Embed
Email

Sejarah_Kementerian_Pengangkutan_Di_Malaysia

Document Sample

Shared by: xiaopangnv
Categories
Tags
Stats
views:
9
posted:
11/9/2011
language:
Malay
pages:
31
KURSUS: HNS 2013



KENEGARAAN



TAJUK: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DI MALAYSIA



NAMA: JONG SAN MOI



NO. MATRIK: D20101037888



KUMPULAN: I



NAMA PENSYARAH: ENCIK SAMSUL ADABI



FAKULTI: SAINS KEMANUSIAAN



UNIVERSITI: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS



SEMESTER: 2 2010/2011









1

KANDUNGAN



TAJUK MUKA SURAT



BAB 1:PENDAHULUAN



Pengenalan 1



Sejarah Awal Kementerian Pengangkutan Malaysia 2



Misi Kementerian Pengangkutan Malaysia 3



Visi Kementerian Pengangkutan Malaysia 3



Objektif Kementerian Pengangkutan Malaysia 4



Fungsi Kementerian Pengangkutan Malaysia 4



BAB 2: Sejarah Sistem Pengangkutan Di Malaysia 6



BAB 3: Menteri-menteri Pengangkutan 12



BAB 4: Huraian dan Perbincangan 19



BAB 5: Kesimpulan 27



Rujukan









2

BAB 1 PENDAHULUAN



Pengenalan



Tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan merupakan tulang belakang kepada

pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Negara kita amat bergantung kepada

pelbagai jenis pengangkutan untuk menjalankan aktiviti ekonomi mahupun pembangunan

negara. Hal ini dapat dibuktikan semasa negara kita masih dijajah oleh pihak lain di mana

pelbagai jenis pengangkutan telah dibangunkan sebagi tujuan aktiviti ekonomi. Misalnya,

sewaktu zaman penjajahan Birtish, kereta api Tanah Melayu memainkan peranan yang sangat

penting untuk mengangkut bijih timah ke kilang.



Sejak merdeka lagi, pengangkutan memainkan usaha yang penting dalam usaha

meningkatkan kualiti rakyat. Pengangkutan di Malaysia dikendalikan oleh Kementerian

Pengangkutan. Kementerian ini telah menjalankan pelbagai usaha untuk menaik taraf sistem

pengangkutan di negara kita. Hal ini penting kerana rakyat di negara kita amat bergantung

kepada pengangkutan untuk menjalankan segala aktiviti. Pada asalnya, negara kita

mempunyai sistem pengangkutan yang asas dan agak terhad, namun dengan usaha

Kementerian Pengangkutan, kni rakyat di negara kita mampu menikmati prasarana serta

sistem pengangkutan yang moden dan akses yang lebih luas. Sebagai contoh, sistem Transit

Aliran Ringan (LRT) telah diwujudkan di beberapa tempat untuk kemudahan rakyat.



Industri pengangkutan di Malaysia menyaksikan perkembangan yang

memberangsangkan sejajar dengan peningkatan permintaan terutamanya dari komuniti

perniagaan. Teras keempat dalam Rancangan Malaysia Ke-9 telah menyatakan hasrat

kerajaan untuk mempertingkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat. Kerajaan terutamanya

Kementerian Pengangkutan memang mempunyai hasrat untuk meningkatkan kecekapan dan

kebolehpercayaan infrastruktur, kemudahan awam dan pengangkutan bandar bagi

menyokong aktiviti-aktiviti perdagangan dan perniagaan.









3

Sejarah Awal Kementerian Pengangkutan Malaysia



Sebelum negara mencapai kemerdekaan, sistem pemerintahan secara kabinet yang dipanggil

“Sistem Ahli” telah diperkenalkan pada tahun 1951. Sistem Ahli diperkenalkan oleh British

dalam institusi Majlis Perundangan Persekutuan. Terdapat Sembilan orang ahli telah dilantik

oleh British untuk menjalankan pentadbiran kerajaan. Di bawah sistem ini, ahli yang dilantik

akan mengetuai pentadbiran di beberapa jabatan. Hal-hal yang berkaitan dengan

pengangkutan jalan dan penerbangan awam terletak di bawah tanggungjawab ahli bagi

jabatan Tanah, Galian dan Perhubungan.



Ahli yang bertanggungjawab di bawah jabatan Tanah, Galian dan Perhubungan ialah

Datuk Mahmud Bin Mat. Ahli yang mengetuai jabatan ini akan memantau perkembangan

pengangkutan jalan dan penerbangan awam pada masa itu. Datuk Mahmud Bin Mat telah

dibantu oleh seorang setiausaha yang bernama Mr. F.M Smith. Seterusnya, setiap ahli di

bawah Sistem Ahli akan berkerjasama dengan lima orang ahli rasmi dari perkhidmatan awam.

Mr. J.O. Sanders merupakan ahli rasmi bagi kereta api dan pelabuhan. Beliau akan

bertanggungjawab dalam segala perkara yang berhubung dengan kereta api, pelabuhan dan

laut. Tanggungjawab ahli sangat penting kerana segala aktiviti ekonomi di Tanah Melayu

pada masa itu amat bergantung kepada kereta api untuk mengangkut segala bahan-bahan

mentah ke kilang.



Pada tahun 1954, jabatan yang di bawah kuasa Sistem Ahli telah diperluaskan lagi.

Salah satu jabatan yang diwujudkan pada masa itu ialah Pengangkutan & Sumber Semula

Jadi. Ahli di bawah jabatan tersebut bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang

berkaitan dengan kereta api, laut, penerbangan awam, dan jalan raya. Pada tahun berikutnya

iaitu pada tahun 1955, pengangkutan memainkan peranan yang amat penting kerana Pilihan

Raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun tersebut. Pelbagai jenis

pengangkutan amat diperlukan untuk melancarkan segala proses pilihan raya.



Pada tahun 1956, ketua Menteri dan beberapa orang menteri telah dilantik untuk

mengetuai kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun yang sama, beberapa

kementerian telah diwujudkan. Salah satu kementerian yang diwujudkan ialah Kemeterian

Pengangkutan. Hal ini bermakna, kementerian pengangkutan telah wujud sebelum negara kita

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Datuk Abd Rahman Bin Talib merupakan menteri

pertama yang mengetuai Kementerian Pengangkutan.





4

Pada tahun 1972, nama Kementerian Pengangkutan telah ditukar kepada Kementerian

Perhubungan. Menteri yang mengetuai kementerian tersebut pada masa itu ialah Tun Sri

Sardon Bin Hj Jubir. Pada tahun 1974, sekali lagi nama Kementerian Perhubungan telah

berubah menjadi Kementerian Pengangkutan dan Kerja Raya. Tan Sri V Manickavasagam

yang mengetuai kementerian tersebut pada masa itu. Namun Begitu, pada tahun 1976 nama

Kementerian Pengangkutan dan Kerja Raya telah ditukar balik kepada Kementerian

Perhubungan. Selaras dengan kemajuan negara dan tanggungjawab yang semakin bertambah

dan lebih berfokus pada tahun 1979, nama Kementerian Pengangkutan telah ditukar balik

kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia sehingga kini.









Misi Kementerian Pengangkutan Malaysia



Misi bagi Kementerian Pengangkutan ialah menyediakan sistem perkhidmatan pengangkutan

pelbagai mod yang cekap bersepadu, mesra pengguna dan lestari serta meningkatkan daya

saing negara. Kementerian Pengangkutan bertekad menaikkan taraf hidup rakyat dengan

menyediakan pelbagai pengangkutan yang moden, cekap dan selesa dipakai. Hal ini sangat

penting kerana kebanyakan rakyat sememangnya bergangtung kepada pengangkutan awam

yang disediakan oleh kerajaan. Sistem pengangkutan juga memainkan peranan yang penting

dalam menentukan kemajuan dan pembangunan negara. Oleh itu, dengan memiliki sistem

pengangkutan yang moden dan cekap, negara kita baru mampu bersaing dengan negara lain.









Visi Kementerian Pengangkutan Malaysia



Visi Kementerian Pengangkutan ialah menjadi peneraju sistem pengangkutan bersepadu

bertaraf dunia demi kesejahteraan sejagat. Selain meningkatkan taraf hidup rakyat,

Kementerian Pengangkutan juga mempunyai matlamat untuk memilikan sistem

pengangkutan yang dapat bersaing dengan negara lain. Dengan erti kata lain, apabila negara

kita mampu memiliki sistem pengangkutan yang bertaraf dunia, negara kita akan mencapai

kemajuan yang diigini.









5

Objektif Kementerian Pengangkutan Malaysia



Secara umumnya, Kementerian Pengangkutan mempunyai beberapa objektif yang ingin

dicapai. Objektif pertama yang ingin dicapai oleh Kementerian Pengangkutan ialah

menyediakan rangkaian prasarana pengangkutan bersepadu berasaskan “supply driven”.

“Supply Driven” membawa maksud penawaran yang digalakkan. Maksudnya di sini,

Kementerian pengangkutan ingin menyediakan satu sistem pengangkutan yang digalakkan

oleh rakyat demi meningkatkan taraf hidup rakyat. Objektif kedua Kementerian

Pengangkutan ialah menyediakan sistem pengangkutan yang berteknologi tinggi, moden dan

cekap. Sistem pengangkutan yang berteknologi tinggi, moden dan cekap mampu

menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.



Objektif yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam dan

barangan yang “seamless”, cermelang dan selamat. Rangkaian perkhidmatan pengangkutan

awam di negara kita merangkumi pengangkutan bus, teksi, Sistem Transit Tren Ringan

(LRT), monorel, kereta api dan sebaginya. Dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan

awam yang cermelang dan selamat, pastinya rakyat dapat mendapat kebaikan. Objektif

keempat Kementerian Pengangkutan Malaysia ialah menyediakan persekitaran industri

pegangkutan yang berdaya saing. Pada hakikatnya, industri pengangkutan di Malaysia telah

mengalami perkembangan yang memberangsangkan selaras dengan peningkatan ekonomi

negara. Objektif yang terakhir bagi Kementerian Pengangkutan ialah menyediakan

penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkesan dan berintegriti.









Fungsi Kementerian Pengangkutan Malaysia



Kementerian Pengangkutan Malaysia memainkan beberapa fungsi yang penting dalam

menentukan kemajuan dan pembangunan negara. Kementerian Pengangkutan Malaysia

berperanan untuk merancang, menggubal dan melaksanakan dasar pengangkutan bagi rel,

maritim pelabuhan dan penerbangan awam. Hal ini bermakna, Kementerian Pengangkutan

Malaysia memainkan fungsi untuk melaksanakan pelbagai dasar pengangkutan demi

meningkatkan taraf hidup rakyat. Misalnya, salah satu dasar pengangkutan yang dilaksanakan

oleh kementerian ini adalah dasar pengangkutan awam mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

Seterusnya, Kementerian Pengangkutan Malaysia memainkan tanggungjawab untuk

melaksanakan projek infrastruktur rel, maritim pelabuhan, dan penerbangan awam. Sebagai





6

contoh, pembinaan jalan raya baru yang lebih pesat telah meningkatkan rangkaian dan jarak

jalan raya daripada 66,391 km pada tahun 2000 kepada 77,673 km pada tahun 2005.



Selanjutnya, menyelaras integrasi antara mod pengangkutan untuk mencapai

“seamless travel” juga merupakan fungsi Kementerian Pengangkutan Malaysia. Maksud

“seamless travel” di sini merujuk kepada satu perjalanan yang lancar. Integrasi antara mod

pengangkutan sangat penting untuk mencapai satu perjalanan yang lancar. Kementerian

Pengangkutan Malaysia juga berperanan untuk menyediakan perkhidmatan perlesenan.

Secara umumnya, terdapat tiga jenis lesen. Pertamanya ialah lesen atau permit operasi

“service provider” dan pemegang konsesi (kecuali kenderaan perdagangan jalan). Yang

kedua ialah lesen individu yang terbahagi kepada pemandu kenderaan persendirian atau

perdagangan, juruterbang, jurumudi, malim dan sebaginya. Lesen perkapalan domestik juga

merupakan salah satu lesen yang wujud.



Pendaftaran semua mod kenderaan juga merupakan tanggungjawab Kementerian

Pengangkutan Malaysia. Semua kenderaan di Malaysia memang perlu berdaftar dengan

kementerian tersebut. Selain itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga berperanan untuk

menentukan “pricing policy” (kecuali kenderaan perdagangan jalan). “Pricing policy”

bermaksud dasar harga. Kementerian Pengangkutan Malaysia akan melaksanakan dasar harga

bagi semua pengangkutan kecuali kenderaan perdagangan jalan. Di samping itu, Kementerian

Pengangkutan Malaysia juga berfungsi untuk mengawal selia dasar dan operasi pemegang

konsesi atau syarikat kerajaan. Hal ini penting untuk memastikan semua dasar dan operasi

pemegang konsesi dan syarikat kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar.



Selain itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga berfungsi untuk mentukan dan

mengawal selia paiwaian perkhidmatan, keselamatan (service and safety standards) dan

perundangan. Kementerian Pengangkutan Malaysia juga akan melaksanakan program

kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang pengangkutan. Sebagai contoh, Malaysia

dan Filipina telah membangunkan suatu kerjasama yang bertujuan untuk membantu syarikat

penerbangan dalam mempertahankan kemampuan operasi dan penyediaan perkhidmatan

pengangkutan udara.









7

BAB 2 SEJARAH SISTEM PENGANGKUTAN DI MALAYSIA



Secara umumnya, terdapat tiga jenis sistem pengangkutan di Malaysia. Antaranya ialah

pengangkutan darat, air dan udara. Ketiga-tiga sistem pengangkutan tertakluk di bawah kuasa

Kementerian Pengangkutan Malaysia dan setiap jenis sistem pengangkutan mempunyai

bahagian di bawah kementerian tersebut.



Pengangkutan Darat



Pengangkutan darat merangkumi semua jenis pengangkutan yang bergerak di darat.

Contoh pengangkutan darat yang wujud di Malaysia adalah seperti kereta, bus, teksi,

kereta api, monorel, Transit Aliran Ringan (LRT), dan sebagainya. Bahagian darat yang

terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya ke

atas pengangkutan darat di Malaysia.



Sejarah Pengangkutan Darat Di Malaysia



Sistem pengangkutan darat di Malaysia mengalami kemajuan secara perlahan-lahan dan

berperingkat-peringkat. Pengangkutan darat di Malaysia mempunyai hubungan yang rapat

dengan keadaan muka bumi. Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, pihak penjajah

sistem pengangkutan telah dimajukan selaras dengan perkembangan kegiatan ekonomi

yang pesat terutamanya kegiatan melombong bijih timah. Sebagi contohnya, pada tahun 1

Jun 1885, kereta api yang pertama telah diwujudkan di perak iatu di kawasan Taiping

dengan Kuala Sepetang. Pengangkutan kereta api diwujudkan pada masa itu adalah untuk

aktiviti perlombongan bijih timah yang dijalankan dengan giat sekali di kawasan tersebut.



Selepas itu, jaringan pengangkutan kereta api telah diperluaskan lagi untuk memenuhi

kegiatan ekonomi yang semakin pesat. Misalnya, pada tahun 1885, landasan kereta api

dari Kuala Lumpur telah muncul. Pada masa yang sama, jalan raya juga banyak dibina

oleh penjajah. Pada peringkat awal, jalan raya dibina untuk menghubung kawasan

lombong bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api. Misalnya, jalan raya telah

dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban. Pada tahun 1839,

terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh tanah melayu. Setelah

negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pengangukatan darat telah

berkembang dengan pesat sekali.









8

Fungsi Bahagian Darat



Antara fungsi bahagian darat adalah seperti menggubal dasar yang berkaitan dengan

perlesenan pemandu, sekolah memandu, pendaftaran kenderaan, keselamatan jalan raya

dan teknikal kenderaan selaras dengan piawaian antarabangsa. Bahagian darat juga

beperanan untuk mengubal dasar pengangkutan bagi tujuan meningkatkan mutu

perkhidmatan pengangkutan darat. Bahagian darat juga akan memastikan dasar, kaedah,

proses yang ditetapkan dapat menyokong perlaksanaan inisiatif-inisiatif Bidang

Keberkesanan Utama Negara (NKRA). Selaras dengan pengenalan konsep Satu Malaysia,

NKRA telah diperkenalkan untuk melancarkan pengurusan di syarikat-syarikat korporat.



Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mewujudkan intergasi antara mod

pengangkutan. Selain itu, bahagian darat juga akan melaksanakan obligasi negara di

bawah perjanjian ASEAN dan lintas-sempadan berkaitan dengan pengangkutan rel dan

jalan. Seterusnya, bahagian darat juga akan memastikan semua perundangan di bawah

Akta Kereta Api 1991 dan Akta Pengangkutan Jalan 1991 menepati kehendekan semasa.

Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengawal selia projek-projek pembangunan

infrastuktur sektor pengangkutan rel. Bahagian darat juga akan menetapkan dasar harga

tambang bagi pengangkutan rel.



Dasar yang dijalankan oleh bahagian darat adalah untuk meningkatkan infrastruktur

kemudahan pengangkutan rel dalam kalangan orang ramai. Dengan itu, taraf hidup rakyat

dalam ditingkatkan lagi. Selain itu, dasar yang dijalankan juga bertujuan untuk

meningkatkan dan memperbaharui sistem perlesenan kepada pemandu melalui

pengukuhan dan kajian semula kurikulum untuk lesen memandu, pengangkutan rel,

pengangkutan barang secara lebih berkualiti.









Pengangkutan Air



Pengangkutan air pula melibatkan semua sistem pengangkutan di sungai dan laut. Contoh

pengangkutan air yang terdapat di Malaysia adalah seperti kapal, feri dan sebaginya.

Bahagian maritim yang terletak di bawah kuasa Kementerian Pengangkutan Malaysia

akan mengurus segala perkara yang berkaitan dengan maritim.









9

Sejarah Pengangkutan Air Di Malaysia



Pengangkutan air juga dianggap sebagai salah satu sistem pengangkutan yang penting

untuk memudahkan pergerakan rakyat ke destinasi yang diigini. Di Tanah Melayu,

keadaan yang sama telah berlaku. Pada awalnya, kebanyakan bandar telah dibina di

pinggir laut dan di muara-muara sungai. Hal ini demikian kerana kawasan pinggir laut dan

muara sungai mempunyai kemudahan pengangkutan air iaitu jalan sungai atau jalan laut.

Pengangkutan air menjadi kedua terpenting selepas pengangkutan darat. Kebanyakan

rakyat menggunakan jalan air untuk berhubung antara satu sama lain dengan

menggunakan alat pengangkutan purba. Jalan air yang paling popular digunakan di Tanah

Melayu ialah sungai yang berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir.



Pada kurun ke-19, sungai yang menjadi jalan utama yang menghubungkan kawasan

pendalaman dengan pelabuhan di pinggir pantai. Aktiviti perlombongan bijih timah yang

dijalankan dengan giat sekali pada masa itu telah menyebabkan pengangkutan air menjadi

penting. Sebagai contoh, di kawasan larut; sungai yang dijadikan sebagai alternatif

perhubungan ialah Sungai Beruas, Sungai Jarum Mas, Sungai Terong, Sungai Limau,

Sungai Bukit Gantang dan sebagainya. Di Sarawak pula, bentuk muka bumi yang

dikelilingi oleh sungai-sungai besar telah menyebabkan pengangkutan air digunakan

terutamanya bagi menghubungkan kawasan-kawasan yang tidak dapat dihubungi melalui

jalan udara dan darat. Perkembangan pengangkutan sungai dan pesisir pantai di Sarawak

bergerak seiringi dengan pembinaan pertempatan-pertempatan masyarakat di kawasan

berhampiran kawasan berkenaan. Lokasi bandar-bandar utama di negeri tersebut seperti

Kuching, Sibu, Miri terletak berhampiran dengan sungai dan persisir pantai.



Setelah negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pengangkutan air masih

memainkan peranan yang penting terutamanya bagi urusan perdagangan. Hal ini

dibuktikan dengan kemuculan banyak pelabuhan di Malaysia. Sebagai contoh, Pelabuhan

Klang merupakan pelabuhan utama Malaysia yang bergiat dengan urus niaga exsport dan

import.









10

Fungsi Bahagian Maritim



Bahagian air yang terletak di bawah kuasa Kementerian Pengangkutan Malaysia akan

menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan maritim di negara kita. Bahagian

maritim bertanggungjawab terhadap penyelarasan dan pemantauan projek-projek

pembangunan infrastruktur yang berkaitan dengan maritim bagi jabatan-jabatan atau

agensi-agensi di bawah sektor maritim. Bahagian maritim juga menggalakkan

pembangunan dan penyertaan lebih banyak kapal-kapal Malaysia dalam industri

perkapalan di dalam dan luar negara. Hal ini penting dalam memajukan industri

perkapalan di negara kita. Selain itu, bahagian maritim juga bertanggungjawab terhadap

pelaksanaan dasar dan strategi ekomoni maritim di dalam dan di luar negara.



Di samping itu, bahagian maritim juga memainkan peranan yang penting dalam

perancangan dan pelaksanaan dasar ke atas hal ehwal keselamatan pelayar, pencegahan

pencemaran dari kapal, keselamatan kapal, harta dan nyawa di laut. Hal ini penting kerana

keadaan cuaca di negara kita yang tidak stabil telah menyebabkan keselamatan rakyat

yang terlibat dalam sektor maritim semakin terancam. Seterusnya, bahagian maritim juga

akan merancang, membentuk dan melaksanakan dasar-dasar mengenai sektor pelabuhan

termasuk menyelaras dan mengawasi aktiviti-aktiviti operasi pelabuhan persekutuan.

Bahagian maritim juga bertanggungjawab untuk menerima dan memproses permohonan

lesen perkapalan dalam negeri serta meningkatkan keberkesanan pengeluaran lesen

perkapalan dalam negeri.



Terdapat beberapa dasar maritim telah dilaksanakan untuk memajukan lagi sektor

maritime di negara kita. Dasar Malaysia sebagai negara maritim bertujuan untuk

membangunkan Malaysia sebagai negara maritim yang berupaya meningkatkan kapasiti

perkapalan dan pelabuhan, mengoptimumkan penggunaan sumber manusia, memastikan

keselamatan kapal dan pelayaran dan menyediakan perkhidmatan sokongan yang

berkaitan dengan cekap. Dasar Kabotaj juga merupakan salah satu dasar yang

dilaksanakan oleh bahagian maritim. Melalui dasar ini, pengangkutan barang-barang dan

penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke pelabuhan atau tempat

lain di Malaysia, termasuk di dalam Zon Ekonomi Ekslusif hendaklah diangkut oleh kapal

yang berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai lesen perkapalan dalam negeri yang sah.









11

Pengangkutan Udara



Pengangkutan udara juga merupakan salah satu sektor pengangkutan yang semakin maju

negara kita. Pengangkutan udara di negara kita terdiri daripada kapal terbang dan

helikopter. Bahagian udara yang terletak di bawah kuasa Kementerian Pengangkutan

Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengangkutan udara di negara kita.



Sejarah Pengangkutan Udara Di Malaysia



Pengangkutan udara mengalami perkembangan yang pesat selepas negara kita mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957. Malaysia mempunyai laluan yang menghubung semua

bandar utama di luar negara. Pengangkutan udara semakin berkembang pesat di negara

kita kerana perkhidmatan yang disediakan menjimatkan masa perjalanan dan cekap. Pada

tahun 1967, pengangkutan udara Malaysia telah dikendalikan oleh Malaysia-Singapore

Airlines (MSA). Namun begitu, pada tahun 1970, pengangkutan udara di negara kita

hanya dikendaliakan oleh Malaysia Airlines System (MAS).



Pada tahun 1970, lapangan terbang yang utama di negara kita ialah Lapangan Terbang

Antarabangsa Subang. Pengangkutan udara telah berkembang dengan pembinaan lapangan

terbang sejak tahun itu. Saiz kapal terbang yang lebih besar banyak digunakan pada tahun

1970-an dan 1980-an. Pada tahun 1997, Lapangan Terbang Langkawi telah dinaikkan taraf.

Tujuannya adalah membolehkan pendaratan pesawat yang lebih besar seperti kapal

terbang Boieng 747-400. Pada tahun 1998 pula, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)

telah dibina. Tujuan pembinaan tersebut adalah untuk menampung keperluan pendaratan

yang semakin meningkat. Selaras dengan perkembangan itu, MAS menggunakan kapal

terbang yang mempunyai kapasiti penumpang yang besar seperti Boieng 777-200. Pada

tahun ini juga, Lapangan Terbang Labuan dan Kota Bahru turut dibina.



MAS juga mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain

untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan anatarabangsa. Pada tahun 2003, MAS

mempunyai hubungan dengan 110 destinasi yang merentasi 6 benua. MAS telah

menambah kekerapan ke destinasi luar negara seperti Australia dan Eropah. Pekhidmatan

pernerbangan di Malaysia turut dikendalikan oleh Air Asia Sdn. Bhd, Berjaya Sdn. Bhd

dan Pelangi Sdn. Bhd.









12

Fungsi Bahagian Udara



Bahagian udara yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia

bertanggungjawab ke atas pengangkutan udara di Malaysia. Bahagian udara akan

merancang dan mengkaji dari masa ke semasa dasar-dasar yang berhubung dengan

pengangkutan udara. Hal ini bertujuan untuk menambah baik lagi perkhidmatan

penerbangan di negara kita. Bahagian darat juga bertanggungjawab untuk memperluaskan

rangkaian perkhidmatan udara antarabangsa dengan melalui rundingan-rundingan

pengangkutan udara. Selain itu, bahagian udara juga akan merancang dan mengawasi

perlaksanaan projek-projek lapangan terbang dan diselenggarkan mengikut piawaian.

Bahagian udara akan menyelaras aspek-aspek perundangan dan peraturan penerbangan

awam atau pengangkutan udara untuk memenuhi keperluan semasa sejajar dengan

kehendak dan garis panduan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)



Seterusnya, dasar yang dijalankan oleh bahagian udara adalah untuk memajukan

pengangkutan udara sebagai salah satu sektor penting yang menyumbang kepada

pendapatan negara. Sebagai contoh, dengan memajukan perkhidmatan penerbangan di

negara kita, secara automatiknya sektor pelancongan di negara kita juga akan berkembang

dengan maju. Secara tidak langsung, ekonomi di negara kita dapat ditingkatkan. Bahagian

udara juga ingin mewujudkan dasar udara yang liberal dan berorientasikan pertumbuhan.

Dasar yang dilaksanakan oleh bahagian udara juga bertujuan untuk membangunkan satu

rangkaian lapangan terbang yang komprehensif untuk menggalakan dan mengembangkan

perdagangan, pelancongan dan pembangunan sosio-ekonomi.









13

BAB 3 MENTERI-MENTERI PENGANGKUTAN



1. Datuk Abd Rahman Bin Talib (31-8-1957 – 7-10-1959)









Datuk Abd Rahman Bin Talib

Datuk Abd Rahman Bin Talib dilahirkan pada tahun 1916 di Temeroloh Pahang.

Beliau mendapat pendidikan di Temeroloh, Pahang dan kemudian melanjutkan pelajaran di

Sultan Idris Training College (SITC). Pada tahun 1952, beliau telah mengasaskan Jabatan Hal

Ehwal Agama di Jabatan Pelajaran Pahang. Beliau sangat aktif dalam Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu dan juga merupakan Ahli Bersekutu Majlis Kebangsaan. Pada

tahun 1956, beliau menjadi Timbalan Menteri Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan

Tempatan. Dalam tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 7 Oktober 1959, beliau telah dilantik

menjadi Menteri Pengangkutan. Seterusnya pada tahun 1959, beliau menjadi Menteri

Perdagangan dan Industri dan pada tahun 1960 pula, beliau menjadi Menteri Pelajaran.

Selepas itu, pada tahun 1962, beliau bertanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan. Beliau

kembali menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1964. Beliau bersara pada tahun 1965 dan

meninggal dunia pada 18 Oktober 1968.



2. Tan Sri Sardon bin Hj Jubir (18-11-1959 – 4-12-1968) & (5-1-1972 – 9-5-1974)









Tun Sri Sardon Hj Jubir





14

Tan Sri Sardon Hj Jubir dilahirkan pada 19 Mac 1917 di Sungai Kluang, Rengit, Batu

Pahat, Johor. Bapa beliau, Tuan Haji Jubir Bin Haji Mohd Amin merupakan pengusaha yang

terkenal di Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bangan

Mukim Sungai Kluang dan “Victoria English Primary School” di Singapura. Selepas itu,

beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Middle Temple, London.

Setersunya, beliau berjaya menjadi seorang peguam dan kembali ke Singapura pada tahun

1932.



Pada tahun 1948, beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan

Melayu Bersatu (UMNO) dan seterusnya pada tahun 1951, jawatan ketua pemuda UMNO

disandang oleh beliau. Pada tahun 1957, beliau dilantik menjadi Menteri Kerja Raya,

Telekom dan Pos. Pada tahun 1959 sehingga tahun 1968 pula, beliau menjadi Menteri

Pengangkutan. Pada masa 1967, beliau juga berjaya menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Jawatan Menteri Kesihatan telah disandang oleh beliau pada tahun 1969. Beliau kembali

semula menjadi Menteri Pengangkutan pada tahun 1972. Pada tahun 1974, beliau menjadi

wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Dalam tempoh tahun 1975

sehingga tahun 1981, beliau adalah sebagai Yang Di-Pertua Negeri Puala Pinang. Beliau

meninggal dunia pada tahun 14 Disember 1985.



3. Tan Sri V Manickavasagam (4-6-1969 – 22-9-1970) & (5-9-1974- 15-9-1979)









Tan Sri V Manickavasagam



Tan Sri V Manickavasagam telah dilantik oleh Tun Hussien Onn sebagai Menteri

Pengangkutan pada tahun 1969. Beliau juga merupakan Presiden Parti Kongres India Se-

Malaysia (MIC) yang keenam pada tahun 1973 sehingga tahun 1979. Pada tahun 1974, beliau

kembali semula menjadi Menteri Pengangkutan. Beliau telah memenangi Pilihan Raya

Umum Malaysia 1978 bagi kawasan parlimen Pelabuhan Klang, Selangor. Beliau meninggal

dunia pada 12 Oktober 1979 akibat serangan sakit jantung.



15

4. Tan Sri Abdul Ghani bin Gilong (23-9-1970 – 9-2-1971)









Tan Sri Abdul Ghani Bin Gilong dilahirkan pada 30 Mei 1932 di Kampung Mantan,

Ranau, Sabah. Beliau telah memberi sumbangan yang besar dalam penyertaan Sabah ke

dalam Persekutuan Malaysia. Hal ini demikian kerana beliau telah bersama-sama dengan Tun

Fuad Stephens menjajah ke kawasan pedalaman seperti Ranau bagi membantu Suruhanjaya

Cobbold memberi penjelasan kepada rakyat Sabah mengenai faedah-faedah yang bakal

dinikmati Sabah supaya mereka menyokong pembentukan Malaysia. Pada tahun 1963, beliau

bersama-sama dengan Tun Fuad Stephens mengasaskan Pertubuhan Bersatu Pasok-

Momogun Kadazan. Pada tahun 1967 pula, beliau telah menyertai Pertubuhan Kebangsaan

Sabah Bersatu (USNO).



Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Menteri

Pertahanan awam. Selain itu, beliau pernah juga memegang jawatan Menteri Kehakiman dan

Menteri Kerja Raya. Beliau dilantik menjadi Menteri Pengangkutan pada tahun 1970. Beliau

bersara pada tahun 1978 apabila kalah dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.



5. Tan Sri Dato Lee San Choon (1-11-1979 – 31-3-1983)









Tan Sri Dato Lee San Choon





16

Tan Sri Dato Lee San Choo dilahirkan pada 24 Mac 1935 di Pekan, Pahang. Beliau

mendapat pendidikan di English College Johor Bahru. Beliau pernah bekerja di Jabatan

Perkhidmatan Kebajikan Malaysia sebelum berkhidmat di sektor swasta Malayan Weaving

Mills Ltd. Pada tahun1965, beliau telah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen

Kementerian Buruh. Seterusnya, beliau menjadi Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat

pada tahun 1969. Sebelum dilantik menjadi Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan pada

tahun 1978, beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kerja raya dan Komunikasi.



Pada tahun 1978 juga, beliau merupakan ahli politik Persatuan Cina Malaysia (MCA)

yang memenangi Pilihan Raya Umum Malayisa 1978 di kawasan Segamat, selantan Johor.

Kompeks Kerja Raya yang mempunyai 17 tingkat dan bangunan-bangunan persekutuan

merupakan beberapa projek yang dijalakan oleh beliau semasa memegang jawatan sebagai

Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan.



6. Tan Sri Dato Chong Hon Nyan (2-6-1983 – 6-1-1986)









Tan Sri Chong Hon Nyan



Tan Sri Dato Chong Hon Nyan dilahirkan pada tahun 1924 di Kuala Lumpur. Beliau

telah mendapat pendidikan awal dan menengah di “Batu Road School” dan di institusi

Victoria. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Raffles yang terletak di Singapura

pada tahun 1946. Pada tahun 1957, beliau telah menyertai Perkhidmatan Tadbir dan

Diplomatik yang merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam

merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Beliau bertugas di Pusat Lembaga yang

terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kemudian, beliau dipindahkan ke Jabatan

Kewangan dan Jabatan Pertanian sebelum bertugas sebagai Setiausaha Agong di Jabatan

Kewangan pada tahun 1972.







17

Dalam Pilihan Raya Umum 1974, beliau Berjaya menjadi ahli parlimen bagi kawasan

Batu Berendam di Melaka. Beliau telah memenangi pilihan raya di kawasan tersebut secara

berturut-turut sehingga pada tahun 1984. Selama tempoh tersebut, beliau telah menjadi

Timbalan Menteri Kewangan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri kesihatan dan

juga Menteri Pengangkutan. Seterusnya, beliau telah mengundur diri daripada Kabinet

Malaysia. Beliau menjadi Setiausaha Agung Persatuan Cina Malaysia (MCA) sehingga

bersara.



7. Datuk Seri Dr Ling Liong Shik (7-1-1986 – 25-5-2003)









Datuk Seri Dr Ling Liong Shik

Datuk Seri Dr. Ling Liong Shik dilahirkan pada 18 September 1943 di Kuala Kangsar,

Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di King Edward VII yang terletak di Taiping

dan di Maktab Tentera Diraja. Beliau telah menyambung pelajaran dan mendapat Ijazah

Sarjaba Muda Doktor Perubatan di Universiti Singapura pada tahun 1966. Selepas itu, beliau

mendapat latihan di Pulau Pinang dan mula menyertai Persatuan Cina Malaysia (MCA)

sebagai ahli biasa. Pada tahun 1974, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Mata Kuching

di Johor. Pada tahun 1986 pula, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen di Labis,

Johor. Seterusnya, beliau mengekalkan kerusi tersebut untuk 3 penggal berturut-turut dalam

Pilihan Raya 1990, 1995 dan 1999.



Pada 3 September 1986, jawatan Presiden MCA telah disandang oleh beliau. Beliau

telah mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden MCA selama 17 tahun iaitu dari tahun

1986 sehingga 2003. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian

Kerajaan Tempatan dan Persekutuan, Timbalan Menteri Penerbangan, Timbalan Menteri

Kewangan dan Timbalan Menteri Pelajaran. Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau

ialah Menteri pengangkutan iaitu pada tahun 1986 sehingga tahun 2003.







18

8. Datuk Seri Chan Kong Choy ( Jun 2003 – 18 Mac 2008)









Datuk Seri Chan Kong Choy

Datuk Seri Chan Kong Choy dilahirkan di Bentong, Pahang pada 17 Mei 1955. Beliau

mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Khai Mum Pagi, Betong.

Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Menengah Sulaiman di Bentong, beliau telah

melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Pada tahun 1986, beliau telah dilantik sebagai

Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada tahun yang sama juga,

beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Beliau telah menang kerusi berkenaan dan

dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. Selain itu, beliau juga

bergiat aktif di dalam Persatuan Cina Malaysia (MCA) di mana beliau telah memegang

beberapa jawatan yang penting dalam persatuan tersebut. Misalnya, pada tahun 1990, beliau

dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MCA Negeri Pahang.



Pada tahun 1990, Datuk Seri Chan Kong Choy dilantik sebagai Timbalan Menteri

Kebudayaan dan Pelancongan selepas memenangi kerusi Parlimen Lipis. Pada penggal

berikutnya, beliau telah dipilih menjadi ahli Parlimen Selayang dan juga dilantik sebagai

Timbalan Menteri Kewangan selepas Pilihan Raya Umum 1999. Pada Jun 2003, beliau telah

dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.



9. Dato Ong Tee Kiat (18 Mac 2008 – 1 Jun 2010)









Dato Ong Tee Kiat



19

Dato Ong Tee Kiat dilahirkan pada 22 November 1956. Beliau mendapat pendidikan

di Sekolah Tinggi Confusian di Kuala Lumpur. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran

tingkatan enam di SMK (L) Methodist di Kuala Lumpur. Sebelum melibatkan diri dalam

politik, beliau pernah bertugas sebagai Jurutera Makanikal selama 6 tahun. Pada tahun 1986

sehingga 1989, beliau menjadi Setiausaha Politik Kementerian Buruh. Seterusnya, beliau

telah menjadi Setiausaha Politik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Setelah

menjadi ahli politik sepenuh masa pada tahun 1989, beliau bertanding pada Pilihan Raya

Umum dan telah berjaya menjadi ahli Parlimen di kawasan Ampang Jaya. Lantaran itu,

beliau telah menjadi ahli parlimen sehingga tahun 2010.



Dalam tempoh tahun 1990 sehingga 1999, beliau menjadi Timbalan Speaker Dewan

Rakyat, Parlimen Malaysia. Pada tahun Disember 1999 sehingga Februari 2006, beliau telah

menjadi Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan. Seterusnya, pada Februari 2006

sehingga Februari 2008, beliau telah bersandang jawatan sebagai Timbalan Menteri

Kementerian Pengajian Tinggi. Dalam tempoh Mac 2008 sehingga 1 Jun 2010, beliau telah

dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.



10. Dato Seri Kong Cho Ha (Jun 2010 sehingga kini)









Dato Seri Kong Cho Ha

Dato Seri Kong Cho Ha dilahirkan pada 15 September 1950 di Sitiwan, Perak. Beliau

mendapatkan pendidikan awal di SJK (C) Chinese National Kampong Koh dan Acs Setiawan.

Pada tahun 1971, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Beliau merupakan

pengerusi Persatuan Cina Malaysia (MCA) di bahagian Lumut, Perak. Beliau telah

memegang jawatn Timbalan Menteri Kewangan Malaysia selepas memenangi Pilihan Raya

Umum 2004 di Lumut, Perak. Pada bulan April 2009, beliau telah dilantik sebagai Menteri

Perumahan dan Kerajaan Tempatan.





20

BAB 4 HURAIAN DAN PERBINCANGAN



Sektor pengangkutan di Malaysia menyaksikan transformasi yang begitu ketara sekali dalam

tempoh 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, sehingga tahapnya sudah hampir bersaing

dengan negara-negara maju. Rakyat dapat menikmati pelbagai jenis sistem pengangkutan

yang canggih dan moden di negara kita. Ekonomi di negara kita juga semakin meningkat

selaras dengan perkembangan sistem pengangkutan di negara kita. Kementerian

Pengangkutan Malaysia telah memainkan peranan yang sangat penting terhadap

perkembangan sistem pengangkutan di negara kita. Namun begitu, jasa Menteri

Pengangkutan juga tidak boleh diabaikan kerana menteri-menteri tersebutlah yang memberi

sumbangan terhadap penambahbaikan sistem pengangkutan di negara kita.



Setakat ini, terdapat sebanyak 10 menteri yang pernah menjawat jawatan Menteri

Pengangkutan Malaysia. Setiap menteri telah memberikan sumbangan yang besar terhadap

perkembangan sistem pengangkutan di negara kita. Menteri Pengangkutan yang pertama

ialah Datuk Abd Rahman Bin Talib yang berkhidmat dari dari tahun 1957 sehingga 1959.

Dalam tempoh dua tahun, beliau telah memberi banyak sumbangan untuk memajukan sistem

pengangkutan di negara kita. Beliau telah menjadi Timbalan Pengerusi Suruhanjaya

Perkhidmatan kereta api yang diwujudkan pada tahun 1958. Suruhanjaya tersebut

diwujudkan adalah untuk meningkatkan dan meluaskan jaringan kereta api di negara kita.

Selain itu, beliau juga menumpuhkan kepada perkembangan pengangkutan awam demi untuk

meningkatkan taraf hidup rakyat. Sebagai contohnya, beliau telah menyeru kepada syarikat

perkhidmatan bus supaya menambah bilangan bus sejajar dengan penambahan rakyat yang

semakin banyak.



Menteri Pengangkutan yang kedua ialah Tan Sri Sardon bin Hj Jubir yang berkhidmat

pada tahun 1959 sehingga 1968. Dalam tempoh 9 tahun beliau memegang jawatan ini,

terdapat banyak perubahan kepada sistem pengangkutan di Malaysia. Dalam tempoh tersebut,

jalan raya mengalami perkembangan yang pesat. Hal ini juga sejajar dengan perkembangan

ekonomi yang semakin pesat di negara kita. Jalan raya di Malaysia adalah antara yang terbaik

di Asia Tenggara. 80% jalan raya di negara kita adalah jenis berturap. Pada tahun 1959, di

sawarak perkembangan sistem pengangkutan semakin giat selaras dengan pilihan raya

tempatan diperkenalkan. Hal ini demikian kerana sistem mahupun jaringan pengangkutan

diperlukan untuk menghantar udian ke pusat udian untuk proses pengiraan udian. Tan Sri

Sardon Hj Jubir amat menyedari kepentingan pengangkutan sebagai pemangkin kepada



21

pertubuhan ekonomi dan mempercepatkan pembangunan negara. Oleh itu, beliau telah

memberi perhatian kepada pembinaan jalan di luar bandar untuk kegunaan penduduk pada

masa itu yang kebanyakanya terlibat dalam sektor pertanian. Pengangkutan telah dijadikan

alat untuk menarik minat pelabur asing kerana mereka hanya akan datang melabur di

Malaysia sekiranya kemudahan asas seperti pengangkutan disediakan. Walaupun Rancangan

Malaysia Pertama (1966-1970) tertumpuh kepada sektor pertanian di luar Bandar, sektor

pengangkutan juga tidak diabaikan kerana sektor pengangkutan memainkan peranan yang

penting dalam memajukan sektor pertanian. Misalnya, penghantaran hasil pertanian ke

pasaran amat memerlukan sistem pengangkutan yang lengkap.



Pada tahun 1960, Tan Sri Sardon Hj Jubir telah merasmikan dermaga baru yang

bernilai $ 800 ribu di Port Swettenham (kini dikenali sebagai Pelabuhan Klang). Dermaga

tersebut memainkan peranan yang penting untuk kapal berlabuh dan ditambat untuk proses

pemuatan dan pemunggahan kargo. Pada tahun 7 April 1960, upacara menamakan sebuah

kereta api diesel, hadiah daripada Kerajaan Australia kepada Kerajaan Persekutuan Tanah

Melayu telah berlangsung di stesen kereta api Kuala Lumpur. Menteri Pengangkutan, Tan Sri

Sardon bin Haji Jubir telah hadir bagi pihak Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu,

beliau juga telah mengumunkan beberapa perkara yang berkaitan dengan Kereta Api Tanah

Melayu (KTM). Misalnya, pada 1 April 1967, KTM menyambung perkhidmatan relker diesel

dari Prai-Padang Besar sehingga ke Haadyai di negera Thailand. Pada 1 April 1967 pula,

perkhidmatan relkar diesel antara Kuala Lumpur dengan Singapura telah dilancarkan. Pada

tahun 1968, Tan Sri Sardon Bin Haji Jubir telah menjadi wakil Malaysia untuk

nenandatangani perjanjian antara syarikat insurans motor dengan Kementerian Pengangkutan

Malaysia.



Tan Sri V Manickavasagam telah menggantikan tempat Tan Sri Sardon Hj Jubir

sebagai Menteri pengangkutan pada 4 Jun 1969. Beliau amat mementingkan kemudahan

pengangkutan awam yang dikenakan bayaran yang murah. Hal ini demikian kerana dengan

kadar bayaran yang murah, rakyat akan mampu untuk menanggung kos pengangkutan dan

menikmati kemudahan pengangkutan awam. Tan Sri Dato Abdul Ghani bin Gilong

merupakan menteri pengangkutan yang keempat. Beliau hanya berkhidmat beberapa bulan

sahaja. Banyak pembaruan yang berlaku dalam sektor pengangkutan semasa beliau menjawat

jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Sebagai contohnya, pada tahun 1970, pengangkutan

udara di negara kita telah dikendalikan oleh Malaysia Airlines System (MAS). Lantaran itu,

banyak lapangan terbang antarabangsa dan domestik telah dibina dan lapangan terbang



22

Antarabangsa Subang merupakan lapangan terbang yang pertama diwujudkan. Namun begitu,

lapangan terbang tersebut tidak berfungsi lagi apabila operasi penerbangan domestik dan

antarabangsa dipindahkan ke monumen baru di Sepang iaitu Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Selain itu, perluasan dan pembesaran lapangan terbang

terus dilaksanakan untuk memuatkan saiz kapal terbang yang lebih besar seperti DC10. Pada

bulan Ogos 1971, syarikat Kontena Nasional Berhad telah ditubuhkan. Pada bulan Disember

tahun yang sama pula, M. V. Benavon menjadi kapal kontena pertama yang berlabuh di

Malaysia, iaitu di Terminal Utara Pelabuhan Klang di Selangor.



Seterusnya, sekali lagi Tan Sri Sardon Hj Jubir dilantik sebagai Menteri

Pengangkutan pada tahun 1972 sehingga tahun 1974. Pada tahun 4 Oktober 1972,

perkhimatan udara di negara kita telah bekerjasama dengan Australia dan Singapura pula

pada Ogos 1972. Pada tahun 1973 pula, perjanjian perkhimatan udara telah ditandatangani

oleh Malaysia dengan Pakistan (6 Julai 1973), Papua New Guinea (29 Mac 1973) dan

Czechoslavakia (10 Januari 1973). Selain pengangkutan udara, pengangkutan darat juga

mengalami perkembangan yang pesat. Pada 29 Disember 1973, kenderaan Klang Banting

Berhad (KKBB) telah ditubuhkan. Syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan

pengangkutan bas awam di kawasan Banting, Klang dan Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat

tersebut bukan hanya menyediakan perkhidmatan bus yang banyak kepada rakyat, malah juga

dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat.



Jawatan Kementerian Pengangkutan selanjutnya disadang balik oleh Tan Sri V

Manickavasagam pada tahun 1974 sehingga tahun 1979. Rancangan Malaysia Kedua (1971-

1975) juga bermatlamat untuk memodenkan jaringan kereta api di Malaysia yang dianggap

oleh kerajaan sebagai penting bagi usaha-usaha pembangunan dan juga sektor perusahaan.

Semua kereta api telah diubah suai bagi menggunakan bahan bakar yang lebih efisen iaitu

diesel dan kerajaan telah meningkatkan peruntukan bagi penyenggaraan dan pemodenan

prasarana kereta api. Penekaan telah diberikan khususnya kepada usaha-usaha menaik taraf

gerabak yang sedia ada, laluan dan landasan kereta api serta kemudahan baik pulih. Selain itu,

pengangkutan udara juga tidak diabaikan di mana perkhidmatan udara juga dikembangkan di

bawah rancangan tersebut yang diberi peruntukan membeli peralatan kawalan pelbagai cuaca

dan trafik malam selain latihan bagi kakitangan teknikal. Selaras dengan peruntukkan yang

dibagi oleh kerajaan untuk memajukan sektor pengangkutan, Kementerian Pengangkutan

Malaysia telah mengadakan banyak rancangan untuk membangunkan lagi sektor

pengangkutan di negara kita.



23

Pada 30 November 1978, majlis pelancaran operasi “Winter Monsun Experiment”

(Winter MONEX) telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ V.

Manickavasagam di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Usaha ke arah menghasilkan

eksperimen itu adalah usaha bersama Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia, Agensi Kaji Cuaca

Kebangsaan dan ahli sains antarabangsa pada awal tahun 1970. Eksperimen tersebut adalah

yang pertama di rantau Asia Tenggara serta bertujuan untuk mengesan monsun tengkujuh

dengan menggunakan “Special Meteorological Observing Platform”. Data-data yang

dikumpul akan dibuat pengkajian di Stesen Kaji Cuaca bagi mengenal pasti kesan monsun

tengkujuh ke atas ekonomi dan pembangunan negara.



Tan Sri Lee San Choo merupakan Menteri Pengangkutan yang seterusnya. Beliau

telah berkhidmat dari tahun 1979 sehingga 1983. Pada tahun 1980, semakin banyak rakyat

yang menggunakan perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan awam untuk sampai ke

sesuatu destinasi. Hal ini dibuktikan dengan melalui pendapatan kutipan tiket pada tahun

tersebut yang telah mencecah sehingga S$40000 iatu bersamaan dengan RM93346 sehari.

Pada 3 April 1982, Tan Sri Lee San Choo telah merasmikan upacara merenjis pesawat B 474

Malaysia Airlines System (MAS) di Lapangan Antarabangsa Subang. Perkembangan tersebut

telah meningkatkan lagi mutu mahupun kualiti perkhidmatan pengangkutan udara di negara

kita. Pada 1 Januari 1983, pelabuhan laut di Bintulu telah memulakan operasinya. Pelabuhan

tersebut merupakan pelabuhan laut dalam yang pertama di Sarawak dan merupakan salah

sebuah pelabuhan di Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk “Vessel

Traffic, Management System” (VTMS) dan “Vassel Traffic Surveillance System” (VTS).

Pelbagai jenis kargo yang dikendalikan oleh pelabuhan Bintulu telah bertambah dengan

mendadak selaras dengan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi dan industri di kawasan

pedalaman Bintulu.



Menteri Pengangkutan yang seterusnya ialah Tan Sri Chong Hon Nyan yang

berkhidmat dari tahun 1983 sehingga tahun 1986. Pada 23 Julai 1984, beliau telah

merasmikan upacara pelancaran ujian “railbus” di stesen kereta api Kuala Lumpur. “Railbus”

berharga RM 1.1 juta yang boleh memuatkan sebanyak 260 penumpang bagi satu-satu

perjalanan. Pada 17 Jun 1985 pula, Malaysia dan Sri Lanka telah memeterai perjanjian

perkapalan yang bertujuan untuk menyediakan kemudahan pengangkutan yang lebih luas.

Tan Sri Chong Hon Nyan turut hadir di majlis tersebut. Pada pendapat beliau, perjanjian itu

adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mempertingkatkan lagi hubungan perkapalan





24

dengan negara-negara asing di samping membantu negara-negara dunia ketiga yang sedang

membangun.



Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-5 (RM5) iaitu dari tahun 1986 sehingga 1990,

tumpuan yang utama telah diberi ke atas memperbaiki pengurusan dan pengendalian

kemudahan-kemudahan pengangkutan di samping mengenal pasti dan melaksanakan pelbagai

program yang melibatkan sektor swasta. Sepanjang masa tersebut, pelbagai jenis kemudahan

pengangkutan telah dipertingkatkan tarafnya untuk memberangsangkan perkembangan

ekonomi di negara kita. Pada tahun 1985, sumbangan dari sektor pengangkutan kepada

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah sebanyak 6%. Dalam Rancangan Malaysia

yang kelima, pelbagai program-program telah dilaksanakan untuk tujuan memperbaiki

perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya di Lembah Klang. Penglibatan sektor swasta

di bawah program penswastaan projek-projek jalan raya untuk menjalankan kerja-kerja

pembinaan semula, penyelenggaraan dan pemungutan tol. Program penswastaan tersebut

telah bermula pada tahun 1984 iaitu sewaktu Tan Sri Chong Hon Nyan menjadi menteri

pengangkutan. Program penswastaan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti sektor

pengangkutan dengan mempertingkatkan ekonomi dan mengurangkan beban kewangan

kerajaan. Hal ini demikian kerana dengan bergantung kepada kerajaan sahaja, kebanyakan

projek pengangkutan akan tidak dapat dijalankan kerana peruntukkan kewangan kerajaan

terhad dan perlu bertumpuh kepada sektor lain juga. Selain itu, dasar penswastaan juga akan

membantu mengatasi permasalahan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar terutamanya

di Lembah Klang.



Datuk Seri Dr Ling Liong Shik merupakan menteri pengangkutan yang berkhidmat

dalam tempoh yang paling panjang iaitu selama 17 tahun dari 7/1/1986 sehingga 25/5/2003.

Dalam tempoh 17 tahun, beliau telah membawa perubahan yang banyak dalam sektor

pengangkutan. Sumbangan beliau tidak boleh dinafikan dalam memajukan sektor

pengangkutan di negara kita. Pada tahun 1990, jumlah penduduk Malaysia adalah sebanyak

18.01 juta dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.4% setahun. Di dalam tempoh Rancangan

Malaysia ke-6 iaitu dari tahun 1990 sehingga 1995, peruntukan Kerajaan Persekutuan adalah

sebanyak $7393 juta dan dari jumlah ini sebanyak $6823 telah dibelanjakan bagi sektor

perhubungan dan perkhidmatan. Tujuan peruntukkan tersebut adalah untuk menambah,

menungkat dan memulihkan rangkaian pengangkutan dan perhubungan, memperbaiki

kecekapan operasi dan pengurusan serta mempertingkatkan aspek-aspek keselamatan. Pada

tahun 1990, rangkaian jalan raya persekutuan dan negeri adalah berjumlah 63445 kilometer.



25

Ini merupakan pertambahan sebanyak 46% daripada 43,415 kilometer pada tahun 1985. Dari

jumlah tersebut, satu perlima daripada rangkaian jalan raya tersebut iaitu 13,028 kilometer

merupakan jalan raya Persekutuan, termasuk 415 kilometer lebuh raya tol.



Di samping itu, beliau juga fokus kepada perkhidmatan kereta api yang menjadi

pengangkutan awam kepada kebanyakan rakyat di negara kita. Dalam tempoh tahun 1990

sehingga 1994, pemuliharaan landasan 327 km dari Paloh ke Singapora dan dari Slim River

ke laluan utama Seremban telah dijalankan. Manakala, pada tahun 1990 sehingga 1994,

penyediaan landasan berkembar di laluan Rawang-Seremban. Pada tahun 1991, projek

pembinaan jambatan kereta api, jalan raya melalui atas jambatan dan laluan bawah tanh di

bahagian Rawang- Kajang telah dilaksanakan. Sebanyak AS$ 6 juta telah dibelanjakan untuk

meluaskan terowong kereta api di Seremban dalam tempoh tahun 1994 sehingga 1995. Pada

tahun 1994 juga, pembinaan culvert gerabak kereta api dan box pushing di bahagian Nilai-

Seremban. KTM Komuter merupakan perkhidmatan kereta api elektrik yang dilancarkan

pada 1995, dan amat laris digunakan oleh komuter (pengguna kenderaan awam) yang bekerja

atau tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya, khususnya untuk

mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kebanyakan kenderaan yang disediakan adalah canggih

dan dilengkapi penyaman udara.



Dato Sri Chan Kong Choy merupakan menteri pengangkutan yang seterusnya, beliau

telah berkhidmat dari tahun 2003 sehingga 2008. Menurut beliau, Pelabuhan Klang telah

diiktirafkan sebagai pelabuhan pemindahan ke-13 tersibuk di dunia pada tahun 2004,

pelabuhan ke-26 tersibuk berdasarkan jumlah tanan kargo yang dikendalikan pada tahun

2005, dan pelabuhan ke-16 tersibuk di dunia pada tahun 2007. Hal ini juga bermakna

Pelabuhan Klang semakin maju dan memainkan peranan yang penting dalam memajukan

ekonomi negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan telah memperuntukkan

kewangan yang banyak untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan di

negara kita. Dalam tempoh tahun 2005 sehingga 2010 sahaja, sejumlah lebih kurang RM 30

bilion dibelanjakan untuk memperbaiki sistem pengangkutan dan membangunkan kemudahan

baru. Perangkaan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan Malaysia menunjukkan

sehinggaogos 2010, bilangan kenderaan yang berdaftar di negara ini ialah 19820442 buah

berbanding dengan hanya 7686684 juta kenderaan pada tahun 1996. Jumlah ini telah

menunjukkan sistem pengangkutan di negara kita semakin maju. Dengan itu, pembinaan dan

menaik taraf jalan raya di negara kita juga dititikberatkan oleh Kementerian Pengangkutan





26

Malaysia. Misalnya, pada tahun 2010, kerajaan memperuntukan sebanyak RM611 juta untuk

membina dan menaik taraf projek jalan raya di Sibu.



Dato Seri Ong Kee Keat merupakan Menteri Pengangkutan Malaysia yang

berkhidmat dari tahun 2008 sehingga 2010. Pada tahun 20l0 Suruhanjaya Pengangkutan

Darat telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Penubuhan suruhanjaya tersebut

adalah untuk memastikan perhatian khusus diberikan kepada usaha memajukan system

pengangkutan awam bandar secara menyeluruh. Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB)

telah menerima sebanyak 14 koc kereta api sumbangan JR Kyushu dan JR West, sebuah

syarikat dari Jepun. Sumbangan tersebut membolehkan perkhidmatan kereta api di negara

kita berkembang dengan lebih maju lagi serta dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.



Datuk Seri Kong Cho Ha merupakan Menteri Pengangkutan Malaysia yang terkini.

Pada 27 Januari 2010, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melepaskan tanah rizab kereta

api di antara Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld) seluas 226.8 ekar (94.5 hektar) kepada

kerajaan Negeri Perak. Pada pendapat beliau, keputusan ini diambil memandangkan tanah-

tanah yang terlibat tidak lagi digunakan untuk tujuan operasi kereta api sejak tahun 1941.

Salah satu daripada inisiatif kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, (NKRA)

adalah agenda untuk meningkatkan Pengangkutan Awam Bandar menerusi pengenalan set

tren LRT empat gerabak Rapid KL di aliran Kelana Jaya. Negara kita juga dipih menjadi Ahli

Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi penggal 2010-2013 pada

5 Oktober 2010 di Montreal, Kanada. Pada pendapat Dato Seri Kong Cho Ha, Malaysia

berjaya mempertahankan kerusi sebagai ahli majlis ICAO yang merupakan pertubuhan

penting yang membuat keputusan yang berkaitan dengan standard dan peraturan penerbangan

awam di peringkat antarabangsa.



Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengemukakan kepada kerajaan supaya

meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi membolehkan kenderaan elektrik boleh didaftarkan

di negara kita. Perkembangan ini akan membawa banyak faedah kepada sektor pengangkutan.

Selain itu, Datuk Seri Kong Cho Ha juga memberi tumpuan kepada penambahan bilangan bas

dan trend an meningkatkan integrasi serta memperbaiki kemudahan pengangkutan untuk

menarik orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Di samping itu, Kementerian

Pengangkutan Malaysia telah mengintegrasikan sistem pengangkutan awam dan menambah

baik kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU). Dalam Laporan Tahunan GTP 2010 yang

dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, penyempurnaan pembinaan Terminal Pengangkutan



27

Bersepadu Bandar Tasik Selatan telah menjadi salah satu antara langkah untuk

mengurangkan kesesakan di pusat bandar di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama

Negara (NKRA) bagi Pengangkutan Awam Bandar. Menurut beliau, terminal tersebut

dilengkapi dengan kemudahan canggih mampu memperkembangkan lagi sistem

pengangkutan di negara kita.



Kesimpulannya, sistem pengangkutan di negara kita mengalami perkembangan yang

pesat sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Hal ini membolehkan negara kita mampu

bersaing dengan negara lain yang lebih maju. Kemeterian Pengangkutan Malaysia melakukan

banyak usaha untuk memajukan sistem pengangkutan di negara kita. Selain itu, jasa Menteri

Pengangkutan Malaysia juga tidak boleh dilupai kerana mereka telah berusaha untuk

memperkengkan sistem pengangkutan di negara kita.









28

BAB 5 KESIMPULAN



Pengangkutan merupakan tulang belakang kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi

Negara. Sejak merdeka, pengangkutan memainkan peranan yang kritikal dalam usaha untuk

meningkatkan kualiti hidup rakyat. Daripada sistem pengangkutan yang asas dan agak terhad,

kini rakyat menikmati prasarana serta sistem pengangkutan yang moden dan akses yang lebih

meluas. Memang tidak boleh menafikan bahawa Kementerian Pengangkutan memikul

tanggungjawab yang penting untuk memajukan sistem pengangkutan di negara kita. Sejak

negara kita merdeka, berlaku perubahan yang begitu ketara dalam sektor pengangkutan di

negara kita. Kementerian Pengangkutan telah menjalankan pelbagai dasar untuk membawa

perubahan kepada sistem pengangkutan di negara kita.



Sektor pengangkutan kini telah memasuki era baru yang lebih mencabar dan

memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Teras pengangkutan kini

memerlukan mod dan perkhidmatan yang lebih bersepadu serta sistem yang berkualiti. Di

samping itu, aspek alam sekitar juga perlu diberi penekanan dalam perancangan semua

projek-projek Kementerian untuk memastikan pembangunan mampan. Dengan itu, Menteri

Pengangkutan juga seharusnya menjalankan kewajipan dengan bertanggungjawab untuk

memajukan sistem pengangkutan di negara kita. Setiap Menteri Pengangkutan seharusnya

memastikan semua dasar mahupun projek yang berkaitan dengan sistem pengangkutan boleh

dijalankan dengan lancar. Dengan itu, nescaya sistem pengangkutan di negara kita akan

semakin maju dan mampu bersaing dengan negara lain yang maju.









29

RUJUKAN



Chan Kong Choy. Diperoleh pada 11 Mac 2011 daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Chan_Kong_Choy



Kementerian Pengangkutan Malayia. Diperoleh pada 12 Mac 2011 daripada

http://www.mot.gov.my/index.php?lang=malay.



My government-sistem pengangkutan. Diperoleh pada 27 Mac 2011 daripada

http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Transport%20System/Pages/Transport

System.aspx.



Ong Tee Keat. Diperoleh pada 6 Mac 2011 daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ong_Tee_Keat



Pengangkutan. Diperoleh pada 5 Mac 2011 daripada http://www.memori

kedah.com/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=31&idskandungan=107&id=443&mtopic=4.



Sejarah pengangkutan. Diperoleh pada 8 Mac 2011 daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Sejarah_pengangkutan.



Sistem perhubungan dan pengangkutan. Diperoleh pada 10 Mac 2011 daripada

http://jebatukm.tripod.com/pustakaan/data/perhubungan_pengangkutan.htm.



Sejarah penubuhan akademi JPJ Malaysia. Diperoleh pada 2 Mac 2011 daripada

http://219.95.62.14/portal/index.php?com=page&file=history









30

31



Other docs by xiaopangnv
Synchronicity Performance Group
Views: 4  |  Downloads: 0
Tabelle1 - VfL Bensheim Basketball
Views: 2  |  Downloads: 0
seguridad en un sistema informatico
Views: 0  |  Downloads: 0
2010-216 LUZ amd-Corrected-Not Used
Views: 0  |  Downloads: 0
9768118_9768160
Views: 0  |  Downloads: 0
Applied and Net Force
Views: 0  |  Downloads: 0
MONTAG
Views: 0  |  Downloads: 0
National Taiwan University_Macbeth
Views: 0  |  Downloads: 0
docjeotbAONe1
Views: 0  |  Downloads: 0
TEMPLATE--EAUpdate--Sept2007
Views: 0  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!