelaskan struktur ~ alam.
mikrosurgeri (Ubat) pembedahan rumit yg dilakukan ke atas bahagian-
      bahagian tubuh yg sangat halus spt tisu, sel dll dgn bantuan
      mikroskop khas.
mikroton (Muz) jeda yg lebih kecil drpd semiton.
mikrowatt unit kuasa yg bersamaan dgn satu persejuta (10-6) watt.
miksomatosis sj penyakit arnab yg berjangkit dan membawa maut.
miku sj tumbuhan (pokok), Artocarpus lowii.
mil Id ukuran jarak yg bersamaan dgn 1760 ela, batu.
milenium (milénium) tempoh masa seribu tahun, alaf.
milieu persekitaran sosial sekarang: seorang pencipta sastera apakala
      dia merakamkan suara hatinya, dia memancarkan ~ dan semangat
      masyarakatnya.
miligram ukuran berat yg bersamaan dgn 0.001 gram.
milik 1. kepunyaan, hak: semua tanah adalah ~ kerajaan pusat; ia
      berharap Asmah akan menjadi ~nya pd suatu masa kelak; ~ bebas
      kepunyaan atau hak memiliki (tanah) yg tidak dibataskan tempoh
      hak miliknya dll; 2. Id nasib baik, beruntung;
      memiliki 1. mempunyai: rakyat berhak ~ harta; 2. mengambil
      atau menjadikan sesuatu hak milik: tidak dibenarkan ~ hak orang;
      termilik menjadi milik;
      milikan apa yg dimiliki: kejayaan negara mengikut ~ modal
      saham;
      pemilikan perihal memiliki: ~ tanah;
      pemilik yg empunya, tuan punya.
milik negara kepunyaan atau hak negara (spt perusahaan tertentu dll);
      memiliknegarakan       menjadikan      (sesuatu)   milik   negara,
      menasionalisasikan: beliau ~ harta mereka di Cuba;
      pemiliknegaraan perbuatan menjadikan (sesuatu) milik negara,
      nasionalisasi.
mililiter ukuran banyak yg bersamaan dgn 0.001 liter.
milimeter (miliméter) ukuran panjang yg bersamaan dgn 0.001 meter.
milir ke hilir;    hilir.
milisaat satu perseribu saat.
milisi IB 1. kewajiban utk berkhidmat dlm tentera, kerahan tenaga (dlm
      tentera) yg diwajibkan; 2. orang yg masuk tentera oleh kerana
      kerahan.
militan 1. sedia utk berjuang atau berperang; 2. cenderung menggunakan
      keganasan, kekerasan, atau tekanan kuat utk mencapai sesuatu
      tujuan: pelajar ~.
militarisme faham ketenteraan.
militer (militér) Id askar, tentera, ketenteraan; latihan ~ latihan tentera.
militia pertubuhan yg bergerak ala tentera tetapi para anggotanya
      bukanlah tentera profesional: peperangan ke atas penduduk
      Bosnia oleh ~ Serbia.
millah Ar golongan (agama): umatku akan berpecah kpd 73 ~ yg
      semuanya masuk neraka, kecuali satu ~.
milo Id; sekolah ~ sekolah menengah rendah pd zaman penjajah.
milu ark jagung.
milyar seribu juta.
milyuner (milyunér) jutawan.
mim 1. huruf yg ke-24 abjad Arab (mempunyai nilai 40); 2. huruf ke-28
      abjad Jawi.
mimbar 1. Ar sj pentas atau panggung di dlm masjid tempat berkhutbah;
      2. Id ruangan (dlm surat khabar dll) tempat melahirkan fikiran atau
      pendapat.
mimeograf (miméograf) salinan stensil yg dicetak dgn mesin
      mimeograf: manuskrip itu telah disediakan dlm bentuk ~.
mimi Jw belangkas.
mimik I ark; termimik-mimik terkecap-kecap (ketika makan).
mimik II    memek II.
mimik III meniru, mengajuk gaya, cara, dll seseorang atau sesuatu;
      kemimikan (Bio) keadaan sifat, ciri, dll sesuatu haiwan yg
      menyerupai sifat, ciri, dll haiwan lain.
mimis peluru yg bulat-bulat, penabur.
mimisan Jw keluar darah dr hidung.
mimos (Sas) lakonan bersahaja dlm persembahan teater yg hanya
      menggunakan isyarat gerak-geri dan mimik muka tanpa sebarang
      perkataan utk mengungkapkan sesuatu kejadian, watak, aksi dsb.
MIMOS akronim bagi Malaysian Institute of Microelectronic Systems
      (Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia).
mimosa semalu.
mimpi 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-
      galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu
      perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi
      gaduh;
      bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya
      berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan;
      memimpikan 1. = bermimpikan bermimpi akan sesuatu: malam
      itu   Bidin   tidur   bermimpikan     lampu-lampu   hijau   merah
      bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan
      sesuatu (yg bukan-bukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap
      acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak
      kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~
      kehormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasyhuran, dan cinta
      wanita;
      termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin
      dapat dicapai (diperoleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh
      menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk
      pengembaraan ke bintang yg lain pula;
      termimpi-mimpi       1.    bermimpi   kerana   teringat-ingat   atau
      terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm
      ingatan;
      termimpikan dimimpikan: satu ketika dahulu, dia tidak pernah ~
      hak ini;
      mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki
      cita-cita (yg mustahil); impi.
mimpin                     pimpin I.
min nilai hitung panjang (pukul rata) bagi sesuatu set nombor; ~ hujan
      tahunan nilai hitung panjang hujan tahunan.
mina I ark sj ikan, ikan paus.
mina II Jk; burung ~ tiung.
minalaidinwalfaizin Ar semoga termasuk dlm golongan orang yg
      kembali kpd fitrah (suci drpd dosa) dan beroleh kejayaan, biasanya
      diucapkan pd Hari Raya Aidilfitri.
Minang singkatan bagi Minangkabau: orang ~.
Minangkabau suku bangsa yg tinggal di (atau berasal dr) wilayah
      Minangkabau, Indonesia.
minantu Mn menantu.
minat keinginan (kesukaan, kecenderungan) kpd sesuatu: mereka
      mendengar cerita orang tua itu dgn penuh ~;
      berminat menaruh perhatian akan, cenderung kpd, gemar akan:
      seluruh dewan penuh sesak dgn mereka yg ~ dlm jurusan siasah
      negara;
      meminati menggemari, memerhatikan, menginginkan: kumpulan
      anak muda yg baru belajar ~ sastera; tulisan Ibnu Sina, Imam
      Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh
      pendeta Barat;
      peminat orang yg berminat (kpd sesuatu), penggemar: mudah-
      mudahan buku ini dapat sambutan drpd para ~ kesusasteraan
      Melayu seluruhnya.
minatu     benatu.
minda akal fikiran, daya berfikir: ~ yg disuburkan dgn ilmu
      pengetahuan yg banyak, akan menjadi alat yg tajam utk mengatasi
      berbagai-bagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru; kita
      kurang menggunakan ~ utk berfikir.
mindi; ~ kecil sj tumbuhan (pokok yg kulitnya dibuat ubat kudis dll),
      Melia azedarach.
minduk Kl; tok ~ penolong (perantara) dlm permainan puteri.
mindring     mendreng.
mineral 1. bahan pepejal berhablur spt kuarza, arang batu, uranium, dsb,
      yg terdapat secara semula jadi dlm kerak bumi dan batuan, bahan
      galian; 2. unsur bukan organik yg ringkas, biasanya diperlukan
      dlm kuantiti sedikit utk menjalankan metabolisme badan: tubuh
      kita memerlukan beberapa ~ utama utk tumbesaran dan
      kehidupan yg sihat; bawang putih juga mengandungi dua ~
      pelindung, iaitu selenium dan germanium, yg baik utk kesihatan
      tubuh manusia;
      memineralkan menjadikan sesuatu bahan mengandungi mineral.
mineralogi kajian tentang mineral.
minggat Jw meninggalkan keluarga, kampung, tempat tinggal, tempat
      kerja dll secara diam-diam kerana merajuk atau kecewa: pekerjaku
      sudah ~ semua.
minggir                                pinggir.
minggong Jh bingung.
minggu 1. = hari ~ hari Ahad; 2. tujuh hari, pekan: se~ yg lalu, dua
      orang lagi pemuda Melayu telah ghaib entah ke mana;
      berminggu-minggu beberapa minggu, banyak minggu (lamanya
      dsb): bukannya sehari dua, malah ~ lamanya;
      mingguan 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku
      berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg
      diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diterbitkan) setiap
      minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil
      akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi;
      seminggu-mingguan sepanjang minggu.
mingkin Jk makin;
      mingkinan makin sangat, bertambah sangat.
minhaj Ar manhaj.
mini sangat kecil, sangat pendek: bas ~; karipap ~; pasar ~.
mini- awalan asing sangat kecil atau singkat, mis miniskirt.
miniatur 1. lukisan (atau catan) yg sangat kecil, terutamanya lukisan
      seseorang; 2. salinan atau model sesuatu objek dlm bentuk yg
      dikecilkan; 3. (bkn sesuatu yg ditiru) sangat kecil, kenit.
minikomputer sj komputer yg keupayaan pemprosesannya agak tinggi,
      antara keupayaan mikrokomputer dan kerangka utama.
minim IB sedikit atau kecil sekali.
minima     minimum.
minimum (bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali;
      meminimumkan mengurangkan dsb ke paras yg minimum atau
      paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan
      sinaran yg tidak dapat dielakkan;
      peminimuman perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu
      ke tahap paling rendah: soal ~ kos.
miniskirt skirt yg sangat singkat (labuhnya dr atas paras lutut).
minit I tempoh masa yg lamanya 60 saat, 1/60 jam.
minit II catatan tentang apa yg telah diperkatakan (dibincangkan) atau
      dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dll).
minoriti golongan kecil orang yg sama keturunan, agama, budaya, dsb
      yg tinggal di sesebuah tempat (negara, daerah, dsb) yg majoriti
      penduduknya berlainan keturunan, agama, dsb: kaum ~.
minta 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk
      mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak
      Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu
      ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucapkan
      (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya
      menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya),
      haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan;
      ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~
      maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu
      hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan
      pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk meminta
      selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~
      janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~
      sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a)
      memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya
      dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih
      mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd
      orang lain);
      minta-minta 1. = berminta-minta, meminta-minta minta
      sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan,
      moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini;
      berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran
      utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam;
      meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati);
      memintai memohonkan sesuatu berkali-kali, banyak yg diminta,
      memohon, memohon kpd;
      memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll);
      permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya
      menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2.
      sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya
      dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan
      Tuhan): sudahlah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4.
      (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang
      atau perkhidmatan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu;
      peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl
      permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg
      ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk.
mintak I bp minta.
mintak II Ar ikat pinggang, bengkung.
mintakat Id bahagian atau daerah, kawasan; ~ dingin daerah berhawa
      dingin.
mintakulburuj Ar garisan melengkung khayalan di langit yg terbahagi
      kpd 12 bahagian dan tiap-tiap satu dinamakan mengikut nama
      gugusan bintang dua belas, zodiak.
mintal montok, montel (kanak-kanak).
minterat Id, bp perbandaran.
mintuna ark 1. gamat; 2. bintang (rasi, Gemini).
minum = meminum 1. meneguk atau menelan sesuatu yg cair (air, susu,
      dll); 2. Id menghisap (rokok, candu, dll): janganlah engkau ~
      madat,    kerana   itu   mendatangkan      beberapa   celaka   dan
      kebinasaan; ~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena,
      mandi tak basah prb seseorang yg sangat bersusah hati;
      meminumkan 1. memberi minum kpd: seorang menyediakan
      makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dgn sepuas-puasnya;
      2. menyuruh (meminta supaya) minum; ~ kuda;
      terminum 1. minum dgn tidak sengaja, telah atau sudah diminum;
      2. boleh (dapat) diminum;
      minuman barang cair yg boleh diminum; ~ keras minuman yg
      memabukkan;
      peminuman perbuatan (proses) meminum air dsb: bahan
      radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses pemakanan
      dan ~;
      peminum orang yg suka (gemar, ketagih) meminum minuman
      keras.
minus 1. kurang, dikurangi; daerah ~ Id daerah yg kurang menghasilkan
      bahan makanannya; 2. tolak; tanda ~ tanda tolak.
minyak I cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd
      tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair;
      ~ angin sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut,
      dll) yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; ~ atar sj minyak
      wangi (berasal dr negara Timur Tengah); ~ babi cairan lemak
      babi; ~ bakar Id minyak utk menjalankan enjin (kapal dll); ~ bata
      minyak yg diperbuat drpd buah suntai (boleh dimakan); ~ benzin
      minyak utk menggerakkan jentera dll; ~ bumi beberapa jenis
      minyak yg di lombong dr bumi; ~ cat minyak utk mencairkan cat;
      ~ cenduai sj minyak guna-guna (utk menarik hati perempuan); ~
      diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel; ~ galian minyak
      bumi; ~ gas = ~ tanah minyak yg mudah terbakar (dipakai utk
      lampu dll); ~ goreng minyak utk goreng-menggoreng; ~ gosok
      minyak yg digunakan utk mengurut; ~ hitam a) minyak yg agak
      pekat utk melicinkan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg
diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya
(mengawet kayu dll); ~ ikan minyak drpd lemak ikan paus dsb; ~
jarak (kelapa, zaitun, dll) minyak yg dibuat drpd buah jarak
(kelapa, zaitun, dll); ~ kacang minyak yg diperoleh drpd kacang
tanah, biasanya digunakan dlm masakan, produk farmaseutikal,
sabun dsb; ~ kelapa minyak yg diperoleh drpd isi kelapa dan
digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ kelung air atau
cairan yg keluar dr pipi gajah yg sedang naik berahi; ~ kelonyor sj
minyak yg harum dan mudah meruap (eau de Cologne); Id ~ lincir
= ~ pelicin minyak utk melicinkan perjalanan mesin dll; ~ linsid
minyak berwarna perang dan mudah terbakar yg diekstrak drpd
biji flaks, digunakan dlm pembuatan cat, dakwat pencetak,
linoleum, varnis dsb; ~ masak minyak spt minyak kelapa dan
minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau menggoreng
makanan; ~ mentah minyak yg dilombong dan belum diolah lagi;
~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum yg
digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm perubatan; ~ pati
minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan mempunyai bau atau
perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dlm membuat
minyak wangi, sbg perisa dsb; ~ parafin minyak tanah; ~ pekat Id
salap; ~ pelincir minyak utk melicinkan atau melancarkan
pergerakan bahagian-bahagian enjin; ~ perlu campuran alkohol,
ester, aldehid, keton, dll yg diekstrak drpd bahagian tumbuhan spt
bunga, daun atau kayu, dan digunakan utk membuat minyak wangi
dan perisa makanan;~ petrol minyak utk menjalankan enjin dll; ~
rambut minyak utk melicinkan rambut; ~ regular = ~ biasa
minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg
rendah; ~ sapi = ~ samin sj minyak yg diperbuat drpd susu lembu
dll; ~ sawit minyak yg diperoleh drpd buah kelapa sawit dan
digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ sayur minyak yg
diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk memasak,
membuat majerin dsb; ~ super minyak petrol tanpa plumbum yg
mempunyai kadar oktana yg tinggi; ~ tetap minyak lemak yg tidak
meruap yg diperoleh drpd sayur-sayuran atau haiwan dan
digunakan utk membuat bahan pelincir, sabun dsb; ~ wangi = ~
raksi minyak yg berbau harum (bau-bauan);
~ dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg
tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu; ~ duyung
perendang duyung = ~ kita juga yg digorengkannya prb seseorang
telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya
dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri; ~ habis sambal tak
enak prb kekecewaan dlm perjodohan anak dgn menantu; licin
kerana ~ berminta, elok kerana kain berselang prb sindiran utk
merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta
atau barang yg dipinjam; memasukkan ~ tanah prb menyalakan
marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat;
sesudah arang-arang hendak ~ pula prb sesudah mengotorkan
nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu;
berminyak 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak,
mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan
D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~;
~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll);
pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu
maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai
menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik;
~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan
janganlah kepalang, biarlah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak
licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung;
      meminyaki memberi berminyak, membubuh minyak pd, melumuri
      dgn minyak: ia sibuk ~ segala bahagian jentera yg bergerak;
      perminyakan perihal minyak (perlombongannya dll); sakramen ~
      Id sj upacara bersembahyang utk orang yg hampir akan mati
      (Roman Katolik).
minyak II; ~ beruk betina (putih) sj tumbuhan (pokok), dedali paya,
      Xanthophyllum curtisii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Cynodon
      dactylon; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput sepat,
      Daemonorhops augustifolius; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai),
      Isachne globosa.
mioglobin (Ubat) protein yg membawa oksigen, yg mengandungi zat
      besi dan terdapat dlm sel otot.
miologi kajian tentang struktur, fungsi dan penyakit otot.
miopia (Ubat) cacat pelihatan yg menyebabkan objek jauh tidak dapat
      dilihat dgn jelas, rabun jauh.
mipat Kl salah, silap.
mipis ark nipis, tipis.
mir Pr gelaran utk orang lelaki yg beribukan syarifah dan berbapakan
      orang kebanyakan.
mirah sj permata yg berwarna merah.
mirai ark; tirai-~ bermacam-macam tirai.
mirat (mir.at) Ar cermin.
miriapod (Bio) haiwan (spt lipan, gonggok, dll) dlm kumpulan
      Myriapoda, berkaki banyak, badannya panjang serta beruas-ruas.
mirih Mn meleleh.
miring 1. rendah sebelah (lantai dll), tidak datar; 2. tidak tegak (letak
      sesuatu), condong: ia memakai songkok yg diletakkan ~ ke kanan;
      tulisan ~ tulisan condong; 3. senget (perahu, kapal, dll): kapal
      mereka mulai ~; 4. = otak ~ bp agak gila, kurang siuman; 5. ki
       berat sebelah (pengadilan, hukuman, dll), tidak adil; biar ~
       asalkan jangan tertelungkup prb tidak mengapa rugi sedikit
       asalkan jangan habis semua sekali;
       memiringkan        menjadikan     (meletakkan,         membuat)   miring,
       mencondongkan, menyengetkan: payung mereka dimiringkan ke
       sebelah.
mirip hampir sama atau serupa (dgn), menyerupai benar: mukanya ~ ke
       wajah ayahnya;
       kemiripan perihal atau keadaan mirip (dgn).
miris bocor, tiris; tiris-~ terlalu tiris, banyak tirisnya.
mirmekologi (mirmékologi) cabang zoologi yg berkaitan dgn kajian
       tentang semut.
miruk Kl berasa gerun atau takut.
mis. kep misalnya.
misa Id = ~ kudus = ~ suci upacara persembahan korban (roman
       Katolik).
misai I bulu yg tumbuh antara bibir atas dgn hidung, kumis;
       ~ bertaring bagai panglima, sebulan sekali tak bunuh orang prb
       rupa sahaja yg hebat dan garang, tetapi pengecut; spt ~ pulang ke
       bibir prb kembali ke tempat asalnya.
misai II; daun ~ kucing sj tumbuhan, ara batu; rumput ~ adam sj
       tumbuhan (rumpai), Themeda arguens.
misal = misalan umpama, perumpamaan (perbandingan), contoh;
       ~ kata andai kata, seandainya; ~nya contohnya;
       semisal seperti, sebagai, seumpama;
       memisalkan mengumpamakan, mengibaratkan: dimisalkan dia
       sungguh melamar diriku, tentu harus kita ketahui asal usul dan
       sifat tabiatnya.
misali berkaitan dgn seseorang yg boleh dijadikan contoh atau
      diteladani: ibu ~.
misan I bp manisan.
misan II Jk saudara sepupu.
misbah Ar lampu, pelita.
MISC kep Malaysia International Shipping Corporation (Perbadanan
      Perkapalan Antarabangsa Malaysia).
miselium (Bio) jalinan bebenang halus yg membentuk jasad kulat dan
      merupakan bahagian yg terlibat dlm pembiakan tanpa seks.
misi I 1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas;
      2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg
      dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh
      seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ organisasi saya ialah
      mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan
      yg paling akrab dgn keperluan negara.
misi II bp panggilan umum utk jururawat.
misih bp masih.
misil senjata yg dilancarkan utk menuju ke sasarannya secara kawalan
      jarak jauh atau kawalan automatik: ~ balistik.
mising Kd cirit dan muntah-muntah kerana memakan kerang yg busuk.
miskal ukuran berat yg besarnya lebih kurang 4.2 gram (utk menimbang
      emas atau perak).
miskin tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang
      keperluan hidup), melarat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~
      rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik
      terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd
      kekayaan;
      memiskinkan menjadikan miskin;
      kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit
      jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu
      lantaran ~;
      pemiskinan perihal, perbuatan atau tindakan memiskinkan.
misoa, misoi sj bihun halus.
misogami perasaan benci terhadap perkahwinan.
misogini perasaan benci terhadap orang perempuan, terutamanya oleh
      orang lelaki.
misoginis lelaki yg benci pd orang perempuan.
mistar Ar 1. kayu pembaris, kayu skala; 2. baris, garis; ~ hitung sj kayu
      pembaris yg mempunyai bahagian yg boleh dikesot-kesot
      (digunakan utk mengukur dgn cepat).
misteri 1. peristiwa, fenomena, dll yg tidak dapat diterangkan; 2. cerita,
      filem, dll yg menimbulkan rasa ingin tahu dan saspens oleh sebab
      fakta-faktanya tersembunyi; 3. orang atau benda yg menimbulkan
      rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui , kabur,
      atau membingungkan: banyaklah ~ yg tidak pernah dapat dicari
      jawabannya;
      kemisterian keadaan penuh misteri.
mistik 1. suluk, tasawuf: dlm hal agama dan ~, ayah sangat fanatik; 2.
      keadaan ghaib yg tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia,
      keanehan, keajaiban;
      kemistikan keadaan mistik.
mistis IB bersifat mistik, mengandungi mistik atau unsur-unsur ghaib: di
      kalangan masyarakat Dayak, Melayu memang dipercayai suatu
      kaum yg memiliki kuasa ~.
mistisisme aktiviti keagamaan yg diamalkan dgn tujuan mencari
      pengetahuan dan kebenaran utk mendekati Tuhan (melalui
      meditasi dan sembahyang).
mistri Id penjaga geladak kayu di kapal.
misuh Jw memaki.
mitar sl penembak meriam.
mitasi I IB bp tiruan, palsu.
mitasi II      mutasi.
mithali     misali.
miting bp mesyuarat, perundingan.
mitologi 1. kumpulan (cerita) mitos; 2. kajian tentang mitos.
mitos 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg
      mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang
      sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian
      alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar
      atau direka-reka, dongeng;
      memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos:
      beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja
      yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-
      dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg
      ~ tokoh-tokoh tersebut;
      kemitosan       perihal   (keadaan, sifat) mitos:   penjelasan yg
      meyakinkan wujudnya ~ sumpahan tersebut;
      pemitosan perihal memitoskan: ada obsesi utk menemukan akar,
      nostalgia dan akhirnya ~ tanah asal yg telah hilang.
mitraliur IB senapang mesin.
mizan Ar 1. neraca; 2. nama segugusan bintang (Libra).
mizmar (Muz) sj serunai Arab.
Mk. kep Mukim.
MKBK kep Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan.
mks kep meter, kilogram, dan saat (sistem unit asas).
MLH kep Maktab Latihan Harian (maktab tempat melatih guru sekolah
      rendah).
mm kep milimeter.
MMS kep multimedia messaging service (khidmat pesanan multimedia,
      iaitu khidmat yg membolehkan teks ringkas, e-mel, gambar dsb,
      dan bahan berbentuk multimedia dihantar dan diterima dgn
      menggunakan telefon bimbit yg biasanya mempunyai sistem
      WAP, komputer peribadi dsb).
Mn simbol kimia bagi mangan.
MNLF kep Moro National Liberation Front (Barisan Pembebasan
      Kebangsaan Moro).
Mo simbol kimia bagi molibdenum.
mobil IB 1. = automobil motokar, kereta; 2. mudah bergerak atau
      digerakkan (dipindah-pindahkan); ~ briged pasukan yg boleh
      bergerak dgn cepat;
      bermobil 1. mempunyai kereta; 2. naik kereta.
mobilisasi 1. pengerahan orang utk masuk askar, kerah tenaga; 2.
      pergerakan atau peredaran sesuatu sumber (kewangan dsb) utk
      mencapai tujuan tertentu: jumlah modal itu telah mengehadkan ~
      dana;
      memobilisasi, memobilisasikan 1. mengerahkan orang supaya
      masuk askar, mengerahkan tenaga; 2. menggerakkan sesuatu
      sumber (kewangan dsb) supaya beredar atau berpusing utk
      mendatangkan keuntungan dsb: syarikat itu berfungsi utk ~
      simpanan agar para penyimpan memperoleh keuntungan.
mobilisir IB; memobilisir Id mengerahkan (tentera dll).
mobiliti perihal mudah bergerak atau digerakkan, perihal mudah
      berpindah tempat tinggal (bertukar pekerjaan dsb);
      ~ industri kebolehan pekerja berpindah dr satu industri ke satu
      industri yg lain; ~ mendatar pergerakan individu atau kumpulan
      dlm sesuatu masyarakat ke kedudukan (jawatan dsb) yg berlainan
      drpd yg diduduki sebelumnya tetapi tidak berubah dr segi status,
      kekuasaan, kelas dsb; ~ menegak perubahan kedudukan individu
      atau kumpulan dlm sesuatu masyarakat dr segi kelas, kekuasaan,
      status dsb; ~ pekerja (Eko) kebolehan para pekerja bertukar kerja
      atau berpindah tempat kerja.
mobrik Id kep mobile brigade (pasukan polis yg bersenjata spt tentera).
mocok Jw bekerja sementara (utk menggantikan orang dll).
mod (Komp) salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian
      pemprosesan sistem; ~ capaian pilihan tertentu drpd pelbagai
      kaedah capaian ingatan yg boleh dilakukan dlm sistem.
modal 1. wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau
      pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah
      kekayaan dll), pokok (utk berniaga): jika sesuatu perniagaan itu
      rugi, akan tibalah masanya ~ utk menjalankan perniagaan itu
      habis; barang ~ barang-barang yg dapat menghasilkan barang-
      barang lain (spt alat penenun dll); penanaman ~ perihal
      menggunakan modal utk mendapat keuntungan (dlm perniagaan,
      perusahaan, dll); 2. ki sesuatu yg digunakan utk mendapatkan atau
      mencapai sesuatu yg lain: kerbau itu cukup dijadikan ~ utk
      beristeri; baginya pelajaran adalah ~ terpenting utk mencapai
      kejayaan; 3. ki bp buah fikiran, idea: aku kehabisan ~ utk
      menyampuk cakap teman-temanku;
      ~ bergerak = ~ berpusing modal yg boleh berpindah-pindah (spt
      barang-barang mentah, wang, dll); ~ campuran modal (usaha)
      gabungan; ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu
      perniagaan; ~ sambut buah fikiran orang lain yg digunakan dlm
      sesuatu percakapan (perbincangan dll); ~ tetap modal yg tidak
      dapat dipindah-pindahkan (tanah, bangunan, dll);
      semodal berkongsi dlm perusahaan, ikut serta dlm urusan
      perniagaan dll; orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm
      perusahaan dll;
      bermodal mempunyai modal: golongan kapitalis ~ besar;
      bermodalkan mempunyai (atau menggunakan) sesuatu sbg
      modal: beliau memulakan perniagaan dlm bidang hiasan dalaman
      dgn ~ wang sebanyak RM25 ribu;
      memodali memberi modal (utk sesuatu perniagaan, perusahaan,
      dll): beberapa orang saudagar telah ~ lombong-lombong itu;
      kemodalan perihal modal, bersifat mencari untung;
      permodalan; syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm
      perniagaan atau perusahaan lain utk mendapat keuntungan;
      pemodal orang yg memberi modal, penanam modal: kebanyakan
      rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yg
      semata-mata mencari keuntungan.
modalwan Id pemodal, kapitalis.
modar = mati ~ Jw a) mati dgn tidak disembelih (binatang); b) bk mati
      sia-sia, mati mengejut, mampus.
mode kebiasaan yg berlaku pd sesuatu waktu (pakaian, perhiasan, dll),
      cara (corak, ragam) yg terpakai pd waktu tertentu, fesyen.
model (modél) 1. ragam (pakaian dll), cara, fesyen, jenis, dan reka
      bentuk tertentu sesuatu barang yg dikeluarkan: motokar kerani ~
      lama sahaja; 2. barang tiruan yg sama bentuk dan rupanya spt yg
      asal tetapi lebih kecil: kanak-kanak lelaki lebih suka membuat ~
      kapal terbang drpd membuat pakaian anak patung; 3. peragawan
      atau peragawati; 4. seseorang atau sesuatu yg dapat dijadikan
     contoh (utk ditiru atau diteladani): kanak-kanak memerlukan ~ yg
     baik, yg boleh ditiru dlm perkembangan bahasa lisan yg baku.
modeling pekerjaan, kegiatan dsb sbg model (peragawan atau
     peragawati)    utk   memperagakan    fesyen   pakaian,   aksesori
     kecantikan dsb: tidak salah kalau mereka menceburi ~ asalkan
     bijak membahagikan masa; dia menyertai pertandingan ini
     kerana meminati ~.
modem (modém) (Komp) sj peranti yg digunakan utk membolehkan
     komputer berhubung antara satu sama lain melalui talian telefon; ~
     akustik modem yg menggunakan pengganding akustik utk
     menyambungkan komputer pd gagang telefon.
moden dr masa sekarang, berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara
     (kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan ~;
     memodenkan menjadikan moden, membuat supaya jadi moden,
     membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan
     mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya;
     kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dsb) moden: baik
     kaunseling dlm bentuknya sekarang yg banyak diselubungi ~,
     mahupun pd zaman awalnya yg lebih merupakan bimbingan
     akhlak semata-mata;
     pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal
     menjadi moden, pembaruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih
     bersungguh-sungguh      utk   mempercepat      ~    negeri     itu;
     penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa
     perlu berlaku di negara-negara membangun.
modenis orang yg menyokong fahaman modenisme: antara golongan
     ulama dan ~.
modenisasi perihal, proses, atau perbuatan memodenkan, pemodenan:
     para sasterawan menjadi penggerak utama dlm proses ~ bahasa
      Melayu di Nusantara; masyarakat yg rata-rata bersifat berpuak-
      puak dan agraria ini tiba-tiba mendapati dirinya berdepan dgn
      pembangunan dan ~.
modenisme 1. pemikiran cara moden; 2. fahaman dan pendekatan seni
      yg menekankan seni lukis moden.
moderat 1. tidak keterlaluan (melampau), sederhana; 2. golongan
      (orang) yg berfahaman atau bersikap sederhana (mis dlm politik).
moderator 1. orang yg mengendalikan, mengawal dsb perbincangan dll
      supaya dapat mencapai kata sepakat, berjalan lancar dan teratur:
      beliau akan menjadi ~ utk sesi dialog yg pertama; 2. orang yg
      memastikan kekonsistenan piawai-piawai yg digunakan dlm
      memarkahi kertas peperiksaan dsb oleh para pemeriksa yg
      berlainan; 3. (Fiz) bahan yg digunakan utk melambatkan
      pergerakan neutron dlm reaktor nuklear: bahan berilium oksida
      digunakan sbg ~ neutron dlm reaktor nuklear dan sbg penebat
      elektrik.
moderen (modéren) IB      moden.
modifikasi proses (perbuatan, tindakan dsb) mengubah sedikit sesuatu
      (keadaan, sifat dsb) supaya sesuai dgn keperluan (situasi, sifat,
      tujuan dsb) yg dikehendaki, pengubahsuaian: penyunting terpaksa
      membuat ~ dlm cerita rekaannya itu; kaedah ~ tingkah laku klasik
      digunakan utk merawat penghidap skizofrenia;
      memodifikasi membuat atau melakukan modifikasi terhadap
      sesuatu, mengubah suai: mereka juga boleh ~ tingkah lakunya
      mengikut keadaan; rawatan itu melibatkan manipulasi tubuh
      pesakit secara fizikal serta ~ perlakuan, makanan, ubat dan
      persekitaran sosial dan fizikalnya.
modiste IB pembuat baju wanita.
modol; jorok ~ Id sangat pengotor.
modul 1. unit atau bahagian tersendiri yg lengkap dgn komponennya yg
      melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dgn unit-unit
      lain dlm sesuatu yg lebih besar; 2. kursus, pelajaran (latihan dsb)
      yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu
      kelayakan atau kemahiran.
modulasi alun (tekanan) suara, perubahan nada yg tepat.
modus cara, gaya (aturan dll); ~ operandi cara (prosedur dsb) utk
      melakukan (melaksanakan) sesuatu.
modus vivendi (modus vivéndi) (Latin) kesepakatan sementara antara
      pihak yg bertelagah sebelum mencapai suatu penyelesaian.
moga I; moga-moga, semoga mudah-mudahan, kiranya, hendaknya,
      agar: ia berdoa ~ dipelihara Allah akan anaknya itu bersama-
      sama dgn ibunya; semoga tuan berbahagia.
moga II Kl benda, barang, perkara.
mogok 1. tidak bergerak (berjalan dll), berhenti: motokarnya ~ di tengah
      jalan raya; 2. tidak mahu bekerja: kalau tidak dipenuhi tuntutan
      kita ini, kita ~;
      ~ duduk mogok dgn tidak meninggalkan tempat kerja; ~ kilat
      mogok yg dilancarkan secara tiba-tiba tanpa memberikan apa-apa
      amaran sebelumnya; ~ lapar = ~ makan Id mogok dgn tidak mahu
      makan (sbg bantahan dll); ~ liar mogok yg dianjurkan oleh
      sekumpulan ahli kesatuan sekerja, biasanya tanpa kelulusan rasmi
      pemimpin kesatuan sekerja, dan kadang-kadang tidak mengikut
      atur cara yg biasa;
      pemogokan perihal mogok: ~ buruh kereta api;
      pemogok orang yg mogok.
moh bp ayuh, mari.
mohair (Tks) 1. bulu kambing Angora yg panjang, lembut dan halus; 2.
      benang atau kain yg diperbuat drpd bulu kambing Angora yg
      panjang, lembut dan halus.
Mohd. kep Mohammad.
mohon 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2.
      sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka
      titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara
      Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “ ~ patik, tuanku”;
      bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun
      menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan
      permintaan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng
      Perani pun ~lah kpd sultan;
      memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini;
      memohonkan       memintakan     (sesuatu   drpd):   mahu     aku   ~
      kehendakmu itu kpd Allah Taala;
      permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk
      mendapat kerja ditolak;
      pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II.
mohor cap (yg memperkenalkan sesuatu), tera, materai;
      ~ syarikat materai syarikat; cap ~ cap raja; cincin ~ cincin utk
      mematerai surat dll.
mojah kaus kaki, sarung kaki.
moka (ERT) sj kopi berperisa kuat yg dijadikan sbg bahan perasa kopi
      dan coklat dlm campuran kopi, kek, aiskrim dsb: aiskrim ~.
mokoh Tr duduk dgn menopang dagu.
mol (Kim) unit bagi banyaknya bahan yg mengandungi unit asas spt
      atom, ion, elektron, molekul, dll (yg bersamaan bilangan atom
      karbon dlm 0.012 kg isotop karbon yg berat atomnya 12).
mola Kl kendi besar yg dibuat drpd tanah liat putih.
mole (molé) sj tembakau.
molek (molék) cantik, bagus, elok (perbuatan, pakaian, dll);
      memolekkan menjadikan molek;
      kemolekan perihal molek, kecantikan, keelokan.
molekul (molékul) unit paling kecil sesuatu sebatian yg terdiri drpd dua
      atau lebih atom.
moler (molér) Jk perempuan lacur, sundal.
molibdenum (molibdénum) (Kim) sj unsur logam berwarna kelabu atau
      hitam dan digunakan utk membuat aloi, keluli, dsb.
molong Jh; buah ~ sj kuih drpd tepung yg dimasak dgn gula.
molor (Sunda) bk tidur.
molos (Sunda) ark mudah masuk (ke dlm lubang dll), lulus.
moluska golongan binatang yg berkerang (spt siput, tiram, dll), binatang
      lunak.
MOM kep Majlis Olimpik Malaysia.
momber (mombér) Kl (tanah yg) berlumpur.
momen (momén) I waktu yg sangat singkat, saat, detik, ketika.
momen     (momén)     II   (Fiz)   (ukuran)   kecenderungan    daya   utk
      menghasilkan gerakan berputar.
momentum (moméntum) 1. daya yg mendorong pergerakan sesuatu:
      maka hasilnya tidak seberapa, lalu timbullah kekecewaan dan
      hilanglah ~nya; namun Jepun moden itu sendiri ternyata sedang
      menghadapi semangat yg kian kendur di kalangan generasi
      mudanya utk meneruskan ~ pemodenannya; 2. hasil darab jisim
      dgn halaju sesuatu jasad.
momok 1. sj hantu yg disebut-sebut utk menakut-nakutkan kanak-kanak;
      2. ki sesuatu yg ditakuti (ancaman, tipu helah, dll): agak sukar utk
      kita melihat ~ politik di sebalik sikap mereka itu;
      memomokkan        1.   mendatangkan    rasa   takut,    menakutkan,
      mengerikan, menggelisahkan: pihak penjajah telah ~ gerakan utk
      menegakkan semula asas keturunan Melayu; 2. membenci,
      memusuhi: kaum penjajah ~ orang yg masuk politik;
      memomok-momokkan menimbulkan atau menyebabkan rasa
      takut-takut, menakut-nakutkan: hari ini juga anak bangsa terus
      dibuai dan dimomok-momokkan dgn kisah silam yg semakin
      kusam;
      momokan bayangan perasaan yg menghantui atau menakutkan:
      mungkin imaginasi anda sendiri akan menimbulkan pelbagai
      masalah, halangan, dan ~ tentang diri anda.
monarki kerajaan (negara) yg diperintah oleh raja, sistem pemerintahan
      beraja: politik dan ~ Melayu.
monarkis pendukung sistem pemerintahan beraja.
moncong sj ikan laut, Osteiogeneiosus militaris.
moncor Jk keluar mengalir, sakit cirit.
mondok I gemuk dan pendek; tikus ~ sj tikus yg gemuk, Mus
      decumanus.
mondok II Jw; memondok menumpang tidur (makan);              pondok.
monel (monél); logam ~ sj aloi tahan karat yg mengandungi nikel (67%),
      tembaga (28%), dan logam-logam lain (5%).
moner (monér) Kl; licin ~ habis licin.
monetari (monétari) (Eko) berkaitan dgn wang atau mata wang: dasar ~
      memberi kesan kpd keputusan pelaburan pengeluar minyak kelapa
      sawit.
monetarisme (monétarisme) dasar kawalan terhadap peredaran wang
      sbg langkah utama menstabilkan ekonomi sesebuah negara.
moneter (monéter) IB (bkn) kewangan.
mong 1. bunyi canang (gong); 2. gong; mungmung.
mongel (mongél) 1. kecil molek, cantik; 2. menarik hati (anak);
      kemongelan kecantikan: menatap dan menikmati ~ tubuh Jane
      Fonda.
monggok      mongkok I.
monggol                   bonggol.
monggor     mungkur.
mongkok I = bermongkok 1. (kelihatan, tampak) lebih tinggi drpd yg
      lain, tertinggi; 2. ki lebih baik (elok, unggul, utama).
mongkok II Pr, bp membongkok.
monitor 1. alat utk mengawasi dan merakamkan terus-menerus
      perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang
      sesuatu kemungkinan yg tidak baik; 2. peti (spt peti televisyen) yg
      digunakan utk memaparkan data atau maklumat dr komputer, unit
      paparan video;
      memonitor        mengawasi     serta   merakamkan          terus-menerus
      perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang
      sesuatu kemungkinan yg tidak baik;
      pemonitoran perihal (perbuatan) memonitor.
mono- awalan asing satu atau tunggal, mis monolog dan monosakarida.
monoatom (Kim) bkn molekul yg terdiri drpd satu atom sahaja (mis
      argon, helium, neon, dll).
monodrama karya drama yg dituliskan utk seorang pelaku.
monofobia perasaan takut yg keterlaluan ketika berada seorang diri.
monoftong (Lin) bunyi vokal tunggal yg tidak mengalami perubahan dr
      segi kualiti dr awal hingga akhir pengeluarannya, berbanding dgn
      diftong.
monogami amalan berkahwin dgn satu orang sahaja pd sesuatu masa.
monoglot 1. menggunakan satu bahasa sahaja; 2. orang yg hanya
      bertutur dlm satu bahasa.
monograf tulisan, huraian, rencana, dsb bkn sesuatu perkara atau
      masalah yg khusus atau bkn sesuatu aspek drpd sesuatu bidang
      ilmu.
monogram reka bentuk yg melambangkan parap (huruf pertama nama
      seseorang) yg biasanya digores pd sesuatu (spt pen, sapu tangan).
monokotiledon     (monokotilédon)    tumbuhan    yg   mempunyai     satu
      kotiledon sahaja.
monokrasi pemerintahan yg dijalankan oleh seorang pemerintah sahaja.
monokrom mempunyai atau menggunakan satu warna sahaja.
monoksida (Kim) sebatian yg mengandungi satu atom oksigen sahaja
      (mis karbon monoksida).
monokultur pertanian yg berasaskan sj tanaman sahaja.
monolit (Geo) bongkah batu tunggal yg tegak, biasanya berbentuk spt
      tiang atau tugu.
monolitik merujuk kpd suatu kesatuan yg besar dan sukar diubah:
      pemerintahan ~; individu tenggelam dlm sistem pasaran yg
      meluas dan ~.
monolog 1. percakapan yg agak panjang oleh seorang pelakon sahaja
      dlm sesebuah drama filem: bahan ini berupa ~ yg kadang-kadang
      diselangi pertanyaan dan seruan orang yg mendengarnya; 2.
      adegan drama atau sandiwara dgn seorang sahaja pelakonnya yg
      menyampaikan percakapan seorang diri; 3. percakapan panjang
      lebar oleh seorang penutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan
      orang lain utk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya;
      bermonolog melakukan monolog: apatah lagi apabila saya kena
      ~ hampir 25 minit di pentas; bukan hanya bisikan dlm diri dan ~
      semata-mata.
monomer (Kim) molekul ringkas yg berpadu dgn beberapa molekul yg
      sama (atau yg berlainan) utk membentuk polimer.
monomania keadaan fikiran yg terlalu asyik memikirkan suatu idea, isu,
      minat dsb.
monopoli 1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan,
      perdagangan, perkhidmatan, dsb dlm pasaran tertentu oleh
      seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma; ~
      asing dlm perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli
      perniagaan anak negeri; 2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yg
      tidak boleh dikongsi dgn orang atau pihak lain: Islam bukan ~
      orang Arab;
      memonopoli 1. menguasai sesuatu (perdagangan, perkhidmatan,
      dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda
      datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2.
      mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll)
      sepenuhnya;
      pemonopolian perbuatan (proses) memonopoli;
      pemonopoli         orang   atau   pihak   yg   memonopoli   sesuatu
      (perniagaan, perkhidmatan dsb): undang-undang ini bertujuan
      mengelakkan ~ drpd mengaut keuntungan yg berlebihan.
monopsoni (Eko) keadaan pasaran apabila barangan atau perkhidmatan
      yg ditawarkan oleh beberapa orang penjual, dibeli oleh seorang
      pembeli sahaja.
monorel (monorél) kereta api yg berjalan di atas rel tunggal (biasanya di
      aras yg tinggi).
monosakarida (Bio) gula ringkas (spt glukosa) yg tidak dapat diuraikan
      lagi menjadi gula lain.
monosemi (Lin) kata yg mempunyai satu makna sahaja.
monosit (Ubat) sel darah putih yg mempunyai satu nukleus besar,
      berbentuk spt buah pinggang dan bersifat fagosit.
monotaip (Cetak) mesin utk membuat huruf (percetakan), dgn cara
      dituang satu per satu.
monoteis (monotéis) orang yg menganut faham monoteisme.
monoteisme (monotéisme) kepercayaan bahawa Tuhan itu hanya satu.
monotoni tidak adanya keragaman (pd nada, kerja, dsb).
monovalen (Kim) bkn sesuatu unsur dll yg valensinya satu.
monsun 1. angin bermusim di Asia Selatan yg bertiup dr Barat Daya pd
      musim panas dan Timur Laut pd musim sejuk; 2. musim hujan
      sewaktu monsun Barat Daya bertiup dr bulan April hingga
      Oktober.
montaj gambar, filem, gubahan lagu, atau penulisan yg terdiri drpd
      bahagian yg berasingan dan digabungkan menjadi satuan yg
      menarik.
montek (monték); akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar serepat,
      akar suluh hutan, Urceola torulosa.
montel (montél) berisi lagi sihat (badan), berisi lagi cantik.
montir IB tukang memasang atau membaiki enjin (motokar dll), fomen.
montok 1. penuh berisi (bkn tubuh atau bahagian tubuh), gemuk berisi,
      besar lagi padat, montel: air mata berlinang di pipinya yg masih ~
      itu; 2. besar dan bernas (tetek);
      kemontokan perihal montok.
monumen bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang
      atau sesuatu peristiwa penting, tugu.
monyeh (monyéh) Kd; termonyeh-monyeh tersengih-sengih.
monyel (monyél) Tr habis.
monyet (monyét) sj binatang yg hampir sama dgn kera;
      baju ~ baju yg bersambung dgn seluar (dipakai oleh kanak-kanak);
      cinta ~ cinta kasih yg keanak-anakan; pintu ~ pintu yg berdaun
      dua (di atas dan di bawah);
      kera menjadi ~ prb sama sahaja halnya; spt ~ mendapat bunga
      (adakah ia tahu akan faedah) prb tiada tahu menghargai sesuatu
      yg elok.
monyok Kd 1. masam muka; 2. bersedih.
monyong Jk muncung, jongor.
monyos ark malu, kemalu-maluan;
      termonyos tersipu-sipu (kemalu-maluan).
mop alat pengelap lantai dll (dibuat drpd bahan serap air yg berambu yg
      diikatkan pd pemegang).
mopit C sj kalam Cina (utk menulis tulisan Cina); pit II.
mor; tanah ~ tanah lapang yg tidak digunakan (biasanya ditumbuhi
      bermacam-macam pokok belukar).
mora (Lin) unit terkecil utk mengukur kuantiti atau kepanjangan dlm
      sistem prosodi, biasanya lebih pendek drpd satu suku kata.
morain (Geo) longgokan atau timbunan tanah, batu, puing, dsb yg
      diseret dan dimendapkan oleh glasier.
moral 1. ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan
      (kelakuan, kewajiban, dll), sikap atau cara berkelakuan yg
      berasaskan atau yg diukur dr segi baik buruk sesuatu akhlak:
      kadang-kadang, dongeng itu memang perlu sbg saluran
      pendidikan ke arah membentuk akhlak atau ~ yg baik; Datuk
      Penghulu ini sangat fanatik dlm perkara menjaga ~; 2. berkaitan
      dgn apa yg betul atau adil; bantuan ~ bantuan dgn kata-kata yg
      mengakui kebenaran atau yg menyokong seseorang atau sesuatu
      pihak (bukan berupa kebendaan); kemenangan ~ kemenangan
      mempertahankan sesuatu yg benar; 3. semangat utk menghadapi
      ejekan (olokan) demi mempertahankan kebenaran;
      bermoral      mempunyai       moral,     berakhlak:    pengarang
      menggambarkan Aminah sbg perempuan yg ~ rendah; tidak ~
      tidak berakhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), bertentangan
      dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb).
moralis orang yg berpegang teguh pd (mengajar, mengamali) kebaikan
      atau keadilan.
moralisasi ajaran (petunjuk, nasihat, dll) bkn perbuatan atau kelakuan yg
      baik.
moraliti prinsip akhlak atau kelakuan yg baik (atau mulia): budi
      merupakan landasan ~ dan etika Melayu.
morat I; ~-marit tidak teratur, kucar-kacir, kacau-bilau, tidak keruan.
morat II Pr sebab.
moratorium penggantungan atau penangguhan sesuatu kegiatan secara
      persetujuan bersama.
moreh (moréh) jamuan di masjid atau surau dlm bulan puasa, biasanya
      selepas bertarawih dan bertadarus.
moreng (moréng); coreng-~ penuh dgn coreng;         coreng I.
mores (morés) I sj kain; muris I.
mores (morés) II (Ant) tatalaku, adat, kebiasaan dsb yg sudah mendasari
      nilai-nilai kehidupan sesuatu kumpulan atau masyarakat.
morfem (morfém) (Lin) satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti
      atau fungsi tertentu: perkataan “perumahan” terdiri drpd satu ~
      bebas iaitu perkataan “rumah” dan dua ~ terikat iaitu “pe(r)-”
      dan “-an”.
morfin sj dadah yg melalikan yg diperoleh drpd candu dan digunakan
      utk     melegakan   kesakitan,   dan   jika   disalahgunakan   akan
      mengakibatkan ketagihan.
morfina (Kim) morfin.
morfofonem (morfofoném) (Lin) unit fonologi yg terdiri drpd set fonem
      yg hadir sbg alomorf sesuatu morfem.
morfofonemik (morfofonémik) kajian tentang kelainan fonologi dlm
      alomorf.
morfologi 1. kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa,
      termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan; 2. cabang biologi yg
      berkaitan dgn bentuk dan struktur organisma; 3. kajian tentang
      struktur dan bentuk sesuatu.
mori kain putih (utk dibuat kain batik).
morong sj periuk atau cerek (tempat memasak teh).
mortaliti (Bio) kadar kematian.
mortar I sj meriam pendek utk menembakkan peluru, tinggi ke udara,
      pd jarak yg dekat: sebutir peluru ~ telah dijumpai berhampiran
      dgn lombong kira-kira tiga batu dr Sungai Raya.
mortar II (S.bina) bahan binaan yg terdiri drpd campuran pasir, kapur,
      simen dan air dgn kadar tertentu utk mengikat bata, batu, jubin
      dsb, lepa.
mortir IB mortar.
mosi IB cadangan yg dikemukakan dlm mesyuarat (rapat dll) supaya
      dibincangkan dan diputuskan, usul; ~ kepercayaan mosi yg
      menyetujui kebijaksanaan pemerintah (pengurus dll); ~ tidak
      percaya undi atau usul tidak percaya.
mota I sj tumbuhan (rumpai yg umbinya boleh dibuat ubat), Cyperus
      rotundus.
mota II; kain ~ sj kain yg kasar tenunannya (utk layar dll).
motal Kl sj botol besar, setoples.
motel (motél) hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan
      menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg
      berhampiran dgn bilik penyewa.
motif 1. sebab (tujuan) yg mendorongkan seseorang melakukan sesuatu
      atau bertindak: soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas drpd ~
      ekonomi, kerana apa gunanya mengarang kalau tidak dibeli
      orang; 2. dasar fikiran atau pendapat: cerita ini juga
      memperlihatkan ~ pengarangnya yg tegas sekali; 3. pokok (dasar,
      tema) dlm sesebuah cerita dll: hikayat yg mempunyai ~ dua orang
      asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali; 4.
      sesuatu yg dijadikan dasar atau corak pd lukisan (ukiran dll):
      penenun Iban paling gemar menggunakan ~ manusia, binatang,
      dan tumbuh-tumbuhan;
      bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif,
      berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~
      bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam.
motivasi 1. keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang
      yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan
      utk mencapai kejayaan: sikap dan ~ terhadap pembelajaran
      sesuatu bahasa merupakan faktor penting yg menentukan
      kejayaan seseorang pelajar yg mempelajari sesuatu bahasa; 2.
      sesuatu yg membuat atau mendorong seseorang berusaha atau
      melakukan sesuatu dgn penuh minat: dlm temu duga juga,
      kaunselor dikehendaki memberikan ~ supaya klien bekerjasama
      dengannya;
      bermotivasi mempunyai motivasi, ada motivasinya: kebanyakan
      remaja begitu ~ utk mengikuti latihan;
      memotivasikan memberikan dorongan, galakan, semangat, dsb
      utk   melakukan     sesuatu,   mendorongkan,    membangkitkan,
      menggalakkan: setiap orang mestilah ada rancangan utk ~ diri
      sendiri demi kecemerlangan hidup; salah satu usahanya ialah ~
      para pekerja.
moto kata semboyan, cogan kata;
      bermotokan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg moto:
      keluaran sulungnya yg ~ kebudayaan dan pengetahuan.
motobot bot yg dijalankan dgn motor.
motokar kenderaan beroda empat yg digerakkan dgn enjin pembakaran
      dalam, kereta;
      bermotokar 1. memiliki motokar; 2. menaiki motokar.
motor 1. alat yg menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal
      utk menghasilkan gerakan; ~ sangkut = ~ tempel Id enjin yg
      dilekatkan di buritan perahu (utk menggerakkan perahu); 2. bp
      (sesuatu) yg dijalankan dgn motor; perahu ~ motobot; sepeda ~ Id
      motosikal; 3. Id motokar, kereta;
      bermotor 1. Id menaiki motokar atau motosikal; 2. dilengkapi
      motor, memakai motor: basikal ~;
      permotoran hal (kegiatan, sukan dsb) yg berkaitan dgn kenderaan
      bermotor: kegiatan di litar itu akan ditingkatkan dgn pelbagai
      bentuk sukan ~ spt perlumbaan go-kart dan kereta; kemajuan
      Proton yg menjadi pemangkin industri ~.
motoris Id pemandu trem.
motosikal sj kenderaan beroda dua yg dijalankan dgn enjin;
      bermotosikal menunggang atau menaiki motosikal: dia ditembak
      oleh penyerang yg ~ di luar kedai.
MoU     kep      Memorandum      of       Understanding   (Memorandum
      Persefahaman).
moya sj tumbuhan, ludai paya.
moyang bapa atau ibu kpd datuk, nenek kpd bapa atau ibu; adat nenek ~
      adat istiadat yg turun-temurun; nenek ~ datuk-datuk sebelum kita,
      leluhur.
moyanganda bh moyang.
moyok tidak cergas (kerana sakit, tua, dll), lembap dan tidak
      bersemangat;
      memoyokkan menyebabkan menjadi moyok: herdikannya terus ~
      cucunya yg asyik bermain;
      kemoyokan perihal (sifat atau keadaan) moyok: ~ wajahnya jelas
      kelihatan.
moyot ibu atau bapa kpd moyang.
mozarela (mozaréla) (ERT) sj keju separuh lembut yg berasal dr Itali,
      biasanya digunakan dlm piza dan masakan lain.
mozek (mozék) kepingan kecil batu, gelas, dsb berwarna yg dipasang pd
      lantai, tembok, dsb.
MPIK kep Maktab Perguruan Ilmu Khas.
MPM kep Majlis Perdagangan Malaysia.
MPSI kep Maktab Perguruan Sultan Idris.
MPV kep multipurpose vehicle (kenderaan serba guna, iaitu sj kenderaan
      yg menyerupai van, yg tempat duduk penumpangnya boleh
      diubah-ubah).
Mr. Id kep Meester in de Rechten (peguam).
MRSM kep Maktab Rendah Sains Mara.
MSc kep Master of Science (Sarjana Sains).
MS-DOS kep Microsoft disk operating system (sistem pengendalian
      cakera Microsoft, iaitu sj sistem pengendalian yg popular utk
      mikrokomputer).
MSG kep monosodium glutamate (monosodium glutamat, iaitu sj bahan
      utama yg digunakan dlm cecair atau serbuk perasa makanan spt
      Ajinomoto).
MSSM kep Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.
MSN kep Majlis Sukan Negara.
MTC kep Malayan Teachers College (Maktab Perguruan Tanah
      Melayu).
MTUC kep Malaysian Trade Union Congress (Kongres Kesatuan
      Sekerja Malaysia).
mu I huruf ke-12 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .
mu II singkatan bagi kamu: rumah~; kereta~.
mua I 1. terlalu dimanjakan: anaknya itu sangat ~; 2. melampau
      (tingkah laku, perbuatan): budak-budak sekarang ini kalau diberi
      muka, ~lah mereka;
      memuakan memanjakan: ikutlah cakap dia, muakan, manjakan.
mua II Br muka.
mua III; ikan ~ belut.
muaddib Ar pengajar, pengasuh, pendidik.
muafakat 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah
      dgn kata Laksamana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, penyataan
      setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ;
      mencapai    kata     ~   mencapai persetujuan; 3. perundingan,
      pembicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka
      sahaya sekalian pun belayarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4.
      berunding (bermesyuarat) dgn: hendaklah engkau ~ segala
      menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin
      akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua
      kamu ~ dua bersaudara;
      semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm
      rombongan itu sendiri;
      bermuafakat berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan),
      bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin
      terlalu keras;
     memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu);
     2. menyetujui;
     memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu
     dgn: hal ini perlu dimuafakatkan terlebih dahulu; 2. sl
     mempersetujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara
     hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja;
     kemuafakatan 1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat),
     kesepakatan: apabila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia
     belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala
     orang besar;
     permuafakatan      1.   perihal   bermuafakat,   perundingan;     2.
     persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn
     kerjasama   dan    ~    antara    para   wartawan    dan   ahli-ahli
     kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang
     lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi.
muafik Ar makmum yg sempat menghabiskan bacaan fatihahnya pd
     rakaat pertama bersama imam dlm solat.
muahad Ar; kafir ~ orang kafir yg mengikat perjanjian tidak melawan
     umat Islam, tidak kira sama ada mereka berada di dlm atau di luar
     kawasan takluk Islam.
muai = memuai menjadi kembang (bahan yg direbus, direndam,
     dimasak, dll), bangun atau bangkit (kuih, adunan, dll); ~ panjang
     Id menjadi besar menurut panjangnya;
     permuaian; ilmu ~ Id pengetahuan bkn cara membuat arak dll.
muak 1. sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan; 2.
     berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di
     pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3.
     berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu):
     kami sudah ~ dgn taktiknya yg terlalu berhati-hati; 4. (Kim)
      keadaan sesuatu benda (spt air, gas, dll) yg dicampuri dgn benda
      yg lain sehingga benda yg pertama itu tidak dapat lagi menerima
      atau bersebati dgn benda yg dicampurkan itu, tepu;
      memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan,
      meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan
      jadi muak (dua benda yg dicampurkan), menepukan.
mual I 1. berasa hendak muntah, loya, muak: perutnya ~ hendak
      muntah; 2. ki berasa bosan sekali, jijik, meluat: Minah sudah
      mulai berasa ~ tentang kelakuan pemuda itu;
      memualkan menjadikan (menyebabkan) mual, memuakkan: bau
      hanyir yg keluar dr luka itu ~;
      kemualan perihal mual: tingkah laku anak gadis yg serba gelisah
      itu diteliti oleh mereka dgn penuh ~ .
mual II   muai.
muala sj burung, Psitinus cyanurus.
mualaf I Ar sudah diterbitkan (buku), penerbitan.
mualaf II Ar orang yg baru memeluk agama Islam, saudara baru.
mualamat Ar ilmu pengetahuan.
mualif Ar pengarang, penulis.
mualim Ar 1. orang yg ahli dlm agama, guru (agama); 2. (kapal)
      penunjuk jalan; 3. = ~ kapal jurumudi.
muamalah, muamalat Ar segala perkara (hal) yg tergolong dlm atau yg
      berkaitan dgn bidang kemasyarakatan: tradisi Islam dr segi
      syariat, ~, dan Usul al-Din wajarlah dikuasai dgn sebaik-baiknya.
muara tempat air sungai masuk ke sungai lain atau ke laut, kuala:
      adakah tuan-tuan melihat dua buah perahu besar berlabuh di ~?;
      hidup dua ~ prb hidup dgn dua pencarian atau penghidupan;
      bermuara masuk atau mengalir ke sungai (laut dll): Sungai
      Kelang ~ di Selat Melaka.
muas ark menjadi cair, larut.
muasal = asal-~ asal mulanya, sejak dahulukala.
muassasah Ar badan yg ditubuhkan utk mengurus pelbagai perkara dsb
      yg berhubung dgn jemaah haji (iaitu menggantikan syeikh haji di
      Mekah).
muat 1. ada ruang utk diisi (diduduki, ditempati, dll), dapat berisi:
      Ramlan tidak mahu membawa dia dan isterinya bersama dgn
      alasan keretanya tidak ~; 2. ada (terkandung) di dalamnya, berisi;
      ~ naik (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer
      pengguna ke stesen komputer utama melalui talian rangkaian; ~
      turun (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer
      utama ke stesen komputer pengguna melalui talian rangkaian;
      bermuat 1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga
      puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai
      orang Benggali; 2. sl mengisi atau memunggah barang (ke kapal,
      perahu, dll);
      bermuatan mempunyai atau berisi muatan: sebuah lori yg ~
      beberapa batang kayu balak;
      memuat 1. mengangkut (kapal, perahu, kereta, dll), berisi dgn:
      besoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barang-
      barang; 2. mengandungi (mempunyai sbg isi): Sejarah Melayu
      misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka;
      memuati menaruh barang-barang (ke dlm perahu dll), mengisi:
      pelangnya itu dimuatinya dgn pisang dan ubi keladi;
      memuatkan 1. memasukkan barang-barang ke dlm (kapal, lori,
      dll), mengisikan: kami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk
      belakang kereta; orang biasa enggan membuat kerja ~ barang-
      barang ke dlm kapal atau memunggah barang-barang dr kapal; 2.
      memasukkan ke dlm kandungan (majalah dsb), menempatkan (di
      akhbar dll), menyiarkan (di majalah dll): apalah gunanya ~
      perkara yg kecil-kecil ini di akhbar; karanganku mengenai
      perjuangan rakyat tanah jajahan dimuatkan dlm salah satu surat
      khabar;
      termuat dimasukkan atau disiarkan (dlm akhbar dll): cerita
      jenaka yg ~ dlm buku ini adalah sebahagian sahaja drpd cerita
      jenaka rakyat;
      muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll):
      sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu;
      ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu
      sesuatu bahan sebanyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi
      padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau
      kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan
      sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal
      dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg
      dikirim dgn kapal dll;
      pemuatan perihal (proses) memuatkan sesuatu, pengisian;
      pemuat (Kej) kapasitor: satu lagi teknik pengesanan ialah
      penggunaan sj ~ yg tidak mempunyai arus bocor.
muazam Ar yg mulia, yg besar (gelaran utk sultan-sultan).
muazin Ar tukang bang, bilal.
mubah Ar tidak ditegah dan tidak diwajibkan (dlm Islam), harus.
mubaligh 1. pengembang ajaran agama (Islam dll): komuniti Cina sbg ~
      Islam di Pulau Jawa; 2. pengantara dlm sembahyang (antara imam
      dgn makmum);
      kemubalighan perihal mubaligh: barangkali disebabkan oleh
      keghairahan tugas ~ paderi itu.
mubarak Ar beroleh berkat atau kebahagiaan.
mubarat Ar perceraian atas permintaan isteri (tidak mengembalikan mas
      kahwin).
mubazir 1. terlampau banyak hingga terbuang-buang; 2. berlebih drpd
      yg diperlukan, berlebih-lebihan; 3. orang yg membuang atau
      menghabiskan sesuatu (waktu, wang, dll) dgn sia-sia, pemboros;
      memubazirkan menggunakan (wang, barang-barang, dll) dgn
      berlebih-lebihan, memboroskan: pekerjaan ini benar-benar ~
      tenaga dan masa; bazir.
mubtadi Ar (orang) yg baru belajar atau menuntut ilmu.
mubut mudah putus (patah, s                mumut.
muda 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka
      masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang
      muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-
      daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.
      masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya
      sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr
      sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4. masih awal (hari,
      bulan, dll), belum menghujung (lewat): malam masih ~ tetapi
      jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah
      masing-masing sebab telah menghabiskan wang di bulan ~; 5.
      tingkatan (kedudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~;
      leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6. yg terakhir atau baru
      (isteri): isteri ~; 7. kurang gelap atau tua (warna), agak pucat:
      merah ~; hijau ~;
      ~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah
      lakunya spt orang muda; ~ jelita orang yg muda lagi jelita (gadis);
      ~ mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golongan orang muda; b) Id
      tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~
      remaja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda
     yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn
     perempuan;
     bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu
     benar berkahwin;
     bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda;
     memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap
     muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher;
     mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia
     berkurang akan ~ kulitnya;
     kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan
     nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan
     bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg
     lebih berumur;
     kemuda-mudaan bertingkah laku spt anak muda;
     pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak (lelaki) yg masih
     remaja.
mudah I 1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru,
     bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala,
     Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi
     dll): ada setengah-setengah orang yg ~ menganggap bahawa
     pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin
     kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya;
     3. bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd
     yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat
     apa pun jua sedangkan orang miskin segalanya susah;
     bermudah-mudah menganggap senang sahaja sesuatu pekerjaan,
     mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh;
     memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll),
     menyenangkan: utk ~ mendapat makan, mereka telah menyewakan
     rumah mereka; 2. memandang atau menganggap tidak penting
     (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di
     sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan
     zakat;
     memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan;
     mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah
     hendak ~ kerja kira-mengira biasa;
     mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah;
     kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan
     (senangnya atau mudahnya sesuatu); 2. kesenangan, keselesaan:
     pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~
     rakyat; 3. sesuatu yg memudahkan atau mempermudah sesuatu
     usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~
     awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak
     berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan
     elektrik, jambatan, jalan raya dsb;
     pemudahan perihal (perbuatan dsb) memudahkan;
     pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~
     cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses
     (spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara
     kpd perkembangan sektor swasta.
mudah II; mudah-mudahan 1. dgn harapan supaya (terhindar drpd
     kemalangan dll), diharapkan supaya, moga-moga: ~ Tuhan akan
     memberkati hidup engkau; 2. (biasanya pd akhir ayat dll)
     demikianlah hendaknya: Tuhan akan memberi perlindungan kpd
     kita, ~ .
mudarabah Ar pemberian modal (kpd orang, badan, institusi, dsb) utk
     diperniagakan dgn pembahagian keuntungan menurut perjanjian.
mudarat 1. sesuatu yg merugikan atau membahayakan, kerugian,
     bahaya: selain Allah, tiadalah kuasa yg mendatangkan manfaat
     atau ~ kpd diri manusia; memberi ~ merugikan; 2. tidak berhasil
     (berjaya), gagal; 3. berbahaya, merugikan: huraikan satu kaedah
     utk membunuh kuman yg ~ yg ada di dlm susu; 4. melarat
     (penyakit dll), bertambah payah: maka ~lah penyakit itu;
     bermudarat      membawa       atau   mendatangkan   mudarat,   ada
     mudaratnya: ular dianggap sbg binatang yg ~ kpd manusia;
     memudaratkan 1. mendatangkan mudarat, membahayakan,
     merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2.
     mendatangkan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah
     membuat garam biasa yg tidak ~;
     kemudaratan perihal atau keadaan mudarat, kerugian: dia tidak
     suka menurut telatah kawan-kawan yg boleh membawa ~ bagi
     dirinya.
mudasir; dasar ~ bp, Id memang sudah dasarnya begitu.
mudghah bakal anak (dlm rahim ibu); ilmu ~ Id pengetahuan tentang
     kejadian bakal anak.
mudi I; juru~ orang yg mengemudikan perahu, pemegang kemudi;
     kemudi.
mudi II = pemudi perempuan muda; muda-~ orang-orang muda (lelaki
     dan perempuan).
mudigah  mudghah.
mudik 1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik:
     marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun
     dll); sehilir se~ setuju, sepakat;
     belum tentu hilir ~nya prb belum tentu keputusan atau kesudahan
     sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg
     kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu
      maksud atau niat hendaklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang
      sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat;
      bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah
      tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke;
      memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai
      Irrawadi hingga ke Bhamo;
      memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg
      deras, ia tidak dapat ~ perahunya;
      termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya,
      bukanlah sahaya putera marhum yg mangkat di Buantan.
mudin I tukang sunat (khatan).
mudin II sj ikan laut, Trachinocephalus myops.
mudir guru besar (di sekolah Arab).
mudirah guru besar wanita (di sekolah Arab).
muesli (muésli) (ERT) makanan sarapan yg berupa campuran bijiran,
      buah-buahan kering, kacang dsb yg dimakan dgn susu.
mufaham Ar menger          faham.
mufaraqah Ar 1. perbuatan berhenti drpd mengikut imam (dlm solat
      berjemaah) dan meneruskan solat secara bersendirian kerana
      sebab-sebab yg dibolehkan; 2. keadaan tinggal berasingan antara
      suami isteri sementara menunggu keputusan mahkamah syariah.
mufarik Ar berceraian, tercerai, terpisah.
mufasir Ar orang yg mentafsir al-Quran, pentafsir.
mufasirin Ar (jamak bagi mufasir) pentafsir al-Quran.


muflis Ar tidak sanggup (berupaya) membayar hutang, bankrap;
      memufliskan       menyebabkan          atau   menjadikan   muflis,
      membankrapkan: mengapa bank tidak merampas sahaja harta
      peminjam atau ~nya;
      kemuflisan perihal muflis (bankrap), ketidakupayaan membayar
      hutang, kebankrapan.
mufrad Ar hanya satu, tunggal.
mufti Ar orang yg dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa.
mughallazah Ar = najis ~ najis yg berat (anjing dan babi).
muhajat Ar pertikaian, perbantahan, perselisihan.
muhajir Ar orang yg berhijrah bersama Nabi dr Mekah ke Madinah.
muhajirin Ar (jamak bagi muhajir) orang yg berhijrah bersama Nabi dr
      Mekah ke Madinah.
muhal tidak masuk akal, mustahil.
muhalil Ar orang yg bernikah dgn perempuan yg telah ditalak tiga oleh
      suaminya dan kemudian menceraikannya kembali, supaya
      perempuan tersebut dapat bernikah dgn suaminya yg terdahulu.
muhami Ar peguam.
Muharam Ar bulan pertama tahun Hijrah.
muhasabah Ar perbuatan menilai diri (fikiran, pendirian, dsb) utk
      pembaikan diri sendiri, introspeksi;
      bermuhasabah membuat penilaian terhadap diri sendiri: kita
      harus ~ supaya dapat dibina keyakinan yg lebih kukuh.
Muhd. kep Muhammad.
muhib Ar yg mencintai, pencinta.
muhibah Ar 1. percintaan, kasih mesra: melahirkan ~ dan kasih mesra;
      2. perasaan persahabatan dan kemesraan: bersedekah ialah satu
      drpd amal kebajikan yg membawa kpd bertambah teguh rasa ~
      antara satu sama lain.
muhit Ar; laut ~ ark laut yg melingkungi dunia.
muhrim Ar 1. orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah; 2.
      mahram.
muhsan Ar lelaki yg pernah berkahwin dgn nikah yg sah dan terpelihara
      drpd zina.
muhsanah Ar perempuan yg pernah berkahwin dgn nikah yg sah dan
      terpelihara drpd zina.
muhsin Ar (orang) yg banyak kebaikannya, (orang yg) suci hidupnya,
      soleh.
muhsinat Ar perempuan yg baik hidupnya.
muhtasyam Ar mulia, patut dihormati (disegani, ditakuti): Seri Bija
      Diraja juga yg tiada bergerak dr tempatnya, ~ lakunya, duduk
      mengupam hulu kerisnya.
muih; kuih-~ berbagai-bagai jenis kuih.
mujaddid Ar orang yg menghidupkan kembali ajaran sunnah Rasulullah
      SAW yg hampir luput (spt Imam asy-Syafie dan al-Asyhari) atau
      yg menyimpang akibat perbuatan bidaah.
mujaddidin Ar jamak bagi mujaddid.
mujahadah,      mujahadat       Ar   1.    perang   atau   perjuangan   utk
      mempertahankan agama Islam, perang sabil; 2. jihad atau
      perjuangan melawan hawa nafsu: ilham di kalangan ahli sufi lahir
      drpd kejernihan hati dan ~ jiwa;
      bermujahadah berperang, berjuang (utk mempertahankan agama,
      menentang hawa nafsu, dll): dlm ~ ini, terbukalah kpd mereka
      sifat-sifat terpuji;
      kemujahadahan perihal bermujahadah: semangat ~.
mujahidin, mujahid Ar pejuang atau perajurit yg berperang kerana
      membela agama Islam.
mujair sj ikan darat.
mujang ark                     bujang I.
mujarab Ar telah terbukti keberkesanannya spt dapat menyembuhkan
      penyakit dsb;
      kemujaraban     perihal   mujarab,    keupayaan   menyembuhkan
      (penyakit): yg dimaksudkan dgn mutu di sini bukan sahaja dr segi
      ~nya, tetapi termasuklah menjaga kebersihan dan keasliannya.
mujarad Ar tidak nampak dan tidak dapat dirasa, abstrak;
      memujaradkan menjadikan sesuatu mujarad, mengabstrakkan:
      sama-sama berfungsi ~ cerita, plot, dan watak;
      kemujaradan keadaan mujarad: ~ yg mencerminkan pelbagai
      rahsia alam.
mujari Mn sj tumbuhan (pokok yg daunnya berbau harum).
mujbir Ar yg memaksa; wali ~ wali (bapa atau datuk sebelah bapa) yg
      boleh menikahkan anak atau cucu perempuannya yg masih dara
      tanpa persetujuan anak atau cucu tersebut.
mujmal Ar tidak terperinci (secara umum).
mujtahid Ar orang yg berusaha utk mendapatkan sesuatu kesimpulan
      baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan
      kaedah yg sah (dlm kaitannya dgn agama Islam).
mujtamak Ar masyarakat.
mujur 1. terletak menurut panjangnya (memanjang), membujur; 2. nasib
      baik, beruntung: ~ aku telah balik ke rumah, kalau di sana entah
      macam mana; ~lah bukan zaman Jepun; ~ malang untung nasib
      (yg belum boleh ditentukan);
      kemujuran perihal mujur, keuntungan;
      pemujur orang yg selalu bernasib baik (beruntung).
muk Jk sj cawan atau mangkuk.
muka 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia
      memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah,
      paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam
      kepadanya; 3. sebelah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia
      melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan
beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke)
pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh
pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat
ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan
surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7.
= permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll),
bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih
atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung):
kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan
kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling
mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang
~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan
(tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang;
~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg
baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi
bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg
dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama
melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak
tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak
berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan
cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis
taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu;
~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu;
~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb
kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun
diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis
prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak
hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri,
orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuat-buat laku
baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal
orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal;
di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan
di belakang tetapi ~ ; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak
ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa menjelang puasa; wang ~
cengkeram;
ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga
seterusnya;
mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2.
mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan),
memberi pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan
dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak
dibincangkan    itu;   3.   mencadangkan      (supaya   diterima),
mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg
dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan
(pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu
hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan,
mengisahkan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan
pengalamannya dlm kelima-lima cerpennya itu;
terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm
kampungnya dan disegani dlm daerahnya;
muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja;
semuka sama mukanya, berhadapan muka;
bersemuka berhadapan muka (dgn), bertemu muka (dgn): belum
pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; pertemuan
~ boleh menimbulkan masalah;
menyemukakan menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya
berhadapan muka;
     bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki
     suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok)
     orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis;
     tidak ~ ki malu;
     bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara
     terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu
     dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura:
     isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya
     dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~
     panjangnya;
     permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka,
     paras; ~ laut muka laut;
     berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit;
     pengemukaan perihal (perbuatan dsb) mengemukakan: nama
     beliau sering dihubungkan dgn ~ aspek kelemahan karya;
     pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur.
mukabalah Ar perihal membandingkan;
     memukabalahkan membandingkan (dgn).
mukaddam Ar
mukaddas Ar suci, kudus.
mukaddis Ar menyucikan.
mukadimah Ar kata pengantar, kata pendahuluan, prakata;
     bermukadimah memberikan atau mengucapkan mukadimah (dlm
     sesuatu pertemuan dsb): setelah ~ dgn ucapan alu-aluan oleh
     pengerusi, perbincangan terus dimulakan.
mukah 1. perbuatan bersetubuh yg haram (bukan antara suami isteri),
     zina; 2. teman berzina, kendak;
      bermukah melakukan persetubuhan secara haram, berzina,
      berkendak: jangan ~ dgn gundik raja dan jangan ~ dgn tunangan
      orang.
mukalaf Ar orang yg telah cukup umur yg wajib melaksanakan perintah
      Allah.
mukaram Ar yg terhormat, yg mulia.
mukenah Ar telekung.
mukhaffafah Ar = najis ~ najis ringan, iaitu air kencing kanak-kanak
      lelaki yg belum berumur dua tahun (yg hanya menyusu pd ibunya).
mukhalaf Ar (penganut) ajaran yg menyalahi ajaran Islam yg sebenar.
mukhalafah Ar penentangan (terhadap ajaran Islam yg sebenarnya).
mukhlis Ar (orang yg) ikhlas, (orang yg) jujur.
mukhtasar                    ikhtisar.
mukim 1. penduduk tetap (di sesuatu tempat), tinggal tetap (lebih drpd
      satu masa Haji di Mekah); 2. kawasan yg di dlm lingkungan
      sebuah masjid; 3. kawasan (tempat tinggal) yg di bawah perintah
      seorang penghulu: di salah satu tempat dlm ~ Batu sekarang ini,
      ada sekumpulan kecil kaum Sakai;
      bermukim berkediaman, bertempat tinggal: ada juga seorang dua
      peranakan Bugis yg ~ di Melaka;
      permukiman 1. kegiatan bermukim; 2. tempat (daerah, kawasan)
      bermukim: ~ kumpulan pengakap di pinggir bukit itu telah pun
      selesai;
      pemukim orang yg bermukim (yg tinggal) di sesuatu mukim.
mukin I     mungkin.
mukin II makin.
mukir     mungkir.
mukjizat Ar kejadian luar biasa kurniaan Allah kpd para nabi dan rasul
      utk membuktikan kebenaran mereka.
Mukmin Ar orang yg beriman kpd Allah.
Mukminat Ar jamak bagi Mukmin perempuan.
Mukminin Ar jamak bagi Mukmin lelaki.
mukosa (Bio) lapisan tisu yg mengandungi kelenjar mukus, yg melapik
      saluran atau rongga tertentu dlm tubuh, mis rahim dan salur
      makanan, membran mukus.
muksir orang yg memiliki makanan tidak lebih drpd utk dirinya sendiri
      dan utk tanggungannya.
muktabar, muktabir Ar mulia, terhormat, terkenal: Saiyidina Othman
      memberi persetujuannya setelah bermesyuarat dgn sahabat-
      sahabatnya yg ~.
muktamad Ar 1. (orang) yg dipercayai, (orang yg) boleh dipercayai,
      kepercayaan; 2. tidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tetap:
      keputusan jawatankuasa dlm hal yg berhubung dgn peraduan ini
      adalah ~ ;
      memuktamadkan          memutuskan     atau   menetapkan   sesuatu
      cadangan (rancangan, keputusan dsb) secara muktamad: kabinet ~
      cadangan eksport dlm usaha utk mewujudkan imbangan
      dagangan; Bank Negara ~ garis panduan itu;
      kemuktamadan keadaan muktamad.
muktamar Ar persidangan besar, kongres: salah satu drpd tujuan ibadat
      haji adalah utk menyatupadukan umat Islam melalui sebuah ~
      Islam tahunan yg berlangsung di tanah suci.
muktazilah Ar segolongan ahli ilmu kalam yg mengasingkan diri drpd
      gurunya kerana perselisihan fahaman bkn hukum terhadap orang
      Islam yg melakukan dosa-dosa besar.
mukun sj mangkuk atau bokor bertutup.
mukur sj kulat.
mukus I Kl sj tikus tanah.
mukus II (Bio) sj cecair berlendir yg dirembeskan dlm bahagian-
      bahagian tertentu badan, mis dlm hidung;
      bermukus mempunyai atau mengeluarkan mukus.
mukuti (Tamil) cincin hidung.
mula 1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg
      paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan
      tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali;
      wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3.
      sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari?
      mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama:
      binatang yg ~ sekali meninggalkan laut utk hidup di darat ialah
      cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi;
      semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu
      sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali:
      pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr)
      mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr
      mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di
      atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan
      marah dan geramnya telah sejuk ~ ; membebaskan bandar itu ~
      drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka;
      bermula 1. mempunyai mula (awal): penyakit ini ~ dgn selesema;
      2. berpunca, berpangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. =
      bermula-mula terdahulu sekali, pertama-tama: bermula-mula yg
      masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg
      mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan
      berpandang-pandangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk
      sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb),
      pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun;
      sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl
     (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh
     Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya;
     kebermulaan perihal (keadaan) bermulanya: mustahillah utk
     mempercayai ~ waktu;
     mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia
     datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar
     Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~
     hari Khamis ini;
     memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu:
     dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan
     (mengerjakan) dr mula,mengasaskan: memang sukar hendak ~
     sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara
     perniagaan itu; 3. membiarkan mula melakukan sesuatu: orang
     Parsi menunggu orang Islam ~ serangan;
     termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak
     meninggalkan candu rokok ini;
     permulaan 1. awal, yg awal (pertama) sekali, yg terdahulu: pd
     peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2.
     dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda
     dan ialah yg membuat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3.
     pendahuluan; ~ kata (kalam) kata pendahuluan: penyiasatan ~;
     berpermulaan mempunyai permulaan: sesuatu perbuatan harus
     ~;
     pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg
     dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala
     (sebelum pengakap).
mulakat Ar perjumpaan, pertemuan.
mulas I = ~ perut berasa sakit perut (seakan-akan diramas-ramas
      rasanya): Mariam merasai bahawa seleranya telah berubah,
      perutnya kerap kali ~;   pulas II.
mulas II; daun ~ sj tumbuhan (herba yg daunnya boleh dibuat ubat sakit
      perut), Desmodium triflorum.
mulato orang peranakan yg mempunyai darah campuran orang kulit
      putih dgn orang kulit hitam.
mulberi sj pokok yg daunnya dijadikan makanan ulat sutera, Morus
      alba, kertau.
mulhid Ar rujukan kpd orang yg sesat kerana menganggap Tuhan itu
      tiada;
      kemulhidan keadaan mulhid: segala ciri kafir Musyrikin Mekah
      menepati ciri-ciri ~ aliran kebendaan.
mulia 1. tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur, terhormat,
      tertinggi; yg maha ~ panggilan utk sultan dan raja yg memerintah;
      yg teramat ~ panggilan utk raja muda (bakal raja); yg amat ~
      panggilan utk anak-anak raja (keluarga diraja yg dekat-dekat); yg
      ~ panggilan utk orang baik-baik; ~ raya yg besar lagi dihormati; 2.
      tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dll); logam ~ emas dan
      perak;
      memuliakan 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan
      sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi,
      menghormati; ~ janji menepati janji;
      mempermulia 1. menjadikan lebih mulia; 2. sl (sangat)
      menghormati: hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka,
      sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad;
      kemuliaan perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran:
      kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn
      peristiwa sejarah bangsa Melayu;
      pemuliaan perihal (perbuatan) memuliakan.
muliawan sl mulia, luhur.
mulih Br balik, pulang; air ~ Kl air berpusing.
mulla (gelaran bagi) pemimpin atau pejuang agama Islam, terutamanya
      di Afghanistan dan Pakistan.
multi- awalan asing banyak dan pelbagai, mis multinasional dan
      multidisiplin.
multidimensi (multidiménsi) berbagai-bagai dimensi.
multidisiplin    berbagai-bagai   disiplin:   pengajian   Islam   mestilah
      diajarkan dan dikaji drpd perspektif ~.
multilateral (dlm sesuatu perjanjian dll) melibatkan penyertaan banyak
      pihak atau negara.
multimedia (multimédia) 1. (berkaitan dgn) penggunaan pelbagai jenis
      media spt slaid, televisyen dsb, terutamanya dlm membuat
      persembahan (mengajar, menunjuk cara dsb); 2. berkaitan dgn
      produk, program dsb yg melibatkan penggunaan grafik, filem,
      bunyi, data dsb utk menyampaikan maklumat dsb: alat ~; 3. sistem
      komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan
      video;
      memultimediakan menukarkan atau menyampaikan sesuatu
      maklumat (bahan dsb) dlm bentuk multimedia: banyak bahan yg
      sesuai utk pelajar yg boleh dimultimediakan.
multinasional 1. beroperasi di beberapa buah negara (bkn sesebuah
      syarikat besar): syarikat ~ besar yg banyak terdapat di negara ini
      lebih     suka   menggunakan    perkhidmatan    antarabangsa;     2.
      berkaitan dgn, terdiri drpd atau melibatkan penyertaan (rakyat,
      pasukan, dsb) drpd berbagai-bagai negara: pasukan tentera
      pengaman ~.
multivitamin pil yg mengandungi campuran beberapa jenis vitamin spt
      vitamin A, B, dan C.
mulu; kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kayu-kayunya kuat), canjal,
      pelawan, Tristania sumatrana.
mulud     Maulud.
muluk I raja-         malik I.
muluk II 1. terbang tinggi-tinggi (burung merpati dsb); 2. tinggi lagi
      merdu     (suara),   nyaring;   3.   =    muluk-muluk indah-indah
      (perkataan, janji, dll), elok-elok: kutawarkan batu itu dgn
      perkataan yg ~;
      kemulukan perihal muluk.
mulur 1. tidak rapuh dan dapat memanjang, dapat dijadikan panjang
      (logam dsb): pokok ini perlu dipancang kerana mempunyai batang
      dan dahan yg ~; 2. Id, ki tidak keras kepala, boleh bertolak ansur;
      kemuluran perihal mulur.
mulus Id 1. putih bersih; 2. ki tulus ikhlas, suci murni.
mulut 1. bukaan tempat mengunyah makanan (tempat lidah dan gigi pd
      manusia atau binatang): kuman itu masuk ke dlm tubuh melalui ~
      bersama-sama makanan dan air yg diminum; 2. ki sesuatu yg
      rupanya spt mulut (boleh dianggap sbg mulut), lubang, liang: ~
      belanga; ~ kubur dll; 3. ki perkataan, percakapan; banyak ~
      banyak cakap, cerewet;
      ~ bedil lubang laras bedil; ~ berus Kl a) suka membuka rahsia; b)
      suka mengeluarkan kata-kata yg kesat; ~ bisa suka mengeluarkan
      kata-kata yg pedas; ~ busuk nafas berbau busuk; ~ daun lubang
      kecil-kecil   (utk    pernafasan)    pd    daun;      ~   gatal   gemar
      memperkatakan apa sahaja; ~ gunung lubang kawah gunung
      berapi; ~ hebiak Kd orang yg suka mengata orang; ~ hodoh Kl
      suka mencarut-carut; ~ kotor suka mengeluarkan kata-kata keji
kata;~ kulit lubang kecil pd kulit (utk perpeluhan); ~ manis lemah
lembut dan baik tutur katanya; ~ murai orang yg sangat suka
bercakap-cakap; ~ sungai kuala (muara) sungai; ~ tajam suka
mengeluarkan kata yg pedas-pedas;
~ bagai ekor ayam dihembus prb seseorang yg mulutnya tidak
berhenti-henti berkata-kata; ~ bau madu, pantat bawa sengat prb
orang yg manis mulutnya tetapi hatinya jahat; ~ disuapi pisang,
pantat dikait dgn onak prb bermuka-muka manis tetapi di
belakang diumpat atau dibuatkan pekerjaan yg mendatangkan
bahaya dll; ~ hang lebih drpd gedembai = ~ kamu harimau kamu,
mengerkah (batu) kepala kamu prb perkataan kamu juga yg
membinasakan diri kamu; ~ manis jangan percaya, lepas dr
tangan jangan diharap prb jangan percaya kpd orang yg manis
perkataannya dan barang atau wang yg dipinjamkan kepadanya
jangan diharap akan dapat kembali; ~ manis mematahkan tulang
prb jika seseorang disuruh dgn lemah lembut nescaya sukalah
hatinya dan pastilah ia bekerja dgn sehabis-habis upayanya; ~ satu
lidah bertopang prb orang yg jahat hati itu perkataannya lain drpd
hasrat hatinya; gula di dlm ~ prb sesuatu barang yg telah dlm milik
kita; manis ~nya bercakap spt santan manisan, di dlm bagai
empedu prb perkataan yg lemak manis biasanya berisi tipu semu di
dalamnya; terlepas dr ~ buaya, masuk ke ~ harimau prb terhindar
drpd kemalangan kecil lalu menghadapi kemalangan yg lebih
besar;
bermulut 1. mempunyai mulut, berlubang spt mulut; 2. bk
bertutur, bercakap;
~ besar banyak cakap, angkuh, sombong; ~ keras berkeras kepala
(suka melawan); ~ manis bercakap-cakap dgn lemah lembut; ~ di
mulut orang prb selalu menurut kata orang;
      bermulut-mulut bk bercakap-cakap, berkata-kata.
mumaiyiz Ar sudah dapat membezakan sesuatu yg baik dgn yg buruk
      (bkn kanak-kanak yg lazimnya setelah berumur tujuh tahun tetapi
      belum baligh).
mumbang putik kelapa (yg masih kecil);
      ~ jatuh, kelapa jatuh prb tiap-tiap yg bernyawa akan mati juga;
      cuba-cuba menanam ~, jika hidup turus negeri prb tetap
      meneruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan mendatangkan hasil.
mumbu         mumbung.
mumbul Jk naik, membumbung.
mumbung berisi penuh-penuh sehingga melebihi bibir (perahu, gantang,
      dll).
mumet Jw pening, pusing; tidak ambil ~ bp tidak peduli.
mumia mayat manusia atau bangkai binatang yg diawet sebelum
      dikebumikan (spt yg diamalkan pd zaman Mesir kuno);
      memumiakan mengawet mayat supaya tahan lama dan tidak reput
      dgn cara melumurkan minyak khas dsb, dan membalutnya dgn
      kain, menjadikan sbg mumia: orang-orang Mesir kuno ~ jasad
      raja-raja mereka;
      pemumiaan proses atau perbuatan memumiakan: ~ mayat.
mumifikasi pemumiaan.
mumkin                                            mungkin.
mumuk Mn reput (kayu), buruk.
mumur; hancur ~ hancur lebur, remuk-redam.
mumut hampir rosak (putus dll), mudah putus (patah, sobek, dll), lapuk.
mun singkatan bagi lamun.
munafik Ar 1. orang yg pd zahirnya mengaku keesaan Tuhan dan
      kerasulan Muhammad, tetapi sebenarnya tidak beriman; 2. orang
      yg amalan dan hatinya bertentangan dgn apa yg diperkatakannya;
      kemunafikan perihal munafik, sifat munafik.
munafikin Ar jamak bagi munafik.
munajat Ar zikir dan doa utk mengharapkan keredaan, hidayah,
      pertolongan dsb drpd Allah: dlm ~, tiada rasa jarak pemisah
      antara diri yg berdoa dgn yg didoakan;
      bermunajat mendekati atau mendampingi Allah dgn cara berdoa
      (berzikir dll).
munajim Ar ahli nujum.
munakahat hukum fikah bkn perkahwinan, spt pernikahan, perceraian,
      kewajiban suami isteri, dll.
munang kendal.
munasabah 1. sedarah sedaging, (drpd) kerabat yg sama; 2. kesesuaian,
      kesamaan; 3. sesuai, tepat benar, berpatutan: ada modal yg ~ utk
      ditanam dlm perniagaan; 4. boleh diterima akal (boleh
      dipercayai), tidak mustahil: cakap kita ini biar cukup dgn dalilnya,
      biar ~ oleh akal;
      memunasabahkan menjadikan munasabah: operasi perang yg
      terhad tidak ~ penggunaan senjata nuklear;
      kemunasabahan perihal munasabah (sesuai, berpatutan, masuk
      akal, tidak mustahil):~ matlamat, ancaman, dan ugutan.
munasabat Ar 1. saudara sedarah sedaging, kerabat sejenis; 2. sesuai
      (cocok, tepat) benar; 3. kesesuaian, kesamaan.
muncah banyak, berlimpah-limpah: rezekinya ~ bagai ditabur.
muncerat memercik (air dll).
munci 1. gundik; 2. pelacur.
muncih baki yg tinggal sedikit (wang, barang-barang, dll).
muncikari Mn barua, jaruman, pinang muda.
muncul keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul: tiba-
      tiba ketika itu ~ Dang Kenanga membawa sehidangan kopi;
      bermunculan muncul dgn banyak: di langit bersih ~lah bintang-
      bintang;
      memunculkan           menampakkan,    menerbitkan,   menimbulkan:
      matahari belum ~ diri dr selimut mendung;
      kemunculan       perihal   muncul:    ~nya   di   dlm   majlis   itu
      memeranjatkan mereka;
      pemunculan proses menjadikan sesuatu, penjelmaan .
muncung 1. mulut yg panjang (spt mulut anjing, babi, dll): ~ ikan todak;
      2. panjang lagi lancip (bentuk sesuatu); 3. mulut (pd cerek, kendi,
      dll); mulutnya ~ = cabar ~ a) orang yg suka membuka rahsia
      orang; b) orang yg suka berbual kosong;
      bermuncung 1. mempunyai mulut yg panjang; 2. bk berkata,
      bercakap;
      memuncungkan menganjurkan mulut sehingga menjadi atau
      kelihatan spt muncung: “Tak boleh”, jawab Pipi sambil ~
      mulutnya.
muncus Mn tidak mujarab, tidak menyembuhkan (ubat dll).
mundam sl mangkuk atau bokor besar drpd logam.
mundar; ~-mandir pergi balik, berulang-alik, hilir mudik: dia berjalan
      ~ di dlm bilik itu.
munding (Sunda) kerbau.
mundu sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan dan kulitnya
      dibuat cat hijau), Garcinia dulcis.
mundur 1. (berjalan, bergerak, dll) ke belakang, surut, undur, lwn mara:
      dia ~ setapak dan kemudian mara lagi beberapa tapak apabila
      polis itu beredar dr situ; 2. ki menjadi kurang (hasil pendapatan
      dll), berkurang, merosot: perusahaannya mulai ~; 3. tidak maju,
      terkebelakang, tertinggal, kolot: kebanyakan kaum perempuan
      masih lagi dlm keadaan lemah, ~, dan terkongkong;
       ~ maju ki tidak tetap hati, ragu-ragu; ~ teratur a) berundur dgn
       teratur (pasukan peperangan); b) mengundurkan diri dgn diam-
       diam;
       memundurkan            menjadikan     mundur,       mengundurkan,
       memerosotkan, mengebelakangkan;
       kemunduran perihal mundur, kemerosotan: pekedai itu, sambil
       mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya.
mung     mungmung.
munggu, mungguk timbunan tanah, busut, longgokan.
munggur I sj tumbuhan (pokok), Enterolobium saman.
munggur II         mungkur.
mungil         mongel.
mungkar Ar ingkar atau menderhaka kpd Tuhan (melanggar perintah
       Tuhan): Tuhan memelihara pesuruh-pesuruhnya drpd melakukan
       perbuatan yg ~ dan pekerjaan maksiat; seorang yg mabuk
       mungkin melakukan apa jua perbuatan yg ~ kerana ia telah hilang
       akal;
       memungkari tidak menurut (perintah Tuhan dll), memungkiri,
       mengingkari;
       kemungkaran perihal mungkar, penderhakaan: ~ anaknya
       membantah segala cakapnya belum diketahui oleh mereka
       sekalian.
mungkat Kd, bp mencari-cari (kemarahan orang dll).
mungkin tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang
       itu memang ~ terjadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh,
       (dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ sedapat-dapatnya;
       memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin,
       mengharuskan: kematian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak
       diingini     oleh   manusia;   2.   memberi     kesempatan   (kpd),
     membolehkan (melakukan sesuatu): ini tidak ~ si pengarang dapat
     mengatakan dia sudah banyak membaca; 3. menganggap mungkin
     (boleh jadi), memandang tidak mustahil;
     kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar
     sejarah sedang menyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri
     China;
     berkemungkinan             mempunyai           kemungkinan,     ada
     kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di
     bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi;
     ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi.
mungkir 1. tidak mengakui, tidak mengiakan, menafikan, menyangkal,
     ingkar: ia tidak dapat ~ kerana perbuatannya diketahui orang; 2.
     tidak setia, tidak patuh, tidak taat: ia tidak ~ dan tidak ingkar
     perintah Mempawah; 3. tidak menepati (janji dll), menolak
     perjanjian: sekali kita ~ janji maka orang tidak akan mudah
     mempercayai kita lagi; 4. salah, keliru; tidak ~ a) tidak salah,
     tidak keliru; b) manjur (ubat dll), mujarab;
     memungkiri 1. tidak mengiakan, menyangkal, mengingkari: kalau
     saya ~ nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2.
     tidak mematuhi, tidak mentaati: maka teringat olehnya titah
     permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau
     roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. menjauhkan diri drpd
     (perbuatan yg keji dll);
     kemungkiran perihal (perbuatan) mungkir: ~ dlm menunaikan
     janji-janjinya;
     pemungkiran perihal atau perbuatan memungkiri;
     pemungkir orang yg memungkiri janji.
mungkum 1. lengkung atau cembung (permukaan): hujung matanya
      dicanai ~ sedikit supaya penjurunya tidak sumbing atau sompek;
      2. jeluk (mangkuk dll).
mungkur sl sj usungan atau tandu: maka raja pun keluar, berbayang-
      bayang rupanya, kelihatan dr dlm ~ kaca dlm mulut naga.
mungmung = mungmungan sj canang atau gong kecil: maka
      Bendahara pun menyuruh memalu ~ keliling negeri.
mungsang Br musang.
mungsi sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Carum copticum.
mungut ark tidak teguh, goyah, terhuyung-hayang (orang mabuk dll).
munib ark janda.
munisi IB peluru dan bahan letupan lain (bagi senjata api).
munjung Jk penuh sekali, mumbung.
Munkar malaikat yg menyoal ahli kubur; ~ dan Nakir dua malaikat yg
      menyoal ahli kubur.
muno Mn menjadi diam (bingung) dan termenung-menung (kerana
      perbuatan orang), hilang ingatan.
munsyi Ar guru bahasa.
muntah 1. keluar kembali drpd mulut (barang yg dimakan dll): maka
      terkadang-kadang ~lah ia sebab banyak meminum air masin itu;
      2. = muntahan apa-apa yg keluar kembali melalui mulut; 3. turun
      atau luntur (warna kain); ~ belalah mengeluarkan muntah dgn
      banyak; ~ berak sering muntah-muntah dan berak (kerana penyakit
      taun); ~ darah mengeluarkan darah dr mulut; ~ kedarah bk makan;
      menjilat ~ sendiri prb apa yg telah ditolak (dicacat) diterima lagi;
      memuntahi mengeluarkan muntah dan mengenai sesuatu: ia ~
      katilnya;
      memuntahkan 1. mengeluarkan muntah (apa yg sudah di dlm
      perut): ia ~ kembali apa yg telah dimakannya; 2. mengeluarkan
      apa yg ada di dlm mulut, meluahkan: setelah dikunyah-kunyah,
      dimuntahkan kembali sirih itu; 3. ki mengeluarkan banyak-
      banyak: kedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dr mesingannya yg
      menggerutup menuju sasarannya; ~ isi perut bk mengeluarkan
      perasaan hati;
      pemuntahan perihal (proses atau perbuatan) memuntahkan: di
      Malaysia, kaedah ~ yg selamat bagi mengeluarkan racun yg
      tertelan mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah;
      pemuntah (ubat dsb) yg menyebabkan muntah: agen ~ ialah ubat
      yg sengaja diberikan supaya pesakit itu muntah.
muntaha Ar batas atau peringkat yg terakhir (dlm ilmu tasawuf).
muntahi Ar ahli suluk yg mencapai peringkat terakhir.
muntang Pr mati terkapar (ikan dll), buntang.
muntet (muntét) Pl buncit perut (kerana kekenyangan).
muntu Jw alat penggiling (lada dll), pelindas.
muntul Jk tidak tajam (pisau dll), majal, tumpul.
mupaham      mufaham.
muqaddam Ar 1. yg terdahulu, sesuatu yg mendahului, pendahuluan; 2.
      juz Amma atau juz yg ke-30 dlm al-Quran (dipelajari dahulu).
mur sj damar yg berbau harum.
mura sj ular yg sangat berbisa; bertemu ~ dgn tedung prb sama pandai
      (gagah dll).
murabbi Ar orang yg mendidik atau membimbing, pendidik,
      pembimbing: tugas lain yg perlu ditangani ialah melatih imam
      dan khatib agar mampu menjadi ~ yg berkesan dlm masyarakat.
murad Ar 1. maksud, kehendak, keinginan: telah sampailah hajat dan ~
      masing-masing; 2. maksud yg lebih luas.
muradif Ar (kata) seerti.
murah 1. banyak, berlebih-lebih, limpah: mereka yg mempunyai sifat
     kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; 2. rendah
     harganya, tidak mahal: makanan yg ~ dan senang sekali didapati
     ialah karbohidrat; 3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dll):
     setelah Sultan Muzaffar Shah di atas kerajaan, terlalulah baik fiil
     baginda dgn adilnya dan ~ nya; 4. tidak susah atau tidak payah,
     mudah, senang;
     ~ hati a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan
     penyayang; ~ mulut ramah mesra (tamah); ~ rezeki banyak rezeki;
     ~ tangan suka memberi;
     ~ di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi
     tidak menepatinya; makin ~ makin menawar prb seseorang yg
     telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berkehendak lebih lagi
     (telah memperoleh kesenangan ia berkehendakkan kesenangan yg
     lebih);
     bermurah; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat
     murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd
     kami;
     memurahkan menjadikan murah (harga dll), menyebabkan jadi
     murah, menurunkan harga: kerana persaingan yg hebat terpaksa
     ia ~ harga dagangannya;
     mempermurahkan ki menganggap mudah (senang dll): kalau
     suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya
     isteri itu dgn tidak semena-mena;
     murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya: mereka
     selalu dianggap sbg gadis ~; hanya bahan-bahan ~; hiburan ~;
     kemurahan 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah
     ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung
     kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang
      dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~
      hati engkau itu;
      pemurah (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah
      sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah.
murahik Ar anak yg sudah hampir kpd usia baligh.
murai sj burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis
      musicus; bunyi ~ waktu pagi-pagi benar;
      ~ bakau sj burung, Pachycephala cinerea; ~ batu sj burung a) = ~
      hutan sj burung, Copsychus malabaricus; b) burung kapas, Lalage
      nigra; ~ belanda sj burung, Zoothera citrina; ~ belukar sj burung,
      Tarsiger cyanurus; ~ gajah sj burung, Irena puella; ~ kampung sj
      burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis; ~ rimba
      sj burung, Pycnonotus plumosus; ~ sampah sj burung, a)
      Acrocephalus arundinaceus; b) Alcippe cinerea; burung ~ bangau
      = ~ ekor gading sj burung, merbah ekor gading, Tersiphone
      paradisi;
      bagai ~ dicabut ekor prb perempuan yg suka bercakap banyak; ~
      berkicau hari siang prb sesuatu yg sudah terang dan nyata.
murajaah Ar mengulang kaji, merujuk.
murakab Ar bersusun, berganda, berlapis: jahil ~.
mural lukisan atau gambar yg besar pd dinding: ~ yg terpampang di
      dinding luar Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka.
muram 1. tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram:
      hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam
      tadi; 2. tidak berseri (air muka dll), tidak gembira: suatu hari
      suamiku pulang dgn muka yg ~; 3. ki tidak bahagia (hidup dll),
      tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dsb), menderita: hidup akan
      menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah; keadaan
      ekonomi antarabangsa yg ~ mempengaruhi ekonomi negara
      sedang membangun spt Malaysia;
      bermuram; ~ durja bermasam muka (kerana sedih dll), tidak
      jernih air mukanya: seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar
      hatinya disindir orang;
      memuramkan         menjadikan      muram,   menyebabkan    muram,
      memudarkan: perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat
      keluargamu;
      kemuraman perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman
      memandang wajah isterinya yg masih cuba menyembunyikan
      ~nya.
murang sl sj tunam utk memasang meriam.
muraqabah Ar amalan menjaga ingatan hati semata-mata kpd Allah.
murba biasa sahaja, hina, jelata, rendah;
      kaum ~ kaum rendah (bukan bangsawan atau hartawan), marhaen;
      rakyat ~ rakyat jelata.
murca sl tidak sedarkan diri, pengsan;
      memurcakan menyebabkan (menjadikan) pengsan: kemudian
      anak ini dimurcakan oleh dukun ubatan di atas sebuah kerusi.
muri sl sj serunai atau suling.
murid = anak ~ orang atau anak yg sedang belajar atau berguru, pelajar,
      penuntut; ~ tua bekas pelajar (dr sesebuah sekolah dll);
      bermuridkan sl mengambil sbg murid, menjadi guru kpd: ia pun
      ~ Laksamana.
murih kl marah, meradang.
muring bersungut-sungut (kerana tidak puas hati dll), merengut-rengut.
muris I                    mores I.
muris II Jk haloba, rakus, tamak.
murka I bd marah, meradang: maka sultan pun terlalu ~ akan Hang
      Tuah, disuruh bunuh pd Seri Nara Diraja;
      memurkai marah kpd (akan), memarahi: jangan tuanku segan ~
      anakanda;
      memurkakan menyebabkan jadi marah, memarahkan: ~ raja;
      termurkai sl dimurkai (dimarahi): Laksamana pd ketika itu ~,
      tiada bekerja lagi;
      kemurkaan perihal murka, kemarahan: dia ialah sahabat yg
      pemurah dan sangat takut akan ~ Allah.
murka II; angkara ~ mementingkan diri sendiri, loba, tamak;
      kemurkaan sifat kelobaan (ketamakan).
murni tidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur-unsur yg
      mencemarkan), bersih benar, suci, tulen: aku bekerja kuat dan
      rajin dgn mendapat semangat dan perangsang drpd cita-cita yg ~
      dlm hatiku; kemanakan dia telah mengirim bingkisan permata ~;
      memurnikan membersihkan benar-benar, menyucikan: agama itu
      benar-benar dipergunakan utk ~ rohani manusia;
      kemurnian perihal murni, kesucian, keaslian, ketulenan: ada
      baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yg sesuai agar ~
      agama Islam tidak tercabul; mereka mahu mengekalkan ~ bahasa
      Melayu;
      pemurnian perihal atau perbuatan memurnikan: ada baiknya
      masalah ~ bahasa menjadi pokok perhatian dlm seminar ini;
      pemurni orang yg sangat mementingkan ketelitian dan ketepatan,
      terutamanya dlm cara hidup, adat istiadat, penggunaan bahasa yg
      betul dsb.
mursal Ar 1. yg disuruh, pesuruh, rasul; 2. hadis yg diriwayatkan dgn
      sanad tanpa disebut sahabat yg meriwayatkannya drpd Rasulullah
      SAW secara langsung.
mursalin Ar jamak bagi mursal; anbia dan ~ sekalian nabi dan rasul.
mursyid Ar 1. guru agama, pemimpin (dlm hal rohani); 2. baik
      hidupnya, taat kpd Allah.
mursyidul am Ar pembimbing utama di kalangan pemimpin, yg
      berperanan utk memberikan panduan atau tunjuk ajar tentang
      agama Islam kpd para ahli dlm sesebuah pertubuhan, persatuan
      dsb.
murtad Ar orang yg keluar drpd agama Islam, sama ada melalui
      perbuatan, perkataan, atau niat: orang yg begitu adalah orang yg
      kufur, yg ~, yg derhaka, kerana mahu menyamai Tuhan Maha
      Pencipta;
      memurtadkan menjadikan seseorang murtad: watak utama
      bernama Kamil telah ~ ramai orang;
      kemurtadan perihal murtad: setiap Muslim yg murtad tidak boleh
      diakui ~nya, tetapi hendaklah disuruh kembali kpd Islam.
muruku sj makanan ringan yg diperbuat drpd tepung beras, tepung
      kacang, dan dicampur dgn rempah (popular di kalangan kaum
      India).
murung sedih, masyghul, pilu: sifat riang dapat berubah jadi ~ dgn
      tiba-tiba;
      bermurung berasa murung, berdukacita, bersedih: apabila
      kemarahannya tidak dapat diluahkan, dia ~ sepanjang hari;
      kemurungan      1. perihal murung, kemuraman, kesuraman:
      kenangan itu menjadikan ~nya bertambah-tambah dan bibirnya
      bergetar-getar; 2. (Psi) keadaan apabila seseorang mengalami rasa
      kecewa dan putus asa yg diiringi dgn gejala spt sukar tidur,
      lembap berfikir, dan rasa bersalah yg keterlaluan yg tidak setimpal
      dgn kesalahan yg dilakukan.
murup Jw menyala (cahaya, warna, dll), berkobar: maka Laksamana
      pun memakai, berkain kesumba ~ antelas bertepi bersirat; merah
      ~ merah menyala.
murus Jw buang-buang air; ~ darah buang air yg berdarah.
Murut suku kaum peribumi di Sabah, yg tinggal di rumah panjang,
      terutamanya di daerah Tenom, Keningau dan Nabawan, dan
      kegiatan utamanya ialah menanam padi huma, berburu, dan
      memungut rotan, madu lebah dan damar, biasanya tidak menetap
      di satu tempat.
mus (ERT) pencuci mulut yg berbusa, diperbuat drpd krim, telur dsb,
      biasanya berperisa coklat atau buah-buahan dan dihidangkan
      sejuk: ~ coklat.
musaadah Ar bantuan (yg diberikan), pertolongan, sokongan.
musabab Ar 1. kesan: drpd keadaan tersebut lahirlah suatu ~ yg
      tertinggi, maka dgn itu alam dgn segala sesuatu pun diciptakan;
      2. sebab drpd segala sebab, sebab yg menjadi asas terjadinya
      sesuatu: tiap-tiap satu kejadian dan peristiwa mempunyai asas
      dan ~ yg mendorong terjadinya kejadian itu; sebab ~ yg menjadi
      sebab, yg menyebabkan, sebab.
musabaqah Ar pertandingan: ~ tilawatil Quran pertandingan membaca
      al-Quran.
musafir Ar orang yg masih dlm perjalanan, orang yg berpergian,
      pengembara: jangan ada orang ~ yg tidur di bawah atap rumah
      engkau dlm keadaan lapar;
      bermusafir melakukan perjalanan atau pengembaraan: orang yg
      sedang ~;
      kemusafiran perihal (keadaan) hidup sbg musafir: sia-sia
      hidupmu, sia-sia ~mu.
musakat Ar celaka, sengsara.
musala Ar tempat sembahyang; tikar ~ tikar sembahyang, sejadah.
musang 1. sj binatang liar (yg gemar memakan ayam); ~ akar sj musang,
      Artogalidia trivirgata; ~ belang, Hemigalus debyanus; ~ buah sj
      binatang spt musang, Prionodon sp.; ~ jebat = ~ kesturi sj musang,
      Viverra zibetha; ~ lamri, Paguma larvata; ~ pandan = ~ pulut,
      Paradoxurus hermaphroditus; ~ sebarau = ~ tebarau sj musang,
      Paradoxurus spp.; ~ tenggalung, Viverra tangalunga; ~ turun sj
      binatang spt musang, Arctictis binturong; 2. sj binatang liar spt
      anjing, Vulpes spp.;
      ~ berbulu ayam prb orang jahat yg menyamar sbg orang baik; ~
      terjun lantai terjungkat prb a) ada tanda-tanda yg boleh jadi
      keterangan dlm sesuatu perkara; b) tempat yg dimasuki pencuri
      ada juga sesuatu alamatnya.
musara wang bantuan, gaji, pencen: maka beberapa puluh bahara emas
      patik beri ~ tiada juga pd;    sara I.
museologi (muséologi) kajian tentang organisasi muzium.
musibat, musibah Ar 1. bencana, celaka, malapetaka: janganlah kamu
      mencari ~ dan bahaya bagi dirimu sendiri; 2. bk kata makian,
      celaka, sial: ah, ~ betul mereka itu.
musikan IB 1. pemain muzik; 2. bermain muzik.
musikus IB ahli muzik.
musim 1. masa yg tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan
      iklim: dlm ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dlm tanah;
      2. ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah,
      buah mulai masak, dll): orang kita gemar memakan buah-buahan,
      tetapi biasanya buah-buahan itu dimakan pd ~nya sahaja; 3. masa
      berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dsb) yg
      serupa: Karim kebingungan menghadapi ~ perang;
      ~ angin masa angin bertiup; ~ bah (banjir) musim selalu berlaku
      banjir; ~ barat Id musim hujan di Sumatera dan Jawa; ~ buah
      (buah-buahan) masa pokok berbuah; ~ bunga (semi) musim
      tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pd akhir
      musim sejuk); ~ dingin (sejuk) musim udara sejuk (di negeri-
      negeri berhawa dingin); ~ haji masa orang menunaikan fardu haji;
      ~ kelambu menunggal (tutup kuala, utara) masa angin timur laut
      bertiup (dr bulan November hingga bulan Januari); ~ kemarau
      musim udara panas terik dan hujan tidak turun; ~ luruh (gugur,
      rontok) musim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan
      daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba); ~ menuai
      (panen) masa menuai padi; ~ panas musim antara musim dingin
      dgn musim luruh (ketika udara panas); ~ tenggara (jawa, selatan)
      masa angin bertiup dr barat laut dan membawa hujan (dr bulan Jun
      hingga bulan September); ~ tengkujuh musim hujan selalu turun;
      semusim 1. sama musimnya; 2. masa kira-kira setahun (dr musim
      tertentu hingga kembali musim itu lagi): ada ~ baginda duduk di
      dlm negeri itu, beranak seorang laki-laki bernama Encik Tayan;
      bermusim 1. sudah sampai atau tiba musimnya; belum ~ belum
      sampai musim atau masanya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman
      ~;
      musiman mengikut musim (waktu) tertentu: acara ~ utk tujuan-
      tujuan semasa.
musir Kd daging yg elok (pd kerbau, lembu), daging batang pinang.
muslihat Ar 1. daya upaya, ikhtiar: apakah ~ agar kesatuan itu benar-
      benar boleh mewakili pelajar Melayu seluruhnya; 2. = tipu ~ tipu
      daya, akal, helah: sekarang apa yg kita mahu ialah satu tipu ~ yg
      licin spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam itu;
      beliau menyeru supaya harta wakaf hendaklah digunakan utk ~
      am; ~ perang siasat perang, taktik perang;
      bermuslihat     mempunyai       muslihat:   negara   itu   mencapai
      matlamatnya dgn ~ dlm hal ehwal negara lain.
Muslim Ar orang (lelaki) yg beragama Islam;
      memuslimkan 1. menjadikan sesuatu bercirikan Islam: serba-
      serbi mesti dimuslimkan, dibersihkan di dalam dan di luar; 2.
      menjadikan seseorang Muslim;
      kemusliman ketinggian darjat seseorang sbg orang Muslim: ~
      seseorang insan.
Muslimah Ar orang (perempuan) yg beragama Islam.
Muslimat Ar jamak bagi Muslimah: para Muslimin dan ~.
Muslimin Ar jamak bagi Muslim: para ~ dan Muslimat.
muslin sj kain yg nipis dan jarang.
musnah binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak: sebanyak dua belas
      buah rumah telah ~ dijilat api;
      memusnahkan        membinasakan        langsung,     menghilangkan,
      melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di
      Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja;
      kemusnahan perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak
      penduduknya     diperintahkan     berpindah,    seluruh    Kampung
      Beringin itu terbiar menghadapi ~;
      pemusnahan perihal atau perbuatan memusnahkan, pembinasaan:
      penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia;
      pemusnah yg memusnahkan (membinasakan): benarkah surat
      layang suatu ejen ~ masyarakat?
mustahak penting, pantas, patut, perlu: segala pancaindera yg disebut
      ini sangatlah ~ dijaga supaya tidak cacat cedera; maka ~lah
      mereka itu diberi bantuan drpd pungutan zakat;
      memustahakkan memerlukan, mementingkan, menghendaki: dlm
      air susu terdapat zat yg sangat dimustahakkan oleh bayi;
      kemustahakan perihal mustahak.
mustahil tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu
      orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati;
      memustahilkan         menganggap    mustahil,     menganggap   tidak
      mungkin: jangan ~ sesuatu kejadian yg belum kamu ketahui;
      kemustahilan 1. perihal mustahil; 2. sesuatu yg tidak mungkin.
mustaid Ar sedia, lengkap, selesai, siap: setelah sudah ~ maka surat pun
      diaraklah ke perahu;
      memustaidkan           menjadikan      mustaid,       melengkapkan,
      menyediakan.
mustajab Ar 1. berjawab atau dikabulkan (doa, permintaan, dll),
      makbul: doa pun terlalu ~ dan barang pintanya pun dikabulkan
      Allah; 2. bp mujarab: ubat yg amat ~ utk penyakit sengal;
      memustajabkan menjadikan makbul (doa, permintaan dll),
      memakbulkan, memperkenankan: pd hari raya juga kita
      digalakkan memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya;
      mudah-mudahan doanya itu dimustajabkan oleh Allah;
      kemustajaban perihal mustajab, kemanjuran.
mustak Ar berasal dr, diturunkan dr.
mustakim Ar benar, jujur, lurus; siratal ~ jalan yg lurus (benar).
mustakmal Ar terpakai; air ~ air yg telah dipakai utk wuduk, mandi
      hadas atau bersuci.
mustami ark pendengar (syarahan universiti).
mustard biji sawi yg dijadikan serbuk: gaulkan daging dgn garam, lada
      sulah, dan ~.
musuh I 1. orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian,
      pertandingan, dll), lawan, seteru: tiada begitu banyak ~nya dan
      tiada sesiapa membenci dia; 2. sesuatu yg mengancam (kesihatan,
      jiwa, dll), sesuatu yg merosakkan: penyakit tibi ini ialah ~ yg
      besar sekali kpd manusia; 3. ki bandingan, imbangan, tandingan;
      tidak ada ~nya tidak ada bandingan atau tandingannya;
      ~ ketat musuh yg paling besar (kpd); ~-masah berbagai-bagai
      musuh; ~ tradisi lawan (dlm pertandingan dsb) sejak dahulu
      hingga masa kini; ~ tumbuhan segala yg merosakkan tumbuhan
      (spt serangga dll);
      ~ dlm selimut prb musuh yg sangat dekat atau yg ada dlm
      lingkungan sendiri; ~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan
      prb musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan
      pula takut;
      bermusuh, bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama
      lain), berlawanan, bertentangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn
      akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn mereka;
      memusuhi menganggap musuh, melawan, membenci, menentang:
      kami tidak ~ sesiapa;
      musuh-memusuhi saling memusuhi: apabila kasih telah terjalin,
      hilanglah rasa ~ antara satu sama lain;
      permusuhan perihal bermusuh, perseteruan: dia bertindak
      demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan
      sekeliling.
musuh II; ~ lebah sj burung, Indicator archipelagus.
musyahadah Ar hal menyaksikan hakikat-hakikat ghaib dlm kasyaf
      (menurut ajaran sufi);
      bermusyahadah melakukan musyahadah.
musyarakah, musyarakat Ar 1. ark persyarikatan perdagangan, syarikat
      perniagaan, perkongsian; 2. ark                  masyarakat.
musyarik Ar orang yg turut serta (melakukan sesuatu), peserta.
musyawarah Ar perundingan dgn pihak-pihak lain utk menyelesaikan
      masalah atau mencapai persetujuan: MBIM boleh mengadakan
      forum ~ kebahasaan antara Malaysia dgn Indonesia; kesediaan
      menyelesaikan masalah secara ~ dgn perasaan terbuka dan
      bertolak ansur;
      bermusyawarah berunding, bermesyuarat: satu ciri yg ketara dlm
      masyarakat timur ialah konsep gotong-royong dan ~ utk
      menyelesaikan masalah.
musykil Ar 1. ragu-ragu, payah (difahami, dimengerti, dihuraikan, dll),
      sukar, sulit: sekiranya dia menanyakan suatu perkara yg ~
      baginya, hendaklah kita jawab; 2. tidak puas hati, kecewa, kesal:
      Kamal berasa ~ apa sebabnya Wan Mahani tidak mahu mengikut
      surat Wan Mustafa;
      memusykilkan 1. menyebabkan jadi musykil, memayahkan,
      menyukarkan, menyulitkan:       dia menanya segala apa yg
      dimusykilkannya, segala apa yg ada hubungannya dgn soal
      agama; 2. tidak memuaskan hati, mengecewakan, mengesalkan:
      hanya yg dimusykilkan sedikit ialah kerana ketiadaan tempat
      belajar;
      kemusykilan 1. perihal musykil, kesukaran, kesulitan: Tajurim
      menjawab dgn tenang tiap-tiap ~ Maznah itu; 2. sesuatu yg tidak
      memuaskan hati, kekecewaan, kekesalan: si Tenggang tidak
      berani mengeluarkan ~nya kpd sesiapa pun.
Musyrik Ar orang menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan
      ataupun perbuatan, mis percaya adanya kuasa ghaib selain Allah
      spt memuja berhala, dewa dsb;
      memusyrikkan menjadikan atau menyebabkan Musyrik: maka
      orang tuanyalah yg akan mengislamkan, meyahudikan atau ~
      putera atau puterinya;
      kemusyrikan perihal Musyrik (kafir).
Musyrikah Ar perempuan yg menyekutukan Allah.
Musyrikin Ar jamak bagi Musyrik.
Musytari planet paling besar, yg kelima jauhnya dr matahari.
mutaah Ar pemberian suami yg diwajibkan kpd isteri setelah
      diceraikannya; kahwin ~ kahwin kontrak atau sementara (yg
      dibenarkan pd peringkat awal perkembangan Islam, tetapi
      kemudiannya diharamkan).
mutagen (Bio) bahan yg boleh menyebabkan mutasi genetik
mutah sj tumbuhan (pokok).
mutai (muta.i) Ar taat kpd Allah, soleh.
mutakaddim, mutakaddimin Ar (yg) terdahulu, (yg) telah lalu, (yg)
      sudah.
mutakalim Ar ahli ilmu kalam.
mutakhir terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan
      puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti
      perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-
      tahun ~ ini.
mutalaah Ar perihal menyelidiki (mempelajari), perihal membaca;
      memutalaah mempelajari, menyelidiki, membaca baik-baik: jauh
      malam mereka berdua baru tidur kerana ~ pelajaran mereka; ~
      kitab; telaah.
mutan (Bio) individu, haiwan atau tumbuhan yg mengalami mutasi.
mutanajis Ar bercampur dgn najis; air ~ air yg bercampur dgn najis yg
      tidak boleh digunakan utk bersuci.
mutasi 1. (Bio) perubahan pd bahan genetik sesuatu organisma
      (tumbuhan, haiwan, dsb) yg mengakibatkan perubahan ciri
      tertentu organisma tersebut; 2. (Lin) pengubahsuaian bunyi dlm
        satu kata yg dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yg berhampiran; 3. IB
        perubahan atau pergantian pegawai (kakitangan dll).
mutatis mutandis (Latin) (Udg) dgn membuat perubahan yg sewajarnya
        tanpa menjejaskan fakta utama (dlm membandingkan kes).
mutawassitah Ar = najis ~ najis pertengahan (tidak perlu disamak,
        cukup dgn membasuh hingga hilang bau, rasa, dan warnanya
        sahaja).
mutawatir Ar diturunkan drpd seorang ke seorang tanpa putus (bkn
        hadis, berita, riwayat, khabar dll).
mutawif Ar pemandu orang yg mengerjakan tawaf (biasanya dirujuk
        juga kpd mereka yg membuat kebajikan kpd orang yg
        mengerjakan haji).
mute (muté) Jk sj manik-manik.
mutia      mutiara.
mutiara 1. sj permata yg diperoleh dr sj tiram; indung ~ tiram yg
        mengandungi mutiara; 2. ki sesuatu yg sangat berharga: ~
        ketuhanan yg dianugerahi Allah kpd manusia, iaitu akal.
mutlak 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada
        kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh,
        umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~
        serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan
        mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak
        ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~
        wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt
        air hujan dll);
        memutlakkan menyebabkan sesuatu menjadi mutlak: jangan
        sampai ada orang yg menyangka bahawa Plato telah ~ undang-
        undang;
        kemutlakan perihal mutlak;
      pemutlakan perihal (proses atau perbuatan) memutlakkan.
mutu I terdiam kerana terlalu sedih dll, termenung-menung; berhati ~
      bersedih hati, masyghul.
mutu II dlm keadaan yg berbahaya (raja dlm permainan catur), tercepit.
mutu III mutiara; ratna ~ manikam berbagai-bagai jenis permata.
mutu IV 1. ukuran kemurnian emas (1 mutu = 2.4 karat); emas sepuluh
      ~ emas murni; 2. taraf (kebaikan, kecerdasan, kepandaian, dll),
      kualiti, nilaian (utk sesuatu): di samping projek meninggikan
      ekonomi negara, harus ada rancangan utk meninggikan ~
      warganegara;
      bermutu tinggi mutunya, bernilai tinggi: akan kucipta sebuah
      lukisan yg benar-benar ~.
mutung I Jw patah hati.
mutung II (Lampung) ark musnah kerana terbakar, terbakar.
muwahid Ar orang yg mengesakan Allah (tidak menyekutukan Allah).
muwakal Ar orang yg diserahi tugas mengurus sesuatu perkara, wakil.
muwalat I Ar tidak berantara (dlm sembahyang), berturut-turut.
muwalat II Ar ark keturunan, baka, zuriat: Sultan Zainal anak Ghori
      kita hantarkan kerajaan supaya jangan putus ~ takhta kerajaan
      Acheh Darus Salam drpd nasab Syed al-Marhum.
muwarikh Ar ahli (penulis) sejarah.
muzakarah Ar perbincangan (pertukaran pendapat) tentang sesuatu
      masalah dsb;
      bermuzakarah berbincang (bertukar-tukar pendapat) tentang
      sesuatu masalah dsb;
      memuzakarahkan membincangkan dsb sesuatu perkara (isu,
      masalah dsb) dlm muzakarah: mungkin perkara itu akan
      dimuzakarahkan kelak; hal-hal yg ada kaitan dgn keluarga akan
      dimuzakarahkan dlm majlis itu.
muzik gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan
      menyenangkan, bunyi-bunyian;
      pemuzik ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik.
muzikal berharmoni, merdu: keindahan bunyi yg ~.
muzikologi kajian tentang muzik.
muzium bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau
      mempamerkan objek-objek yg mempunyai nilai sejarah, seni,
      saintifik, dsb.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:613
posted:11/10/2011
language:Malay
pages:246