power point Teknik-Penyoalan-1
Document Sample


Oleh:
Puan Rushiha binti Mohd Ramli
Guru Cemerlang
SMK Kajang Utama
Selangor Darul Ehsan
Pengajaran
Definisi:-
Proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan,
penilaian dan maklum balas yang melibatkan pelajar dan guru
(Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub)
Proses komunikasi, sains dan seni (Mok Soon Sang)
Proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau
kemahiran supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasainya
dengan berkesan (Baharom Mohamad & Iliyas Hashim)
Proses pemilihan pasti (overt selection) dan susunan mengenai
maklumat, aktiviti, pendekatan, dan media bagi membantu pelajar
mengenal pasti matlamat pembelajaran (Baharuddin et.al)
Pembelajaran.
Definisi
Proses belajar bagi memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani
latihan (Kamus Dewan)
Aktiviti mental, fizikal, atau rohani pada diri pelajar itu sendiri
Perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana
pengalaman atau latihan yang diteguhkan
Tidak melibatkan penguasaan fakta atau konsep bidang ilmu sahaja
tetapi turut melibatkan perkara berkaitan emosi, kasih sayang,
benci, hasad dengki dan kerohanian
Tidak terbatas kepada apa yang dirancang tetapi turut melibatkan
pengalaman di luar kawalan seperti kemalangan atau jatuh cinta
pada pandangan pertama
Tradisional Berdikari-Reflektif
Titik Tolak Transmisi pengetahuan Kekuatan dan kelemahan
pelajar
Tujuan Perubahan Membangunkan pelajar
yang bertanggungjawab
Peranan Pelajar Penerima pasif Pembuat keputusan yang
aktif
Peranan Guru Pemberi maklumat Pemudah cara
Indikator Kejayaan Perubahan mengikut Kebolehan mengaplikasi
markah ujian idea secara berdikari dan
menetapkan matlamat
sendiri
Pembelajaran Preskriptif Menyokong pengambilan
risiko
Persekitaran Diarah guru Kumpulan koperatif
Komunikasi Guru – Pelajar Guru memperbaiki Dua arah, positif, spesifik
kesilapan dan regular
Strategi Penyoalan Soalan tertutup Soalan terbuka
Maklum Balas Menentukan sama ada Menggalakkan dan
jawapan betul memuji
Struktur Masa dan rutin tetap Luwes – input pelajar
Dalam proses pengajaran, komunikasi dan interaksi
membentuk corak pembelajaran pelajar. Pakar dalam bidang
pendidikan merumuskan terdapat empat corak interaksi yang
berlaku iaitu:
Guru – pelajar
Guru – kumpulan
Pelajar-pelajar dengan guru
Pelajar – pelajar
Manakala dua model pengajaran yang melibatkan interaksi antara
pelajar dan guru ialah:
3.1 Model Pengajaran Langsung
3.2 Model Pengajaran Tidak Langsung
3.1 Model Pengajaran Langsung
Model ini memperlihatkan situasi pendekatan berpusatkan
guru. Proses ini berlaku apabila guru mengajar
menggunakan kawalan yang ketat dengan guru aktif dan
semua pelajar pasif. Perhubungan pelajar guru terbatas
kepada pendengaran, pengamatan dan asimilasi sahaja.
Corak model seperti ini menyekat kebebasan pelajar
memberikan idea, pandangan dan pendapat. Pendekatan ini
bukan sahaja menjadikan pelajar pasif, malah suasana
pembelajaran dalam kelas membosankan. Hal ini kerana
keadaan percakapan guru sewaktu memberikan kuliah,
arahan atau pun mengkritik pelajar mewujudkan suasana
mengancam, kurang selamat dan tekanan kepada pelajar.
Kaedah
Penerangan dan
Perbincangan
Kaedah
Kaedah Pembelajaran
Perbincangan Secara Aktif
3.2 Model
Pengajaran Tidak
Langsung
Kaedah
Kumpulan- Kaedah
Kumpulan dan Berkumpulan
Guru
3.2.1 Kaedah Penerangan dan
Perbincangan
Kaedah ini menggalakkan berlakunya
komunikasi dua hala. Proses pengajaran
dan pembelajaran ini mendorong
penyertaan pelajar dan guru secara aktif.
Suasana ini diwujudkan apabila guru
menyoal pelajar dan pelajar memberikan
jawapan atau respons kepada soalan guru.
3.2.2 Kaedah Pembelajaran Secara Aktif
Situasi pembelajaran secara aktif
selalunya berlaku ketika pembelajaran
amali. Guru memberikan penerangan
kepada konsep dan permasalahan,
manakala pelajar bertindak
menyelesaikan masalah melalui kerjasama
secara berkumpulan sepanjang proses
amali. Peranan guru sebagai pemudah
cara yang membantu sebarang
permasalahan yang timbul mengekalkan
interaksi pelajar dengan guru.
3.2.3 Kaedah Berkumpulan
Kaedah pembelajaran berkumpulan
mengintegrasikan kepelbagaian bentuk
komunikasi dan interaksi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah
pembelajaran ini membolehkan pelajar-pelajar
dalam setiap kumpulan berinteraksi sesama
sendiri di bawah pimpinan guru. Kaedah ini
mewujudkan sikap kerjasama, toleransi dan
tolong-menolong dalam kalangan pelajar
tersebut. Kaedah ini turut mengasah
kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan,
kreativiti, komunikasi, penyelesaian masalah
dan membuat keputusan.
3.2.4 Kaedah Kumpulan-Kumpulan dan Guru
Kaedah ini mirip kepada situasi
pembelajaran berkumpulan kerana interaksi
masih wujud dalam kumpulan dan dengan
guru. Perbezaaannya ialah apabila interaksi
turut berlaku antara kumpulan dengan
kumpulan lain. Melalui kaedah ini, proses
pertukaran idea lebih bercambah,
pembelajaran menjadi lebih dinamik dan
pelajar lebih aktif. Menerusi kaedah ini
guru berperanan sebagai pakar rujuk dalam
pertukaran maklumat dan idea bagi
mendapatkan keputusan lebih mantap.
3.2.5 Kaedah Perbincangan
Perbincangan dan sumbang saran ialah
proses menjana minda dan emosi individu
ke arah penyelesaian masalah, membuat
keputusan, atau bagi mencapai kata
sepakat dalam sesuatu hal, perkara atau
isu. Melalui kaedah ini pelajar dikehendaki
memainkan peranan yang aktif dalam
mengulas, menyelesaikan serta membuat
kesimpulan mengenai masalah atau isu.
Justeru, kaedah ini sehaluan dengan
pendekatan pengajaran berpusatkan
pelajar.
Masalah:
Pelaksanaan perbincangan secara bebas
dan tradisional yang berlaku di dalam
kelas tidak begitu berkesan kerana
terdapat pelajar-pelajar yang pasif dan
tidak begitu mahir mengeluarkan
pendapat masing-masing. Keadaan ini
lebih ketara apabila ada pelajar-pelajar
bersifat ekstrovert yang selalunya akan
menguasai perbincangan. Selain itu
perbincangan secara bebas lebih sukar
dikawal dan guru biasanya akan
memainkan peranan lebih dari
sepatutnya.
Cadangan:
Gunakan teknik perbincangan 1-2-4
untuk mengatasi masalah yang wujud
dalam perbincangan bebas serta
menimbulkan interaksi menyeluruh
dalam kelas. Peranan guru dalam variasi
perbincangan ini adalah minima. Guru
cuma merupakan fasilitator dan bebas
bergerak dari satu kumpulan ke
kumpulan yang lain untuk membantu
proses perbincangan.
3.2.5.1 Pelaksanaan Perbincangan 1-2-4
Berbincangan
Bekerja secara Berbincang dalam
berseorangan secara kumpulan Sesi pleno
berpasangan kecil (4-6
orang ahli)
Perbincangan 1-2-4 melibatkan 4 tahap yang
bermula dengan:
3.2.5.1.1 Tajuk
Guru menyediakan tajuk-tajuk atau
masalah yang sesuai dengan pelajar. Tajuk atau
masalah yang dipilih seharusnya mempunyai
kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
3.2.5.1.2 Satu
Guru menerangkan masalah atau tajuk yang
harus dibincangkan oleh pelajar terlebih
dahulu. Pelajar diminta memikirkan isi atau
penyelesaian yang dikehendaki berdasarkan
pengalaman atau pengetahuan. Pelajar diminta
mencatatkan pendapat masing-masing. Pada
tahap ini, semua pelajar diminta menyelesaikan
tugasan tanpa berbincang antara satu sama
lain. Masa yang diberi untuk aktiviti ini adalah
5 minit sahaja
Tujuan:
Memberi peluang kepada semua pelajar
berfikir secara individu tanpa diganggu oleh
perasaan, pengalaman atau pendapat orang lain.
Dapat mengaitkan tajuk atau masalah
perbincangan dengan pengalaman dan
pengetahuan lalu.
Menulis pendapat - proses pemikiran serta
aliran pendapat menjadi lebih konkrit dan
nyata yang secara langsung melatih pelajar
berfikir secara lebih sistematik. Apa jua
pengalaman dan pendapat yang ada dapat
dilahirkan tanpa sebarang ancaman atau
kritikan yang mungkin memutuskan aliran
pemikiran.
3.2.5.1.3 Dua
Selepas masa tamat, tiap-tiap individu diarah memilih
seorang pelajar lain untuk membentuk pasangan. Apabila
pasangan dibentuk kertas catatan ditukar antara satu sama
lain. Setiap orang dikehendaki membaca kertas catatan
orang lain dan membincangkan dan merumuskan persamaan
dan perbezaan perndapat serta mengumpulkan isi perbualan
pasangan masing-masing. Perbincangan berpasangan
membantu memastikan semua pelajar aktif berbincang. Hal
ini menolong pelajar yang bersifat pasif, introvert dan
kurang keyakinan diri dalam aktiviti perbincangan untuk
terlibat dalam sesi sol jawab tanpa tekanan. Setiap
pasangan juga akan berasa lebih bertanggung jawab untuk
mempertahankan kedudukan mereka kerana mereka
terpaksa bergabung dengan pasangan yang lain kelak. Masa
untuk tahap Dua adalah lebih kurang 10 minit sahaja.
3.2.5.1.4 Empat
Seterusnya setiap pasangan diminta bergabung dengan satu
lagi pasangan untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada
empat orang. Rumusan yang dibuat oleh setiap pasangan tadi
ditukar dan perbincangan akan berlangsung dengan meneliti
persamaan dan perbezaan rumusan-rumusan itu. Kumpulan
dikehendaki membuat kesimpulan perbincangan kumpulan pula.
Masa yang diperuntukkan untuk perbincangan kumpulan adalah 25
minit.
Tahap ini merupakan tahap yang paling penting kerana di samping
mengembangkan dan menambahkan idea-idea dalam kumpulan
setiap ahli masih diberi peluang untuk memainkan peranan yang
aktif. Oleh sebab setiap kumpulan biasanya terdiri daripada dua
pasangan, maka idea-idea tidak mungkin di `outnumbered‟. Hal
ini akan memberi peluang kepada setiap pasangan untuk
menjelaskan idea masing-masing.
3.2.5.1.5 Sesi Pleno
Bila masa tamat setiap kumpulan diminta menghantar
seorang pelapor untuk melaporkan rumusan kumpulan
masing-masing. Setiap kumpulan diminta menyampaikan
satu isi diikuti oleh kumpulan yang lain. Hal ini boleh
berlangsung sehingga masa tamat atau semua isi telah
dilaporkan. Rumusan kumpulan boleh dicatatkan pada papan
tulis atau dipancanrkan menggunakan teknologi sedia ada
dalam kelas. Sebaik-baiknya semua kumpulan diberi peluang
membuat laporan jika masa mengizinkan. Pelajar-pelajar
lain digalakkan untuk menyoal pelapor-pelapor jika ada
keraguan. Akhir sekali, guru boleh membuat kesimpulan
atau menambah isi jika perlu.
Penyoalan merupakan satu teknik yang
digunakan dengan meluas oleh guru dalam
usaha menyampaikan fakta, konsep dan prinsip
sesuatu bidang ilmu serta meningkatkan
pemikiran murid. Sejak beribu-ribu tahun guru
telah menggunakan teknik penyoalan untuk
menyampaikan pelbagai ilmu sama ada di
peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah, mahu pun di universiti. Dalam satu
kajian awal oleh Stevens (1912), didapati guru
memperuntukkan 80% masa di sekolah menyoal
murid. Kajian yang dijalankan oleh Leven dan
Long (1981) mendapati guru bertanya 300
hingga 400 soalan sehari.
Kemahiran menyoal boleh menjadi
salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran
yang efektif di bilik darjah untuk
menggalakkan interaksi antara guru dan murid
serta murid dengan murid.
Penyoalan berupaya mewujudkan
iklim interaksi yang lebih merangsangkan
merangsangkan murid untuk terus berminat
dalam pelajaran mereka. Selain daripada itu,
penyoalan berupaya mendapatkan maklumat
dengan cara mencungkil pengetahuan murid,
menolong mengulang kaji pelajaran yang lepas
dan mengukuhkan pelajaran yang sedang
disampaikan.
Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis,
analitis dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat.
Tambahan pula penyoalan dapat membantu menghubungkan di
antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli kumpulan
melalui interaksi.
Apakah tujuan penyoalan? Menurut Morgan dan Saxton
(1991) guru menyoal untuk melibatkan murid supaya lebih aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sambil menilai
pembelajaran dan membuka peluang untuk murid memberi
pendapat dan buah fikiran mereka. Soalan memainkan peranan
penting dalam bilik darjah untuk memberi murid peluang membina
ilmu atau pengetahuan melalui asimilasi dan integrasi konsep-
konsep baru (Hauser, 1990). Untuk mempertingkatkan kefahaman,
murid tidak boleh dibiarkan pasif dalam bilik darjah dan perlu
digalakkan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Davis dab Murrell, 1994)
Jelasnya, kemahiran menyoal merupakan wahana utama
interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk:
Meneroka pengalaman dan pengetahuan pelajar
Meningkatkan ingatan terhadap isi-isi pelajaran yang
penting
Tujuan ulangkaji
Merangsang pemikiran pelajar dari tahap pengetahuan
hingga tahap penilaian dan domain kognitif
Merupakan teknik yang wujud hampir dalam semua
proses pengajaran dan pembelajaran bermula daripada:
Peringkat Set
Peringkat
Induksi Peringkat
Perkembangan
Penutup
• Pada peringkat ini
soalan digunakan • Pada peringkat ini
untuk: mencungkil soalan digunakan
pengetahuan yang untuk: menduga • Soalan pada
sedia ada pada kefahaman murid peringkat penutup
murid, mengaitkan mengenai bahan digunakan untuk
pelajaran lepas pelajaran yang membuat rumusan
dengan pelajaran dibincangkan, pelajaran & menguji
baru, menumpukan memastikan kefahaman murid
perhatian serta penyertaan murid secara menyeluruh.
minat murid pada yang aktif,
pelajaran yang akan mengekalkan minat
diikuti. murid serta
tumpuan perhatian
mereka.
4.1 Teknik menyoal.
Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik
ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. Guru
perlu merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak
dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-
soalan secara spontan. Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat
murid juga boleh digunakan. Soalan yang dikemukakan hendaklah:-
jelas dan mengandungi satu idea.
ringkas supaya mudah diingati oleh murid.
menepati masa , diminati, mencabar dan berkaitan dengan
pengajaran.
menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid.
mengandungi lebih daripada jawapan “ya”
Memandangkan penyoalan adalah cara yang berkesan untuk
menggalakkan penyertaan murid secara aktif, guru perlu
menggunakan soalan sekerap mungkin. Penyoalan boleh digunakan
pada peringkat permulaan, perkembangan dan peringkat penutup
pelajaran.
4.2 Prinsip-Prinsip Penyoalan:
Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang
Soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan murid
Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
Perkataan atau istilah yang digunakan dalam soalan seharusnya
difahami murid
Beri peluang kepada murid memikirkan jawapan.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Tobin (1987), didapati guru
tidak sabar menunggu jawapan yang diberi oleh murid lebih
daripada 1.5 saat setelah bertanya sesuatu soalan. Horne (1982)
melaporkan bahawa dengan memanjangkan masa guru menunggu
jawapan daripada murid, penglibatan murid dalam kelas telah
bertambah. Kadangkala guru tidak sedar betapa penting
menunggu sebelum meminta murid lain menjawab atau guru
sendiri yang memberi jawapan.
Wilen (2000) dalam satu kajian yang melibatkan 100 murid
sekolah rendah melaporkan bahawa guru yang menunggu kira-kira
3 saat setelah soalan dikemukakan, jawapan yang diberi oleh
murid lebih lengkap dan tepat. Murid lemah yang biasanya
menjawab 'tidak tahu' telah mencuba memberi jawapan, walau
kadang kala jawapan berkenaan tidak begitu tepat. Galakan untuk
menjawab adalah kerana masa yang diberikan oleh guru untuk
menjawab sesuatu soalan.
Kesimpulannya, masa menunggu jawapan daripada murid
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian
murid dalam pelbagai jenis mata pelajaran. Kebanyakan kajian
menunjukkan bahawa guru yang memberi murid lebih banyak masa
untuk menjawab berjaya meningkatkan penguasaan sesuatu bidang
ilmu serta menggalakkan penglibatan murid.
4.3 Amalan Penyoalan Berfokus:
Dalam usaha memperkembangkan daya efektif
pelajar, soalan-soalan yang sesuai, beraneka dan
mencabar perlu dikemukakan supaya proses intelek
pelajar sentiasa aktif. Soalan-soalan perlu berfokus
kepada inkuiri supaya pelajar dapat berfikir untuk
memahami konsep, faktor penyebab,membuat
perbandingan, membuat ramalan dan menilai.
Misalannya dalam mata pelajaran sejarah, pelajar akan
mempelajari fakta-fakta tentang kaum-kaum zaman
dahulu. Soalan seperti bagaimanakah kehidupan
sesuatu kaum pada masa itu, apakah bahasa yang
digunakan; apakah kemajuan yang dicapai oleh kaum
itu; menggalakkan pelajar berfikir, menimbang sesuatu
dan membuat rumusan dengan tepat.
Kaedah penyoalan juga bergantung kepada
situasi dan menilai pengetahuan sedia ada
dalam kalangan pelajar. Ada kala pelajar lain
boleh diminta memberi rangsangan dalam
membantu seseorang pelajar memberi
jawapan yang tepat. Guru perlu sentiasa
menggalakkan pelajar memberi idea tanpa
memperdulikan jawapan itu betul atau salah.
Penghargaan dan pengukuhan adalah amalan
yang berkesan bagi menarik minat pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4.3.1 Panduan Peneguhan:
Pujian dan kemesraan yang ditunjukkan oleh guru dapat
meningkatkan pencapaian murid-murid serta memupuk sikap
yang positif
Pengukuhan positi hendaklah digunakan secara jujur
Peneguhan positif seperti memuji usaha murid adalah lebih
berkesan berbanding peneguhan negatif seperti mengkririk
atau menyindir murid
4.3.2 Objektif Kemahiran Peneguhan:
Menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran
Menggalakkan murid-murid mencuba dengan lebih giat lagi
Meningkatkan lagi pencapaian akademik murid-murid
Keyakinan diri murid-murid dapat dipertingkatkan lagi
4.4 Penyoalan.
4.4.1 Aras soalan
mudah ke tinggi.
penggunaan perkataan padat, tepat dan mudah difahami.
soalan berfokus kepada satu idea.
soalan berfokus lebih daripada satu idea.
4.4.2 Alih hala soalan
menghala soalan yang sama kepada murid yang lain.
4.4.3 Sebaran
mengemukakan soalan secara rawak untuk meliputi seluruh
kumpulan
4.4.4 Hentian (pause)
berhenti seketika selepas mengemukakan soalan.
4.4.5 Memberi petunjuk
memasukkan tanda saran (cues) isyarat yang membawa terus
kepada jawapan.
4.5 Aras soalan.
4.5.1 Pengetahuan (ingat kembali)
soalan yang hanya memerlukan murid mengigat kembali dan
menyatakan semula keterangan yang telah dipelajari.
4.5.2 Kefahaman
soalan menguji kefahaman murid mengenai suatu perkara.
4.5.3 Aplikasi
soalan yang dapat murid menggunakan pengetahuan.
4.5.4 Analisa.
Memerlukan murid mengkaji, mengintepretasi hasil,
membuat huraian daripada hasil kajian dan dapat
mengatur serta melahirkan pemikiran.
4.5.5 Sintesis
Mengemukakan soalan yang melibatkan seorang atau
beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif, satu
situasi yang membawa kepada penyatuan
beberapa idea.
4.5.6 Penilaian
Soalan yang memerlukan murid memberi hujah
mengenai idea atau nilai dan memberi sebab untuk
menyokong pertimbangan mereka.
4.6 Soalan aras tinggi.
4.6.1 Mencungkil.
soalan yang membolehkan murid memikirkan
jawapan yang lebih baik daipada jawapan yang
telah diberikan.
4.6.2 Penjelasan
memerlukan jawapan yang lebih jelas dan padat.
Rumusan:
Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan
mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan
nama murid
Bentuk soalan hendaklah sentiasa berubah-ubah untuk
menarik minat murid
Pastikan soalan yang dikemukakan secara lisan dapat
didengar oleh seluruh kelas
Elakkan daripada mengemukan soalan mengikut turutan
nama atau susunan tempat duduk
Soalan yang dibentuk harus mendorong murid berfikir
Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
Soalan hendaklah ringkas dan tepat
Peneguhan memalui maklum balas segera mengenai jawapan
4.7 Kesan Kemahiran Menyoal ke Atas Pengajaran dan
Pembelajaran:
Murid akan bertambah aktif dan akan mengemukakan
soalan (dengan galakan guru)
Menambahkan minat murid dan mengelakkan perasaan jemu
Menguji pengetahuan sedia ada murid
Mengenal pasti pemasalahan yang dihadapi murid
Mengeratkan lagi hubungan guru-murid
Murid lebih bersedia dan yakin menghadapi peperiksaan
Membantu murid membuat ulangkaji dan membuat jangkaan
terhadap tajuk-tajuk penting untuk peperiksaan
The "Five Ws" (and one H) were memorialized by Rudyard Kipling in his "Just So
Stories" (1902), in which a poem accompanying the tale of "The Elephant's Child"
opens with:
I Keep six honest serving-men:
(They taught me all I knew)
Their names are What and Where and When
And How and Why and Who.
I send them over land and sea,
I send them east and west;
But after they have worked for me,
I give them all a rest.
I let them rest from nine till five.
For I am busy then,
As well as breakfast, lunch, and tea,
For they are hungry men:
But different folk have different views:
I know a person small —
She keeps ten million serving-men,
Who get no rest at all!
She sends 'em abroad on her own affairs,
From the second she opens her eyes —
One million Hows, two million Wheres,
And seven million Whys!
Dalam bidang kewartawanan 5 W dan 1 H adalah maklumat
asas untuk mendapatkan cerita penuh tentang ”sesuatu”. Hal ini
kerana tidak ada satu pun soalan tersebut boleh dijawab hanya
dengan ya atau tidak sahaja.
Who? Siapa yang terlibat?
What? Apa berlaku? (Apa ceritanya)
When? Bila perkara itu berlaku?
Where? Di mana ia berlaku?
Why? Kenapa ia berlaku?
How? Bagaimana ia berlaku?
5.1 Aras Kognitif Soalan:
Jenis soalan yang ditanya memainkan peranan penting dalam
perkembangan pemikiran murid. guru yang bertanya lebih banyak
soalan aras kognitif tinggi akan dapat memperbaiki pencapaian serta
proses pemikiran murid. Soalan aras rendah hanya meminta murid
mengingat kembali fakta manakala soalan aras kognitif tinggi
menggalakkan murid mengaplikasi konsep,membuat analisis serta
sintesis.
Kajian yang dijalankan oleh Hunkins (1969) mendapati bahawa
kumpulan murid yang gurunya menggunakan banyak soalan aras
kognitif tinggi berjaya mendapat markah yang lebih tinggi
berbanding dengan kumpulan murid yang didedahkan kepada soalan
aras kognitif rendah. Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan 50
murid sekolah rendah yang mempelajari kajian sosial. Kleinman (1965)
menjalankan kajian dalam kalangan 80 murid sekolah rendah yang
mempelajari sains. Dapatan menunjukkan bahawa guru yang
menggunakan soalan aras kognitif tinggi; markah muridnya dalam
mata pelajaran sains telah meningkat berbanding dengan murid yang
disoal menggunakan soalan aras kognitif rendah.
Mahlios dan D'Angelo (1990) mengkaji kesan aras kognitif
soalan dalam pengajaran pendidikan moral mendapati bahawa
prestasi murid telah bertambah baik apabila didedahkan
kepada soalan aras kognitif tinggi. Kajian yang dijalankan
melibatkan 70 murid sekolah rendah. Juga sikap murid terhadap
pendidikan moral lebih positif apabila disoal dengan soalan aras
kognitif tinggi. Dalam pengajaran pendidikan bahasa pula, murid
yang diajar dengan kerap menggunakan soalan aras kognitif tinggi,
selain pencapaian mereka meningkat, penglibatan murid dalam
kelas telah bertambah baik dan soalan-soalan yang ditanya lebih
bernas.
Aras kognitif soalan yang ditanya oleh guru memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi pencapaian murid dalam pelbagai
jenis mata pelajaran. Soalan aras kognitif tinggi juga berjaya
meningkatkan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran.
Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
juga telah bertambah sehingga murid lemah turut digalakkan
bertanya dan menjawab soalan.
5.2 Penyoalan dan Jenis-Jenis Soalan:
Penyoalan (teknik, jenis, taburan, gerak balas, dll) merupakan satu
kemahiran penting bagi mewujudkan interaksi guru-pelajar. Soalan
hendaklah dirancang dengan baik supaya pelajar berpeluang terlibat
dalam berbagai-bagai jenis proses mental.Berbagai-bagai jenis soalan
boleh digunakan, misalnya
soalan:
i. yang memerlukan daya ingatan;
ii. yang memerlukan pemikiran yang analitikal;
iii. yang memerlukan pemikiran kreatif; dan
iv. yang memerlukan penilaian.
Cara guru menyoal serta cara melayani soalan dan jawapan pelajar
juga penting diberikan perhatian.
i. Adakah guru menggunakan prinsip menyoal dengan betul?
ii. Adakah guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas?
Pada umumnya soalan boleh dibahagikan kepada soalan menumpu
dan soalan mencapah. Soalan-soalan ini digunakan untuk tujuan tertentu.
5.2.1 Soalan Menumpu:
Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa soalan
secara bersiri. Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau
hujah yang hendak diketengahkan.
Contoh:-
1. Nyatakan 2 peringkat perkembangan penentangan Dol Said di Naning?
2. Namakan 3 tokoh yang terlibat di dalam penentangan Dol Said di
Naning?
3. Perihalkan 2 peringkat perkembangan penentangan Dol Said di Naning.
4. Terangkan bagaimana British boleh memenangi peperangan kali kedua ke
atas Naning?
5.2.2 Soalan Mencapah:
Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran yang kritis, analitis dan
rasional murid sebelum memberikan jawapan. Soalan bertujuan untuk
mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada hujah yang lain yang
ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas.
Contoh:-
i. Mengapakah pada awal kebangkitan menentang penjajah tidak ramai
orang menyertai penentangan tersebut?
ii. Ceritakan apa akan berlaku jika penentangan berlaku serentak di
seluruh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?
iii. Pada pendapat anda, berikan alasan kesan daripada kebangkitan Hj
Abdul Rahman Limbong di Terengganu pada tahun 1928.
6.1 Kaedah Pengajaran:
6.1.1 Simulasi:
Maksud:
Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan
sama dengan situasi sebenar.
Jenis Simulasi:
a) Sosiodrama – menggunakan skrip dan mengandungi konflik
b) Main Peranan - Lakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak
menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar
memikirkan sendiri penyelesaian
Persediaan:
i. Guru merancang
ii. Guru menjelaskan secara ringkas mengenai situasi, masalah, peranan
dan tempoh lakonan
iii. Guru menyediakan skrip
iv. Guru membimbing pelajar membuat keputusan
Kelebihan:
1. Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat
2. Kemahiran pertuturan pelajar dapat dipertingkatkan
3. Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik
4. Pelajar dapat membincangkan dan menghayati nilai-nilai yang baik dalam
lakonan
5. Pelajar dapat menonjolkan bakat lakonan mereka
6.1.2 Tunjuk Cara (Demonstrasi):
Maksud:
Situasi pembelararan dengan guru menunjukkan cara melakukan
sesuatu aktiviti atau memilih pelajar yang berpengalaman untuk
melakukan aktiviti yang dikehendaki.
Langkah-Langkah Tunjuk Cara:
i. Perancangan
ii. Pelaksanaan tunjuk cara
iii. Latihan
iv. Rumusan
Pelaksanaan Tunjuk Cara:
a) Menyediakan peralatan yang diperlukan
b) Memandang ke arah pelajar semasa tunjuk cara
c) Menggunakan teknik untuk menarik perhatian pelajar
Teknik Menyoal – soalan mestilah jelas dan mudah difahami
i. Menyusun aras soalan
ii. Kemuka soalan dahulu
iii. Berusaha mencungkil jawapan
iv. Memberi masa secukupnya sebelum menjawab
v. Memberi peluang kepada lebih daripada seorang
vi. pelajar untuk menjawab
Membuat penegasan kepada bahagian yang penting dalam
tunjuk cara
6.1.3 Lawatan Sambil Belajar:
Maksud:
Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar sebagai aktiviti
sokongan pembelajaran
Tujuan Lawatan:
i. Membolehkan pelajar mendapat pengalaman sebenar dalam
lawatan
ii. Membolehkan pelajar membandingkan situasi sebenar dengan
perkara yang dipelajari di dalam kelas
iii. Mempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak mudah bosan
iv. Mengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat
Persediaan:
a. Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran
b. Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah
c. Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak
yang ingin dilawati
d. Menguruskan pengangkutan dan penginapan pelajar untuk lawatan
e. Memberi taklimat kepada pelajar sebelum lawatan
f. Menyediakan perlatan yang diperlukan
g. Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut topik
h. Memastikan pelakar terlibat aktif dalam aktiviti kajian
i. Memberi bimbingan kepada pelajar yang kurang faham
j. Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan
semasa lawatan
k. Aktiviti susulan
6.1.4 Pembelajaran Akses Kendiri:
Maksud:
Suatu pendekatan pembelajaran yang memberi ruang dan peluang
pelajar belajar secara kendiri.Pelajar menggunakan dan
mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran.
Keperluan:
a) Hanya pelajar sendiri dapat melakukan pembelajaran secara
optimum
b) Terdapat ruang tiada guru yang dapat melakukannya untuk
pelajar
c) Setiap pelajar mempunyai minat, keperluan, sikap dan tahap
kecerdasan dan kebolehan yang berbeza
d) Pelajar yang lebih tahu menentukan sendiri strategi
pembelajaran terbaik untuknya
Ciri-Ciri:
a. Guru berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor
b. Suasana pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan
c. Bahan PAK dan bahan fasilitator mudah diakses
d. Pemilihan bahan dan akvititi pembelajaran yang luas
e. Kemudahan yang membolehkan pelajar belajar secara sendiri
atau kumpulan
f. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan
pelajar
6.2 Kaedah Pembelajaran:
6.2.1 Pembelajaran Inkuiri:
Pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bukanlah sesuatu
yang baru dan terdapat pelbagai definisi yang berkaitan dengannya.
Philip (2004), menyatakan „sekiranya kita tanya kepada sepuluh
orang pendidik yang berlainan untuk mendefinisikan “inkuiri” nescaya
kita akan mendapat sebelas definisi yang berbeza tentangnya‟.
Pendekatan inkuiri di dalam pembelajaran boleh dilihat dalam
pelbagai bentuk bergantung kepada bidang mata pelajaran yang
dipelajari. Sebagai contoh dalam mata pelajaran sains, inkuiri
mungkin akan melibatkan pelajar di dalam membuat penyiasatan dan
menjelaskan sesuatu fenomena yang dianggap baru kepada mereka,
atau pelajar dikehendaki menguji hipotesis secara saintifik di dalam
ujikaji di makmal. Berdasarkan kepada Piawaian Pendidikan Sains
Antarabangsa (National Research Council, (1996), pembelajaran sains
melalui inkuiri merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh para
pelajar dalam membina pengetahuan mereka dan memahami idea-idea
saintifik seperti kaedah yang dilakukan oleh para saintis menyelidiki
alam ini.
Dalam bidang sains sosial pula, melalui inkuiri pelajar
mungkin dikehendaki menganalisa bahan-bahan dari sumber
pertama yang dapat digunakan bagi menjelaskan serta memahami
sesuatu kejadian di dalam peristiwa sejarah dan bagaimana
mereka dapat mengaitkannya dengan keadaan yang berlaku pada
hari ini. Carin dan Sund (1971) mendefinisikan inkuiri sebagai
pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan
dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan
maklumat. Inkuiri berasaskan kepada penyoalan dan penyelesaian
masalah di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui
aktiviti tersebut pelajar akan terlibat di dalam pemprosesan
maklumat mental untuk mendapatkan kefahaman yang bermakna,
dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran mereka.
Herron (1971) telah membahagikan pembelajaran secara inkuiri
kepada empat aras. Aras-aras tersebut adalah bergantung
kepada berapa banyak peranan yang diberikan kepada pelajar di
dalam proses pembelajaran mereka. Semakin banyak peranan
dimainkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka
semakin tinggi aras pembelajaran berasaskan inkuiri, dan
begitulah sebaliknya.
Sekiranya semua masalah, prosedur, serta jawapan telah
disediakan oleh guru dan pelajar hanya berperanan sebagai
penerima sahaja di dalam pembelajaran mereka, maka ia
tidak dianggap sebagai pembelajaran berasaskan inkuiri
(pengesahan).
Sebaliknya jika masalah, prosedur serta jawapan diberikan
oleh pelajar sendiri dan guru hanya bertindak sebagai
pembimbing maka ia merupakan pembelajaran berasaskan
inkuiri pada aras yang paling tinggi (inkuiri terbuka).
Sekiranya, guru menyediakan masalah dan prosedur
sementara pelajar dikehendaki mencari jawapan
berdasarkan prosedur yang telah disediakan, maka ia
dikategorikan sebagai inkuiri berstruktur. Seterusnya jika
guru hanya menyediakan masalah-masalah sementara pelajar
sendiri yang menentukan prosedur serta memberikan
jawapan terhadap permasalahan yang diberikan, maka
pembelajaran tersebut dikategorikan sebagai inkuiri
terbimbing.
Jadual 1: Empat Aras Pembelajaran Inkuiri (Herron, 1971)
Aras Jenis Inkuiri Penerangan
I Pengesahan Pelajar mengesahkan prinsip-prinsip tertentu berdasarkan aktiviti
(Conformation) penerangan oleh guru dan keputusan sesuatu penyelidikan telah
diketahui terlebih awal
II Inkuiri Berstruktur Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-
(Structured Inquiry) langkah yang telah ditentukan oleh guru
III Inkuiri Terbimbing Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang
(Guided Inquiry) telah disediakan oleh guru, dan pemilihan langkahlangkah
penerokaan ditentukan sendiri oleh pelajar.
IV Inkuri Terbuka Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan dan
(Open Inquiry) langkah-langkah yang dibina dan ditentukan sendiri oleh mereka
berdasarkan topik-topik yang tertentu.
Setiap pendekatan inkuiri mempunyai kelebihan
dan kelemahannya yang tersendiri. Pendekatan inkuiri
yang ingin digunakan seharusnya disesuaikan dengan
bidang dan tahap pemikiran pelajar-pelajar yang
terlibat. Sebagai contoh, inkuiri terbuka mungkin lebih
sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat pengajian
tinggi manakala inkuiri terbimbing mungkin lebih sesuai
untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah. Inkuiri
terbimbing adalah di antara pendekatan yang
difikirkan lebih sesuai digunakan untuk membina bahan
pengajaran berasaskan komputer yang ditujukan
kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah.
Kesimpulannya, kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran perlu untuk membangunkan kemahiran menyoal kerana
mahir hanya dalam satu kaedah pengajaran sahaja tidak menjamin
seseorang guru itu boleh menangani secara bijak segala masalah
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana
kepelbagaian kaedah membolehkan guru:
Mengenal pasti dan memilih kaedah-kadah pengajaran yang dijangka
berkesan dalam mencapai objektif pengajaran yang dirancang
berdasarkan keperluan pelajar dan subjek yang diajar.
Melaksanakan aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar.
Mengelakkan diri daripada dibelenggu buku teks dan kaedah ”chalk &
talk” semata-mata.
Meningkatkan ”repertoire” pengajaran kerana penguasaan pelbagai
kaedah pengajaran menjadikan guru berdaya lentur dan dapat
mengubah keadaan pengajaran bila dan dimana perlu berdasarkan
situasi.
Mewujudkan prinsip kepelbagaian sebagai rempah hidup di bilik
darjah untuk mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan
seterusnya keberkesanan pembelajaran pelajar itu sendiri.
Latar belakang pelajar
Peringkat umur, pengalaman/pengetahuan sedia ada, minat
Stail pembelajaran (kesediaan untuk belajar)
Isi kandungan pelajaran
Tajuk – Konkrit? Abstrak? Mudah? Kompleks? Teori? Amali? Ulangan?
Perkara baru?
Objektif pengajaran
Berapa dan bentuknya? Dalam domain taksonomi apa dan peringkat mana?
Sumber pengajaran dan pembelajaran (ABM)
Sedia ada di sekolah, boleh didapati dari sumber luar sekolah atau boleh
disediakan guru dan pelajar?
Peruntukan masa
Berapa waktu? Berapa minit? Bila? Pagi? Tengahari? Petang?
Stail pengajaran (kesediaan pengajaran)
Latar belakang guru: pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan iltizam,
kemahuan.
Pengajaran merupakan satu proses aktiviti yang disusun
untuk membawa perubahan kepada pelajar. Sebagai seorang guru,
banyak amalan perlu dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas menjadi berkesan dan bermakna kepada pelajar.
Suasana pembelajaran dan pengajaran guru akan menjadi hambar
dan tidak bermakna kepada pelajar sekiranya mutu pengajaran
dan pembelajaran tidak berada pada tahap yang memuaskan. Hal
ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses
menyampaikan ilmu pengetahuan. Justeru, amalan pengajaran dan
pembelajaran yang sempurna dan menyakinkan perlu disusun
dengan mengutamakan objektif secarajelas, tepat serta mudah
difahami. Strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang
dengan sebaik mungkin supaya matlamat pengajaran tercapai
malah pelajar dan guru akan sama-sama berasa puas setelah
tamat satu-satu sesi pengajaran pembelajaran.
(a) Kemahiran mengurus
- mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-bahan
pengajaran dan sebagainya.
(b)Kemahiran merancang
- menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih
strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran
pembelajaran, memilih dan menyediakan pelajaran serta menyediakan
dan mengurus kemudahan untuk menjalankan aktiviti pengajaran.
(c) Kemahiran berfikir
- kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses
pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lain-lain.
(d) Kemahiran pemudah cara
- fasilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan
orang lain.
(e) Kemahiran mengajar
- membentuk aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik dan
berkesan.
(f) Kemahiran belajar
- kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses
maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan
mengaplikasikan untuk menyelesaikan masalah.
(g) Kemahiran berkomunikasi
- secara lisan atau bertulis.
(h) Kemahiran menilai
- mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
(i) Kemahiran ICT
- menggunakan teknologi maklumat.
Sepuluh cadangan amalan bermakna dan berkesan dalam proses
penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas:-
1. Merancang Persediaan Sebelum Mengajar sebelum memulakan
sesuatu sesi pengajaran.
2. Berkepakaran mengurus kelas atau bilik darjah yang merupakan
tempat yang tetap untuk menjalankan sesi pengajaran
pembelajaran.
3. Memberi Latihan, Penilaian dan Pentaksiran pada akhir sesi
pengajaran pembelajaran dalam kelas.
4. Mengadakan sesi Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan bagi
memastikan pencapaian pelajar yang berterusan.
5. Pemupukan dan Penerapan Nilai.
6. Amalan Penyoalan Berfokus dalam usaha memperkembangkan
daya efektif pelajar.
7. Melatih pelajar Menguasai Kemahiran Belajar.
8. Pembelajaran Akses Kendiri.
9. Mengadakan Aktiviti Kritik SecaraTerbuka.
10. Proses Pengajaran.
Get documents about "