Docstoc

PROGRAM PENDIDIKAN MORAL FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

Document Sample
PROGRAM PENDIDIKAN MORAL FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN Powered By Docstoc
					     PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

      FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

         ULP1023 : KENEGARAAN



           TUGASAN INDIVIDU

                TAJUK :

      KEMENTERIAN PERTAHANAN



        NAMA : RONI ANAK TAMBI

        NO. MATRIK : D20101037875



             KUMPULAN : I



              PENSYARAH :

PROF. MADYA DR. SAMSUL ADABI BIN MAMAT




        SEMESTER 2 SESI 2010/2011




                                         1
ISI KANDUNGAN




PERKARA                                       MUKA SURAT

MUKA DEPAN                                        1

ISI KANDUNGAN                                     2

LATAR BELAKANG                                    3

OBJEKTIF                                          4

VISI                                              4

MISI                                              4

CARTA ORGANISASI                                  5

PIAGAM PELANGGAN                                  5

JABATAN DI BAWAH KEMENTERIAN PERTAHANAN

  I.   Tentera Darat Malaysia (TDM)               11
 II.   Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)        12
III.   Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)       15

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA           17

KESIMPULAN                                        18

LAMPIRAN                                          19




                                                           2
LATAR BELAKANG

Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan operasi rasminya
di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato' Onn), Kuala Lumpur.
Bangunan ini turut menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham
Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22
September 1970.

       Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan
dengan kos bernilai RM122,000.00 dan telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak bin Datuk
Hussein pada 18 Mac 1960. Bangunan yang dibina di Jalan Padang Tembak ini juga
menempatkan pejabat Panglima-panglima dan Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia dari
ketiga-tiga perkhidmatan.

       Akibat kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan pemimpin betapa pentingnya
pembesaran keanggotaan angkatan tentera, sebuah kompleks yang mengandungi 6 blok setinggi
4 tingkat telah dibina di hadapan Pejabat Bahagian Perkhidmatan Anggota bagi menampung
jumlah keanggotaan yang semakin bertambah. Bangunan bernilai RM 2 juta ini telah dirasmikan
oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada 6 April 1967.

       Selepas pengunduran tentera British , Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik
untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman. Tugas ini
dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertahanan selain mempertingkatkan kecekapan
dalam pengurusan keperluan angkatan tentera dari masa ke semasa.

       Bagi menampung kesemua agensi di bawah satu bumbung, kerajaan telah membuat
keputusan membina satu bangunan baru untuk Kementerian Pertahanan. Sebagai simboliknya,
batu asas bangunan tersebut telah diletakkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Abang
Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha pada 10 Mac 1982. Bangunan baru yang
terletak di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur ini telah dibina dengan nilai RM144 juta dan
telah disiapkan pada pertengahan tahun 1985. Bangunan setinggi 20 tingkat ini dikenali sebagai
"WISMA PERTAHANAN" yang turut menyediakan ruang-ruang pejabat dan bilik-bilik
mesyuarat. Kawasan sekeliling "WISMA PERTAHANAN" yang dikenali sebagai Kompleks

                                                                                            3
Wisma Pertahanan turut menyediakan beberapa kemudahan seperti bangunan tempat letak kereta
bertingkat, auditorium, surau, Medan Pertahanan (Padang Kawad), balai pengawal, menara, bilik
komputer, 'helipad', kafetaria dan lain-lain.

       Kementerian Pertahanan diterajui oleh Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang
Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perkhidmatan
utama iaitu Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manakala Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.




Objektif

Mengurus pertahanan negara secara cekap dan berkesan.

Visi

Menjadi sebuah organisasi pertahanan yang berwibawa bertaraf dunia berteraskan Dasar
Pertahanan Negara.

Misi

Memantapkan pengurusan pertahanan negara supaya kepentingan strategik, kedaulatan dan
keutuhan negara terjamin.

Peranan Kementerian Pertahanan

  I.   Mendokong dan mempertahankan negara serta melindungi kepentingan strategik
       Malaysia. Kementerian bertanggungjawab menyediakan sebuah angkatan pertahan yang
       cekap yang terdiri daripada Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.
 II.   Kementerian bertanggungjawab terhadap perlaksanaan dasar pertahanan negara dan
       segala pengurusan hal ehwal pertahanan serta sumber-sumber lain yang disediakan
       kepada angkatan tentera untuk mempertahankan negara.




                                                                                           4
CARTA ORGANISASI KEMENTERIAN PERTAHANAN 2011




PIAGAM PELANGGAN

1. Menguruskan Pertahanan Negara dengan Cekap dan Berkesan Supaya Kepentingan
Strategik, Kedaulatan dan Keutuhan Negara Sentiasa Terjamin;

1.1   Pengurusan Dasar

1.1.1 Menganjur Mesyuarat Lembaga Menteri sekali sebulan.


                                                                            5
1.1.2 Menganjur Mesyuarat Dasar sekurang-kurangnya 6 kali setahun.

1.1.3 Mengadakan Mesyuarat Dua Hala sekurang-kurangnya 10 mesyuarat setahun.

1.1.4 Mengadakan Mesyuarat Five Power Defence Arrangement (FPDA) sekurang-kurangnya 4
        kali setahun.

1.1.5 Membentangkan sekurang-kurangnya 3 kertas kerja di dalam Mesyuarat ASEAN Regional
        Forum (ARF).

1.1.6 Memajukan draf nota bantahan diplomatik dalam tempoh 2 hari kepada Kementerian Luar
        Negeri.

1.1.7 Memberi pandangan kepada Kementerian Luar Negeri dari segi dasar berhubung dengan
        kelulusan / penolakan diplomatik (diplomatic        clearance) bagi pesawat-pesawat dan
        kapal-kapal tentera negara asing dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan diterima.

1.1.8 Memberi ulasan mengenai isu-isu strategik dalam tempoh 2 hari dan isu-isu antarabangsa
        dalam tempoh 5 hari sesuatu isu itu dibangkitkan.

1.2     Pembangunan Industri Pertahanan

1.2.1 Menyediakan laporan penilaian syarikat industri pertahanan dalam tempoh 2 minggu
        selepas lawatan.

1.2.2 Memuktamadkan program perdagangan timbalbalas dan mengenalpasti benefisian dalam
        tempoh 6 bulan selepas tarikh surat niat dikeluarkan (LOI).

1.2.3   Mengkoordinasikan penyertaan syarikat industri pertahanan ke pameran pertahanan
        antarabangsa 1 tahun sebelum pameran berlangsung.




                                                                                                6
1.3     Penyelidikan Pertahanan

1.3.1 Menyiapkan projek R&D jangka pendek tidak melebihi satu (1) tahun.

1.3.2 Menyiapkan projek R&D jangka panjang tidak melebihi lima (5) tahun.

1.3.3 Melaksanakan pengujian dan menyiapkan laporan dalam tempoh tidak melebihi satu (1)
        bulan.

1.3.4 Menyiapkan pembangunan awal spesifikasi perolehan atas permintaan pengguna dengan
        memberi respon tidak melebihi lima (5) hari.

1.3.5 Menapis spesifikasi perolehan dalam tempoh tidak melebihi lima belas (15) hari.

1.3.6 Mengesahkan spesifikasi perolehan yang lengkap dan mengeluarkan sijil pengesahan
        dalam tempoh tiga (3) hari.

1.3.7   Melaksanakan penyiasatan kegagalan dan menyiapkan laporan dalam tempoh tidak
        melebihi dua (2) bulan.

1.3.8 Memberi khidmat nasihat teknikal mengikut kepakaran spesifik tidak melebihi lima belas
        (15) hari.

1.4     Khidmat Perundangan

1.4.1 Memberi pandangan perundangan dalam masa 3 minggu selepas menerima permohonan.

1.4.2 Menyemak dan memberi ulasan ke atas draf kontrak perolehan dalam tempoh 3 minggu
        daripada draf diterima.

1.5     Pengauditan

1.5.1 Menyediakan laporan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti
dalam tempoh 14 hari selepas pengauditan dijalankan dan laporan pengauditan prestasi
pengurusan dalam tempoh 30 hari selepas pengauditan.


                                                                                          7
1.6      Pengurusan Aduan Pelanggan

1.6.1 Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam.

1.6.2 Menyelesaikan segala aduan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja.

2. Melayani dengan Penuh Iltizam Segala Keperluan Angkatan Tentera Malaysia dalam
Pembangunan Keupayaan dan Kesiapsiagaan.

2.1      Pengurusan Perolehan Kelengkapan dan Perkhidmatan

2.1.1 Proses pengurusan dan pentadbiran perolehan barangan dan perkhidmatan Kementerian
         Pertahanan daripada permohonan pengguna yang lengkap diterima sehingga Surat Setuju
         Terima (SST/LOA) hendaklah dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti
         berikut :


                                                                           Tempoh      Masa
Bil Kaedah Perolehan        Jenis Perolehan         Kaedah Penilaian
                                                                           (Hari Bekerja)

1     Sebutharga            -                        Harga                 73

                                                     Harga dan Teknikal    163

                            Terbuka   dan     Terhad Harga                 142
2
      Tender
                                                     Harga dan Teknikal    246

                            Antarabangsa             Harga                 177

                                                     Harga dan Teknikal    267




2.1.2    Semua kontrak perkhidmatan, rangsum dan alat ganti hendaklah diperbaharui 14 hari
         sebelum kontrak semasa tamat bagi membolehkan keperluan berkenaan diterima.




                                                                                            8
2.2     Pengurusan Projek Infrastruktur

2.2.1 Menyiapkan rekabentuk projek dalam tempoh 3 bulan.

2.2.2 Menyelesaikan proses tender dalam tempoh 3 bulan.

2.2.3 Mengeluarkan surat setuju terima kepada kontraktor dalam tempoh 3 hari bekerja selepas
        keputusan Lembag Perolehan.




3. Melayani Dengan Penuh Iltizam Segala Keperluan Angkatan Tentera Malaysia dalam
Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan dan Ict.

3.1     Pengurusan Kewangan

3.1.1 Menyedia dan mengemukakan bajet tahunan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh menerima
        arahan penyediaan belanjawan daripada Perbendaharaan.

3.1.2 Waran diagihkan kepada Program dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan Waran
        Am daripada Perbendaharaan.

3.1.3 Permohonan kelulusan kewangan diproses dan diputuskan dalam tempoh 5 hari bekerja
        dari tarikh permohonan diterima.

3.1.4    Laporan Naziran Stor dan Aset disediakan dalam tempoh sebulan dari tarikh tamat
        pemeriksaan bagi setiap pusingan.




3.2     Pengurusan Bayaran

3.2.1 Semua bil bayaran dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil lengkap diterima.




                                                                                            9
3.3     Pengurusan Sumber Manusia

3.3.1 Mengkaji dan memberi pertimbangan ke atas semua kertas cadangan penambahbaikan
        dan permohonan elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan ATM untuk
        dikemukakan ke JPA dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kertas cadangan diterima.

3.3.2 Meningkatkan kompetensi modal insan dengan melaksanakan sekurang-kurangnya 95%
        kursus latihan dari Buku Program Latihan Kementerian.

3.3.3 Surat tawaran lantikan untuk urusan pengambilan kakitangan awam di bawah perwakilan
        kuasa P.U.(B) 496 di keluarkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup.




3.4     Pembangunan dan Pengurusan Ict

3.4.1   Menyemak dan memberi maklum balas ke atas kertas cadangan projek ICT di
        Kementerian Pertahanan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan.

3.4.2 Menyelenggara rangkaian dan sistem aplikasi supaya mencapai tahap tidak kurang 99%
        ketersediaan capaian.

3.4.3 Menyemak dan memberi ulasan ke atas spesifikasi tender perolehan ICT dalam tempoh
        10 hari bekerja dari tarikh penerimaan.




                                                                                                10
5.0    Jabatan Dibawah Kementerian Pertahanan ( Angkatan Tentera Malaysia )




       Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ialah pihak yang bertanggungjawab terhadap
       pertahanan nasional dengan kata lain ialah pasukan tentera profesional negara Malaysia.
       ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu; Tentera Darat Malaysia (TDM),
       Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

5.1    Tentera Darat Malaysia (TDM)




       Tentera Darat Malaysia adalah komponen darat dan komponen terbesar dalam Angkatan
Tentera Malaysia. Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 rejimen dan kor yang diatur menjadi
pasukan tempur, pasukan bantuan tempur dan pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama
dan ulung dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.

5.1.1 Sejarah Tentera Darat Malaysia

       Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda
Melayu sebagai Kompeni percubaan Pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus
berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu
pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum
Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.

                                                                                           11
       Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang
tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda ancaman Komunis dan Darurat telah diisytiharkan
tahun 1948. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi
tujuh batalion.

       Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang
bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952.
Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju
dan lengkap untuk menjalankan operasi. Tentera Darat Malaysia dipermodenkan menjadi satu
pasukan tentera untuk peperangan konvensional.




5.2    Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM )




Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatannya, TLDM, merupakan salah
satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas
operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan TLDM meliputi 603, 210
kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi)
merangkumi kawasan pesisiran dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). TLDM juga memikul
tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut (bahasa Inggeris: Sea Lines of
Communications, SLOC) utama negara seperti Selat Melaka dan Selat Singapura. TLDM turut
mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti
di perairan Spratly. Kehadiran TLDM dapat dilihat di peringkat antarabangsa dalam operasi

                                                                                          12
konvoi yang berterusan di Teluk Aden. Dari segi kekuatan kelengkapan dan keanggotaan,
TLDM mempunyai keupayaan yang dikira setanding dengan kebanyakkan negara-negara
ASEAN dan mempunyai tentera laut yang ketiga terbesar di dalam gabungan ini. Dengan
kekuatan konvensional yang sederhana, TLDM masih memerlukan penambahan platform dan
kapal-kapal lain untuk beroperasi pada tahap terbaik. Hanya dengan pemodenan berterusan akan
memastikan TLDM terus kekal sebagai satu angkatan yang seimbang dan berteknologi tinggi.

5.2.1 Sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM )

  I.      Tentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat

       Sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dengan pembentukan Tentera Laut Simpanan
       Sukarelawan Negeri Selat - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR)- yang
       telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British negeri-negeri selat pada 27 April 1934 di
       Singapura.   SSNVR     ditubuhkan   untuk   membantu     Tentera   Laut   Diraja   British
       mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakan
       politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang meluaskan kuasa dan pengaruhnya.
       Pembentukan sebuah cawangan di Pulau Pinang menyaksikan berkembangnya SSNVR.

          Pada 18 Januari 1935, pihak pentadbiran tertinggi (Admiralty) Royal Navy telah
       menghadiahkan SSNVR di Singapura dengan sebuah kapal korvet kelas Flower, HMS
       Laburnum untuk berkhidmat sebagai kapal utama dan kapal latihan SSNVR. Kapal ini telah
       berlabuh di pangkalan di Telok Ayer Basin. HMS Laburnum malangnya telah
       ditenggelamkan oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

          Apabila Perang Dunia Kedua meletus di Eropah, SSNVR telah meningkatkan
       pengambilan rekrut bagi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan unit-unit
       Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah. SSNVR juga telah dikerahkan untuk
       perkhidmatan aktif sebagai unit dalam Royal Navy Malay Section, juga dipanggil Royal
       Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Pasukan ini telah menjalani
       latihan di HMS Pelandok, Sembawang,di Singapura. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya
       meningkat kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.



                                                                                              13
           Sepanjang Perang Dunia Kedua, Malay Navy berkhidmat di bawah tentera bersekutu dan
       ditugaskan bersama-sama dibawah panji-panji Royal Navy.Laskar-laskar Malay Navy
       terlibat bersama Royal Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dan
       sebilangan mereka terkorban ketika ini. Ramai juga yang telah berkhidmat dengan
       cemerlang, antaranya ialah Able Seaman Ramli Mohd Said yang telah dianugerahkan pingat
       Pacific Star oleh kerajaan British. Apabila perang tamat dengan penyerahan kalah Jepun
       pada tahun 1945 hanya sekitar 600 anggota melapor diri semula. Pada tahun 1947, pasukan
       Malay Navy yang kecil ini telahpun dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.

 II.       Era selepas Perang Dunia Kedua

       Pada 24 Disember 1948, Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman pengganas
       komunis. Menyedari kepentingan tentera laut bagi membendung ancaman komunis, pihak
       British mengaktifkan semula Malay Navy dan kali ini digelar Malayan Naval Forces , MNF.
       Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan hari perasmian dan penubuhan Malayan Naval Forces yang
       berpangkalan di HMS Malaya, Woodlands, Singapura.

           Misi utama MNF ialah mengawasi pesisir pantai Tanah Melayu bagi menghalang
       pengganas komunis daripada memperoleh bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini
       juga diberi tugas mengawal laluan ke Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain.

           Malayan Naval Forces dibekalkan dengan sebuah frigat kelas River HMS Test yang turut
       digunakan sebagai kapal latihan. Pada tahun 1950 pula dengan sebuah kapal minelayer bekas
       tentera Jepun, juga dinamakan HMS Laburnum, sebuah LCT, HMS Pelandok, sebuah kapal
       penangkap ikan, HMS Panglima, sebuah kapal torpedo HMS Simbang, dan beberapa kapal
       kecil lagi.

III.       Gelaran Diraja

           Pada bulan Ogos 1952, Ratu Elizabeth II telah mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada
           MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal
           Malayan Navy) di atas perkhidmatan MNF yang cemerlang ketika Darurat. Kapal-kapal



                                                                                             14
      TLDM kini mempunyai imbuhan HMMS: Her Majesty's Malayan Ship sebelum
      namanya.

IV.   Era Kemerdekaan dan selepas Kemerdekaan

         Tentera Laut Diraja Malaya akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaan
      Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Penaikan panji Tentera Laut Persekutuan
      secara rasminya menandakan TLDM memikul tanggungjawab untuk mempertahankan
      perairan persekutuan. TLDM memulakan tugasnya hanya dengan sebuah pangkalan pusat
      di HMMS Malaya dan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2
      buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas Ham, dan 7 buah kapal ronda. Pada 16
      September 1963, Tentera Laut Diraja Malaya dinamakan sebagai Tentera Laut Diraja
      Malaysia setelah Malaya ditukar kepada Malaysia.




5.3   Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)




                           Roundel                   Lambang Ekor

      Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah pasukan udara di dalam Angkatan
      Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia
      dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.

             Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera
      Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan
      penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai
      cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.



                                                                                       15
5.3.1         Sejarah

         I.      Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-Negeri Selat

                 Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-negeri Selat (Straits Settlements
                 Volunteer Air Force) ditubuhkan oleh pentadbiran British untuk membantu
                 pertahanan Negeri-negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu. Pasukan ini
                 dilengkapkan dengan pesawat Hawker Audax, salah satu varian pesawat
                 Hawker Hart.

        II.      Tentera Udara Sukarelawan Malaya

                 Pada tahun 1940, ancaman Empayar Jepun kian berkembang dan Pasukan
                 Sukarelawan Udara Negeri-negeri Selat telah dibesarkan menjadi Tentera
                 Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Volunteer Air Force (MVAF).
                 Walaupun pasukan MVAF berjaya melarikan diri semasa Kejatuhan
                 Singapura dalam bulan Februari 1942, pasukan ini musnah semasa
                 peperangan di Sumatera apabila berhadapan dengan pasukan udara tentera
                 Jepunyang jauh lebih besar dan moden.

                        Tentera Udara Sukarelawan Malaya ditubuhkan semula dalam tahun 1950
                 untuk membantu operasi-operasi ketenteraan semasa Darurat di Malaya. Unit
                 inilah yang menjadi tunas kepada penubuhan Tentera Udara Diraja
                 Persekutuan Malaya dalam tahun 1958.

    III.         Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya



                 Selepas mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, kerajaan Persekutuan
                 Tanah Melayu melihat kepentingan penubuhan sebuah pasukan angkatan
                 udara sendiri untuk pertahanan negara supaya tidak perlu bergantung harap
                 dengan pertahanan yang diberikan oleh pasukan British. Pasukan Tentera

                                                                                        16
                   Udara Sukarelawan Malaya dijadikan nukleus kepada penubuhan Tentera
                   Udara Diraja Persekutuan Malaya. Satu Enakmen diluluskan di Parlimen
                   dikenali sebagai Ordinan Tentera Udara 1958 yang memberikan kuasa
                   pembentukan sebuah pasukan dikenali sebagai "Tentera Udara Diraja
                   Persekutuan".

          IV.      Tentera Udara Diraja Malaysia


                   Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan dalam bulan September 1963,
                   nama pasukan ini berubah menjadi Tentera Udara Diraja Malaysia. Menjelang
                   tahun 1970-an, TUDM mempunyai 16 buah skuadron dengan satu pusat
                   latihan penerbangan.




6.0   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

      Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan
      Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang
      bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan
      latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan
      ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan
      pada 10 November 2006.

                UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi
      mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. UPNM
      telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti
      Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti
      Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.

                Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar
      dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan
      kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk

                                                                                          17
hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara
seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan
Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor
perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.

Visi                      Menjadi Universiti Pertahanan primier untuk pendidikan,
                          latihan dan penciptaan ilmu.
Falsafah                  Sebagai sebuah institusi nasional primier berdedikasi dalam
                          menghasilkan pemimpin berintelektual yang menyerlah serta
                          bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada
                          negara dalam menjayakan kelangsungan kepentingan strategik
                          negara.
Misi                      UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan
                          kepada negara sebagai sebuah universiti pertahanan primier
                          dalam kepimpinan dan pembangunan profesional, penciptaan
                          ilmu, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains
                          pertahanan dan teknologi, dan juga penyelidikan polisi.
Objektif                       Menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dan
                                  seimbang dalam bidang Kemanusiaan, Pengurusan,
                                  Sains dan Teknologi, serta menerap daya usaha
                                  intelektual    melalui    pengajaran,    pembelajaran,
                                  penyelidikan dan usaha kesarjanaan yang bertaraf
                                  antarabangsa.
                               Menanam semangat kesetiaan dan patriotisme yang
                                  tinggi untuk berbakti kepada Negara dengan
                                  berbekalkan ilmu, kemahiran serta kecekapan asas
                                  ketenteraan.
                               Membangunkan            warga      yang      mempunyai
                                  tanggungjawab sosial dengan berteraskan kepada
                                  unsur-unsur kerohanian, etika budaya dan moral yang
                                  terpuji.
                               Membentuk pemimpin masa depan yang memahami,
                                  menghayati, dan mempunyai sikap toleransi terhadap
                                  kepelbagaian etnik, budaya dan agama.
                               Membekalkan        pemimpin masa depan dengan
                                  kebolehan berkomunikasi,
                               Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Teknologi
                                  Pertahanan, Ekonomi dan Diplomasi, Hal Ehwal
                                  Ketenteraan serta Pengajian Keselamatan.




                                                                                      18
Kesimpulan

       Kementerian pertahanan memainkan peranan yang penting dan besar serta mencabar
dalam memastikan mempertahankan dan mengekalkan keamaman serta keharmonian negara
kita. Angkatan Tentera Malaysia menjalankan tugas menjaga keamanan negara daripada
diancam musuh dari negara lain.

       Walaupun negara kita (Malaysia tidak berperang seperti negara lain, namun tugasan
angkatan tentera Malaysia sangat diperlukan dalam memastikan keamanan negara dapat
dikekalkan.

       Justeru itu, peranan yang penting dala m kementerian pertahanan ialah memastikan setiap
anggota angkatan tentera Malaysia mencukupi dalam mempertahankan negera daripada serang
atau dijajah oleh musuh atau negara lain.




                                                                                           19
LAMPIRAN




           20
21

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:32
posted:11/3/2011
language:Malay
pages:21