p. kesihatan by MieDimidie

VIEWS: 809 PAGES: 52

									   i. Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan
        Kesihatan ?


       .Pendidikan Kesihatan adalah merupakan suatu        proses membekalkan dan
membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup.sihat atau menggunakan pengalamaan bagi
mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan
kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
       Dari aspek pendidikan kepada murid Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu
murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat

Objektif utama Pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan
tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-
usaha sendiri dan masyarakat melalui:

   -   Menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan
       untuk bertangungajawab terhadap kesihatan mereka.


   -   Meningkatkan kesedaran diakalangan masyarakat tentang langkah-langkah
       promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk
       memulihkan penerimaan kaedah tersebut.
Diperingkat sekolah pendidikan kesihatan lebih berfokuskan kepada:


                    1. Kesihatan Diri dan Keluarga
                    2. Gaya Hidup Sihat
                    3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran




                                             1
   ii. Nyatakan kepentingan Pendidikan Kesihatan yang perlu
       difahami oleh guru bagi memenuhi aspirasi dan
       keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan
       Kebangsaan ?

Peranan Pendidikan Kesihatan begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid
memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat
setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada
khazanah ilmu yang sedia ada.
Untuk merealisasikan hasrat FPK, beberapa aspek-aspek, murid perlu diberi perhatian
antaranya:.


Aspek Guru
Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan
FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh
dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga
bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator,
iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.


Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi
murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya
ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses
pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat
terhadap pelajaran itu.


Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai
cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main


                                          2
peranan      (role    playing),   mengadakan       simulasi     dan     sebagainya.


Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah
bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua,
langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya
murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang
menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkah-
langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat
sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-
bahan dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang
dirancangkan dengan baik akan membawa faedah yang besar kepada murid-murid.


Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru
seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk
membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-
perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya
padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar,
perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru
juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit
dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta
dan alat bantu mengajar lain.


Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti
sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya
dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh
manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.


Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu
dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang
akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.



                                         3
Aspek disiplin.


Aspek yang seterusnya ialah disiplin kesihatan. Sekolah sebagai agen sosialisasi
utama bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat
akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi
merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar
dengan FPK.


Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba
mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan
mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan
kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan
cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku
hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-
menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta
sanggup berkhidmat untuk masyarakat. Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib,
tatasusila, kesopanan dan ahklak.


Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam
membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan
mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama
warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat
sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah
jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik
beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan
sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau
kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.



                                          4
Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas
daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku
pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah.


KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa
kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK (Falsafah Pendidikan
Kebangsaan) adalah bergantung kepada Pendidikan Kesihatan yang berkesan. Semua
aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi
hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak
langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada
PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan “modal insan yang mempunyai
jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi… perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru,
mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran
dunia global yang sering berubah-ubah”. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan
sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia
bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.




                                          5
   iii.Hubungkaitkan bagaimana teknik, strategi dan kaedah
       dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran
       Pendidikan Kesihatan di sekolah ?

  TEKNIK, STRATEGI, DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Definasi Teknik 1

       Definasi teknik dapat diertikan sebagai cara yang dilakukan seseorang dalam
mengimplementasikan suatu teknik secara spesifik.        Misalkan penggunaan teknik
ceramah pada kelas dengan jumlah murid yang relative, banyak memerlukan teknik
tersendiri yang tentunya secara teknik akan berbeza dengan penggunaan teknik
ceramah pada kelas yang jumlah muridnya terbatas.      Dengan kata lain teknik adalah
kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut Demikian juga
dengan penggunaan teknik diskusi, yang mana teknik yang berbeza ada kelas yang
muridnya aktif berbanding dengan kelas yang muridnya pasif.

Definisi Teknik 2

      Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
       hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
      Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
       strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
       maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
      Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
       Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
       pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
       mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
      Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bagi menyampaikan
       bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang
       dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
       pendekatan yang dianuti.

                                           6
Teknik-teknik Pengajaran

   1.   Teknik main peranan
   2.   Teknik permainan
   3.   Teknik latih tubi
   4.   Teknik bercerita
   5.   Teknik inkuiri

Tujuan Teknik

           1. Menarik Minat murid
           2. Mengekalkan perhatian
           3. Membangkitkan ras ingin tahu

Definisi Strategi

   1. Strategi pembelajaran ialah suatu kegiatan pembelajaran yang harus dijalankan
        bagi tujuan menjadikan sesi pembelajaran dapat dicapai secara efektif dan
        efesien ataucara bagaimana guru ingin mencapai matlamat pengajarannya.
        Ianya merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat
        keputusan bagaimana mencapainya.
   2. Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan
        kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan

        tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.



Klasifikasi Strategi
1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran



Definasi Kaedah


1. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu),
hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan
yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

                                            7
2. Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran cara menyampaikan
maklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran .

Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Kesihatan

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan
Kesihatan. Antara kaedah yang disarankan ialah :

   1.   Kaedah Kuliah
   2.   Kaedah Perbincangan
   3.   Kaedah Kuliah-Demonstrasi
   4.   Kaedah Latihan
   5.   Kaedah Penemuan
   6.   Kaedah Projek
   7.   Kaedah Persembahan Lisan
   8.   Kaedah sebahagian-keseluruhan.

Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan (PK), tetapi hanya dua kaedah yang popular
digunakan iaitu kaedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.

KAEDAH KULIAH

Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia
lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan
praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah.
Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau
memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah
boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh
semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.

Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan:

   1. Pengenalan

       Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
       Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka


                                           8
      Cuba membangkitkan minat
      Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk
       pelajar di barisan belakang.

   2. Persembahan

      Kuat tetapi nada mesra
      Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
      Huraikan istilah yang digunakan
      Bercakap dengan semua pelajar
      Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan
       lain-lain
      Ulang butiran penting
      Guna lawak jenaka
      Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin

   3. Penutup

      Mengulangi point-point utama
      Menggalakkan perbincangan
      Meneguhkan point yang lemah

KAEDAH KULIAH – DEMONSTRASI

Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani.
Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini
melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai
kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.




                                          9
Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan :

   1. Pendahuluan

      Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk,
       melutu dan berdiri
      Mempekenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
      Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

   2. Demonstrasi

      Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar
      Ikut cara dan prosedur yang piawai
      Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

   3. Demonstrasi dan pengajaran

      Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya
      Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
      Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia
       tidak diberitahu.
      Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.
      Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

   4. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting

      Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
      Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
      Beri butiran penting

   5. Penutup

      Ulang butiran penting
      Menggalakkan perbincangan
      Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

                                            10
KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN

Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan
pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan. Gaya-gaya yang dipraktikan
mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya
yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori
yang utama iaitu :

   1. Kaedah/Gaya Langsung
   2. Kaedah/Gaya Gabungan
   3. Kaedah/Gaya Tidak Langsung




      GAYA LANGSUNG             GAYA GABUNGAN                   GAYA TIDAK
                                                                LANGSUNG

         Gaya Arahan              Limitasi                   Penyelesian
         Gaya Tugasan             Penemuan                    masalah latihan
                                                              Bertindak balas
                                                               Semak kendiri
                                                               Penerimaan
                                                                beramai
                                                               Penerokaan



GAYA LANGSUNG

Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan
daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya
ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan
bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula
peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana
kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.



                                         11
                KELEBIHAN                              KELEMAHAN

      1. Kaedah yang berkesan                 1. Tidak ambil kira perbezaan
      2. Berfokus kepada yang ingin              individu (kesesuai
         dipelajari                              perkembangan), anggap pelajar
      3. Tidak banyak peluang untuk              mencapai tahap pembelajaran
         salah faham dan salah                   dan kemajuan yang sama
         interpretasi                            (kesesuai umur kumpulan)
      4. Persekitaran pembelajaran            2. Lebih mementingkan matlamat
         yang berstruktur                        atau hasil pengalaman
                                                 pembelajaran daripada proses
                                                 pembelajaran itu.




GAYA TIDAK LANGSUNG

Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah
lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya
juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori
Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang
berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan
hasil pembelajaran berkenaan.




                KELEBIHAN                              KELEMAHAN

      1. Membolehkan pelajar                  1. Memakan masa yang panjang.
         menetapkan matlamat dengan              Lebih masa untuk cuba-jaya,
         cara mencapainya                        bersoal-jawab.
      2. Memberi kebebasan kepada             2. Memerlukan guru-guru untuk
         pelajar dan memberi peluang             berlatih dan bersabar. Guru
         kepada mereka untuk                     yang tidak biasa dengan gaya
         bertanggungjawab                        inisentiasa menghadapi
      3. Mengambil kira perbezaan                masalah untuk
         dikalangan pelajar                      menggunakannya secara
      4. Memberi peluang kepada                  berkesan.
         pelajar merasai kejayaan pada        3. Sukar untuk mengawal kelas
         tahap kebolehan sendiri.             4. Sukar untuk memastikan
                                                 kesinambungan dalam pelajaran



                                         12
GAYA ARAHAN

Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan
serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini
mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkah-
langkah yang terlibat adalah seperti berikut :


                          GURU                             PELAJAR

       1. Mengawal penuh pengajaran                1. Menjimatkan masa untuk
                                                      membuat percubaa
           1. Memilih aktiviti                     2. Individu mendapat kurang
           2. Menentukan bagaimana dan                perhatian
              bila
           3. Mengawal tingkah laku
           4. Menilai keputusan



Ciri – ciri gaya arahan

   1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran
       yang akan dipelajari oleh pelajar .
   2. Pelajar berlatih.
   3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
   4. Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.
   5. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan
       bantuan secara individu atau atau berkumpulan.
   6. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai
       perlakuan




Penemuan Terbimbing

Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia
memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi


                                             13
kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh „
Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik‟

Kelebihan –kelebihan

   1. membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
   2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang
      belajar mengikut tahapnya sendiri.
   3. Memupuk pembangunan arah kendiri

Penyelesaian Masalah

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang
panjang,memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.Di dalam kelas
pendidikan jasmani,selepas guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar
menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah berikut :

   1. Menganalisi dana memahami masalah
   2. Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
   3. Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat –maklumat
   4. Membentukkan jawapan yang mungkin
   5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif
   6. Pilih penyelesaian paling sesuai.
   7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan-kelebihan

   1. Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.
   2. Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi
   3. Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.

Kelemahan kelemahan

   1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru.




                                              14
   2. Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan
      berkesan.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran
      menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan
      sepenuhnya.

Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada :

   1. Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran.
   2. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose penyelesaian
      itu.

      Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih
      bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.


               Saiz kelas                 Gaya pengajaran


             Seluruh kelas          Langsung
                                    Penyelesaian masalah


             Kumpulan kecil         Stesen



                Individu            Lembaran kerja /tugas




                                         15
Kesimpulan

      Kesimpulannya teknik,strategi dan kaedah sememangnya berhubungkait antara
satu sama lain. Dalam kata lain pengajaran yang diadakan dengan interaksi antara
teknik yang betul,digabungkan dengan strategi yang baik dan kaedah yang berkesan
akan melahirkan satu sesi pembelajaran yang berjaya. Dengan gabungan ketiga-tiga
elemen ini juga pembelajaran khususnya pendidikan kesihatan menjadi lebih kreatif dan
menarik serta tersusun. Seterusnya menjadikan objektif dapat dicapai dengan mudah
dan optimum.

      Mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar Menimbulkan
keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat
menyuburkan sahsiah pelajar. Membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan

      Sebaliknya sekiranya ketiga-tiga elemen ini didedahkan secara salah maka
proses pengajaran juga akan menjadi tidak tersusun dan membosankan.              Jika
seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah
maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

      Pengajaran yang dihasilkan bersama teknik,strategi dan kaedah yang baik akan
menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan
pengajaran dan pembelajaran yang paling maksimum.




.




                                         16
vi. Nyatakan kepentingan Pendidikan Kesihatan dalam
    kurikulum sekolah ?


Pengenalan

Kurikulum di sekolah dibentuk dengan tujuan dan berperanan dalam menyampaikan
maklumat dan ilmu. Disamping itu juga melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi emosi,jasmani, rohani dan intelek seperti yang tercatat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum memerlukan satu perancangan yang teliti untuk
sebelum dilaksanakan .     Ini bagi tujuan mencapai objektif yang disasarkan dan
melahirkan murid yang berketrampilan.

Kanak-kanak perlu diajar memelihara dan meningkatkan tahap kesihatan diri .Selain itu
tanggungjawab ini perlu disemai dari kecil .Kanak-kanak punya banyak tugas dan
perkara yang perlu dilakukan. Kanak-kanak juga akan menghadapi cabaran hari muka.
Kegagalan pendidikan hari ini akan mendatangkan masalah di masa hadapan

Pendidikan kesihatan juga sebahagian daripada kurikulum dan turut berperanan seperti
subjek-subjek yang lain.   Dengan pendidikan kesihatan yang sering digabungkan
dengan pendidikan jasmani, aspek emosi dan rohani akan mendapat bimbingan yang
sewajarnya. Ini seterusnya memberikan manfaat yang jelas kepada murid yang terlibat.

Dengan pendidikan kesihatan kurikulum yang dihasratkan akan dapat dipertingkatkan
dan dicapai kerana pendidikan kesihatan yang didedahkan adalah berdasarkan kepada
kurikulum yang telah ditetapkan.   Bilamana berlaku perubahan positif seperti yang
diharapkan maka ianya akan mengubah           dan melahirkan murid yang inovatif,
berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.



Selain itu, penddidikan kesihatan juga berperanan menjadikan akitiviti budaya sekolah
mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang


                                         17
menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di
kalangan mereka.

.
Kepentingan Pendidikan Kesihatan

1. Peranan Pendidikan Kesihatan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak. Contohnya perkembangan fizikal, perkembangan mental,dan perkembangan
sosial
2. Pendidikan Kesihatan merupakan proses berterusan yang membantu memudahkan
pelajar mempelajari amalan positif, memupuk sikap bertanggungjawab pada kesihatan
dan mengembangkan ilmu.
3.Agen perubahan tingkahlaku dan memenuhi keperluan individu khususnya murid.

4. Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga,masyarakat dan
persekitaran
5 Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan
dengan kesihatan;
6. Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman;
7. Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian dan
8. Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara
keseluruhan.




                                         18
v. Nyatakan cara-cara dan tujuan untuk berfikir secara kritis

   dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan ?
Pengenalan


Manusia yang dicipta Tuhan di muka bumi ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan
kelebihan berbanding dengan makhluk lain. Akal fikiranlah yang membezakan secara
kualitatif di antara manusia dengan haiwan.

Definisi
Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan
tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran
itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa
pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah.


Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat
pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami


Tujuan
Antara tujuan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar: mendapat latihan berfikir secara
kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak

Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik
sama ada di dalam atau di luar sekolah


Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif


Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit

                                          19
Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka


Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri
untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta
berani memberi pandangan dan kritik.


Kemahiran berfikir secara kritis?


Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan
kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti.


Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:
membanding dan membeza:
membuat kategori,
meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
menerangkan sebab.
membuat sekuen / urutan.
menentukan sumber yang dipercayai,
membuat ramalan,
mengusul periksa andaian,
membuat inferens


. Alat berfikir


Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan.
Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan
sesuatu.



                                           20
Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan
berfikir iaitu:


Soalan dan Penyoalan
                       Peta minda
                       Pengurusan Grafik
                       CoRT

Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan ,
mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.


Soalan dan Penyoalan


                      Soalan mengikut aras taksonomi Bloom
                      Soalan bertumpu dan bercapah
                      Lingkaran soalan


Peta minda


                      Definisi
                      Panduan membina peta minda
Contoh
Pengurusan Grafik
Definisi
Jenis-jenis
CoRT




                                           21
Soalan dan Penyoalan


Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas,sebagai guru,
pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan
dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras , skop dan fokus


Soalan mengikut aras taksonomi Bloom


                            Pengetahuan
                            Analisis
                            Aplikasi
                            Kefahaman
                            Penilaian
                            Sintesis
                            Aras Tinggi
                            Aras Rendah




Soalan bertumpu dan bercapah


Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah
diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.


Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu Perkara(P),
Individu(I) dan Luar Individu(LI) , kombinasi tiga skop ini akan menjanakan lebih soalan
yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir

Pemikiran Kritis Dalam Pendidikan Kesihatan
Pemikiran kritis dalam pendidikan jasmani bertumpu kepada tahap kefahaman dan
pengetahuan murid dalam semua topik dalam subjek tersebut. Melalui ujian seperti ini


                                           22
guru perlu melihat murid-murid dari aspek kefahaman dan pengetahuan murid ketika
murid sedang melaksanakan sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterapkan
dan dilatih untuk mentafsir, mengguna dan melaksanakan kemahiran berdasarkan
teknik-teknik yang telah diajar oleh guru. Apabila murid mempraktikkan suatu
kemahiran, kefahaman dan tahap pengetahuan sedia ada murid ini boleh dijadikan
kayu.pengukur.kepada.komponen.kognitif.


Cara-cara untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan.


Pertama, penglibatan murid secara aktif dan selamat. Melalui cara ini, murid diberi
ruang yang sama rata untuk melahirkan perasaan atau pendapat mereka mengenai
sesuatu.tajuk.dalam.pembelajaran.


Kedua, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan. Melalui cara ini, murid
diberi suatu peranan atau situasi untuk mereka selesaikan. Melalui manipulasi yang
boleh dijalankan oleh murid-murid, mereka akan secara tidak langsung akan cuba
berfikir.secara.luar.kotak.bagi.menyelesaikannya.


Ketiga, penglibatan murid secara penghayatan ilmu. Ianya bermaksud murid-murid
diajar untuk memahami dan menghayati dan bukannya dengan cara terima dan hafal
sahaja. Dengan cara sebegini, murid-murid mampu mengasah fikiran mereka bagi
mengaplikasikan pengetahuan yang mereka ada dengan situasi yang dihadapi.


Keempat, interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat. Interaksi murid-murid dengan
orang yang lebih dewasa mampu membuka minda murid dalam memahami sesuatu
situasi. Peranan guru amat penting dalam memastikan murid-murid mendapat layanan
yang.mampu.mencorak.fikiran.mereka.


Tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan.
Pertama, dapat memahami kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kehidupan murid.



                                          23
Kedua, supaya murid dapat mengaplikasikan cara hidup yang sihat melalui
pemahamam yang mendalam tentang kesihatan.
Ketiga, agar murid tidak memandang Pendidikan Jasmani sebagai satu subjek yang
membosankan.
Keempat, menjadi medan untuk murid melahirkan pertanyaan mengenai kesihatan
yang begitu dekat dengan diri mereka.
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses
pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam
menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan
atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Kemahiran
berfikir terbahagi kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran
berfikir,secara,kreatif.
Asasnya, pemikiran kritis menjadikan kita lebih terbuka dalam menerima sesuatu, di
samping cuba mempertimbangkannya semula, menganalisa secara kritis dengan
mengambilkira pelbagai sudut. Ia juga memungkinkan pencernaan beberapa idea dan
konsep.baru.


Ilmu pemikiran kritis juga membolehkan selain menganalisa hujah (hujah yang kuat
atau lemah, teori berguna atau menyangkalnya), kita juga berupaya berhujah dengan
berkesan sekali. Hakikatnya ia mampu membuatkan kita berhujah dengan baik atau
menganalisa.hujah.dengan.lengkap.


Pemikiran kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka dalam mengkaji sesebuah hujah
ataupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan ataupun penulisan. Ia dapat
menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu tidak semestinya benar walaupun
konteks.struktur.penyataannya.adalah.betul.


Pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding
terus menolaknya secara falasi kejahilan. Kita akan lebih berkeyakinan dalam
menangani.permasalahan.serta.jelas.dalam.melihat.sesuatu.fenomena.



                                         24
vi. Nyatakan nilai murni yang biasa diterapkan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan serta
tiga contoh penerapan nilai murni dalam aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran Pendidikan Kesihatan ?

Definisi Nilai Murni

      Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
      tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan
      tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

      "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan
      pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu
      masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama,
      untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"

      (Wan Mohd. Zahid, 1988)

      Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh
      pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali
      secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran
      Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin
      Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM
      yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-
      pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni,
      bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani..

Aspek Nilai-nilai Murni

      Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah
      meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di
      negara kita, tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan
      kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang
      dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar

                                            25
       dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar
       yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.

       Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui:

           a.   Secara pertuturan
           b.   Secara perlakuan
           c.   Secara teladan
           d.   Secara isyarat
           e.   Secara kefahaman
           f.   Secara interpretasi
           g.   Secara konteksual

Tujuan pendidikan nilai murni (16nilai semuanya)ialah untuk membentuk murid-murid
supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai
moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat,antaranya:-

Baik Hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara
tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini
meliputi

Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian

Hemah Tinggi
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh
seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.

Hormat Menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan
yang bersopan. Ini merangkumi

Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati
yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri



                                             26
Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.


Kebebasan
Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang
yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara.

Keberanian
Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.
Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan
keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana.

Kebersihan fizikal dan mental
Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental
pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian.

Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.

Kerajinan
Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,
dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.

Kerjasama
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,
komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti
persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.

Kesedaran
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai
masyarakat.
Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan
yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.

                                          27
Contoh penerapan Nilai Murni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

                Kerjasama

Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,
kelas, atau sekolah untuk mencapai sesuatu matlamat seperti, tanggungjawab
bersama, , ketoleranan dan perpaduan. Contohnya menjalankan kewajipan masing-
masing dalam menjaga kebersihan kelas

                Kesedaran

Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai
masyarakat. Contohnya menjaga kebersihan dan kesihatan diri samada menggunakan
sabun atau mamberus gigi.

                Kesyukuran

Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan
yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan. Contohnya
tidak menjatuhkan maruah rakan yang lain malah mengukur keupayaan dan kebolehan
diri sendiri.

Strategi Penerapan Nilai Murni

        Suatu proses perubahan yang sedang berlaku dalam Falsafah Pendidikan
Negara dengan menjadikan "Manusia" sebagai objek yang paling utama. Aspek-aspek
Ontologi (teori kejadian), epistemologi (teori ilmu) dan axiologi (teori nilai). Ketiga-tiga
aspek ini digabungkan sebagai commitment untuk menjadikan nilai-nilai murni sebagai
asas utama dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.

        Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu
diperingkat menengah. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua
matapelajaran yang diajar tidak terpisah di antara satu sama lain, malah berkaitan dan
bersifat bersepadu. Unsur-unsur utama yang akan digunakan untuk mewujudkan
kesepaduan itu ialah unsur nilai.

                                            28
       Dalam pendidikan , penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak
langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai
tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu
penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau
penghafalan.

       Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran, pendekatan
kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Fakta-fakta sejarah dan cerita-
cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu
yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar
atau nilai sejagat tertentu. Pelajar di mana membuat penilaian berdasarkan kepada nilai
mereka sendiri di mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar
untuk mereka periksa nilai sendiri di samping guru mencari alternatiif lain.

       Nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana sesuatu
nilai harus dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional. Orang yang rasional
boleh membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi menyelesaikan sesuatu
masalah. Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik
secara formal ataupun spontan menyebabkan ianya akan sentiasa dapat dipupuk dari
semasa ke semasa.

       Tindakan Kementerian Pendidikan yang melancarkan strategi bersepadu
diperingkat sekolah menengah (KBSM) adalah bersesuaian kerana ia bertujuan
memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah jauh antara satu
sama lain dan sentiasa berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur yang menunjukan
kesepaduan ini ialah unsur nilai.

Teknik Penerapan Nilai Murni

       Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan
dalam pendidikan, jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai
matlamat dan keberkesanannya. Antara cara yang dikenalpasti untuk menerpkan dan
menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah:

                                            29
      Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam)
      Penerapan nilam murni dalam matapelajaran lain
      Aktiviti ko-kurikulum
      Aktiviti persatuan sekolah

       Melalui teknik-teknik di atas, penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan
walaupun tidak sepenuhnya. Melalui matapelajaran tertentu, sekurang-kurangnya
dengan mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan akan memberikan
pengetahuan ataupun akan dapat menarik minat mereka untuk belajar.

       Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin
berlaku secara langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini pelajar akan
dapat melihat dan membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam
matapelajaran khusus tadi dengan apa yang dilihat sekarang. Disamping bimbingan
guru-guru dasn ibubapa, kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat penting dalam
menetapkan situasi diri mereka sendiri.

       Teknik ke tiga dan ke empat juga berlaku secara tak langsung di mana biasanya
melalui teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. Penerapan nilai-nilai
murni akan tertera dengan sendirinya. Jika kumpulan yang tidak mempunyai nilai murni
mereka akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah.

Keberkesanan penerapan nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara.

       Memandangkan penerapan nilai telah lama dilaksanakan dikalangan pelajar,
baik melalui ibubapa, guru ataupun masyarakat, hari ini kita telah dapat melihat
beberapa     bukti    yang     menunjukkan      sejauhmana     keberkesanan      ataupun
ketidakberkesanan penerapan tersebut.

       Adakah matlamat FPN untuk melahirkan insan yang seimbang dan hamonis
telah terccapai? Jawapannya, "Ya" dan "Tidak", ini kerana walaupun penerapan nilai
telah disemai dan dilaksanakan namun masih ada yang tidak mengamalkannya
walaupun mereka telah menerimanya. "Ilmu tanpa Amal", tiada ertinya.


                                           30
      Antara bukti keberkesanan yang telah kita dapat lihat pada hari ini ialah semakin
ramai golongan remaja kita yang berakhlak mulia walaupun mereka dipengaruhi oleh
pelbagai godaan untuk memencongkan nilai murni pada diri manusia. Golongan remaja
yang awal 20-an sekarang adalah mereka yang telah diterapkan dan diberi penekanan
mengenai penerapan nilai-nilai murni semasa di sekolah dahulu. Hasilnya kita lihat
pada hari ini adanya kesedaran daripada golongan remaja sendiri untuk membenteras
kepincangan yang dihadapi oleh segelintir rakan mereka yang masih dipengaruhi oleh
nilai yang tidak elok. Misalnya, dalam industri muzik yang sentiasa mengulit remaja
dengan lagu-lagu dan muzik terkini seperti rock, dang-dut, dan lain-lain. Tapi ada juga
remaja yang sedar dan cuba menarik dan menutupinya dengan mengalunkan lagu-lagu
dakwah dengan memuji kebesaran Illahi seperti kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz,
Hawa dan sebagainya. Perkembangan kumpulan pemuzik dakwah ini sekurang-
kurangnya menunjukkan adanya kesedaran dan kejayaan pemupukan nilai murni.

      Dari segi ekonomi misalnya, kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap
kelemahan dan kesusahan orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka terima
membantu menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan perihati terhadap
masalah yang wujud tanpa mengira siapa. Contohnya, "Derma Hari Pahlawan" yang
selalu di buat oleh kanak-kanak sekolah , menunjukkan disamping mereka menderma
mereka bekerjasama membantu memungut derma tersebut. Ini menunjukkan satu
inesiatif yang baik dalam menyemai nilai-nilai murni.

      Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan
Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai dan
keberkesannanya kerana penganugerahan itu diberikan berdasarkan kepada sikap,
sifat dan pencapaian yang baik yang ditunjukkan.

      Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yang
ditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat. Melalui penerapan nilai di
sekolah-sekolah, ramai pelajar yang dapat menerimanya. Misalnya mereka prihatin
dalam menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka pandai



                                           31
menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak menyinggung perasaan
orang lain.

       Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua nilai-nilai murni
yang diterapkan di sekolah-sekolah atau di rumah itu diterima pakai oleh pelajar kita,
sebab masih ada yang menunjukkan kesan yang negatif. Masalah-masalah sosial yang
semakin meningkat sekarang menunjukkan kesukaran mereka melaksanakan nilai-nilai
murni tersebut walaupun mereka mengetahuinya, tetapi tidak dipraktikan. Ini berpunca
daripada beberapa faktor tertentu seperti ibubapa, institusi sekolah sendiri, guru dan
masyarakat dan pelajar itu sendiri.

       Ibubapa misalnya mereka walaupun telah menyemai dan menanam nilai-nilai
murni dalam jiwa anak mereka tetapi tidak menggalakkan mereka untuk mengamalkan
adalah sesuatu yang tidak wajar.

       Begitu juga guru-guru dan masyarakat. Mereka tidak begitu memberi perhatian
terhadap nilai-nilai yang asas atau kecil. Mereka memandang ringan atas beberapa
kesilapan kecil yang dilakukan dan kurangnya penerapan. Guru misalnya, mereka
sekadar mengajar mengenai nilai-nilai murni kepada pelajar sedangkan mereka sendiri
tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik.

       Sikap individu atau pelajar sendiri yang ambil mudah (sambil lewa) terhadap
penerapan nilai murni ini. Misalnya mereka mempelajari sesuatu subjek itu adalah
sekadar exam-oriented, hanya untuk lulus peperiksaan, bukannya memahami dan
mempraktikkan apa yang dipelajari. Ada segelintir pelajar yang suka dipaksa untuk
melakukan sesuatu perkara, maka dengan tidak adanya paksaan samada dari ibubapa
ataupun guru menyebabkan mereka melalaikannya.




                                         32
Kesimpulan

       Kesemua nilai yang dipilih untuk disisipkan kedalam pendidikan adalah nilai-nilai yang
dapat menjadikan seseorang itu manusia yang dihormati dan boleh memainkan peranan yang
aktif dalam menjamin keharmonian dalam masyarakatnya serta dapat menyumbang kearah
pembangunan masyarakat.


       Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi
JERI bagi melaksanakan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bukanlah satu yang mudah.
Penggubalan KBSM adalah harapan untuk melahirkan insan yang soleh dan berakhlak mulia.


       Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% kepada
kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulan juga berdasarkan inisiatif mereka sendiri.
Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan menainkan peranan dalam menerapkan
nilai murni baik dari segi perbuatan, perlakuan maupun tuturkatanya. Guru harus cekap dalam
menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya.
Begitu juga dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah bersesuaian.

       Kesemua nilai yang disenaraikan merupakan asas atau jambatan kepada pelajar yang
masih dibangku sekolah dalam membentuk perwatakan dan displin diri yang tinggi dan mulia.
FPN digubal berpandukan kepada konsep berteraskan Allah SWT. Ia menampakkan sifat yang
bersepadu, menyeluruh dan seimbang iaitu kesepaduan di antara ilmu, iman dan amal;
kesepaduan di antara akal, jasad dan roh; kesepaduan di antara teori dan amali, di antara
kemahiran dan akhlak; di antara rupa dan jiwa; di antara pembangunan keduniaan dan akhirat;
dan di antara manusia, alam dan Allah, yang mana kesemuanya bermatlamatkan pemikiran
insan soleh . Insan yang baik akan membentuk keluarga yang baik, seterusnya masyarakat
serta bangsa yang baik.


       Tindakan kerajaan menukarkan kurikulum lama kepada kurikulum baru iaitu pendidikan
bersepadu (KBSM) adalah satu langkah yan bijak dan tepat. Ini menunjukkan kerajaan ada
campurtangan dan turut memberi penekanan kepada bukan sahaja ilmu yang bersifat
kerohanian dan keduniaan tetapi juga ilmu moral yang lebih bersifat kejasmanian dan
keakhiratan. Pendidikan akan sentiasa terus berlangsung, tiada limitasinya. Matlamat akhir
pendidikan bersepadu adalah merupakan integrasi tanggungjawab membentuk insan yang baik
dan seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek selaras dengan kehendak FPN.


                                             33
vii. Huraikan kurikulum dan hubungkaitnya dengan Sukatan
     Pelajaran Pendidikan Kesihatan
Definasi Kurikulum Kebangsaan

“...   suatu   program     pendidikan   yang    termasuk     kurikulum    dan    kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan”

Akta Pendidikan 1996
[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

       Kurikulum adalah „core; kepada „business‟ pendidikan. Ia merupakan satu
rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi
pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada
satu    generasi   lain.   Rancangan    pendidikan   ini   bertujuan   untuk    memenuhi
keperluan individu dan negara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :

           Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan
murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal danemosi serta menyemai,menanam
dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu
pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, Kurikulum itu juga berperanan untuk
melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan
yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih
untuk keperluan negara.




                                           34
[ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]

Pengertian dan Definisi Kurikulum

Untuk mendapatkan rumusan tentang pengertian kurikulum, para ahli mengemukakan
pandangan yang beragam. Dalam pandangan klasik, lebih            menekankan kurikulum
dipandang sebagai rencana pelajaran di suatu sekolah. Pelajaran-pelajaran dan materi
apa yang harus ditempuh di sekolah, itulah kurikulum.

 George A. Beauchamp (1986) mengemukakan bahwa : “ A Curriculun
is a written document which may contain many ingredients, but basically it is a
plan for the education of pupils during their enrollment in given school”. Dalam
pandangan modern, pengertian kurikulum lebih dianggap sebagai suatu
pengalaman atau sesuatu yang nyata terjadi dalam proses pendidikan, seperti
dikemukakan oleh Caswel dan Campbell (1935) yang mengatakan bahwa
kurikulum … to be composed of all the experiences children have under the
guidance of teachers. Dipertegas lagi oleh pemikiran Ronald C. Doll (1974) yang
mengatakan bahwa : “ …the curriculum has changed from content of courses
study and list of subject and courses to all experiences which are offered to
learners under the auspices or direction of school.

Untuk mengakomodasi perbedaan pandangan tersebut, Hamid Hasan (1988)
mengemukakan bahwa konsep kurikulum dapat ditinjau dalam empat dimensi,
iaitu:

1.kurikulum sebagai suatu idea yang dihasilkan melalui teori-teori dan penelitian,
khususnya dalam bidang kurikulum dan pendidikan.

2.kurikulum sebagai suatu rencana tertulis, sebagai perwujudan dari kurikulum
sebagai suatu idea yang didalamnya memuat tentang tujuan, bahan, kegiatan, alat-
alat, dan waktu

3.kurikulum sebagai suatu kegiatan, yang merupakan pelaksanaan dari kurikulum
sebagai suatu rencana tertulis dalam bentuk praktek pembelajaran.




                                           35
4.kurikulum sebagai suatu hasil yang merupakan konsekwensi dari kurikulum
sebagai suatu kegiatan, dalam bentuk ketercapaian tujuan kurikulum yakni
tercapainya perubahan perilaku atau kemampuan tertentu dari para peserta didik.

Sumber :
http://warnadunia.com/pengertian-dan-definisi-kurikulum/
24 Agustus 2009

Kurikulum dan hubungkaitnya dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Berdasarkan kepada George A. Beauchamp, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai
dokumen bertulis di mana di dalamnya terkandung pelbagai bahan tetapi asasnya ia
adalah satu rancangan untuk pendidikan murid-murid semasa mereka berada di
sekolah


Kurikulum yang digubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat dengan
mata pelajaran pendidikan kesihatan. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu
melahirkan insan yang seimbang dari segi, afektif dan kognitif. Aspek pembangunan
insan merupakan keperluan negara dalam proses pembentukan modal Insan yang
berkualiti.


Sukatan Pelajaran Pendidikan kesihatan ialah satu garis panduan kepada guru-guru
dalam merujuk kandungan-kandungan pelajaran yang harus diberikan, diajarkan dan
diterapkan kepada murid-murid. Di dalam sukatan pelajaran tersebut, terdapat tajuk-
tajuk, kemahiran-kemahiran, cadangan aktiviti yang sesuai dengan murid mengikut
tahap tertentu serta cadangan bahan-bahan yang hendak digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Justeru dapat kita kenal pasti di sini bahawa
Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan adalah sub unit yang terdapat di dalam
kurikulum. Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan adalah garis panduan yang lebih
khusus untuk diteliti oleh guru yang hendak mengajar mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan.




                                               36
Sukatan Pendidikan Kesihatan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk melahirkan
individu yang mempunyai keseimbangan yang baik sama ada dari segi keupayaan,
afektif mahupun kognitif. Unsur membina kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum
sukatan pelajaran pendidikan kesihatan diselitkan unsur-unsur sains, maka kesepaduan
mata pelajaran dapat dibentuk. Terdapat juga unsur-unsur mata pelajaran lain yang
disepadukan dalam pendidikan jasmani seperti muzik, matematik, fizik, biologi dan lain-
lain.
Subjek pendidikan kesihatan mengaplikasikan kurikulum berpusatkan murid. Perkara ini
dapat dilihat melalui aktiviti yang disertai oleh mereka. Sebagai contoh, permainan
adalah kegemaran semulajadi kanak-kanak. Oleh itu, unsur permainan diselitkan dalam
sukatan pendidikan kesihatan untuk menarik minat murid-murid.




                                          37
viii. Definasikan rancangan kerja tahunan kepentingan
menyediakan rancangan tahunan dan huraikan garis
panduan yang digunakan dalam menyediakan rancangan
kerja tahunan ?


Rancangan Kerja Tahunan

Rancangan kerja tahunan merupakan perancangan pengajaran untuk tempoh setahun
(12 bulan). Rancangan kerja tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal sesi
persekolahan.
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian.Pelajaran.Malaysia.



Kepentingan Rancangan Kerja Tahunan
Rancangan Kerja Tahunan mempunyai beberapa kepentingan yang sangat membantu
tugas guru. Melalui rancangan yang telah disediakan, guru dapat memastikan sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut jadual. Terdapat
enam kepentingan menyediakan rancangan kerja tahunan.


Pertama, dapat mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan
guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-
pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.


Kedua, membantu memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan
profesionalisme dan Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru,
guru dengan guru dan antara guru dan murid.


Ketiga, membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan
membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.


                                          38
Keempat, memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Kelima, berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran.


Keenam, memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan
awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.


Garis panduan menyediakan Rancangan Kerja Tahunan.

   1. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan
      berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap
      kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa.
   2. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang
      diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga
      hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun.
   3. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak
      dicetak berulang-ulang).
   4. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam
      sahaja dibenarkan.
   5. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau
      wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik
      (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau
      wakilnya.
   6. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur (seperti jadual di atas)
      yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:

                              Tajuk/bidang pembelajaran



                                          39
                                 Objektif/kemahiran

                                 Hasil pembelajaran yang dihasratkan

                                 Bilangan minggu

                                 Catatan




Rancangan Kerja Tahunan Pendidikan Kesihatan

Pengenalan


Dalam melaksanakan program pendidikan kesihatan di sekolah,satu perancangan yang
rapi perlu diadakan.
Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan
yang baik.
Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik
disamping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang
serius.

Dengan itu, Rancangan Kerja Tahunan diadakan untuk memberi satu gambaran
keseluruhan    terhadap         kurikulum   dan     sukatan   yang      telah   disediakan.
Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan
penggunaan      peralatan        dan    kemudahan      yang   wujud       di    sekolah   .
Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh
diselesaikan dengan mencari jalan alternatif.

Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan kesihatan diajar sebagai
satu proses yang berterusan.
Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yg sama boleh disusun supaya megikut prinsip
ansur maju.




                                             40
Disahkan oleh Pentadbir Sekolah, berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian
SukatanPelajaran.

Contoh Rancangan
Faktor-Faktor
Perkara asas dlm penyediaan rancangan kerja tahunan
Penyelarasan
Objektif

Penyelarasan
-dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan supaya topik pembelajaran dapat
dibahagi dengan sempurna .
-Menyediakan pilihan kegiatan yang lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan
ansur maju dan kesinambungan.

Objektif
Objektif mestilah difahami terlebih dahulu.
Bagi memastikan rancangan tahunan dapat dirangka dengan baik dan bermatlamat.

Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat
suatu perancangan yang rapi seperti berikut :
                Jumlah masa pengajaran
                Persekitaran pengajaran
                Latar belakang guru
                Latar belakang pelajar

Jumlah masa pengajaran

Sejak bukan Disember 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat
keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan
untuk Tahap satu menjadi „Tiga Waktu‟ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap
ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi. Memandangkan masa yang



                                              41
terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan
objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.

Persekitaran pengajaran

Selain daripada objektif, faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz
kelas,peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk
memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar,maka
masalah      kekurangan       peralatan     dan      kemudahan      mungkin      timbul.



Latar belakang guru
Kejayaan program pendidikan kesihatan bergantung kepada tenaga pengajarnya.
Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan
yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan
bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan kesihatan di sekolah.
Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

Latar belakang pelajar
Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan dalam kalangan pelajar itulah yang
memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau
susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk
melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi
golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan
kesihatan




                                            42
ix. Jelaskan maksud pengabungjalinan dan berikan tiga
    contoh ?

Konsep Penggabungjalinan dalam KBSR


       Penggabungjalinan ialah suatu proses penyampaian beberapa kemahiran di
dalam sesuatu pelajaran. Kemahiran di sini merujuk kepada kecekapan melaksanakan
pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti membaca, menulis, menghurai, mengira,
mewarna,      menyanyi,   melukis,   melabel,   mengarang,   bercerita,   berlakon   dan
sebagainya.


       Konsep penggabungjalinan tidak terhad kepada penggabungjalinan kemahiran-
kemahiran bahasa dalam satu-satu mata pelajaran sahaja. Konsep ini juga meliputi
penggabungjalinan pelbagai kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran-mata
pelajaran lain. Pendekatan jenis ini mempunyai beberapa ciri.

Ciri-ciri Penggabungjalinan


       Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Kemahiran-kemahiran tersebut mestilah saling
berkaitan antara satu sama lain. Ia boleh digabungjalinkan sama ada dua atau lebih
kemahiran yang ada dalam sesuatu pelajaran itu. Proses penggabungjalinan berlaku di
antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh.


       Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran adalah
dipelbagaikan dengan cara yang menarik. Di antara pelbagai kemahiran yang
digabungjalinkan, salah satu kemahiran adalah fokus iaitu kemahiran utama manakala
kemahiran-kemahiran lain adalah kemahiran sampingan. Maksudnya di sini ialah dalam
konsep penggabungjalinan yang menghubungkaitkan antara satu kemahiran dengan
kemahiran-kemahiran yang lain ini terdapat banyak kemahiran di mana salah satu
kemahiran tersebut adalah kemahiran fokus atau kemahiran utama dan kemahiran-
kemahiran lain yang digabung adalah kemahiran sampingan.
                                           43
Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel. Turutan kemahiran-kemahiran yang
digabungjalinkan boleh berubah mengikut situasi. Sebagai contoh dalam pelajaran
Matematik, semasa cuba menyelesaikan masalah berdasarkan petikan, kemahiran
yang digunakan ialah kemahiran membaca, berfikir dan menghitung. Terdapat tiga
kemahiran dan salah satunya adalah kemahiran fokus iaitu kemahiran menghitung iaitu
kemahiran yang diberi penekanan yang lebih. Organisasi kemahiran ini adalah fleksibel
dan boleh ditukar mengikut kesesuaian kehendak. Walaubagaimanapun kemahiran
utama tetap diberi penekanan yang lebih.

         Kemahiran-kemahiran yang diintegrasikan melalui strategi penggabungjalinan
adalah saling dikukuh dan diterapkan antara satu sama lain. Maksud dikukuh antara
satu sama lain ialah kemahiran fokus dibantu dengan menggunakan kemahiran-
kemahiran sampingan yang ada.


Penggabungjalinan dalam pendidikan kesihatan

Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dilihat dapat dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu yang pertama, penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran yang
ada di dalam satu matapelajaran itu. Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran
daripada beberapa matapelajaran yang lain.


Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran
adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan
pengajaran yang kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan
murid.


Terdapat tiga jenis penggabungjalinan.
Pertama, Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran.
Kedua, penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.
Ketiga, menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.




                                           44
Contoh Penggabungjalinan


1.Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran.


Contoh permainan - bola sepak. Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran
yang didedahkan kepada murid seperti menghantar, menggelecek, menjaring,
menendangr dan sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran
dalam    satu-satu   sesi   pengajarannya,        contohnya   menggabungkan      kemahiran
menggelecek dan menendang. Dalam lakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola
dalam jarak yang ditetapkan sebelum membuat tendangan dengan teknik yang betul. Di
sini, kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani.




2.Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.


Contoh aktiviti – regangan. Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan kemahiran
membilang dan mengira yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu
meminta murid-murid membuat pergerakan regangan sambil mengira dari nombor satu
hingga ke nombor lapan. Melalui aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat
memperbaiki kekuatan memori mereka terhadap angka.


3.Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.


Contoh aktiviti – senamtari (senamrobik). Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti
membilang dan muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza rentak dan
kemudian meminta murid-murid melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu.
Ketika murid melakukan pergerakan, mereka juga dikehendaki untuk membilang
beramai-ramai sehingga nombor lapan supaya pergerakan mereka menjadi seragam,
kemas dan teratur. Pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih bermakna dan
menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan guru untuk member penerangan
yang jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.

                                             45
x. Berikan contoh kesepaduan mata pelajaran lain dalam

   mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ?


Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama ; bukannya
terpisah, terasing, tercerai atau terpencil.
Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh
(Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16).
Konsep dalam pendidikan,kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-
unsur ilmu pengetahuan kemahiran , bahasa serta nilai-nilai dalam semua
matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh.
Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran.
Contohnya:
Pengajaran Matematik atau Sains yang menjadikan pendekatan pengajaran semata –
mata tertumpu kepada kemahiran. Unsur kekerapan nilai – nilai murni atau bahasa
Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan.Ini tidak ada kesepaduan.

Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah:
Penggabungjalinan
Rasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu.
Contohnya : Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru
menggabungkan muzik. Oleh itu murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik
yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif.

Penyerapan
Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain.
Contoh : Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan
Matematik dalam Pendidikan Jasmani.




                                               46
Cara Pelaksanaan
1,Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran.
Contoh :
Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk sama untuk beberapa
permainan tertentu.
Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah
mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri.

2.Kesepaduan      yang     berbentuk    „intra‟    (berlaku   dalam   satu   mata   pelajaran)
Contoh;
Ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran.
Dalam      kesihatan,   aktiviti   kebersihan     dan   menyelit   nilai   murni   dan   moral.
Bagi menjamin perkembangan JERI murid.


3,Kesepaduan yang berbentuk „inter‟(yang berlaku dengan menggabungkan .
pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain)
Contoh
Dalam pendidikan kesihatan sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita.
Di sini pergabungan dengan subjek sains.

4.Kesepaduan antara aspek teori dengan amali.
Contoh :
Pendidikan Kesihatan, teori yang terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang
sediakan untuk murid – murid.

5.Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum.
Contoh :
Pendidikan Jasmani yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari
lompat berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan
olaharaga.




                                                  47
6,Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah.
Contoh :
Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan
kesinambungannya di luar bilik darjah.
Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di
luar bilik darjah.
Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid
dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik.

7.Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.
Contoh :
Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam
rancangan pengajaran harian.
Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk
pengajaran.




                                              48
xi. Nyatakan tiga faktor utama yang harus diteliti dalam
merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan
serta memberi penerangan ringkas bagi setiap faktor?


Dalam melaksanakan program pendidikan kesihatan di sekolah,satu perancangan yang
yang rapi perlu diadakan.Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan
sumber dan kemudahan yang baik.Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya
menjalankan tugas dengan baik disamping memastikan sukatan pelajaran yang
disediakan mendapat perhatian yang serius.

Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat
suatu perancangan yang rapi seperti berikut :

   1. Persekitaran pengajaran

      Selain daripada objektif,faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan
      ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan.Semua faktor tersebut perlu diberi
      perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan kesihatan.Jika saiz kelas
      itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin
      timbul.Justeru    itu,   perancangan    diperlukan   untuk   mengatasi   masalah
      tersebut.Misalnya ,suatu kumpulan kecil boleh dibentuk, untuk tujuan diatas.

   2. Latar Belakang Guru

      Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya.
      Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan
      latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat
      dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan
      kesihatan di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri
      adalah penting.




                                             49
3. Latar Belakang Pelajar

   Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang
   memerlukan    perancangan.   Pelajaran   yang   dirancang   tidak   seharusnya
   terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang
   minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak
   mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat
   terhadap pendidikan kesihatan.




                                     50
       Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah
saya menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Terlebih dahulu
saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam membantu menyempurnakan
tugasan ini.

       Tugasan Kerja Kursus Pendek ini mula ditaklimatkan oleh pensyarah,
En.Sallehuddin b Md Riffin pada bulan Disember 2010. Perasaan lega dan gembira
setelah menyiapkan tugasan ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Hal ini
disebabkan semuanya berjalan mengikut perancangan yang telah dibuat. Walaupun
bulan ini boleh di katakan sebagai bulan yang padat dengan aktiviti-aktiviti
sekolah.Namun semua ini tidak menjadi kekangan yang besar buat saya walaupun
terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

       Semasa menyiapkan tugasan kerja kursus ini, pelbagai pengalaman dan perkara
baru telah diperolehi dan ia sangat bermanfaat untuk pendedahan kepada para pelajar
tentang pendidikan kesihatan. Saya telah           berpeluang mengkaji dan mempelajari
dengan secara mendalam tentang pengajaran pendidikan kesihatan. Dalam kerja
kursus ini, disertakan segala jawapan yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan

       Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penghasilan tugasan
ini. Adalah menjadi harapan saya supaya segala dapatan dalam tugasan ini nanti
dapat dimanfaatkan sepenuhnya.




                                              51
Rujukan




   52

								
To top